Tuesday, April 28, 2015

Dah lamaaaa dah....

adoi....lama dah tak berblog ni......asyik pekena ais tea blog je.....apataknya computer ni langsung tak memberi kerjasama utk nak update......

den masih lagi dlm musim melayan perasaan ........dgn musim trkena dgn program2 emas yg tak kunjung tiba hasil dari kesilapan tidak mengikut sifir sendiri.......emas harus diurus niaga secara tunai tidak boleh tertangguh.......malah ia merupakan barang ribawi....tertangguh 1 hari pun tak boleh......kesan dari tidak mengikut sifir memakan diri dgn masuk mana2 program delay dan khazanah bangsa.......kalau ikut logik akal senang cerita ....rugi.....kalau ikut bab ilmu hakikat......semuanya adalah ketentuannya.......kalau Allah nak bagi hutang maka dia sendirilah yang akan bayar......he he

berbeza pula dgn rezeki dilaut......boleh dikatakan setiap minggu ada je orang booking.....walau hasil tk sebebrapa....tapi rata2 pemancing ni den tengok sporting.......matlamat mereka bukan ikan .......tetapi kepuasan memancing......kalau nak ikan den pesan pada customer.....pi pasar.....tu pun belum tentu akan dapat ikan2 gred AAA....kalau tak percaya cari ikan kelah, temoleh, kerapu bara di pasar borong......ada?

rezeki semua Allah dah tentukan .....orang kata kita ikhtiar je....bab ikhtiar ni sebenarnya masih berlapik......takkan lah ikhtiar ni luar dari kuasa Allah......jadi semuanya masih lagi dalam genggaman dan kudrat Allah.....kita ni umpama bayang dari empunya bayang.........layannnnnn

Sunday, November 2, 2014

kerajaan legasi

entah kenapa den nak sampaikan pendapat den yg akan buat ramai orang marah.....

apa yg den cuba sampaikan ialah......

contohnya UMNO lahir dari legasi Britain...

manakala PKR adalah lahir dari legasi Amarika.....

persoalannya adakah UMNO masih lagi relavan sekarang berbanding PKR dan parti2 baru yg bakal lahir setelah perubahan penguasa dunia......he heh

Monday, August 25, 2014

boycott jihad dan panji hitam


salam...... kali nie den nak share pendapat tentang boikot  (boycott) berjihad dan panji2 hitam.....memang serius punya tajuk.....almaklum semua orang nak boikot ...semua orang nak jihad dan semua orang nak menuju ke panji2 hitam......macam musim la...kalau musim banjir alamat ramai ler yg basah....bila musim boikot ramai juga yg kene tempias.......

pendirian den memang selalu menongkah arus....... agaknya ada darah jenis suka menentang agaknya.....mana yg masyarakat suka den tak suka ....mana yg masyarakat tak suka den suka......nak buat camana dan pemikiran den macam tu.......bukan boleh diubah2......kalau nak salahkan den baik salahkan allah......sebab Allah yg ciptakan den dan segala perilaku den......kg orang tak paham kata den berfahaman jabariah pulak....dah ler berbagai2 fahaman sekarang yg menuduh sesat sama lain......lantak ko ler labu...he he

boycott pada den harus dimulakan dari dalam diri......sikap, pemikiran, mujahadah dan segala istilah yg merujuk kepada menundukkan nafsu.........ceritanya senang apatah lagi apabila belum mengenal yg mana satu nafsu dan yg mana satu gerakan hati......semuanya hanya katanama atau sebutan2 yang hanya boleh dibezakan oleh ilmu dan kefahaman of coz pertolongan dari Allah....... kalau tk de pertolongan dari Allah jgn sibuk la katakan kita dapat ilham ke ....ilmu laduni ke.....ada kelebihan ke......hati nurani ke......manusia pilihan ke........deria ke6 ke 7 ke8 .......melainkan pertolongan semata2 hanya dari Allah.......tanpa pertolongan dari allah kita akan memang jadi mangsa Dajjal, freemason, illuminiti, yakjuj makjuj, fitnah, yahudi zionis dan macam2 lagi........

pada pemahaman ahli sufi kita kene boycott nafsu yg memang tersedia dlm diri......kita perlu perangi habis-habisan hingga hanya meninggalkan nafsu yg baik (nafsu kamilah @ nafsu yg terpuji @ muhammad) yg hanya membisikan utk membuat perkara yg baik2 sahaja........cara untk memeranginya pastinya menggunakan alat zikir kalimah tauhid dan macam2 lagi.......setelah kita memenangi jihad dlm diri barulah kita layak digelar imam yg berimamkan iman @ iman yg berimamkan iman,,,...semuanya hanya istilah yg merujuk kepada pencapaian rohani atau insanul kamil (insan sempurna)....... setelah kesempurnaan mencapai keperingkat itu barulah khalifah yg telah memenangi perjuangan  jihad dalam diri boleh meluaskan jajahan takluk kepada jihad diluar.....barulah boleh boycott barangan yahudi......barulah layak utk berjihad dan memegang panji2 hitam........

bagaimana orang yg belum layak melawan hawa nafsunya sendiri handak melawan yahudi?......sedang sifat yahudi dalam diri masih bersarang menguasai fikiran dan hawa nafsu hendak melawan yahudi diluar......takut2 yahudi yg diserangnya adalah orang muslim dan dirinya sendiri adalah yahudi sebenar...... kita sering sangat melebel orang dgn bodoh, kejam, zalim, kafir, syaitan dan yahudi.....tanpa menilik semua nama2 kejahatan tersebut dlm diri.........punyalah banyak ayat2 alqoran dan hadis yg menyuruh kita menilik kedalam diri......tak perlulah saya memetik 1-2 ayat ...cukup kalau kita rajin cari sendiri dgn tidak merujuk pada mana2 guru atau imam2 yg kita taksub.......huraian dari imam2 dan guru hanya menghadkan hijab keilmuan yg ada didalam Alquran dan hadis.....

saya tidak memperlekehkan mereka2 yg terlalu ekstrem untuk boikot dan berjihad......kalau mampu apa salahnya silakan......kerana ini pun adalah ketentuan alam....cukup sampai masa perubahan dan suasana atau persekitaran akan merubah kita.......jadi untuk menghormati kehendak masyarakat....maka kita pun turutlah juga ikut boikot tetapi bukan ikut-ikutan.......orang kata kita harus pergi berjihad...maka atas hormat pada pandangan masyarakat kita akur......ya silakan.....jgn pula kita menentang.......orang kata kita harus berbaiah dgn khalifah panji2 hitam....ya silakan........hanya jasad kita mengikut mereka tetapi iktikad dan dalaman kita tidak........den hanya berbaiah dgn khalifah diri....hanya berimamkan iman dan berimankan imam......segalanya semuanya merujuk kepada diri yg empunya diri.......alam diluar hanya kiasan pada alam diri........biar alam diluar berubah2.......namun mohon pada Allah jgn alam didalam berubah2......

biarlah.......teruskanlah.......silakanlah sekiranya kalian mahu boikot, berjihad, berjuang dibawah panji2hitam.....teruskan ......tatapi tinggalkan diri ini......kerana diri ini masih lagi berjuang menengakkan kebenaran dan keadilan dalam diri....masihlagi belum selesai serang menyerang dalam diri....... walaupun dalam tidur yang lena.........

Sunday, August 3, 2014

gaza menjerit


gaza menjerit

dikala mata terpejam

hati ditekan resah gelisah
angin jeritan gaza menerjah 
mengoncang menerpa dan meronta jiwa
lolongan jerit pekik kesakitan menusuk kalbu
memohon ehsan pada dunia kemanusiaan
yang kononnya sesama islam
mendakwa sesama saudara 
janji susah senang bersama
yang akan ditanya diakhirat sana



gaza
keimanan kini teruji
persoalan desakan keluhan meronta diri
berapa lama lagi harus berdiri
gendang perang telah lama berbunyi
setelah ramai umat syahid dan mati


gaza
rintihan mu begitu pilu
kata mu kami tidak perlu harta benda
kami tidak perlu senjata 
kami tidak perlu tenaga
apatah lagi airmata
yang kami dambakan hanyalah doa
buat penerus perjuangan syahid ini
dalam berjuang menentang syaitan bernama
 zionist dan yahudi


gaza
bertahan dan bersabarlah
kamu adalah insan terpilih
pada saat ujian akhir zaman
sedang kami disini
semakin ramai yg telah tewas
dengan syurga palsu kedamaian
kemakmuran kemewahan dan pembangunan
kami semakin lena 
pada kemerduan alunan qasidah
atau taranum lagu berzanji
bersingsing lengan berdebat khilaf
menghukum kafir sesama sendiri


gaza 
kami semakin jauh dan alpa
pada pesan rasullulah semasa ada
pasti baginda sedih dan murka
dikala umatnya semakin buta
oleh nafsu yg semakin beraja
dan pekakkan hilai tawa dunia


gaza
maafkan kami
kami cuba menutup mata ini
walau hati tetap meronta
untk berdiri bersama sama


gaza
esok lusa ujian pasti akan tiba
gilirannya buat umat yg semakin melupakan mu
gaza......



nukilan 
karim s.a


25 ramadan 1435H

Wednesday, July 2, 2014

ratib dinihari

gambar hiasan

pagi jumaat 27 hb 6 den sms brother :
den:  amacam kita turun cari lauk bulan puasa mlm ahad nie....
abg: isssh ko giler ke kan ahad tu dah start posa
den : yer ler kita mancing malam bukan siang...kalau siang risiko tuang besar he he
abg: ok aku on je ajak lemas sekali...
den : roger

petang tu lepas ganti canopy den dah siap dgn segala kelengkapan memancing....yg tinggal cuma sonar ikan je sebab kali nie bateri yg telah di charge entah mana pergi....

pkl 8 mlm  kedua brother den sampai sambil disambut dgn leteran den mengatakan depa terlewat untuk keseberang sg 5 kerana air dah start surut...den kata kita tak boleh memancing lama kerana kita kene balik kepangkalan sebelum pukul 8 pagi kalau tidak bot tak boleh nak parking.

kami mula melabohkan pancing diarea kuala simpang 4 2 kilang simen....membangau dlm 1 jam tanpa usikan apa2......selepas bersahur dlm jam 10 mlm kami bergerak pula ke kapal karam ......air surut besar membuatkan batuladung dan umpan membelit satu sama lain.....tetapi disni umpan kerap dijamah ikan....gelama dan duri sebesar 4 jari tangan sentiasa sudi menjamah umpan.

setelah hampir 2 jam disitu den cadang pada 2 brother untuk beralih ke sg hantu betul2 mengadap north port.....hati den mula tk sedap tapi den buat dek je......masa nie abng den khalid dah mula lelap mata.....den pun tengok leman mula menguap......undang2 tk tertulis dalam memancing ni melarang semua pemancing tidur serentak......mesti ada seorang yg berjaga utk memastikan cuaca atau apa2 keadaan yg merbahaya bakal mengundang.......disini ikan mula berhenti mematuk umpan.....den tahu ikan area port klang akan mula pasif sekitar pkl 1 pg hingga jam 5 pagi......

bila kedua brother dah berdengkur sayup2 den mendengar suara2 seperti orang bercakap dan meratib di pulau klang.......kebetulan nama tg dan sg ni ialah sungai hantu......den dok pikir2 agaknya sebab tu lah penduduk sekitar ni memanggil kawasan nie tg hantu......banyak sangat bunyi yg menyeramkan bila dinihari....den buat dek je....sambil2 tu den buat apa2 utk kuatkan semangat dan teringat wajah2 guru2 den dan amalannya.......nak menjurus dilaut ni bukan boleh tibai semacam.....buatnya dia terbalikkan bot ni macamana pulak den nak menyerang......tapi den tahu hantu2 kawasan nie macam cuba nk menakutkan den je......almaklum kata orang tempat yg dilarang mancing tulah banyak ikan dan den masih berdegil utk lepak dikawasan tu hingga ke pagi...

hampir 2 jam den melayani bunyi2 yg menyeramkan kemudian abng leman terjaga....dia yg mamai2 cuba utk ajak den bersembang kosong dan bermuzakarah sedikit bab ilmu ketuhanan....den layan tk layan juga sambil memerhati keadaan sekeliling. kemudian setelah beberapa lama abg den mula sedar dgn suara2 seperti ada orang kg berwirid yg ayat2nya kurang jelas.....den bagi isyarat diam2 dan dengar sahaja.....terus abang den katakan apa perlu takut.....mereka dan kita sama sahaja.....ye lah sahut den sepontan....


kemudian dalam 2-3 detik keluar satu cahaya yang amat terang muncul dari atas pokok bakau dan menuju ke atas langit......cahayanya amat terang hingga menyilau pulau kelang dan sekitarnya......wah keajaiban apakah ini bisik den dlm hati......sepontan juga abg den berkata......wow hebat juga teknologi mereka.....den terus kuatkan semangat den.....walau apa terjadi den tidak akan berganjak dari tempat ini......cepat2 den sisipkan golok dari bot ke pinggang den......cahaya yg pada asalnya kecil menjadi semakin besar dan bersinar......den berkira sebesar parabola dan naik ke atas dalam kepantasan yg luar biasa......den pernah dengar cerita orang tentang hantu tuju2....tetapi cahaya ini lebih besar dan pantas dari tuju2.......  bermakna den beranggapan bahawa perkampungan jin di pulau ini memeiliki teknologi yg agak advance dan sedang mempamerkan kekuatan mereka didepan den dan brother.......

den terpaku beberapa seketika.....habis lupa segala bentuk jurus dan ayat2 suci......selepas beberapa minit den sempat mengambil gambar ufo tersebut dgn hp kemera tetapi objek tersebut telah jauh dan semakin mengecil........den beranggapan bahawa pulau kelang ini adalah pusat bandar bunian @ jin yg padat......maksud den padat sebab dari bunyi yg macam2 hingga mempunyai piring terbang adalah gambaran kepadatan penduduknya yg pelbagai......wallahualam

Sunday, June 1, 2014

hajat bot sendiri


dah lama den berhajat untuk ada bot sendiri.....begitu banyak halangan dan rintangan ....dulu den selalu jugak pakai @ pinjam bot abang....selepas botnya hilang dicuri di pangkalan.....lama jugak den termenung ......kemudian sewa plak bot persatuan untuk hilang ketagih kelaut,....den sebenarnya suka ke laut.....bukan bab mancing sahaja......bila cerita kelaut ni macam2 aktiviti terutama menangkap ikan.....tak kira la menjaring ke, merawai ke, mancing, cari perumpun atau pasang perangkap ketam.....janji dapat ke laut,......kenapa kelaut?.....sebab pada den laut banyak beri pengajaran tanpa teks......tanpa ayat atau huruf....laut ni mengajar kita akan sebuah kebebasan, luas, keindahan, harapan, sabar, tidak mudah putus asa dan keberanian.....kenapa den cakap cam tu?......salah satu contoh ...kita boleh tengok seseorang itu dikatakan berani didarat.....tetapi adakah dia berani bila sampai dilaut......berapa banyak pulak mereka2 yg mempunyai ilmu yg hebat didarat tetapi tawar bila sampai dilaut......laut bukan tempat permainan , malah ramai orang yg setuju kalau laut bukan tempat cakap lepas atau mencarut dsbgnya.......apa yg ada dilaut?......macam den cakap laut adalah guru kehidupan pada den....

 berbalik pada keinginan untuk bawak bot sendiri akhirnya tercapai jugak.....den memang mampu untuk beli bot harga belas ribu keatas tetapi bila den teringat pesan cfu dr mahathir katanya kalau kita nk berniaga nie biar kita keluar  1/3 dari modal yg kita ada......sekiranya apa2 berlaku kita boleh memperbetul dan memperbaiki perjalanan bisnes itu nanti......falsafah ini den lihat ada dalam seni bela diri lian......dalam menghasilkan buah mesti ada lapis.......kalau takat buah sebijik tu sahaja modal kita baik tak payah dan perinsip lapis hingga 3 peringkat itu digunakan dalam kaedah pemikiran dr mahathir......

rupa2nya bila ada bot sendiri ni lagi banyak masaalah.......bot buruk, enjin lembab, sewa tapak, maintenant bot, jadi ahli persatuan pangkalan dan macam2 lagi...belum masuk kene jaga hati warga pangkalan lagi.......bab nak jaga keadaan benda mati satu hal....jaga hati orang ni yg paling payah.......

camanapun alhamdulilah redo dgn apa jugak yg dirasa dan alami......pesan tn hj .....pandang nikmat hilanglah bala...pandang bala hilang nikmat......semua yg kita rasa, fikir, alami selepas dan sebelum adalah nikmat yg tak terhitung.......dapat buruk ke baru ke semuanya ada baik dan buruk......yg perlu kita amalkan adalah syukut atas nikmat dan ketentuannnya..............layanzzzz

Tuesday, March 11, 2014

apabila Alam bersuara

kemarau

jerebu

jerebu, kemarau, angin sejuk, banjir hampir semua fenomena cuaca diluar jangkaan dan persiapan manusia.......ini adalah lumrah.....tetapi di negeri hujung tanah ini boleh dikatakan ia adalah fenomena luar biasa.......biasa bagi jenerasi yang lahir pada tahun kejadian tersebut tetapi tidak pada jenerasi sebelum......perkara ini pernah saya kongsikan bersama beberapa orang tua ....dimana mereka mendakwa jarang sekali berlaku kemarau yang melibatkan seluruh semenanjung kecuali beberapa negeri sahaja samaada sebelum dan selepas merdeka jangkaan dari tahun 1900 - 2000 atau boleh dikatakan dalam kitaran 100 tahun.....jgn ditanya fakta 1000 tahun sebelum kerana fakta diatas kertas sukar diterjemahkan melalui ilmu rasa......saya suka mengatakan ilmu rasa walaupun diberitahu melalui ilmu mulut ke mulut kerana ia lebih hidup kerana disampaikan oleh makhluk hidup.......jadi kenapa ia berlaku sekarang?

kalau ditanyakan kepada ramai orang akan keluar begitu banyak teori dan spekulasi....dari teori akhir zaman, kiamat makin dekat, dajjal, yakjuj makjuj, teknologi `harp' atau kawalan cuaca, dan banyak lagi.........pendapat saya mengatakan ....apabila alam bersuara.......alam ini berkata2 tetapi kata2 alam ini bukanlah seperti perkataan atau bunyi suara dari tekak kita.......seperti juga kajian para saintis terhadap binatang seperti semut, gajah, keluang, kesemua mereka ada ciri khusus bagi berkomunikasi sesama mereka.......begitu juga alam.......alam sering berkomunikasi sesama mereka dan sesama manusia........orang2 pakar kaji cuaca sering membaca komunikasi alam........mereka menafsir, meneliti dan mengkaji gerak laku alam.......dan akan membuat ramalan berdasarkan tindak tanduk fenomena tersebut......

apakah yg penting dirumuskan pada semua tingkah laku alam?......apakah keputusan atau kongklusi pada semua signal yg telah diberi?.......kalau di hitung segala fakta2 yg menjurus dari sains juga agama akan menrumuskan bahawa bumi kita semakin tua.......sebagaimana jasad kita yg semakin dimamah usia sebegitu juga bumi kita ini........kita akan disibukkan dgn kiamat besar sedangkan kiamat kecil pasti akan mendatangi kita sebelum kiamat besar berlangsung.......kita semakin jadi pelupa, kurang keupayaan, kurang semangat, kurang tenaga dan pelbagai ciri2 kekurangan upaya....he he 

  
akan bersambung kalu ada masa.......... ;)