Monday, January 21, 2013

Perginya seorang ayah

tepat jam 5.30 petang 6 hb jan 2013 kembalinya kerahmatullah ayah saya yg tercinta Tn Hj atan bin Bakri @ Hj atan Bin Sanusi meninggalkan kami di dunia yg penuh dengan lakonan dan sandiwara......arwah ayahanda telah selamat disemadikan berhampiran kubur arwah ibu juga di perkuburan taman kosas....ampang......dgn selang hampir 6 bulan......arwah ibu pergi meninggalkan kami pada 1 hb 6 2012 manakala arwah ayah pula meninggalkan kami pada 6 hb 1 2013......jadi no 1661 begitu bermakna buat kami sekeluarga......apatah lagi arwah meninggalkan kami selang seminggu atau 6 hari selepas kami menyambut hari ulangtahun kelahiran beliau pada 30 hb 12 2013........ibu pernah berpesan pada saya tentang cara orang dulu2 menilik tarikh kematian orang yg meninggal normal akan mati pada hari tanggal pusat......dan buktinya telahpun saya lihat depan mata pada beberapa orang......

pemergian arwah disambut dgn perasaan puas bercampur sedih.......bukan tidak ada sekumit sesalan atau kesedihan tetapi puas kerana telah melengkapkan segala hajat dan permintaan  arwah pada saya sebelum pemergiannya.....

saya sempat dikurniakan oleh Allah utk menjaganya semasa beliau gering yg kebetulan jatuh pada cuti semester samaada dirumah kakak di gombak hingga ke wad icu.......malah sempat juga mengingatkan arwah tentang ilmu hakikat yg beliau ambil dari Tn Hj syaari disaat2 akhir beliau meninggalkan kami........segala amanah dan harapan yg digalas rasanya telahpun disempurnakan. malah seminggu sebelum kematian beliau hampir setiap mlm beliau meminta saya memasang cd ceramah tn hj syaari bagi kemantapan persediaan disaat akhir.........malah beliau sering kali meminta saya bercerita tentang aktiviti ceramah hj bila berbicara....

pada mlm terakhir itu juga beliau meluahkan segala rahsia yg terpendam selama ini dari lubuk hati seorang pejuang 13 mei hingga ancaman tentera jepun dahulu.......pada den arwah adalah antara pejuang2 negara dan bangsa yg tak didendang........pergi tanpa sebutir pun pingat didada.....tanpa seucap salam atau terima kasih dari pemimpin2 negara yg meraih kekayaan serta keamanan dari darah dan air mata pejuang2 ini.....

Al-fatihah untuk ayahanda tercinta dan salam terakhir dari anakanda mu disini........