Sunday, August 3, 2014

gaza menjerit


gaza menjerit

dikala mata terpejam

hati ditekan resah gelisah
angin jeritan gaza menerjah 
mengoncang menerpa dan meronta jiwa
lolongan jerit pekik kesakitan menusuk kalbu
memohon ehsan pada dunia kemanusiaan
yang kononnya sesama islam
mendakwa sesama saudara 
janji susah senang bersama
yang akan ditanya diakhirat sana



gaza
keimanan kini teruji
persoalan desakan keluhan meronta diri
berapa lama lagi harus berdiri
gendang perang telah lama berbunyi
setelah ramai umat syahid dan mati


gaza
rintihan mu begitu pilu
kata mu kami tidak perlu harta benda
kami tidak perlu senjata 
kami tidak perlu tenaga
apatah lagi airmata
yang kami dambakan hanyalah doa
buat penerus perjuangan syahid ini
dalam berjuang menentang syaitan bernama
 zionist dan yahudi


gaza
bertahan dan bersabarlah
kamu adalah insan terpilih
pada saat ujian akhir zaman
sedang kami disini
semakin ramai yg telah tewas
dengan syurga palsu kedamaian
kemakmuran kemewahan dan pembangunan
kami semakin lena 
pada kemerduan alunan qasidah
atau taranum lagu berzanji
bersingsing lengan berdebat khilaf
menghukum kafir sesama sendiri


gaza 
kami semakin jauh dan alpa
pada pesan rasullulah semasa ada
pasti baginda sedih dan murka
dikala umatnya semakin buta
oleh nafsu yg semakin beraja
dan pekakkan hilai tawa dunia


gaza
maafkan kami
kami cuba menutup mata ini
walau hati tetap meronta
untk berdiri bersama sama


gaza
esok lusa ujian pasti akan tiba
gilirannya buat umat yg semakin melupakan mu
gaza......



nukilan 
karim s.a


25 ramadan 1435H

No comments: