Friday, March 30, 2012

ceramah politik dalam teksi



Dalam perjalanan den balik ke Kelantan selama 2-3 hari menguruskan hal anak2 den sempat mendengar luahan rasa dan perasaan berkaitan senario politik dari pandangan pemandu2 teksi bermula dari kota bharu- rantau panjang – machang sepanjang perjalanan.
Den suka menduga keprihatinan mereka tentang sosio-politik yg memang agak hangat diperkatakan sekarang almaklum demam pilihan raya ke 13 makin hampir. Den cuba mengumpan dengan kemungkinan2 parti pembangkang yg bakal menguasai kerajaan nanti. Den suka melihat dari atas pagar atau parti bebas tidak memihak mana2 parti untuk tidak berat sebelah……pada den semua parti ada silap salah…….hanya pemimpin yg bijak dan adil yg sepatutnya layak memerintah……..bukan budaya keadaan politik sekarang di mana hanya pemimpin yg licik dan pandai tipu muslihat bakal memenangi hati rakyat…..nak salahkan pemimpin tersebut pun tak boleh juga sebab rakyat juga harus disalahkan kerana tidak dapat memilih pemimpin yg adil dan ikhlas dalam memperjuangkan rakyat. Ini kerana dasar
pendidikan dan latar belakang fahaman rakyat yg pelbagai ragam termasuk berbilang kaum dan agama……….pada den fitrah manusia ni hampir sama…….mahukan keadilan dan kesaksamaan dan kesamarataan……..ada parti yg slogannya konon memperjuangkan bangsa…..walhal menjual bangsanya untuk kepentingan dirinya sendiri……ada juga slogan partinya yg konon perjuangkan agama tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri malah ada slogan yg kononnya memperjuangkan keadilan tetapi juga akhirnya untuk kepentingan diri sendiri.
Den belum nampak lagi ada pemimpin yg benar2 ikhlas untuk memperjuangkan slogan parti masing2…….mereka lebih suka memperjuangkan kepentingan diri masing2 berbanding kepentingan parti…….. Semuanya hampir sama hanya untuk kepentingan perut dan tembolok diri dan kroni ……hanya berbeza slogan, bendera dan logo parti…….agaknya inilah kelemahan sistem demokrasi yg dipaksakan ditelan oleh rakyat yg tidak nampak dengan kepincangannya……..den tak de pilihan terpaksa juga memilih atas propaganda kononnya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat……walhal undi den belum tentu dikira sebagai satu keputusan yg benar2 bijak dan adil dalam memilih calon pemerintah…….
Ok kita kembali kepada cerita asal mengenai rata2 pandangan pemandu teksi berkaitan senario politik di sepanjang perjalanan den di kelantan ni. Den perati mereka boleh dikatakan
99.5% lebih cenderung kepada parti pembangkang…….manakan tidak……segala kesusahan dan keperitan sepanjang membawa teksi terus disalahkan ke atas bahu pemerintah, dengan dasar pemerintah yg kononnya zalim , kejam, tak prihatin dengan golongan pemandu teksi………den dok pikir2 gak dalam hati mana ada pemandu teksi yg boleh kaya raya dan mewah di dalam dunia nie……carilah walau di negara mana pun memang pemandu teksi susah nak cari yg senang dan kaya raya hatta dinegara yg moden dan serba canggih dibarat atau dijepun pemandu teksi tetap berada dalam hiraki pekerjaan mereka, tetap ada kekurangan dan kelebihan…….den
pernah pesan dengan anak den kalau kau suka memandu sepanjang hidup dan dapat berjalan2 sebab bosan duduk rumah…..ko boleh pilih kerjaya sebagai pemandu teksi……tetapi ingat ko takkan dapat ketenangan kerana kerjaya boleh menghasilkan tekanan….……pemandu memang seronok sekali kala….tetapi bila dah jadi kerjaya sebagai pemandu akan menyebabkan orang tertekan…….inilah bukti ain dan nyata bila den lihat pemandu teksi sentiasa merungut….bukan bergembira dengan kerjaya mereka.……kalau kesenangan dan keselesaan menjadi impian mereka den rasa mereka dah salah pilih kerjaya……. Hatta pemandu kapal terbang juga punya tekanan kerja mereka sendiri…….dan mangsa untuk mereka menyalahkan kesusahan mereka yg paling mudah ia …..kerajaan!!!!.............he he
untuk dapat kebahagiaan dan ketenangan dan kejayaan bukan dengan kerjaya......bukan hasil kerjaya.....bukan dengan peningkatan kerjaya......bukan2 bukan semua tu mengenai kerjaya.......tetapi ada satu selain dari itu....alamak den dah keluar topik plak........nantilah den celoteh pasal ni nanti.....he he

Sunday, March 18, 2012

rasa part -3

selesai den menjurus dan makrifat berbabagai......last2 den kepenatan......terdetik hati den mengatakan bukan dengan kaedah ini cara penyelesaiannya........setiap sesuatu masaalah tidak boleh diselesaikan hanya dengan satu cara atau kaedah.......rahmat Allah ini luas ......jurus dan tekanan2 batin tidak boleh menyelesaikan semua masaalah.......den pun berhenti rehat mengambil nafas.......memberi ruang kepada pak kiyai untuk meneruskan caranya......lantas pak kiyai meminta segelas air dan membacakan ayat2 tertentu didalam alquran.......den hanya menghening diri dan membiarkan sahaja masa berlalu seadanya.......





lebih kurang dalam 10 minit pak kiyai mengarahkan pemuda tadi meminum air yg telah dibaca jampi........serta merta den merasa bahang dan berdebar2........memang sebelum itu den cuba untuk menyatukan rasa pada pemuda tadi.......apa juga rasa yg dialami oleh pemuda den cuba untuk menyelaminya juga........den terus minta pemuda itu beristigfar banyak2 dan membaca apa yg patut sebagai perlindungan dari Allah terhadap ancaman dari makhluk halus......dia akur dan terus membaca didalam hati......





seketika kemudian keadaan semakin tenang....tidak ada lagi perasaan berdebar dan kepanasan.......serasa diri seperti berada didalam tempat yg indah dan tenang....damai......den tersenyum, kehendak Allah terjadinya semua ini........niat kita untuk menolong pemuda tadi dimakbulkan Allah dengan bantuan kiyai.......agaknya kalau den terus menjalankan kerja2 dan kaedah den tadi serta berhasil memulihkannya....kemungkinan den akan menjadi bertambah riak dan lupa diri........den akan semakin hanyut kepada kelebihan dan keupayaan diri hingga melupakan kuasa Allah.........





den teringat pesan tok ketua lanun dahulu......memang ler ko tembak bila jin tak melawan....kalau ada yg melawan macamana?........memang betul cakap beliau....semakin den cuba menyelami alam ini maka cabarannya semakin hebat.......dahulu tembakan jurus tu boleh dibuat dari opis hingga kerumah.....tetapi sekarang jin2 yg den jumpa semakin high level....boleh menyerang den balik malah menanamkan rasa riak, takabur dan ujub dalam diri........rasa riak inilah yg paling sukar untuk ditepis pada setiap manusia........sehebat2 mana kebatinan seseorang apabila terkena jurus sentuhan syaitan dengan perasaan diri....seperti.....aku hebat, aku kuat, aku handal, aku gagah...aku teror.....sebenarnya diri orang tersebut telah berada diambang kekalahan.......dan tewas yg nyata kerana masih merasa diri itu ujud tanpa menyedari bahawa sebenarnya Allah sahaja yg ujud, hebat, gagah, dsbgainya......





sekian.......

Tuesday, March 13, 2012

rasa part 2

den berpeluh jugak melayan 2 alam serentak.....agaknya ini yg dikatakan keistimewaan orang2 dahulu yg boleh memasuki beberapa alam ........kemampuan minda mereka boleh melayani beberapa alam sekaligus membuktikan kemampuan mereka yg memang luar biasa.......mereka boleh minum2 santai di alam nyata dalam masa yg sama boleh berada di dimensi yg lain malah berurusan pula didimensi yg lagi satu.........ini semuanya adalah gifted kata orang jawa.......ia tidak akan dicapai dengan belajar, khalwat atau bertapa atau dengan zikir ribu2 kali ..........ia dikurniakan oleh Allah pada siapa sahaja yg ia kehendaki.......den tak kata den dikalangan orang2 tersebut......sebab baru cuba2 nak rasa alam tu den dah goyang .....dunia nyata ni pun den terumbang ambing camana nak masuk yg lagi satu?

setelah puas menahan perasaan (rasa)......masuk je rumah tuan resort den diberi penerangan sikit tentang hajat tuan rumah......biasalah dia nak selesaikan masaalah anaknya yg sering kengkadang luar kawalan dan mengelamun sendiri........den pun tak terfikir pun nak tolong.....hanya lintasan hati yg kasihan melihat anaknya dikuasai oleh makhluk halus.......den tak nak mancampuri urusan orang.......den hanya menurut rasa hati dan naluri sahaja dalam hal ini.......mungkin dengan cara ini den dapat belajar sendiri mengenai bab alam yg lagi satu almaklum den tak berguru dengan sesiapa atau dimana2 hanya redah sendiri setelah mendapat kesan dan akibat......den hanya belajar dengan pengalaman......buruk baik semua tanggung sendiri..........pada den guru yg sebaiknya adalah diri sendiri......he heh

bersama2 dengan den pak kiyai kami pun memulakan kaedah masing2.......den mula menafikan diri dahulu.......bab ni pun mengenai rasa juga......tidak ada satu pun jampi atau perkataan atau ayat yg perlu dibaca......hanya dengan menghening cipta hingga menafikan keujudan diri.......yg ujud hanya yg benar2 ujud..........ini adalah masuk kepada pengajian hakikat dan makrifat....masuk kepada pengajian asas tauhid dan pengajian rasa.........ilmu ini bukanlah tinggi tetapi telah diabaikan oleh ulama2 pengajian fekah hingga menafikan pengajian tasauf sebagai bidaah dan sesat.........zikir mereka hanya dimulut tetapi tidak sampai ke hati dan nafi/isbat. ah tinggalkan ler bab nie.......

den terus membuat jurus2 secara spontan.......ikut gerak hati.......sambil memasukkan zikir2 asmaul husna didalam jurus2 tersebut........disamping itu den terdengar anak buah cuba berinteraksi dengan makhluk halus tersebut bersama bapa pemuda tadi.......nama makhluk itu @#* sukma........berumur sekitar 3 ribu tahun lebih....memang otai dengan ramai pengikutnya terdiri dari jenis jin yg lain........dah tua lagi ada hati nak kenen orang muda gelak den sorang2.........hampir 1/2 jam sayembara berlangsung tanpa menunjukkan tanda2 menang atau kalah..........

bersambung.....

Monday, March 12, 2012

rasa part 1

ada sekali tu den pi ke kalumpang dengan anak2 n anak buah yg boleh scan.....tujuan bukan apa untuk bawa baju tambahan setelah anak no 2 sibuk tel mengatakan bajunya hanya 2-3 helai je yg boleh dipakai semasa berkerja disana....anak den ni tengah tunggu result spm...jadi sementara tu dia keje la apa yg patut bagi meluangkan masa menunggu keputusan peperiksaannya tu.

sampai disana bila bertemu dengan anak tokey....anak buah dah cakap ade suatu bayang putih melekap pada badan dan mengikut sahaja kemana dia [pergi......den yg belum apa2 terfikir dan terniat untuk menolong pemuda yg juga anak tokey tadi dari diganggu makhluk berupa seperti pontianak atau langsuir pada pandangan anak buah.......memang den merasakan satu perasaan gelisah dan panas bila berhadapan dengan anak buah tadi walaupun tidak ada perkara yg menjadi kesan pada perasaan bila berkomunikasi dengannya....

setelah makan2 ......den bersembang dengan tokey tersebut dan dia menyuarakan hasratnya untuk den membantu menyelesaikan masaalah anaknya yg sering mengelamun dan suka bersendirian melayan perasaan sendiri......den kata den tak pandai...masaalah den pun kadang den mintak tolong orang lain......den tak reti dan den hanya boleh sangka2 sahaja berbanding anak buah yg boleh melihat jin2 tersebut secara nyata tegas den......dia bersungguh2 juga meminta bantuan den dan seorang pekerja yg di panggil bapak kiyai disitu untuk melaksanakan tugasan tersebut.....den kata tunggu petang sikit kasi orang reda dan kita buat secara sembunyi didalam rumah....bukan apa den takut kalau sayembara nanti melibatkan aksi2 yg tidak boleh dikawal yg akan mendatangkan ketakutan pada pengunjung......tokey nya bersetuju dengan cadangan den.

sementara menunggu anak den mandi dan menanti masa perlawanan persahabatan den dah rasa aura2 panas serta seperti suatu sayembara telah pun dimulai oleh pihak lawan.......sedang den bersembang dengan satu pengunjung yang rancak menceritakan masaalah politik.......den sedang melayani tolakan2 dan bahang2 panas dari makhluk tersebut......ini yg den katakan bab rasa........ianya tidak kelihatan pada pandangan mata sebab den ni bukan jenis terbuka hijab untuk melihat alam makhluk halus tetapi serangan2 tadi terasa benar pada diri batin......sambil sembang2 tu den mengumpul nafas dan tenaga cuba untuk mengawal keadaan .......diri dalam sudah merasa seperti tolakan ombak tetapi berarus panas........den belum boleh kawal diri untuk membalas serangan disebabkan den tak dapat lagi ilham untuk membalas serangan melainkan dengan isyarat pergerakan tubuh badan.......kalau ikut pengajian ilmu lam dulu .......serangan2 macam ni hanya diuruskan dengan penarikan nafas dan mengunci tenaga tersebut dalam makam istana iblis ......tempat2 tertentu dalam angota tubuh geng2 tarikat naqsyabandi menyerang istana iblis dengan zikir kalimah allah hu atau hu allah.

tapi tools yg dulu den dapat kuasai dah hilang......banyak sebab.....mula2 den kecewa jugak bila hilang.....lama2 den reda bahawa semuanya adalah pemberian allah....bukan milik kita......kita tiada hak untuk mengklaim itu adalah milik kita.......kalau allah nak beri ....terima....kalau allah nak ambil....reda...syukur dengan apa yg ada......

bersambung untuk sayembara aksi2 ala dongeng tahap gaban selepas ini........he he

Alam- faham-rasa

beberapa hari ni den sering berfikir dan cuba memahami sesuatu......tentang ilmu yg dipelajari.....pengalaman hidup......dan analisa peribadi.......banyak kata, banyak baca, banyak angap, banyak tanya......belum tentu mendapat jawapan selagi tidak diberi dari dia.....

orang kata pengalaman hidup lebih berharga dari ilmu didalam buku......entah lah....tapi bila den kaji dan teliti.......ilmu didalam buku hanya menerangkan contoh dan kisah.....tidak dapat menyampaikan rasa.......rupanya ilmu rasa ini ilmu yg tidak ternilai......

den cuba memahami dan menyelami ilmu rasa......selama ni den beranggapan ilmu rasa hanyalah perasaan was2, waham dan keliru....rupanya bukan

ilmu rasa sukar diceritakan kecuali dengan contoh, kias, misal, tamsil, bidalan ....sebutkan apa sahaja tidak akan dapat mengambarkan rasa kepada orang yg sedang merasa......

insyaalah akan den cuba untuk berkongsi rasa pada pembaca blog akan kelentong den akan datang.......

Saturday, March 3, 2012

petua pilih menantu


gambar hiasan menyembelih ayam

den teringat satu teknik orang dulu2 memilih menantu, salah satunya dengan menyuruh anaknya menghantar ayam untuk disembelih oleh bakal menantu......kalau ada 3 calon maka 3 ekor ayam ler yg bakal korban .....kalau 100 pegh mau 100 ekor jugak ayam bakal disembelih......banyak modal tu....

jadi kenapa dengan ayam?......apa keistemewaannya ayam untuk dipilih dalam memilih dan menilai serta menilik bakal menantu?.....

biasanya ayam tersebut akan dihantar oleh anak2 lelaki kepada bakal menantu......setelah bakal menantu menyembelih ayam tadi akan dibawa kembali kepada bakal bapa mertua untuk dilihat organ dalaman.......den ada juga belajar cara dan kaedah menyembelih mengikut syariat yg betul ditambah dengan kaedah jalan thorikat dengan menghantar dan niat utk mengembalikan roh ayam tadi mengikut perjalanan nafas turun dan naik.........

setelah ayam tadi disembelih, kalau ikut syarat dan petua ayam tadi harus akan terbaring mengadap kiblat tanda cara sembelihan sempurna dan sah, kedua organ dalaman ayam tadi akan diperiksa .......sekiranya ada tanda2 dalaman organ ayam tadi penuh najis dan kotor makna ia mewakili sipeyembelih ....begitu juga kalau didapati organ dalaman ayam tadi bersih ia juga memberi gambaran bahawa dalaman (yakni hati) penyembelih bersih dan baik.

kerana itu juga orang dahulu nak makan ayam akan bawa ayam mereka kepada ustaz atau imam untuk disembelih.....orang sekarang tak berpeluang sebegitu rupa........jadi ada kurang dan lebihnya dulu dan sekarang ......

begitu juga sekiranya penyembelih tadi mempelajari ilmu2 dalaman samaada kebatinan atau pelajaran thorikat dan pengajian hakikat boleh dilihat dengan jelas melalui organ dalaman ayam yg telah disembelih. wallahualam

sampai sekarang den tak pernah lagi berpeluang untuk melihat organ dalaman ayam yg den dah sembelih sebab tak de peluang...he he pada den itu hanya satu kaedah dalam menilik cara orang dulu2 seperti juga teknik memotong limau dan melihat urat daun sirih........

layan...................