Sunday, January 29, 2012

catatan tahyul


Baru2 ni ada seorang sahabat den bertemu dan berbincang
mengenai coretan dan pengalaman pada blog den. Perjumpaan yg bermula dengan
minum2 petang menjadi hampir serius dek kerana tanggapan teman sekerja den ni
yg hampir percaya dengan dongengan dan khayalan dari garapan tahyul cerita den…….agaknya
kalau den buat filem cerita tahyul kalau masuk panggung mahu meletup kot……sebabnya
dah ada orang nak percaya dengan kelentong den….ha ha
Den dah banyak kali tekankan bahawa apa yg den ceritakan di
dalam blog ini adalah cerita santai biasa dan hasil dari khayalan den sendiri…….tidak
bermaksud untuk mempengaruhi orang lain atau mencari nama dan pengikut……den
suka tambah2 cerita bagi menghiburkan diri sendiri bukan untuk kepentingan untuk
mendapat jumlah pembaca yg ramai atau pengikut blog yg ramai……..jadi den
tekankan lagi berulang kali bahawa cerita den di dalam ini tidak ada kene
mengena dengan orang yg hidup atau yg telah mati apatah lagi dengan orang2 yg
pembaca kenal atau sangka2…….ianya hanya catatan hiburan den sendiri untuk
menulis selagi ujudnya blog ini di alam siber……..dan kadang2 den rasa terhibur
untuk membacanya kembali sambil mengingatkan kejadian yg sebenar berlaku……..
nasi yg kita makan sebenarnya sama….Cuma den hanya tambah ramuan2 yg lebih kelihatan
kelainan untuk menaikkan mood membaca……..so den berharap agar pembaca tidak
terpengaruh dengan catatan blog den ini kerana ia hanyalah imaginasi den sendiri……..
Sekian terima kasih kepada pembaca setia blog den dan
diharap terhibur kembali dengan kelentong2 den pada masa akan datang……….
He he……

Tuesday, January 24, 2012

Rezeki berziarah @ bertandang

baru2 ni den bertandang ke rumah guru silat pulut di wangsa maju......dah lama dah tergerak hati nak pegi...tapi ada sahaja aral melintang.....entahmacamana bila cuti panjang ni den pun sms cfu bagi tau nak singgah sambil bayar duit untuk 3 bilah pisau yg den ambil hari tu.....cfu cakap ok je ....mlmnya setelah den selesai hantar orang tua balik dari mancing di kundang den sms sekali lagi pada cfu tapi tak berbalas......tak pa lah den singgah je lah sekejap kalau tak de den terus balik rumah je la bisik hati den.


sampai di rumah cfu dia tersenyum bila tengok den terkial2 cuba parking depan rumah coz masa cuti raya cina banyak kereta parking sebab kawasan perumahan dia penuh jiran2 cina.......den sampai sambil berbual kosong berkaitan masaalah perpecahan aliran2 silat dan hikmah kejadian tersebut........cfu maklum dengan perkara tersebut sambil berpesan pada den blaja lah apa juga jenis silat dan kalau boleh biar sampai tamat dan hormatilah guru2 tersebut......den terdiam je bila dengar amanat dari cfu ni.


rupa2nya mlm tu cfu ada temujanji dengan sorang lagi anak murid untuk memperkemaskan lagi langkah........den rasa serba salah juga kerana mungkin den dah ganggu temujanjji mereka.....tetapi cfu cepat2 bagitau yg mlm tu memang dah rezeki den untuk turut sama bermain........den pada mula nya malas nak atur langkas sebab dah lama bercuti dan tak aktif bersama kumpulan ni dan ditambah dengan fahaman den yg segala gerak semua darinya den duduk je jadi pemerhati.....lebih kurang 1/2 jam bermain cfu panggil juga den untuk memperkemaskan buah dan cuba untuk main berlapis.......setiap kuncian ada lapis mengikut arah mata angin atau tapak 4 begitu pesan cfu.......bukaan kunci ni samaada sebelum, semasa dan selepas kuncian mengikut turutan jenis kuncian....istimewanya permainan kunci silat ni selagi mata berkerdip atau lidah boleh bergerak selagi itu kunci boleh dibuka.......sukar untuk den menghafal semua jenis kuncian kerana ada beberapa jenis kuncian yg den tak pelajari sebelum ini. Mlm tu segala permainan kunci taraf guru telah di tunjuk tetapi oleh kerana den ni masih biginner jadi segala lapis kuncian hanya menjadi tontonan buat den sahaja kerana belum betul2 menguasai permainan tersebut.


cfu ada juga berpesan yg langkah den ini banyak langkah buah curi....langkah buah pukul mungkin dah sebati dengan permainan den.....dan permainan melapis hasil dari tunjuk ajar cfu ha menjadi gerak faberet den........langkah buah curi ni boleh dibaca oleh mereka2 yg bertaraf guru bila melihat kaki kita bertapak dimana berat badan kita ditampung oleh kaki dibelakang berbanding kaki didepan.


lebih kurang jam 1 pagi den makin mengantuk dan cfu mula bercerita bab2 kebatinan......dengan amalan ayat2 tertentu....bila sampai bab ni mata den makin mengantuk dan hati den seolah bagi isyarat bahawa ini dah masuk urusan antara cfu dan seorang lagi murid beliau.....den segera minta diri untuk pulang ke kundang......sambil den bersiap2 untuk balik cfu ada juga pesan untuk rajin2 datang untuk mengasah lagi permainan kuncian.....den mengiayakan sahaja tetapi tak berani untuk berjanji kerana den ni jenis blaja ikut mood jugak.........kadang2 tu rasa hairan juga den sikap diri den yg langsung tak nak ambil peluang untuk belajar dengan mereka2 yg hebat ni.........tak kira dari aliran buah pukul, lian padukan atau silat pulut malah kuntau tekpi semua mempunyai keistimewaan tersendiri........den je yg maleh ambil peluang......agaknya kalau den blaja dengan bersungguh2 dan istiqamah dari dulu mau jadi cfu sekarang....hu hu ......disebabkan den blaja bukan nak jadi cfu dan sekadar amik tau.....maka ni lah yg terjadi......sampai sekarang tak pandai2.......he he

Sunday, January 8, 2012

Berehat dikalumpang resort

foto pinjam orang punyer daaaa......

sementara pelatih tak masuk lagi 2-3 hari ni....dan ler den tulis merapu2 dalam blog.....esok lusa bila student dah ada payah plak nak nulih2 nie......he hek
den nak cerita pengalaman den sekeluarga berehat dan bermalam beberapa hari dikalumpang.......kerap juga kami buat hari keluarga disana.......almaklum milik adik ipar.......bila dia pelawa2 ayam apa lagi kami serbu lah satu keluarga dan memang kali ni nak menemani emak yang baru lepas menjalani pembedahan tempohari....sambil mengirup udara segar disana......tempatnya memang sempoi dan tenang....dengan udara bersih dan pemandangan yg menenangkan hati serta minda.........kami sekeluaerga memang happy lah.......almaklum macam2 aktiviti.....sukaneka, mandi, karaoke dan yg paling utama...mandi manda.....

malam pertama dengan bbq.....makan sepuas2nya dengan diselang seli pertandingan badminton dan kareoke.......masa nak tidur tu den dah rasa satu aura negativ bergerak2 sekitar bilek.....ish kata hati den takan dah sampai sini nak main tembah dan jurus berbagai......niat nak datang sini bukan untuk sayembara tapi nak berehat....sambil nak lelapkan mata den kata2 jugak dalam hati lantak korang lah nak ngusik ke hapa......sebab den dengan ko tak de beza.......last2 lelap sampai ke subuh gak........
pagi tu dah mula sibuk dari golongan kanak2 hingga mak bapak......kena masuk acara sukanneka.......sebelah tengaharinya pula makan nasik dan lauk pauk yg tak kurang enaknya dan dijamu pula dengan durian beli dikebun sebelah......lepas makan2 tu badan den rasa panas semacam....almaklum dekat 2 biji setengah gak den bedal walaupun dah beberapa kali dileteri oleh mini........bila dah panas2 tu den bukak baju dan terus terjun sungai........pegh memang best dah lama tak mandi sungai macam zaman kanak2 dulu....puas mandi den capai goggle menyelam milik abang ipar.....den teroka hampir semua lubuk2 sekitar beberapa ratus meter area resort pasir putih. ada sampai satu lubuk tu bila den menyelam tak nampak apa......dari atas nampak airnya agak menyeramkan dengan berwarna hijau gelap dan berarus pusar.........detik hati den cuba nak mencabar diri menyelam dalam lubuk tu sambil intai2 samaada terdapat ikan tengas atau ikan kelah bersembunyi.

selaman kali pertama den tak nampak apa....hanya kelihatan buih2 putih sedalam 2 meter manakala arusnya yg berpusar boleh menyebabkan mereka yg panik lemas dek gulungan air yg sentiasa menekan kebawah.....agaknya keadaan ini yg menyebakan ramai pegunjung yg tidak tahu keadaan air mati lemas disebabkan ditekan arus apabila cuba berenang kepermukaan air.........den cuba mengambil nafas dalam2 dan membuat selaman kali kedua........kali ini den dapat menyelam melepasi kawasan berbuih tadi......satu kawasan berarus makin menekan kedalam.......kawasan semakin gelap dan den cuba menunggu beberapa ketika membiarkan mata melihat apa yg ada didasar lubuk tersebut......serta-merta satu perasaan takut dan gerun menguasai den......dan serta merta pula den mengiktikadkan bahawa setiap apa yg den lihat tak ujud...melainkan ujud bayangan semata-mata.......keadaan semakin tenang dan den masuk lebih dalam sambil dapat melihat beberapa ekor ikan kelah dan tengas bersaiz 2-3 jari bersembunyi dibalik batu2........didalam lubuk ini terdapat beberapa ruangan seolah2 bilik atau pintu atau chamber....ada terdapat lebih 3 pintu didalam lubuk ini....dan salah satu bilik tersebut boleh memuat 1 orang untuk duduk atau bersila dan lebih menghairan kan lagi arus dikawasan bilik2 ini hampir tiada dan tenang........beberapa ketika den berulangkali menyelam dan mengambil nafas den pun mengambil keputusan untuk balik ke resort setelah badan mulai rasa sejuk dan menggigil.


mlmnya selepas den menang acara kareoke dengan menyannyikan lagu pantun budi .....den pun masuk tidur dan terlelap........kemudian bermimpi menyelam dan memasuki kembali jeram yg teroka pada siangnya.........rupa2nya kawasan bilik2 yg tak berarus itu memang benar adalah pintu bagi alam yg satu lagi dan den dijemput untuk memasuki rumah mereka dan dilayan dengan cara penuh budi bahasa oleh penghuni tersebut.....den tak dapat pastikan apakah agama mereka tetapi rupa mereka tidak seperti manusia biasa.....almaklum mereka berada dialam air.........dan den sukar pula mengingati perbicaraan den dialam sana.....yg pastinya sambutan mereka pada den cukup luar biasa........
layanzzzz........dongeng den kali ini....he he

logo illuminiti simbol kebenaran

logo pupular golongan illimuniti mata satu berlatar belakang piramid dibelakang atau dikelilingi segitiga
dalam blog saya ini penulisan saya lebih kepada hal2 yang remeh dan santai....saya tak suka isu2 yg berat dan serius....kalau perkara itu serius pun saya akan membawa jalan cerita kepada dongeng atau khayalan.......he he

kali ini saya mahu mengutarakan teori yg agak serius.......berkaitan logo golongan illuminiti atau golongan yg didakwa sebagai penyokong dajjal akhir zaman......pandangan saya pula adalah berlainan........kita boleh melihat sesuatu perkara dari berbagai pandangan dan perspektif berbeza dengan syarat kita harus terbuka atau fikiran kita bisa untuk memahami sesuatu perkara itu dahulu.......saya pernah berkongsi pendapat dengan seorang sahabat yg mana dunia ini adalah sama yg berbeza alam ialah tentang pemahaman dan perbezaan pandangan menyebabkan kita boleh memasuki beberapa alam....yg dimaksudkan alam ialah pandangan dan pemahaman kita pada sesuatu ilmu atau tafsiran kita pada mesej yg diterima.......sukar untuk difahami.....ha ha terpulang....blog ini adalah luahan hati saya ....dan untuk saya......kalau ada orang lain yg baca serta tidak dapat memahami....saya tak dapat bantu....he heh

pendapat saya berkaitan simbol atau logo puak illuminity ini yg terkenal dengan satu mata dan ada segi tiga seperti piramid itu adalah simbol asas bagi puak ini yg didakwa sebagai pengikut dajal dan yg akan menghancurkan dunia......adakah benar?.........apabila saya melihat dari konsep ketuhanan.......sekali lagi saya tekankan bahawa ini adalah pandangan saya sendiri tidak merujuk dgn mana2 hadis atau firman atau fakta dari mana2 buku dan kajian saintifik secara ilmiah........saya melihat bahawa lukisan mata itu adalah simbol kepada melihat....memandang......atau musyahadah ,melihat atau penyaksian ....@ naik saksi.....dengan pandangan batin dengan mentauhidkan bahawa hanya ujud Allah semata2........kias kepada kisah nabi musa ingin melihat wujud Allah dengan sebenar2nya........dan bentuk 3 segi itu bukanlah pyramid melainkan bukit tursina .........sila baca dahulu tentang kisah nabi musa berkata2 dengan allah untuk dapat melihat Allah bagi membuktikan pada kaumnya tentang ujud Allah dengan sebenarnya........kesimpulannya pada logo tersebut.........peristiwa musa(aku) melihat Allah dibukit thursina....

bukit thursina di mesir

saya yidak mahu menghuraikan dengan lebih detail kisah nabi musa dan bukit thursina.....kerana pandangan kita mungkin berbeza.........tetapi saya lebih tertarik dengan puak2 ini yg menimbulkan simbol ini diakhir zaman dan dengan begitu banyak fitnah yg mengatakan mereka adalah pengikut dajjjal.....persoalannya ......adakah benar? sekiranya bukan bagaimana?...........saya mula kagum dengan mesej yg cuba disampaikan oleh puak2 ini hampir beribu tahun lamanya dengan mengenang kembali peristiwa nabi musa dan bukit thursina.....inilah ilmu tingkat tinggi dan asas ilmu tauhid bagi pencari2 kebenaran.....dan intipati perbahasan kalangan peminat ilmu tasauf.........dan kemungkinan juga ia adalah ilmu yg digunakan untuk keduniaan.........hingga kini para saintis tidak dapat menghuraikan teknologi dan keupayaan pembuatan pyramid di mesir..........dan kita hanya disogokan dengan tafsiran mereka pada simbol2 yg dipahat didalam piramid itu ikut kefahaman mereka tanpa kita mahu untuk mentafsirkan sendiri mengikut bidang ilmu yg kita pelajari.........saya hampir merumuskan bahawa kaum yg membawa simbol ini atau panji2 mata satu ini kemungkinan terbahagi 2.......pertama ..... mereka yg membawa simbol ini yg tidak faham tentang konsep tauhid dan dibawa kearah dunia.....kedua mereka yg tahu tentang konsep tauhid pada simbol itu dan mengikut apa yg diajari oleh nabi musa........

bersambung.......(terpulang ler pada saya nak sambung ke tidak)....he he