Monday, December 5, 2011

Mak dah sihat

alhamdulillah setelah berada selama lebih 40 hari di hospital ampang puteri mak telah hampir pulih dan dibenarkan keluar dari hospital........aku hanya melihat keaadaan ini dengan rasa berhati2.......kalau naka diikut mak masih tak boleh berjalan.......duduk pun dipaksa waktu sessi fisioterapi........apa yg tersirat dalam benak aku.......kos hospital ditanggung oleh medicare TNB....mungkin dah berpuluh ribu......pihak hospital pun tak mahu tanggung risiko dan claim dgn tnb.........mak disharge macam dipaksa2........kami sekeluarga reda......perasaan duka terpaksa disembunyikan pada raut wajah emak.......harapan untuk mak kembali pulih dengan melihatnya terdampar sepanjang hidup diatas katil ehsan hospis lebih tinggi berbanding keaadaan mak dihospital........layanan staf disyarikat swasta kengkadang mengecewakan berbanding hospital kerajaan ..........nasiblah......itu juga dah rezeki......bayaran mahal tak semestinya setimpal dengan layanan yg diberi.........ok lupakan sahaja bab hospital ni kejap

mak dihantar kerumah kakak di gombak....atas alasan senang nak jaga dan kakak tak bekerja serta punya ramai anak2 yg sedia membantu.........berbanding anak2 yg lain terlalu banyak komitmen pada kerja konon termasuklah aku ni.....kengkadang batin menjerit2 minta dibebaskan dari paksaan urusan dunia yg tak pernah cukup sampai mengabaikan masa yg terluang untuk menjaga ayah-ibu.........bilalah aku akan dimerdekakan dari tuntutan serakah kehendak dunia ni.........walhal perut telah cukup penuh diisi.......terpaksa juga mencari lebih kerana hutang yg berbagai.......dan aku semakin terperangkap dengan permainan dan jerat iluminity, freemason, dajal, syaitan, yahudi, riba yg dibenci....semakin aku benci dan aku semakin terperangkap.........heran sungguh.....tinggalkan juga sekejap bab ni.....

aku mengira2 ini adalah masa terluang yg masih ada untuk mendapatkan kasih sayang seorang ibu...........waktu emak dalam kritikal tempohari.........hati aku terasa begitu pilu......diri ini belum dapat lagi bersedia untuk berpisah dengan ibu......sekuat mana hati ini mahu melawan....begitu juga rontaan mengharapkan kasih sayang ibu semakin kuat.....aku tak bisa mengendalikan perasaan waktu itu.........biar aku curahkan sahaja kononnya air mata seorang lelaki terhadap kasih ibu..........biar orang kata aku lelaki lembik yg lemah.......yg punya banyak taman dihati.......aku pedulikan sahaja ego lelaki dalam diri dan aku menangis sepuas2 nya........harapan dan doa agar Allah beri sedikit masa untuk aku merasai erti kasih sayang ibu......mungkin untuk kali yg terakhir .......aku hanya melihat gambaran kasih sayang yg Allah beri dgn bayang seorang ibu.....bagaimana untuk aku berhadapan dgn kasih rahman rahim nya nanti.....apabila pertemuan itu terjadi?..........sungguh aku tak dapat bayangkan begitu hebat kasih sayang Allah pada makhluknya ......sedangkan kasih sayang ibu sahaja buat aku terpana..........

alhamdulillah ya Allah atas nikmat yg engkau kurniakan buat hamba mu menitipkan sedikit masa lagi kasih ibu buat kesekian kalinya........agar engkau kurniakan pula rasa redo apabila tiba saat perpisahan kelak..............

Monday, November 21, 2011

jin kenser yg kebal

den diuji lagi .....baru-baru ini ibu dimasukkan kedalam unit rawatan rapi kerana meracau di wad biasa.....akibatnya beliau dimasukkan kembali ke icu kerana gagal dikawal oleh kakak2 yg menjaganya diwaktu mlm.......kalau tengok dari segi logik beliau baru sahaja nak pulih selepas menjalani pembedahan membuang kenser usus yg bersarang disaluran perut......baru lepas beberapa hari sahaja keadaannya menjadi kritikal balik........dan mengikut pemahaman ilmu doctor mengatakan ibu mengalami jangkitan kuman pula pada hati, paru2 dan buah pinggang........dia mengamuk mencabut semua saluran udara dan drips yg dipasang pada badannya.........mlm tu juga den bergegas ke hospital dengan ditemani anak buah........

sampai di hospital anak buah memaklumkan banyak sungguh jin kotor yg melepak di hospital ni......malas plak nak jurus depa2 ni almaklum tujuan utama nak menguruskan jin yg mengganggu pada ibu.......sampai di icu......den terus tutup tirai katil takut aksi dan gelagat nanti diperatikan oleh doctor dan juga jururawat.......anak buah dah gigil bila memandang jin bertanduk satu yg berlumuran darah dan nanah memakan organ dalaman ibu.......den yg tak berlengah cuba membuat jurus2 paling kuat dan tajam setakat ini........habis tenaga dan nafas dikumpulkan untuk membunuh atau melemahkannya ....tetapi langsung tak memberi kesan........den dah cuak....anak buah memaklumkan cahaya yg ditembak terpantul sebaik sahaja mengenai tubuh jin........astagfirullahalazim ....apa dah berlaku kenapa jadi begini.......den tak putus asa...den mula buat langkah tari bunga2 silat sekebun bunga......den cuba nak applykan gabungan jurus dan tari silat pulut ni dan untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan keampuhan tenaga kebatinan yg dihasilkan........

ruang yg terhad didalam tirai ini menghadkan pergerakan den untuk mengatur langkah den hanya membuat jurus dengan mengikut sahaja naluri hati.......bukan dengan ilmu yg dipelajari atau menuntut mana2........den cuba menafikan diri dan meniadakan keujudan antara sasaran dan punca........tembakan2 tersebut juga tak memberi kesan........lantas den berhenti kepenatan.....badan sudah mula menggigil kerana kepenatan....napas den dah mencungap2 setelah hampir 1/2 jam bertarung........kepala dah berpinau2......pandangan semakin kelam dan kelabu.........den berhenti sekejap untuk mengambil; nafas.........

sebentar kemudian setelah dapat mengatur nafas.....den rapat pada tubuh ibu.....dengan perlahan2 den azankan dan qamatkan dikedua belah telinganya.....itu sahaja cara terakhir yg den dapat buat dalam usaha cuba mengurangkan kesakitan pada ibu .........anak buah memaklumkan jin tersebut langsung tak menghiraukan segala usaha den...........den tergamam, segala jurus, langkah, tari dan gerak menjadi kaku..........den seolah2 mati akal........den dah jadi seperti tak bermakna disaat itu.........hati terus menjadi hiba, sesal, kecewa dan macam2 lagi..........kemudian den lihat adik ipar yg berpangkat datuk cuba mendoakan sesuatu pada ibu........tak sampai beberapa saat beliau muntah2 dan meninggalkan ibu.........

den tahu jin ini bukan tandingan den.......bukan sebarang orang atau calang2 orang boleh menghapuskan jin kenser yg terkenal dengan kekebalannya..........den sms pada adik beradik untuk buat bacaan yassin dan doakan keselamatan ibu.........sambil bergegas pula kepasaraya berdekatan untuk cuba cari air mussofa atau air zam-zam......

bersambung untuk pertarungan selanjutnya.............
(sebab den masih lagi tercedera dalaman selepas bertarung dengan jin kenser tempohari doakan den sembuh dan selamat insyaalah)

Monday, November 7, 2011

Hari raya, Hospital dan Ibu....

alhamdulillah setelah 3 hari ibu ditahan di icu kini beliau telah dialih ke wad biasa di hospital ampang puteri.........aku mengambil keputusan untuk menjaganya pada waktu malam raya idiladha nanti.......dan aku tahu memang ramai yg sibuk waktu itu.........kene buat persiapan raya......balik kg dan berbagai lagi sebab.......disitu juga aku nampak peluang untuk jaga ibu.......dengan berteman lap top dan baju melayu mlm tu aku bersandar dibangku yg disediakan hospital........agak selesa kerana kami berpakat adik beradik untuk meminta ibu dimasukkan ke bilik perseorangan, senang tak berkongsi dek kerana ramai sangat adik beradik dan anak cucu yang akan melawat.........kene tambah sikit lah budget kerana surat jaminan pencen ayah dari TNB dulu hanya layak untuk kongsi bilik je........

sepanjang mlm tu aku pasang je takbir raya dikaca TV.........ibu pun belum sedar sepenuh lagi dek kerana ubat pelali(morfin) yg masih diberi..........sambil2 tu termenung mengingati nostalgia ketika zaman anak2 kecil dipagi raya bersama ibu.....alangkah indah waktu itu.......tiada kenal erti derita, sakit dan hiba........hanya keceriaan yg ujud dizaman kanak2.........kini takbir malam raya agak berlainan...........lain dari yang lain.........tidak hiba, tidak gembira.....dan sukar untuk diungkapkan..........takbir yg diselang seli dengan gambaran haji dan pem,andangan Makkah memberi satu perasaan rindu yg amat sangat.........alangkah bertuahnya mereka terpilih menjadi tetamu disana.......dapat menjejakkan kaki dibumi para nabi dan ambia.......dapat melihat dengan mata deria rasa bukti syariat dan syiar para kekasih Allah.........dan aku masih disini........dengan rasa rendah diri........masih mengharapkan dipilih untuk menjadi tetamunya.....yang entah akan bila........sambil memujuk hati bahawa hj aku sebenarnya disini........ bersama ibu disisi katil......yg sesekali didatangi senyum manis jururawat terlatih .............dan nostalgia indah takbir raya bersama ibu..........

Monday, October 31, 2011

pengorbanan ibu

dalam beberapa hari ini aku dalam keadaan yg tidak menentu........keadaan ibu masih tidak berubah....setelah dibawa ke klinik bebrapa kali ....ibu masih berak berdarah..........malah kerapkali ketandas kerana tidak tos buang air besar......setelah dibawa ke hospital ampang puteri doktor mengesahkan ibu mempunyai kenser usus peringkat 4.........aku hanya mendengar dengan tidak punya rasa apa2......selama ini kesakitan yg ibu tanggung seperti menjadi lali kepada kami sekeluarga.......berapa berat kesakitan dan cubaan yg ibu hadapi kami sendiri kengkadang tidak sanggup melihat..........sudah berpuluh tahun malah mungkin apabila aku sudah mengenal erti hidup....ibu sudah menghadapi dugaan dengan berbagai jenis penyakit.......darah tinggi, epilipsi, kenser rahim, athma.......sebut sahaja.......
pagi ini ibu akan melangkah ke operation teatre.....dan aku masih dioffice termenung memikirkan tugasan yg perlu disiapkan.........yg tidak ada langsung didalam hati........dalam hati yg berbelah bagi ..........ada perasaan memberontak dengan nasib diri dan ada yg memujuk merelakan kehendak takdir.........semuanya jadi serba salah........semuanya jadi kaku........masa dan saat umpama tak bergerak........jadi tepu.........hilang semua kebolehan dan kepercayaan dan keegoan diri...........dimana pergi jurus2 batin yg digunakan selama ini........kenapa tidak berhasil.........jadi adakah selama ini hanya khayalan dan ilusi?.........kenapa ibu sendiri tidak dapat diubati....kenapa....kenapa....kenapa.......terlalu banyak soalan dan keraguan........terlalu banyak luahan dan kritikan dalam diri...........
aku biarkan sahaja apa desakan dalam diri mengeluarkan semua perasaannya..........biar sampai habis ......biar tidak berbaki.........agar akan aku mula kembali dengan rasa yg kosong.........untuk mula menjengah ibu tengahari nanti..........sabar ibu anak mu sedang mengumpul kekuatan untuk menemui mu.........anak mu memerlukan pertolongan Allah dalam keadaan sekarang....tidak ada siapa yg bisa menolong kita saat ini.........hanya pertolongan darinya sahaja.......anak mu kini tidak ada kekuatan apa2 lagi malah untuk melangkah pun tidak berdaya..........melangkah dan bergerak semata2 dengan kehendak darinya sahaja.........

Friday, October 21, 2011

Kapal @ bahtera jong inai

ukiran kapal perang orang campa yg terukir dicandi angkor wat kemboja
den dibawa lagi untuk mengembara dialam fantasi .........kali ini den dibawa untuk melihat kapal atau bahtera jong inai.........den lebih suka kalau ia disebut sebagai bahtera kerana ianya cukup besar.......mungkin lebih besar dari kapal pengangkut uss carrier tu........diperbuat dari kayu yg disambung bersama2..........samaada dengan jahitan atau balak yg disambung bersama baji........begitu canggih teknologi mereka waktu itu hingga den tak sempat untuk melihat dimana haluan dan dimana bahagian buritan kapal tersebut........den tak tahu adakah kaitan kapal jong inai dengan bahtera nabi noh.....semua ini memerlukan kajian yg mendalam kerana sarikata dan lirik lagu melayu seolah2 satu password yg perlu dihuraikan untuk mendapatkan jawapan yg pasti.......
apa yg den faham kapal ini ada dibahagian alam yg lagi satu bukan dialam nyata........dulu mungkin ujud dialam nyata...kini ia hanya ujud dialam sebelah sana......dan dia dipunyai oleh seorang nakhoda atau seorang putera bunian.......untuk sampai ke alam tersebut perlu melalui ribut petir dan kilat sambung menyabung.........
den pun makin malas nak layan alam fantasi ni sebab semakin den masuk semakin den melihat beberapa ritual untuk sampai ke alam tersebut...........seorang perempuan.........terpaksa menghadapi pertarungan dengan ahli sihir yg mempunyai dampingan burung dan bebayang hitam......dan seorang ustaz yg cuba mengubat dengan bantuan bunian pemilik kapal jong inai......
sampai sini sajalah den nak kelentong........sambil layan cerita fantasi den ni......jangan lupakan cerita fantasi anda..........he he

Sunday, October 16, 2011

Melawat dan merawat



dalam bulan ni den banyak buat pelbagai bidang kerja .......he he


siang mengajar student......petang jumpa customer sembang pasal penggunaan dinar n dirham.....malam plak intai harga komodity pakai MT4 dan graf kitco. sambil2 tu buat jurus bila terasa ada serangan dari bumbung.......pegh den rasa naruto pun tak bleh buat macam den ni........mengajar, buat bisnes , trader dan menjurus.......den dapat idea ni setelah mengaji dengan robert kiyosaki dari internet ler.........buat ler keja apa yg termampu..........practice make perfect........walaupun dah lama tak turun gelanggang........silap gaya mau kene sound ngan cfu nie....(ampun maap cfu lama dah den monteng nie...he he)



baru2 nie den dapat berita omak angkat baru keluar dari hospital.....kes parah jugak mata dia tetiba jadi rabun tak nampak....bila periksa kene operate mata plak........baru tergerak hati nak pegi ziarah tetiba badan rasa seram sejuk......bila ingat je nak kerumah dia den rasa panas semacam.......ini tak bleh jadi....den dah rasa syak wasangka........apa lagi den jumpa anak buah pinjam dia punya radar.......den ni jenis bengap n mungkin hati dah gelap.......apa lagi ajak dia kerumah mak angkat di selayang.........sampai dirumah tu den dah rasa gelisah .......panas lain macam, anak buah tadi dah berdiri luar pintu langsung tak nak masuk........pelan2 den tarik dia masuk dan duduk........kemesraan mak angkat den ni memang luar biasa.....almaklum orang melaka......siapa yg tak tahan kene maki alamat memang panas telinga........walaupun camtu den paham dia ni mulut lepas tapi hati baik ....nak buat camana tak de jodoh den dengan anaknya .......walaucamanapun sampai dah berbelas tahun den masih lagi berhubung dengan keluarga ni............masih lagi bertanya khabar dengan omak mertua tak jadi ni.........he he



dalam sembang2 tu den tengok anak buah makin gelisah.........muka den plak makin merah dok tahan kepanasan.....lepas abih cerita sembang2 pasal keluarga.......den pun pergi kat omak ni dan bisikkan......kenapa tak berubat atau ikhtiar cara kg.........dia tersentak dan terdiam sekejap........dia kata dah cuba.....dah merata dah......dah banyak duit habis........sampai nak papa dah nie......den dengar terus jatuh simpati.....bukan pada anak dia tau.....anak dia dah beranak pinak dah.........lantak dia la ni hal yg berlaku pada omak angkat den .........


komdian den bagi isyarat kat anak buah untuk chek........anak buah tak sabar2 terus bagi info........dekat pintu nak masuk ada dua ekor.....kat belakang omak ada seko.....dekat bilik ada satu eko yg memang beso giler......dan yg dasat ada satu eko bertoncet kat tandas........ pegh ni dah lama mennetap ni silap2 dah dapat kerakyatan ni........



den komdian bisik kat omak mintak izin zass kat mende2 dalam rumah....dia on je.......cubalah katanya........kurang2 ringan skit beban selama ni ....tak dapat tidur.......den pun apa lagi mula operasi......zas sekali kat mak angkat satu lembaga hitam....terus masuk dalam botol........komdian zas dari ruang tamu terus ke dalam bilik tidur....kaedah ni sebab malas masuk kat dalam bilek orang........segan lah kita masuk bilek tidur tak pepasal........zas dari jauh sudah ler.......yg ni payah skit....degil bukan main.....3-4 kali tembak ...tarik dia melawan.....dekat 10 minit gak tu baru boleh masuk dalam botol.......yg terakhir dekat dalam tandas yg ni memang berupa orang tertocang.....den tembak dia bleh tepis2 lagi........pegh cuak jugak....belum pernah den tembak ada jin boleh tepis setakat ni......mana mari ni?........ni kira dah tahap otai.....den guna kaedah falsafah lian.......attack je....tak bagi can........sebab kalau den bagi dia ruang ...silap2 den kene attack balik.........dekat 20 minit den dah berpeluh menembak n tarik........si mangkok ni masih bertahan..........komdian den nafikan diri sekejap.......semua ni tak ujud....semua ni hanya ilusi dan hanya permainan sahaja.........den maleh nak keluar tenaga banyak2 dah.....den isyarat mende tu terus masuk dalam botol.........dalam 2-3 minit terus dia masuk........alhamdulillah.......ini macam cerita den dah betul2 macam cerita dalam blog belagak.....padan muka...dulu den kutuk2 member ni .....sekarang den plak buat keje dia....ha ha layan je la dongengan den ni......



lepas abih sembang2 dan mengabiskan karipap sepinggan den mintak diri dekat omak angkat dan pesan kat keluarga dia....rajin2 skit buat ngaji........mende kalau dah hiburan terlampau ni....banyak lah yg luar ikut himpit....den tengok keluarga omak ni rata2 kaki kareoke.......menyanyi 24 jam.........masing2 tersipu bila den pesan kasi kurang hiburan....walhal den pun apa kurangnya.....hu hu....walhal mende nak jadi ni bukan kira...........hari2 wirid pun Allah boleh uji jugak.....tak kira la kita ni duduk mana pun .....yg lalai yg lupa akan sentiasa di uji oleh Allah.......


Monday, October 3, 2011

bertemu ratu laut selatan


dalam dok pening2 pasal harga emas jatuh ni...entah macamana satu malam den bermimpi bertemu dengan seorang perempuan.........bukan main lawa dan cantik.......tapi tidak ada kecantikan macam anak dara.......umur lebih kurang 30an ler....pakai baju kurung di tepi pantai menyapa den........bila den pandang mukanya terus jadi terpesona.......memang tak puas bila dipandang.......wanita itu menyapa den yg sedang memancing ditepi pantai menyapa dan berlagak seperti orang yg mahu menuju kesatu destinasi........selepas beberapa detik berbual dengan den dia minta diri dengan menaiki kereta spot mewah macam ferari berwarna merah.......selepas habis bertanya khabar dengan den dia dijemput oleh seorang lelaki yg segak lawa tetapi den rasa bukan suaminya ....kemungkinan driver atau pembantunya.......mereka bercakap dalam bahasa kuno lama.......antaranya den dengai nyiai......kalau tak salah den nyai ni dalam bahasa kita nenek.....caman nenek ni boleh lawa giler........entah macamana plak ada member sebelah bagitau yg perempuan yg den jumpa tu adalah ratu laut selatan atau ratu kidul.........kerana dia mamahami bahasa jawa kuno......

bila den sedar balik....den pun cuba ingat2 balik apahal ratu laut selatan nak jumpa den ni.......yg den paham ratu laut selatan adalah anak kepada sabdo palon yg lari setelah kalah bertarung dengan wali9.......kononnya sabdo palon berkubu didaerah laut selatan setelah gagal memepertahankan kerajaan majapahit diserang kerajaan demak dibawah pimpinan anakandanya sendiri iaitu raden patah..........

lantak korang lah nak berperang ke apa......tak payah ler den masuk campur hal kerajaan depa ni..........kemungkinan juga ratu ni cuba sound den.........dah banyak agaknya geng depa den sumbat masuk botol atau hantar botol2 hanyut kelaut.........apa2 den tunggu je maklumat lain nanti.........layan je ler auta den ni.....hu hu

Saturday, September 24, 2011

downtrend....


menggigil...tu je yg den boleh katakan dengan harga komodity tu semalam.......dengan punya banyak alasan yg mengatakan kelemahan wang dollar entah macamana harga emas buat correction yg sangat banyak.......1 malam je bleh drop dekat 200 usd......

agaknya ni yg ada member bagi tau jangan main pelaburan......just ada duit simpan je.....

makan masa dekat setengah hari jugak la nak bagi tenangkan diri.....sip baik den main fizikal je...kalau forex tak tau nak cakap la......

entah macamana lepas drop kaw2 tu den dapat ilham untuk buat jadual sendiri n pakai fibonacci.....untuk long term den rasa no problem....tapi kalau nak main short.......mau pecah jantung.......

pada den selagi wang fiat ni tak bersandarkan pada emas ....selagi itulah manipulasi harga emas ini berterusan......

geng2 yahudi dah tau keperihatinan umat manusia terhadap logam ni.......dan mereka dah pasang perangkap lain....den dapat rasakan jugak.......at last weapon mereka yg paling ultimate ialah menggelapkan hati (hilang hati emas) dalam diri manusia.......he heh

Tuesday, September 20, 2011

kena sihir?

den kadang terfikir juga bahawa adakah den kene sihir.......bila difikir direnung dan dikaji.......den lebih suka melihat dari pandangan makrifat.....kerana dari pandangan makrifat adalah jawapan paling tidak ada kompromi atau lebih menyenangkan berbanding pandangan2 ilmu yg lain........

pada hakikatnya semua mahluk disihir.....oleh yg empunya sihir.......
kalau dilihat kita disihir oleh makhluk maka hilanglah pergantungan(tauhid/makrifat) kita kepada pencipta.......
kalau dilihat pada asbab kita disihir oleh makhluk....mungkin boleh diterima........alangkah halusnya ilmu tauhid ini........memisahkan kesan, sabit, sebab dan akibat..........untuk membezakan makhluk dan pencipta.........untuk membezakan baharu dengan yg kekal.....

seringkali orang mahu memulangkan sihir pada orang yg memulakan sihir.....mengapakah kita tidak mahu memulangkan sihir kepada yg empunya sihir?........aduh

rupanya kita semua disihir oleh yg punya sihir......disihir dalam hidup sehari2....disihir untuk mencari duit, disihir untuk hidup senang, disihir untuk masuk syurga, disihir untuk tidak kebulur.......selagi matlamat kita mengenai kesenangan dunia itulah sihir......apatah lagi kesenangan syurga itu juga sihir........jadi apakah dia hidup tanpa sihir......ubat yg mujarab dari disihir?.........pulangkan sihir pada yg empunya sihir.....he he

kucing sosial

gambar hiasan macam kucing kat rumah aku.....

hari ni aku nak syare cerita pasal kucing kat rumah aku nie.....dia ni asal kucing mendatang je.......memang jiran punya malah dah sibuk dia cari sampai bawak poster mengadu pada jejiran yg lain tentang kehilangan kucing dia ni.......last mini aku bagitau ler kucing dia ada kat rumah aku dan boleh la amik bila2 masa.......lepas dia amik tak sampai sehari kucing tu datang balik......amik balik bawak rumah dia ....tak sampai setengah hari dia datang balik.......apasal dia balik rumah aku nie?......bila buat kajian skit rupa2nya kucing dia ni boring tinggal kat sana dek kerana mad tuannya tak bagi makan dan kasih sayang( belaian) he he....macam orang gak rupanya makhluk ni.......bila tuannya balik baru madnya bagi makan........oleh kerana tak tahan duduk kat rumah tu dia pun hijrah le memana rumah jiran.....dalam banyak2 rumah tu agaknya dia pilih rumah aku pasal kami sekeluarga memang suka kat kucing........dulu masa aku kecik2 sampai berdozen bela kucing kat rumah........bagi makan dah macam bela ayam itik.....semua ada nama.....antaranya....belang, tom cat, blackie, tompok, tumpang, jalak, noneng, minah...ish banyak lah sampai lupa nama.......sampai satu tahap tu kalau ada yg mati tua atau kene langgar kereta kami akan kuburkan dan siap baca alfatihah lagi atas kubur...he he tu masa zaman kami kecik.

sekarang aku ikutkan malas bela kucing....sebabnya tak tahan layan karenah kucing berak dalam rumah...kalau berak luar rumahpun tak tahan hidung apatah lagi berak kat dalam.......bau tengik menyesakkan satu rumah apatah lagi kalau ada orang datang bertandang atau jiran2 lalu......spoil betul......
oleh kerana dia ni aku anggap tetamu.......terima je lah......kalau nak diikutkan dia ni datang bukan saja2......mungkin nak tumpang berlindung dan tumpang simpati....kesian plak...maka kami sekeluarga pun layan lah kucing ni....comel jugak dengan bulu tompok tiga.....manja plak tu.......kami pun belailah dia bagai manusia biasa memelihara kucing........takkan nak bela cam orang plak.....hu hu

masaalahnya dah lebih 1 tahun kami bela kucing ni tuan dia pun dah tak nampak batang hidung.....dah tak sibuk cari kucing ni merata taman.....atau tampal poster kat tiang lampu .......ikut hati nak je aku tampal poster balik untuk cari tuan dia....sebabnya......ye lah kucing ni dah 2-3 kali beranak-ranak......sekali beranak sampai 4-5 ekor......komdian bila dah beranak dia bukan pandai jaga anak2 dia.......dia pakat alih atas bawah rumah aku ni plak....abis celah2 almari dan katil dia buat tempat port......bila kucing tu dah besar skit dia bantai berak plak kat kawasan tu......pegh jenuh nak layan taik mak dia kena layan plak taik anak2 dia.....ada ka patut......yg anak2 plak masa dok belai2 berebut nak cop kucing mana yg cantik.....bila kucing tu berak semua pakat lari tak ngaku kucing mereka......hu hu

yang si ibu plak anak2 tu tak putus susu dah cari jantan lain......miau...miau .....memanggil kucing jantan dari luar......satu hari tu dah tak tahan dengan perangainya....aku kurung kucing ni dalam sangkar dengan anak2nya sekali.......boleh dikatakan tiap2 malam ada je kucing jantan gatal merenyam dari luar sangkar........pening pala dibuatnya......sosial sungguh kucing ni almaklum primadonna ditaman ni.......

aku pun bincang2 dengan mini nak buat camana dengan kucing2 ni......nak buang tak sampai hati.......bela masaalah beranak dan berak kucing dah tak terlayan.......kurung dalam sangkar jiran2 tuduh kami sorok kucing depa.......pening pala.......sambil melayan bau tengik tahi kucing setiap hari.......aku pikuir ni kalau bela ayam itik atau kambing setahun beranak cam ni mau kaya aku...........apatak dalam setahun dekat 3 kali beranak......sekali beranak 4 ekor kalau kali 3 tak ke dekat 12 ekor.........pegh.......

last2 aku pakat ngan mini sabo je lah.......layan je lah karenah binatang ni......selagi ada perasaan kasihan dan kasih sayang dengan binatang ni aku layan je ler takat mana mampu......bayang je ler layan karenah kucing ni macam karenah orang.......kita layan baik2 tak semestinya akan dibalas baik........kadang dapat sebaliknya.......tu semua iktibar dalam hidup........bagaimana pula Allah layan makhluk2nya......dibagi rezeki bagi nikmat macam2 tetapi masih buat menda yg Allah tak suka........semua tu pengajaran pada diri.......dan kalau dipandang pada pandangan makrifat semua tu tak ujud.........yg dipandang hanya sifat, afal, nama dan pelbagai peringkat serta pecahan tentang keesaan dan kebesaran Allah ni maha luas dan maha bijaksana dengan penciptaannya........



Thursday, September 1, 2011

bila hati berkata


nukilan rasa ini saya coretkan buat meluah apa yg barmain dan berkalam didalam lubuk hati atau nak bagi sedap perkataannya bak kata pujangga .........suara hati, kalam hati, puisi jiwa, nyanyian jiwa dan banyak lagi............
antaranya kata2 yg terdetik pada diri sebelum mengosongkan diri atau dalam istilah lain.........separa diri ...diantara ujud dan tidak.......diantara nafi dan isbat......diantara hidup dan mati......
bagaimana hendak menyampai kalau dirinya belumlah sampai?

Saturday, August 27, 2011

kita ini sama

gambar hiasan apek repair moto
petang tadi den cuba nak repair moto honda buruk den ni...biasalah bila keje sepanjang tahun bila nak raya ni biarlah dia berehat skit dan buat maintenance setahun sekali .....leaking kat minyak hitam pun makin tak terkawal den bawak pulak ke bengkel moto kg baru kundang ni......sampai di bengkel den pun sapalah apek ni sambil cerita masaalah moto den.........dia pun cakap ....lu tunggu kejap ah....itu lepair punya olang tatak mali lagi.....ok kata saya........15 minit berlalu den dok tunggu kemudian pomen pun sampai tapi tak mempedulikan den pun yg tercatunk tunggu tepi moto......agaknya beberapa lama menunggu rakannya pun meminta tukang pomen tu menegur masaalah den........apa pasat?.......tanya pomen......wa punya moto ada leaking la tokey.......itu macam lepair manyak masa ma.....kena kasi simpan satu hali baru boleh buat......sekarang ok ke tanya den.....haiya sikalang tak bleh ma......lagi ada kilija......lagi minggu depan cuti.......haiya lagi cuti ka....apa pasat raya juga ka.....tanya den........ho ho kita pun mau laya meh....kita sama meh.......adus teringat den dengan nasihat seorang guru makrifat ......kita ni semua sama........tidak ada beza yg didalam........jangan lihat yg diluar.........masyaalah .....den diingatkan tentang kesatuan oleh apek cina.........

Thursday, August 25, 2011

Selamat hari raya


hari raya akan menjelma juga hanya tinggal 2-3 hari....rasanya masih ada kesempatan untuk saya sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada sahabat2, saudara2, rakan2 dan taulan yang mengenal diri ini serta pembaca setia blog saya........


Sunday, August 21, 2011

muzakarah makrifat


den seronok nak syare peristiwa malam ahad lepas.........dimana ramai orang bangun berusaha untuk bangun solat sunat tahajut, berzikir dan bersolat tarawih......den pula dapat bertemu dengan seorang tuan guru makrifat dan juga anak murid juga anak kepada seorang guru tauhid makrifat di sebelah kelantan yg digelar tok selehong.

untuk pengetahuan pembaca blog jangan salah paham sebab makrifat pada maksudnya adalah pengenalan atau mengenal......jadi ilmu makrifat pada pendapat den yg baru nak blaja ni ialah ilmu untuk mengenal ......untuk lebih senang biar den tulis serba ringkas berkonsepkan tulisan skrip untuk merancakkan mood den menulis......dan untuk menceritakan perbincangan den dengan diri sendiri.......kalau tak de mood nak baca tak pe....he he

nak kenal siapa?....
tentulah untuk nak mengenal Allah tuhan yang kita sanjung tinggi ini dan tuhan yg memiliki sekelian alam.
abih selama ni tak kenal ke?.......
belum .....
kalau dah kenal boleh jadi apa?....masuk syurga?
entah......ikut naluri dan gerak hati yg didalam
kalau dah kenal boleh jadi wali ke?
bukan untuk itu....
habis selama ni semayang puasa dan ibadat yg lain tu macamana?
tu semua bukan kuasa kita......kekuasaan Allah tak berkurang kalau kita buat atau tidak.
yang kau sibuk nak tulis ni buat apa?.....nak cerita kat semua orang ke konon kau ni dah kenal Allah?
aku nak tulis sebab aku nak tulis........riak, takabbur, bangga diri, nak menunjuk2, nak canang, pun bukan kuasa aku......aku tak mampu untuk melakukan semua tu....kalau tanpa kehendak Allah, aku hanya buat apa yg telah diperintahkan. inilah hakikat hamba.....buat apa yg tuannya suruh......kita semua hamba.....buat jahat buat baik, yg nak sembahyang yg tak nak sembahyang .....semua hamba.

berikut adalah perbualan dan pertanyaan saya pada guru tersebut :

+tuan hj perlu ke kita ni baiah (buat perjanjian) untuk ambil ilmu ni, ada satu naluri dan desakan dalam diri untuk baiah dengan hj ni.....

-sesungguhnya baiah ni tidak perlu.......tetapi mungkin perlu bagi sesetengah orang.........baiah yang sebenarnya ialah menyampaikan....sampaikanlah ilmu ini kepada manusia, itulah baiah yg sebenarnya......

-Tn hj apakah benar adanya rahsia di sebalik rahsia(sirru sirr....jika kita telah mengetahui rahsia ini adakah masih ada hijab terhadap ilmu mengenal ini?

+sebelum itu kamu perlu mengetahui apakah makna sir itu...rahsia itu......rahsia adalah kesempurnaan ......pakej.....rahsia negara bermakna keperluan dan persediaan negara dan diketahui oleh orang yg mengendalikannya......begitu juga rahsia diri.....hanya diri yg tahu akan dirinya.....kamu perlu sirnakan diri....lenyapkan diri keakuan....lebur, fanakan, hilangkan sifat diri dan hanya ujudkan Allah semata2........maka dikala itu dimana ujudnya rahsia.....mana ujud2 yang lain kalau dah hanya Allah sahaja yang ujud?

-Tn hj apakah maksud khusuk, zauk, fana, ikhlas dan lain2?

+ baca ayat berkaitan dengan ikhlas dan khuyuk tadi....

-sesunguhnya sembahyang itu berat kecuali pada orang yang khuyuk........dan tidak akan mendapat kusyuk kecuali pada orang yg ikhlas....

+ baik apakah ikhlas.....ikhlas itu apabila diri yang menjalankan ibadat tadi telah tiada.....siapa yg membaca kalau bukan dari Allah, siapa yang mendengar kalau bukan dari Allah, siapa yang berdiri tegak, rukuk, sujud kalau bukan dari Allah.....semuanya dari Allah.......bukan dari makhluk....makhluk ini tidak ada kuasa tidak ada daya upaya.......semuanya dari allah maka kembalikanlah kepada Allah

bersambung.........






Wednesday, August 10, 2011

musim ketenangan


alhamdulillah setelah beberapa bulan ni den diuji dengan pelbagai ujian dan cobaan tiba pula musim tenang dan damainya di bulan yg penuh dengan keberkatan ni.........

setakat ni tiap2 malam den dah tak payah nak bersengkang mata atau berjaga .......tidur pun dah lena......tak perlu berjurus dan berperisai atau dinding bersama anak2 selepas solah isyak......hanya kekadang je buat jurus sikit2 bila dengar bunyi orang menengek diatas bumbung..........tak pe itu kes terpencil.......kira boleh settle.........ada kadang tu terasa juga berasa serangan2 dari tukang sihir dari jauh.......bila tengah nak berbuka tu terasa seperti orang nak menolak.......cepat2 kemaskan sila n kawal diri.........nak bagi sedap hati bulan2 posa mungkin badan lemah kot sebab kurang makan he he.........buat tak tahu dah ler........bulan ramadan ni den malas nak cari gaduh..............

komdian ditambah plak dengan kenaikan emas yg mencanak.....sekitar usd 1760 / oz 2-3 hari lepas den sampai 2 orang customer plak nak beli.......den plak bleh offer dia harga bawah spot market......nak buat camana dah janji bagi je ler dah rezeki dia.................kita punya la perah otak n berjaga mlm hari dok tunggu tak naik........ bila malas nak amik tau mencanak plak dia....nak pikir dan buat kajian dengan FA dan CA dah rasa penat pasal pelaburan ni last2 serah je pada kehendaknya .......den pikir ikut je ler mana takdir yang Allah nak arah tujukan.....serah je ler........sambil tu adalah skit profit untuk duit beraya tahun ni..........setelah terbungkang dikerjakan toyol beberapa bulan.......

rupa2 ni semua ada hikmah........kene sabar dengan ujian sebab kalau tak rasa susah macamana nak syukur dengan nikmat kesenangan........


Sunday, August 7, 2011

kematian saudara


baru baru ini ada kematian abang ipar di muar johor.......dalam pukul 10 pagi hari jumaat...den dapat berita pun lepas pukul 3 petang........bincang2 adik -beradik den pun bergerak ke muar dalam pukul 5 petang.....waktu orang balik kerja, dan waktu orang sibuk ke pasar ramadan dan hujan lebat pulak tu......singgah di rnr air keroh dekat pukul 7.12 mlm untuk berbuka......

dalam perjalanan den masih lagi terkenang kejadian arwah mula2 sakit dada waktu di kalumpang resort lagi........den dan seorang abang membawanya ke pusat kesihatan tg malim. masa dalam kereta tu den baca apa yg patut n cuba buang kalau2 ada mende yg ganggu atau bloc pada saluran jantung, abang ipar tadi dalam baring2 tu den dengar sempat juga mengucap perlahan2,risau gak tengok.......sampai di pusat kesihatan ........kami menunggu hampir 1 jam seorang doc yg agak cun (he he) menemuramah den dan mengatakan saudara tadi ok dan mungkin lemah kerana kepenatan......sambil2 tu den tengok result ecg di katil.......ikut pengalaman den ni yg pernah kene serangan jantung bacaan ecg tu agak menakutkan sebab grafnya menaik tak ikut rentak(bacaan normal) mungkin ada yg disembunyikan oleh doc tadi........takkan den nak sanggah cakap doc tu den ni sapa bekas passion tegar hospital selayang bukannya doc pakar hu hu..........setengah jam berlalu dan abang ipar tadi discharge oleh doc dan dinasihatkan berehat........

sampai di muar jalan joned pun dekat2 pukul 9.45 mlm........tengok suasana macam tak de kematian pun dan sambutan saudara belah lelaki agak hambar ....mungkin mereka bersedih kot fikir den........kalau bersedih kenapa tak hadiah buat bacaan tahlil atau yasin / fatihah.........katanya dah buat lepas kebumi jam 6 petang tadi.......ye lah terpulang lah mereka tuan rumah.......takkan den nak sibuk2 plak.........yg sedihnya waktu suasana kematian macam ni kenapa saudara mara dok sibuk macam kenduri doa selamat.....bersuka ria dan sibuk bergurau senda........ah lantak depa lah pujuk hati den lagi..........
dalam pukul 10.30 mlm kami mintak izin undur diri meninggalkan kakak dan madunya dirumah..........orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul........arwah meninggalkan isterinya yg terpaksa menangung 9 orang anak dan yg paling kecil berumur 2 bulan.........masyaalah.......den serah semua urusan tu pada Allah untuk dihitung........tak tertanggung rasanya diri ini kalau diletakkan ujian seberat itu..........

Tuesday, August 2, 2011

ramadan


selamat menyambut bulan ibadat di ramadan ini, saya sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekilafan dan kesilapan samaada secara sengaja atau tidak kepada semua pembaca blog .....................
bulan ni den tak de ler buat ibadah pulun bagai.....cuma niat dihati nak berubah kepada hari ini lebih baik dari semalam..........dan perjalanan itu nampaknya seperti telah dirancangkan............den just follow je he heh

Thursday, July 28, 2011



pagi ni hujan lebat btul.......agaknya lepas subuh hujan start turun......bila makin tarik selimut makin sejuk plak.........dalam dok dengar hujan turun tu......teringat plak pesan orang tua2........masa hujan lebat ni kalau munajat apa2 doa senang makbul.......kene plak turun tu waktu pagi jumaat diakhir bulan syaaban........memang banyak keberkatannya...........wallahualam.........komdian terlintas plak .........nak mintak apa lagi........semua dah ada........mintak mende yg tak ada takut tak terpikul plak nanti.......syukur je ler.........dalam dok berangan2 tu tertido balik......keh keh........penghujung pegi kerja lambat ler jawabnya.........dekat pukul 9 baru sampai opis........komdian pagi ni ada pulak majlis tahlil sempena menyambut ketibaan pelatih baru dan bulan ramadan.........den tengok dari perspektif positif je.......lepas habis bacaan yassin ada makan2 ala2 kg.......dah lama rupanya tak makan sekali dengan member2 satu tempat keje walau opis dekat2..........ni semua rahmat Allah...........nikmatnya berlimpah ruah..........muga ketibaan bulan puasa nanti akan memberi barkah seperti yg dijanjikan. keh2 komdian terdetik plak kata hati.....ish2 tiap2 saat ada barkah ko je tak sedo2.......aduhai....padan ngan muka den........

Wednesday, July 27, 2011

kebatinan

lakaran artis wajah sabdo palon

bila den fikir2 dalam ilmu kebatinan atau ilmu2 kebolehan luar biasa atau ilmu kuno akan kembali kepada watak2 seperti sabdo palon, syeikh siti jenar, dan syeikh kali jogho.

den mula tergerak hati nak menuntut ilmu2 ni bertujuan untuk menanggani atau berhadapan dengan masaalah mende2 halus, bila nak start hati mula takut, waham , curiga sebab kalau tersalah pilih boleh terjerumus kepada pihak yg bukan sepatutnya..............dan den mula berfikir2 dipihak dan puak mana den berada........den mohon pada Allah akan letakkan den dipihak yg dia redai.........dan minat untuk belajar mende2 batin ni ditangguh dulu kerana tak lengkap lagi asas agama....... (kadang ubat segera sembuhnya memberi kesan sampingan pada jangka panjang berbanding ubat yg lambat sembuhnya kurang atau hampir tidak memberi kesan sampingan pada jangka masa panjang)..............hu hu
semalam dapat target baru........hasil dari maklumat dan risikan seorang sahabat .......n pi survey dlm pkl 6-7 petang........lepas magrib apa lagi buat operasi ler...........pegh memang lega mlm tadi.......toche cfu n arigato gozaimast......pada yg mereka2 yg terlibat dibelakang tabir......he he

Monday, July 25, 2011

ilmu dan masaalah

didalam masaalah ada tersembunyi ilmu dan dengan ilmu pula kita cuba untuk menyelesaikan masaalah.....siapa yg mahu menghadapi masaalah akan memperoleh ilmu dan siapa yg lari dari masaalah akan kehilangannya........mungkin ini yg dikatakan hikmahnya......setiap sesuatu itu ada buruk baik........balance bak kata orang jawa....

dalam menghadapi saat2 bergolak ni den dapat macam2 pengalaman baru yg kadang maleh juga nak tulis kat sini......tapi oleh kerana blog den ni telah diberi amaran bahawa ia penuh dongeng dan khayalan jadi rasanya tak salah kalau den tulis buat penyedap rasa......hu hu

antaranya den dah rasa (perasan) boleh tarik entiti walaupun dia lepak mana2 tempat......mempelbagaikan jurus ikut versi mana yg kita terfikir atau ilham sendiri.........memasukkan mende2 tu dalam botol...kasi compres...mampat dan membentuk ikut kehendak kita......n sampai satu tahap den berfikir dan membuat kesimpulan sendiri yang tenaga dalam ni dah macam formula seperti :

jurus = gerak + niat + tenaga

atau pusing2 mana2 maksud tu dia kan jadi keseimbangan formula tu sendiri.......ha ha

atau nak lagi mahir makrifat dinasihatkan rajin2 tengok kartun.....naruto, ultramen, dragon ball dan sewaktu dengannya.....keh keh keh

Friday, July 22, 2011

musim menyerang



Den sedang guna kaedah lian dalam minggu ni…….attacking is the best defend…….hu hu….…..tak
bagi can langsung………bermula dengan tampilan omak den masa kat hospital……..orang
tua berambut putih abis…..lepas ditanya tak nak jawab……terus kene henjut……zas
sekali……kasi masuk dalam botol……..lepas buat pagar den terus ke rumah bapa
angkat dicheras……..dalam 2-3 minit sesi sembang2 kosong den minta kebenaran
untuk zas……sebab anak buah dah nampak simpulan tali hitam dekat kaki mak angkat……..zass
sekali n masuk dalam botol……..kemudian tarik mana2 yang tinggal dalam sendi…….dia
dapat kaedah tarik tu masa berubat dengan sorang ustazah di tasik puteri…….komdian
dapat pulak kaedah yg diajar oleh penghulu bunian di sg serai……..ah layan je
ler.





Komdian lepas tu den periksa semua bilik banyak plak tu
almaklum 3 tingkat………anak semua dah kahwin….tinggal 2 orang je tu yg banyak yg
menumpang……..masuk bilek pertama ada nenek kebayan zass sekali masuk botol……masuk
bilek kedua ada makhluk hitam 2 ekor zass n masuk botol…….komdian masuk bilek
atas zas lagi 2 ekor….n last sekali kat bilek bawah ada rupa budak macam kene
tikam berlumuran darah agaknya ni mende yg orang dengki hantar bagi omak angkat
den tak boleh berjalan……..tak sampai hati nak zas……masukkan je dalam botol ……….dah
abih zas anak buah bagi tau kat atas syiling ada harimau putih…….tergerak hati
den untuk tak zass…….sebab mungkin saka keturunan dulu2 milik bapa angkat……….mungkin
dia nak jaga kot….tapi kalau jaga takan tak bleh settle mende ni……..ah biarkan
dia dulu……….lepas buat pagar 4 penjuru…….den minta diri untuk balik sebab anak
buah ada class tambahan mlm nanti.





Minggu kedua den ajak anak buah pergi opis den…..masa tu
staf2 ada lagi…..oleh kerana anak buah ni masih kira bawah umur den bagi pensel
color n suruh dia lukis2 kat kertas berlakon jap….he he……..ada ke dia lukis
gambar hantu kat bawah meja den……den pun buat cool je…..siap kau lepas ni……..bila
sampai pukul 5 kengkawan dah balik den siap2 untuk zass………lepas zass den tanya
apa ko buat sini….dia kata lepak2 je……mana boleh dah lama dah ko lepak sini……
siapa yang hantar!!!....dia kata ada satu mamat tu….siapa den tanya dia tak nak
jawab……ok zass lagi komdian kasi masuk dalam botol……..bila chek hampir semua meja
dibawahnya ada makhluk tu……….den dah bagi amaran sebelum tu jangan lepak tempak
den depa lepak jugak……bila pikir2 malas plak nak zass……sebab meja depa…….selama
ni pun kengkawan ni asyik buli den je……..den pun biarkan makluk2 tu lepak situ
janji jangan kacau den………masuk bilek darjah tengok ada satu makhluk besar
tinggi syiling…..den rasa selama ini yg rasa seram dan terasa ada lintasan
mungkin mamat ni…….tapi oleh sebab dia tak lepak dekat meja den den pun tak
jadi nak zass……..den kata tak pe lah buat sementara ni…….esok kalau dia buat
hal…..kita zass dia.





Lepas operasi di office den telpon kak long dikepong untuk
rawatan…….dia kata ok dah standby……sampai dirumah anak buah dah dapat kesan ada
mende tanam di dalam halaman…..den pun zass…….n masukkan mende tu dalam botol…….ada
orang tanam macam patung dan daging busuk (mende ghaib)……….komdian buat operasi
kat dalam rumah………zass……zass…..zass…….1 ekor makhluk hitam berbulu………..nenek
kebayan……anak jin dalam stor……semua dekat 5 ekor…….komdian zass plak yg
tempelan pada kakak ni…….dia ni dah lama kenek kenser …….bila lepas buat
operate bukan makin ok tapi makin teruk……gerak hati den memang kakak den ni
kene sihir……tak pe den zas ada 5 ekor lepak kat belakang……….bila nak keluarkan
dari badan anak buah ni plak tolong buat den tak reti sebab tak de rasa mende2
tu…….komdian den zass plak abang ipar den ni………mendenya hitam tinggi………tapi
bila nak tarik keluar payah plak ……..degil……2-3 kali tarik n tahan napas baru
dapat sumbat dalam botol……..Lepas minum2 petang tu kami minta diri untuk balik.





Balik rumah den puas hati walau pun penat giler banyak
keluar tenaga…….anak buah pun macam tu……kadang dia sampai pitam dok dikerjakan
mende2 tu……….alang kepalang kene sihir n ancaman makhluk halus ni den rasa biar
den amuk satu family…….apa nak jadi den tak kira……dah lama dah ancaman ni den
kene 1 family den je buat dek………..kali ni pantang den dapat maklumat ada
tempelan atau dampingan pada keluarga den kerjakan cukup2………hidup mati biar
Allah je yang uruskan……den nekad dan serah padanya.



Thursday, July 21, 2011

roh gentanyangan....

gambar hiasan je

dah hampir jadi tugas rutin plak setiap kali balik dari opis mesti kene buang entiti dan botol ke sungai setiap petang......kadang naik bosan juga tetapi tu lah setiap sesuatu tu mesti ada hikmah......

den nak cerita tentang roh gentanyangan yg terjadi semalam......bila balik mini dan anak buah dah tangkap beberapa entiti termasuk yg dalam badan......mini pulak dakwa dah boleh kesan makhluk2 ni dengan ada kejutan bila tersentuh depa.......dan anak buah ni plak bila mengamati lama2 baru boleh perasan keujudan makhluk2 tu.
ada satu makhluk tu merupakan diri seperti roh budak mati kene bunuh.....den pun cadang untuk alihkan berasingan dengan makluk2 jahat yg lain kesian plak dia bercampur skali dalam botol.......den pun minta anak2 sedekahkan alfatihah untuk budak tu dan cuba berdialog dengannya......kenapa datang sini.......siapa nama....pasal apa kene bunuh n banyak lagi.......bila sudah disedekahkan alfatihah baru dia nak bercakap........dia datang sebab tengok ramai kanak2 perempuan (anak2 den main anak patung)....dia tak tahu dari mana asal.......nama dia siti nur @@@@@ mati kene bunuh dek tiga budak india (mungkin juga kene rogol sekali)......mayatnya tak tahu kat mana......duduk diflat dan tak tahu nama flat tu......den kasihan juga dengar cerita budak tu.......anak den yg no 2 siap nangis2 lagi bila dengar.......den cakap kalau kesian hadiahkanlah alfatihah buat budak tu.......beberapa lama kami baca anak buah cakap terdapat perubahan pada budak tu.....darah dah tak de lagi pada badan dia.....dan dia minta kalau malam ni dihadiahkan bacaan yasin pada rohnya.......kami pun akur je lah.....

petang tu jugak den ambil botol2 tu untuk buang disebatang sungai di kuang.....nak hantar jauh2 dah tak larat sebab kadang kene buat sampai 2 trip melayannya. yg roh budak tadi den lepaskan ke masjid kg permata he he........den nasihat roh tu duduk lah dimasjid sementara menunggu akan ada seseorang yg akan menunjuk jalan pulang......kene reda dan terima ketentuan Allah apa yg berlaku pada diri........bila dah reda dengan ketentuan Allah maka akan mudah untuk jalan pulang........sambil cakap2 tu den macam nasihat diri den jugak...........sepanjang perjalanan tu macam2 den ceramah kat roh tu muga dia dengar nasihat den yg tak seberapa ni...........selebihnya den serahkan pada Allah untuk menentukan.......

Monday, July 18, 2011

berdialog dengan jin

blog aku ni dah jadi macam misteri nusantara.......he he layan je ler...

semalam waktu nak buang botol yg mengandungi entiti.........sempat berjumpa pula dengan seorang jin yg berpakaian seperti pahlawan melayu disungai serai.......berbaju biru, bertanjak dan berkeris......salam kami dibalas dan bermulalah dialog kami.....

-assalamualaikum tuk...

-waalaikum salam...

-tuk minta maaf kami nak tanya kenapa banyak sangat ancaman toyol disini? tidak ada ke yg menjaga di kundang ni?

-dikundang memang tidak ada.....tetapi di kg ini ada 3 orang yg menjaga....

-siapa punya angkara tuan punya toyol2 ni tok?

-kamu cari didalam ladang getah.....nama nya k........

-kalau mahu masuk perlu ada 10 orang kerana orang itu hebat, tuk tak dapat tolong kerana tok hanya diamanah kan untuk menjaga kg ini sahaja.....

-baik tuk terimakasih assalamualaikum...

-waalaikum salam

sewaktu membuang botol2 tadi kesungai anak buah tadi melihat beberapa pahlawan melayu yg setinggi pohon kelapa .........den pun bagitau anak buah untuk menyapa mereka dan bertanya beberapa soalan.

-assalamualikum tuk....

-mualaikum salam.

-tok kami minta maaf nak tanya kenapa banyak sangat ancaman toyol ditempat kami kenapa tidak ada yg menjaga dikawasan kundang ni?

- tempat kamu memang bukan kawasan kawalan kami......tetapi kalau perlu bantuan boleh panggil kami.

-bagaimana nak panggil datuk dari jauh?

-kamu #@#@#@#@#@#@#@#@@

-siapa punya angkara ni tok?

-namanya #@#@#@#@#@

-baik tok terima kasih assalamualaikum

-waalaikum salam
(jin pahlawan tersebut dikatakan setinggi pohon kelapa seramai 5 orang)

den pun dok pikir2 mengapa sampai memerlukan bantuan jin untuk menghadapi masaalah ini.......kita adalah khalifah dan sebaik2 kejadian maka kitalah perlu menghadapi semua ini.......baik masaalah dialam kita mahunpun masaalah dialam mereka......dan den teringat suatu ayat yg antara maksudnya .......ada beberapa kaum lelaki menemui beberapa kaum jin untuk meminta perlindungan .......maka ia hanya menambah kesombongan jin tersebut dan tidak memberi apa2 keuntungan pada kaum lelaki tadi......

wallahualam.

nasihat sang pendita....

baru2 ni den bercuti lagi........dan kebetulan sebenarnya family den buat majlis kenduri arwah dan menyambut bulan zulhijjah di kalumpang resort tg malim. hati den sebenarnya agak tawar juga nak kemajlis tu kerana masaalah dirumah tak selesai lagi....poket plak tengah kering dek serangan toyol yg menjadi2........tetapi oleh kerana ini adalah majlis keluarga dan kehadiran nanti akan menceriakan wajah orang tua den gerak juga kesana bersama family.....sambil2 itu dapat melupakan sebentar masaalah yg menimpa dan melihat2 serta menikmati keindahan, kehijauan hutan belantara.


rupa2nya memang ada hikmah.....disini den dapat berkenalan dengan seorang bekas kiyai yang pernah mengajar disebuah psentren jawa timur........namanya biarlah den rahsiakan........orangnya cukup merendah diri malah amat sukar kita melihatnya seperti ada ilmu jika tidak dicungkil beberapa soalan ........beliau adalah salah seorang pekerja tukang sapu diresort ini dan telah bekerja hampir 5 tahun.......dan memang menjadi tempat rujukan dalam bab2 agama pada pekerja resort yg berasal dari indonesia......


apabila ada kesempatan berbual hingga dinihari den ada juga meluahkan masaalah padanya....hanya mengumpankan soalan berkaitan cara menangkap toyol.....tetapi jawapannya beliau bukan terhadap masaalah tersebut secara khusus tetapi lebih menyeluruh kepada peribadi.........


antara nasihatnya........

pak ......sudah lama parangnya tidak diasah.......besi itu kalo sudah lama tidak disentuh dan diasah akan bisa tumpul dan mengarat........begitu jugak diri kita........harus ada usaha kearah itu.......untuk mendapatkan ikhlas juga begitu perlu usaha........semuanya perlu ada jalan usaha dan istiqomah......istiqomah dalam beramal dan jangan dicampur2 dintara air dan minyak kerana berbeda sifatnya.........nah sesuatu kejadian itu ada hikmahnya yg tersendiri........jadi ingat kembali apa yg telah dipelajari dahulu.....amalkan kerana ilmu tanpa amal sia2 pak..........

sesuatu yg halus tidak boleh ditanggani dengan cara kasar atau dijurus dsbgnya...........nasihatinya dahulu.......mereka juga butuh ketenangan dan perhatian..........menyiksa dan membunuh bukan cara kita orang islam........agama itu adalah nasihat menasihati.........maka nasihat dahulu........walaupun mereka kalangan jin dsbginya..........jika mereka menggangu juga mintalah perlindungan dengan Allah.......bukan dengan cara menjurus dan membakar..........sabarlah pak kerana sabar itu separuh dari iman.


dan bila den balik kerumah masih terngiang2 nasihat yg mendamaikan dari pak kiyai ........terima kasih pak

Thursday, July 14, 2011

mengasah jurus bersama keluarga.....

semalam entiti2 tu masuk lagi........bila dah banyak sangat masukkan juga dalam botol.......entah manaca mana ada idea untuk berlatih jurus reramai sambil tengok apa kesan pada hantu2 tu.....
kesian depa disesah beramai2 sambil melihat jurus mana yg berkesan......tapi yg heran dah kena pancung pun depa boleh cantum balik........memang parah ler.....
antara jurus yang dapat dikesan berdasarkan isim......
isim bismilah : jurus cahaya biru
isim lakadjaakum : jurus cahaya putih
isim ya hayyu ya kayyum : jurus cahaya putih + purple skit
isim hazihi jahannam : jurus cahaya putih + orenge skit

Wednesday, July 13, 2011

bila isteri dah pandai menjurus....

he he ......kisah ni makin melucukan dan mengarut sambil tersirat sesuatu yang merbahaya........memang sikap den kadang suka ambil sikap sambil lewa atau acuh dan tak acuh dengan sesuatu permasaalahan........atau senang cerita malas amik serius sangat........kalau dah faham bahawa semuanya telah dirancang didalam perancangannya......tak payah ler pening kepala walaupun kadang sakit kepala mungkin disebabkan migrain atau banyak kolestrol dalam darah hu hu.......
mende ni terjadi bila den ajar anak mini cara nak defend kalau den tak de rumah....den pun ajar le basic cara pagar rumah n jurus asas untuk attack entiti dan makhluk halus yg jahat. malam lepas isyak den suruh depa buat praktikal pagar 4 sudut rumah sebelum tido.......bayangkan anak den baru 6 tahun pun den kerah tahan napas sambil baca ayat bismillah 21 kali.....sampai semput budak tu.........den pun dah lama tak praktik mende2 ni last sekali pun den pakai masa sekitar tahun2 1997 dulu sewaktu ancaman hanturaya di mersing.....dah lama sangat dah......dan kemungkinan benar seperti kenyataan dari seorang sahabat........kalau tak jadi mende2 ni tak de la keluar balik jurus2 ni.........den pun dapat blajar skit2 je dari beberapa kenalan n komdian upgredkan dengan bacaan dari buku2 serta komik.....ya jangan tak percaya ......kadang ilham tu datang dari komik jugak.......lucu2 gak tapi ye lah.......camana nak makrifat cahaya kalau tak pernah tengok cerita dragon ball, ultraman dan lain2!!!! he he
masa den kat hospital sewaktu melawat ibu terlantar diwad ampang puteri.......isteri mengadu kakinya seperti dirantai......bila anak buah sampai katanya ada seperti simpulan tali besar pulak......dan sianak buah tadi berjaya pula merungkai serta memasukkannya didalam botol.......bila memeriksa keliling rumah terperanjat pula dia apabila melihat satu lembaga seperti ular tedung mengancam dari arah dapur........isteri cepat2 telefon den minta bantuan.....den kata cuba la apply jurus yg den dah ajar malam tadi.........apalagi dah macam cerita naruto sipunden ler........mereka berlawan cara jurus menjurus dan menagkap beberapa makluk halus dan dipindah kan kedalam botol.........dulu masa tak pandai 1 botol untuk 1 entiti.......sekarang dah pandai skit jadi dapat ler sumbat 4-5 ekor masuk dalam satu botol.......yang paling besar sekali ular tedung selar tu dapat dimasukkan dalam balang biskut coz saiznya yg panjang. bila den sampai rumah tugas den hanya tolong buang je........dalam fikiran den mini den ni makin macam2 ha ha
lepas sembahyang magrib esoknya den bincang2 dengan bini dan anak2 depa pertikai kenapa bila dah dipagar mende2 jahat ni still boleh lagi masuk?........tak cukup power ke atau kaedah yang dibuat salah........den cakap ni semua kerja Allah .......bukan kuasa kita.......kalau Allah dah perkenankan jin2 boleh masuk kita tak punya kuasa apa2........jurus 7 petala bumi ka petala langit ke...perisai besi ka......perisai cahaya ka ....tu semua serah balik pada Allah.......kalau kita fikir kita ada Kuasa........mana mungkin kita kene ujian ni semua.......ini semua hikmah untuk kita terima dan lebih terbuka dengan dunia mistik yg selama ini kita lansung tak ambil peduli.........dan sekarang kita lebih yakin bahawa makhluk2 ni semua ujud dan ancaman mereka nyata.......dan sepatutnya keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah lebih tinggi........amin

Monday, July 11, 2011

gost buster 2 dan kg bunian....

gambaran rupa kg @istana bunian



den masih melayani alam makhluk halus ni........kadang rasa bosan juga kerana tak dapat memenuhi masa lapang dengan Fb serta tengok candlelistik chart dekat metatrade 4 atau graf kitco........tapi ni pengalaman baru dan melibatkan faktor materi kene ambil jugalah perhatian dan ada satu masa sampai mengancam nyawa mini dirumah digigit makhluk berbulu setinggi syiling .


semalam den berperang lagi......kali ni ancaman yg datang sebelum den sampai dipintu rumah lagi dimana anak sedara yg mempunyai kelebihan telah melihat hantu setinggi syiling menggigit mini......dan isteri yg tidak berkemampuan untuk berlawan dengan makhluk ghaib tersebut hanya mampu meminta bantuan dari anak kecil tadi.........beberapa minit telah berlalu dan anak buah tadi tergamam untuk memulakan tidakan kerana selama ini dia tak tahu apa2 hanya boleh melihat sahaja.......setelah beberapa lama bertarung akhirnya mereka tewas dan dimasukkan kedalam botol untuk dibuang.

semalam juga den berpeluang memerhati kg bunian dari jauh yg lokasinya dan jangkaannya tepat seperti yg den mimpi beberapa tahun dulu. hanya den menunggu masa untuk berdialog dengan mereka jika ada rezeki kelak.

dan akan tiba juga masa dimana den akan gunakan falsafah lian.......menyerang lebih baik dari bertahan........selama ni den dok bertahan je.........sampai bila?


nak percaya tak percaya layan jugak.......disamping den memerhati dari perspektif makrifat.......ini semua kerja dan afal Allah .......suka atau tidak......mahu atau tidak.....kene reda dengan apa juga ujian dan cubaan . inilah dia kehidupan, tanpanya hidup ini tidak bermakna.

Sunday, July 10, 2011

operasi gost buster....

den tengah buat operasi pembasmi hantu .........antara species2 yg telah berjaya ditangkap dalam rumah bermula hari khamis hingga ahad.......




hantu gondorowo betina lebih 2 ekor 1 ekor jantan lebih tinggi sedikit....dulu den pernah dapat mimpi mamat ni kacau ingat mainan tido je.......rupa2nya memang nak mintak port n kewargenagaraan......sori beb.....dengan kastam bleh le kawtim.....dengan den sori. dihantar untuk tujuan balas dendam dan nak dapat info kemana pergi toyol tuannya yg telah menghilang





toyol dekat 5 ekor.....tinggi tak sampai 1 kaki je n warna gelap......import indon mari so bertangkal.......last2 kantoi gak kene sesah......nak kasi dia kaku sembur je dengan air yasin n ayat kursi 313 x.....yg susahnya suruh zahirkan balik duit yg dia ambil tak nak pulak dia.........walaupun dah nampak duit tu dalam alam dia.


hantu bajang ni orang punya maleh nak bela agaknya kene tangkap jugak.....jenuh gak nak kasi masuk dalam botol sebab dia ni tinggi skit n jantan......kene sesah dengan kayu tas baru dia ngalah






ular siluman antara yang paling sukar n seram nak masukkan dalam botol atau balang besar.......dihantar untuk repeat attack......berbatik hitam.....lepas kene siram dengan air yasin n rembat ngan kayu tas terus lebik........jenuh nak tarik sampai kebas tangan kanan........


entah bila den nak main2 dengan alam ni....tak tau.....pandangan den ni semua rezeki........apa yg ada hadapi je dengan reda dan syukur......n terima kasih bebanyak kepada tok lanun atas nasihat n tunjuk ajar......









































Saturday, July 9, 2011

dalam mode perang.................

Friday, July 8, 2011

toyol counter attack

gambar diatas adalah gambar sebenar yang diambil pada entiti yang disyaki mencuri duit selama ini.........den sebenarnya malas nak mengaibkan makhluk ni tetapi atas alasan makhluk tersebut telah menceroboh hak den maka terpulang pada den untuk menghukum kembali makhluk ini buat pengajaran pada makhluk2 yg berniat sama..........garisan lam terpaksa dibuat bagi memastikan makhluk tadi tidak keluar mengikut kefahaman ilmu den........selebihnya den serahkan pada Allah untuk mengadili dan diadili seadil2nya..........;D
kisahnya bermula begini.......jeng2
dalam pukul 3.30 petang mini den telefon dengan suara yg amat mencemaskan.......awak ada kat mana?......saya kat opis la nie.......ni ha saya tengan tangkap toyol dengan anik ni......katanya.....aaaaa? jawab den dengan melopong.....teror sungguh mini aku ni pandai plak tangkap toyol........mini den ni terkenal dengan kuat semangat......dan memang ada keturunan bidan belah mak dia.........kalau takat gelap2 skit dia memang tak takut.........tapi bila dia buat operasi tangkap toyol ni memang perkara yg amat melucukan dan menghairankan........tapi dia bukan buat seorang dia dibantu oleh seorang anak buah yg memang berkebolehan melihat mahkluk halus......dan dia mendapatnya dengan tidak dengan belajar......gifted ....kata orang jawa.......masa tengahari anak den ni gelisah sangat macam2 dah buat baca yasin, surah albaqarah, kursi.........last2 dia telefon anik mintak bantuan.....agaknya bila dah abis takut jadi tukar geram......ye lah dah ler duit hilang lepas tu mengacau anak plak tu........bila dah jadi macam tu dia minta anak buah kesan dimana kedudukan entiti2 tadi dan dengan sebatang kayu tas yg den beli dari seseorang mereka memaksa tayol2 tadi masuk kedalam botol.....yg kelakarnya plak nak pulak toyol tadi masuk......mungkin setelah lemah n cedera disebat dengan kayu tas n ayat2 suci.........dekat 5 botol semuanya dan dua darinya adalah dikenalpasti sebagai toyol dan 3 lagi dikenali sebagai bajang dan pengganggu budak.
setelah berjaya memaksa makhluk tadi masuk mereka pun mengumpul botol2 tadi diluar rumah......sambil menunggu kepulangan den.......dalam pukul 5.30 den pun sampai.......sepanjang perjalanan den tersenyum n kekadang rasa geli hati gak.......nak kata tak logik pun ye....nak kata macam kelakar pun ada......ye lah pemikiran den ni masih berprinsipkan fizikal lagi.........susah nak percaya mende2 halus ni..........jadi bila dah jadi macam ni layan je ler....he he
setelah berbincang dengan keluarga dan bantuan kengkawan serta cfu den mengambil keputusan untuk membuang je penceroboh2 tadi di sungai batang berjuntai......lebih kurang 10 km dari rumah dan menempuh 3 batang sungai.......ikut akal n adat rasanya mereka sukar nak kembali kerana telah merentas 3 sungai........kalau balik pun mau sesat jalan.....he heh
masa sampai tepi sungai tu den mintak anak buah tadi berkomunikasi dengan makhluk2 mangkok hayun tu......minta diserahkan kembali duit den atau den mengucapkan selamat jalan romeo.........2 minit berlalu dan tiada tindak balas........maka berlangsunglah pelupusan beramai2 disaksikan oleh seorang pemancing cina yg kehairanan........sempat juga sembang2 dengan cina tu sambil menceritakan pengalamannya menaikkan patin seberat 2-3 kilo seekor........oleh kerana hari nak lewat petang den terpaksa bergegas pulang kerana firasat den rasa tak sedap berada lama2 dikawasan tu.........banyak makhluk sejenis depa yg tak puas hati dengan tindakan den..........dan anak buah plak ada kelas malam plak ...........sepanjang perjalanan balik den berbual dengan anak buah tadi yg memang berupaya melihat makhluk2 halus seperti penjaga kuil dan hantu2 sepanjang jalan..........malah niat untuk singgah dirumah toklanun pun terpaksa dibatalkan kerana hari dah maghrib.
kesimpulannya den rasa terharu kerana bantuan Allah dengan menghantar seorang anak buah berumur 12 tahun je menangani masaalah toyol ni......walhal sebelum ni den beranggapan hanya orang2 yg arif ilmu jin je boleh menanggani ancaman makhluk halus........sambil2 tu den dapat idea gak kalau boleh buat squad tangkap hantu dengan bantuan mini dan anak buah.......mau gempak seantaro dunia.........komdian sekali cas ikut jumlah botol......1 botol rm 100 kalau 100 botol dah berapa...........pegh masyuk.........n money back guarented lagi........hu hu
semua ni pada den adalah ujian dan lumrah hidup agar lebih matang dan reda dengan apa juga yg dihadapi..........sebab tanpa semua ini tidak bermakna kehidupan.........semuanya mempunyai pengajaran dan hikmah...........ambil mana yang baik dan tinggalkan yg buruk..........dan yg bagusnya anak den lebih rajin mengaji dari sebelumnya........he heh

Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan Bersih yang belum tentu bersih


Perhimpunan bersih ini dijangka akan diadakan di kl pada 9 hb jun 2011 atau esok sabtu........den just nak ingatkan diri n kengkawan kalau boleh jangan libatkan diri dengan perhimpunan ni....kalau nak pi jugak terpulanglah.......sebab kalau dikaji ....lebih banyak buruk dari baiknya........memang kita rasa terpanggil untuk buat perubahan pada dasar dan perlaksanaan kerajaan sedia ada.......kita juga perlu ambil kira faktor risiko terhadap keselamatan awam, kesan terhadap imej negara, ekonomi, ancaman provokasi negara luar dan musuh2 negara.......semua perlu diambil kira.......jangan diikut dengan semangat perjuangan sebelum tahu matlamat dan sejarah serta latarbelakang pendokong perjuangan.........dunia tidak perlu menafikan semangat dan keberanian askar gurkha.......tetapi tanpa kebijaksanaan mereka digunakan pula oleh british untuk mengembangkan empayar mereka.......sang harimau dan singa malah gajah sendiri adalah antara haiwan yg digeruni kerana kekuatan dan kegagahannya tetapi akhirnya lemah layu hanya dengan cemeti ditangan manusia.........ingatlah hanya dengan akal yg Allah taala kurniakan mampu menjadi kekuatan yg hebat dan dianggap khalifah didunia ini.........janganlah terperangkap dengan provokasi2 asing yg memang cemburu dengan keupayaan negara kita........den bukan bercakap bagi pihak kerajaan sebab selama ni pun den tak pernah dibayar walau 1 sen pun dalam blog ni........den tak minta upah pun.....tapi atas dasar sayangkan agama, bangsa dan negara den mintak mereka2 yang diluarsana fikir 2-3 kali sebelum berhimpun kalau boleh fikir 20-30 kali he he.........jadi kan sejarah yg tersurat dan tersirat dalam tindakan kita.........bukan dengan janji2 kosong parti atau individu tertentu yg mahukan keadilan seadil2nya........perlu diingat nafsu manusia tidak pernah akan puas.......kalau dah adil dia akan nak adil lagi......dah bagi adil abih dan dia akan nak adil lagi sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai.......

bila den melihat yang bakal turun nanti adalah majoritinya adalah kalangan orang melayu........rata2 orang muda dalam parti pkr serta pas.......anggota keselamatan pula adalah kalangan orang melayu terdiri dari polis dan tentera.....sekiranya sesuatu perkara yang kurang baik berlaku apa agaknya yang terjadi?........dan kita dapat melihat pendokong2 nya dari kaum lain tersenyum sambil bertepuk tangan.......kasihan bangsa ku ini mudah benar termakan tipu muslihat.........dan sekiranya perkara ini tetap akan berlaku hamba mu ini hanya reda.......dan sekiranya ia dapat tertolak dengan doa kabulkanlah doa hamba mu ini agar bangsa ini selamat dari fitnah2 dajjal dan fitnah akhir zaman.....amin

Monday, July 4, 2011

kursus BTN


salam.....
den kene pi kursus lagi.......apa lagi kalau tak kursus btn.......bila cerita tentang btn ni ramai ler orang akan cakap......btn ni untuk doktrin parti bn......ada yg cakap btn ni untuk kepentingan politik umno, nak raih undi, nak sokongan, nak brainwash, perang saraf, pengaruh kakitangan awam diperingkat akhir saat pilihan raya dan banyak lagi........
prinsip den senang je........kalau nak diulas pada pandangan politik......jawapannya ialah benar, bagaimana pula dari pandangan dari perspektif yang lain?.......selama ini pun pandangan den dengan masaalah politik tanahair adalah negatif.......tetapi bukan den tak nak ambil tahu dan buta sejarah........den kaji dan reserch sendiri maklumat sejarah seawal kerajaan melaka dari buku hingga cerita mulut ke mulut....dari yg tersirat hingga yang tersurat........tidaklah hingga menghafal tarikh dan nama sekian2.....tujuan untuk memantapkan fakta dan berhujah.....cukup untuk memahami situasi keadaan dulu dah cukup.
gambar ilustrasi zaman melayu melaka

pada hemat den kursus btn bertujuan untuk menerapkan semangat cintakan negara bukan diterjkemahkan kepada mencintai sesuatu parti, didalam kandungan kursus ni peserta diterapkan dengan semangat kerjasama berpasukan, menyelesaikan masaalah, kepentingan organisasi berbanding kepentingan individu dan semangat setiakawan. salah ke?.......pada den tak salah.......masaalahnya kursus ni jadualnya terlalu padat.......kami ditekankan dengan cara mental, psikologi dan semangat nasionalis. semuanya baik sekiranya kita melihat dari aspek positif..........dalam keterbukaan den untuk menerima kursus ni pun den adalah antara peserta yang paling kuat melawan dan lantang bersuara.......bukan nak jadi jaguh, dah jadi sikap den pantang di provok dan dipsiko......den akan cuba provok balik orang yang menggunakan kaedah yg sama........
boleh dikatakan hampir semua jurulatih adalah jenis orang yg mempunyai pengetahuan mendalam tentang sejarah dan mempunyai kelayakan yg tinggi di bidang akademi.........malah ada juga aura ilmu kebatinan serta persilatan dalam peribadi setiap individu.........lagi best fikir den ......bleh ler nak menguji sejauh mana keupayaan mereka menangkis serangan.........den tahu kebanyakan jurulatih btn ni ramai yg mengamal persilatan melayu........gayung, cekak, lincah dsbnya kemudian pusat btn ni berada di sebelah utara yg popular dengan persatuan 3 line......he he........isu2 yg diutarakan berkisar tentang sejarah melayu dan perlembagaan 153......iaitu hak keistemewaan orang melayu.......pegh lagi ler best.....ini dah macam soalan cepu mas.....atau bola tanggung.......akhirnya jurulatih tadi jadi juruletih ler dek putar belit den.......orang muda kemudian hanya mempunyai falsafah perpaduan membabi buta........den tak lah sampai hati nak bagi dia tersungkur.......atau sampai mengaibkannya.....cukup hanya membuatkan dia berfikir kembali perjuangan untuk memartabatkan kembali perpaduan orang melayu...........setiap kejadian ada hikmah........ada baik dan buruk....den lebih suka melihat setiap sesuatu yg berlaku dalam pandangan makrifat kerana kalau dari pandangan ini tidak akan melibatkan perkauman, kenegaraan, rasis, jihad, miskin kaya, berdaulat atau hina, istimewa atau segala bentuk pemahaman atau ideologi baharu dan batal..........pada den semuanya sama.......semuanya mengenai dunia....dan selagi perjuangan mengenai dunia adalah batal.........kerana sukar mencari keikhlasan dalam mencari dunia.

Saturday, June 25, 2011

ujian @ hidup


den diberi ujian lagi.......selepas satu....satu hingga maleh nak kira dah.......kalau nak dikira nanti takut akan jadi berkira2.....sedang nikmat alah tu tak terkira banyaknya.........kalau tak dikira jadi macam tak ambil iktibar pula..........setiap sesuatu pasti ada hikmah disebalik kejadian yang Allah dah tentukan.
peristiwa bermula apabila isteri sering merungut kelhilangan duit........kebiasaanya dalam 50 hinggit ler.......kerap juga berlaku dan berlanjutan beberapa bulan tapi den ni maleh nak amik tau.....mungkin cicir dimana2 atau ade ler anak yg amik........kalau dah terbongkar rahsia nanti boleh la den hukum atau bertindak apa yg patut pada anak2 yg buat perangai ni......den ada juga syak pada sorang anak yg agak nakal ni tapi langsung tak de sign yg dia ni ada amik.
yang paling ketara apabila satu malam tu den dah kering abih dah....den pun mintak ler bantuan isteri kalau dia ada lagi duit buat belanja sampai hujung bulan. biasa la orang pompuan ni lebih pandai simpan duit dari kita lelaki......orang pompuan kalau minum dia bayar sendir12......jimat ler....kalau lelaki ni dia akan bayar satu group.......kalau tak ikut turn alamat budget tak sampai hujung bulan ler....he he
lepas isteri bagi 100 ringgit dengan not 50 dua keping den masukkan dalam dompet duit dan tido......esok pagi bila den buka terus tinggal sekeping je not 50.......terus den terasa ada sesuatu yg tak kena ni........kalau nak tuduh anak2 depa masih lagi diatas........habis siapa yg ambil selama ni bila ada je duit hilang 50 ringgit?......kemudian mini buat spot check dan memang mendapati duit tabung anak2 yg ada not 50 pun dah ghaib.......ni tak boleh jadi ni dan den dapat terus jawapan......tak de keje lain mesti kerja toyol ni.........terus fikiran jadi kusut......macamana nak selesaikan masaalah ni.
den mula terfikir2 mana nak cari bantuan......den bukan pandai scan2 ni kalau boleh nak je den tangkap sendiri.......dalam otak mula terbayang muka kawan2 minta bantuan.......mula2 tok ketua lanun, tok belagak n kawan2 opis......hati geram tak tau nak cerita....ye lah kita ni bukan senang sangat.......duit dapur pun cukup2 je.....nia dia kebas plak.......adoi.
semasa di tempat kerja den mula menghubungi seorang kawan yg pandai ilmu2 tangkap2 makhluk halus ni.....dia pun sembang2 dengan den dan ,mula bagi nasihat tentang diri den yg perlu diubati.....den pun diam je ler......almaklum nak minta bantuan orang tak payah ler bantah2....diam dengar udah ler....he heh
malamnya lepas isya dia dah tunggu depan taman........entahmacamana dia minta den dimandikan berserta isteri serta ditanggalkan segala ilmu dan amalan den selama ni....ish2 den pun heran juga bila pulak den ada amal mende bukan2 ni........segala ayat2, jampi2 amalan pendinding yg diamalkan selama ni telah gugur setelah dijurus oleh mereka .....komdia kerja2 memagar rumah dilakukan oleh ketua mereka.........den pun akur je lah janji dapat balik duit dan barang kemas tu fikir den........
awal sebelum subuh den terasa ada sesuatu dihujung katil.....apa pulak mende ni...macamana boleh masuk....kata dah pagar......
bila pegi kerja den sembang dengan kawan den yg cuba ikhtiarkan berubat tu.......dia kata ada lagi mende yg den simpan didalam rumah......la apa lagi pulak fikir den ni......dia pun minta den serahkan semuanya tanpa berbaki apa juga tangkal, azimat, atau ayat2 yg dicatat dalam buku yg diambil pada sesiapa sahaja........den pun teringat koleksi mani gajah konon2 buat pelaris meniaga pasar malam dulu........dia pun marah2 kata den cuba nak sembunyi sesuatu....den kata takan mani gajah boleh jadi masaalah besar....den bukan buat pukau anak dara atau susah kan orang den buat ikhtiar menyeri meniaga je........dia kata tetap tak boleh....sebab yg batal itu tetap batal....ye lah den pun akur ikut je lah kata2 kawan tadi lagipun cakap dia benar dan berfakta....
malam tu lepas den balik jamuan kawan den dah tunggu di luar rumah.......dia yg dalam keadaan tergesa2 dan tidak mahu menunjukkan kegusaran mengambil kitab den dan mengoyakkan surah2 tertentu didalam buku catatan den....betul2 macam ajen kgb n cia meredah rumah orang ....den diam je.......minyak mani gajah bertukar tangan dan dimatikan serta dijurus kemudian direndam didalam air.........kemudian den diajak oleh kawan tadi keluar atas alasan untuk minum dikuang.......
bila sampai dikuang kereta yg sepatutnya singgah dikedai membelok kearah kediaman kuaters estet dibelakang kuil besar.........sampai disebuah rumah dan kami turun..........sampai je dirumah sahabat yg cuba mengubat den kelihatan isterinya mengerang2 kesakitan........apa pula ni fikir den.........abang dah puas hati?.........nak bukti?.......tak percaya?........gertusnya bila melihat den berdiri didalam rumah.........sambil terpinga2 den duduk atas kerusi walaupun tak dijemput duduk.......leteran dan keluhan serta kekesalan keluar dari mulut perawat itu setelah cuba merawat den dan kini isterinya pula terkena kerana badi yg den bawa selama ni....den makin binggung.....
lebih kurang setengan jam dia berleter dan merungut2 dengan kata yg tak sanggup didengar sambil cuba merawat isterinya dia meminta kawan den hantar den balik dan membuang tinggalan sisa mani gajah tadi kesungai........
sampai rumah den termenung.......takanlah mani gajah yg orang buat penyeri muka n perniagaan tu boleh sebabkan bini dia menjerit2 dan tak keharuan........apa nak buat ni.....den pun cuba tenangkan diri dan bermuhasabah.....adakah semuanya ini benar salah den atau ianya antara fitnah besar yg melanda......
mlm tu juga den cuba buat sembahyang istiharah .......minta petunjuk dari Allah dan menghindarkan diri dari ujian dan fitnah yg melanda.........sambil2 nak tido den sms cfu minta dia putuskan kalau boleh khadam minyak mani gajah dari jauh......cfu jawab minyak tu tak de apa2.........barang biasa je......den pun malas nak layan pening2 ni den pun tido.........alhamdulilah lena je
paginya den cuba cari member yg mengubat den tu........tapi dia pun cuba mengelak dari berjumpa dengan den.....ish den ni ada dosa besar sangat ke?.......terpulanglah.......malamnya setelah selesai semua urusan penting dirumah den telfon pula kawan bertanya khabar tentang isteri perawat.......den kasihan pula melihat keadaannya .....disebabkan masaalah den dia pula yg kena bahana......atas rasa bersimpati dan kasihan den pun bergerak kerumah perawat tadi untuk berziarah....sebelum tu den dah sms dan telefon tetapi perawat tadi tak mahu pula menjawab......tak pe biar den pegi je terus kerumahnya.......sampai dirumah keadaannya agak gelap mungkin dah tidur....fikir den.....setelah beberapa kali memberi salam ......anak perawat tadi mengatakan bapanya tiada dirumah.....gerak hati den berat mengatakan memang perawat ada dirumah hanya enggan berjumpa dengan den.....tak pe lah mungkin dia kepenatan kerana berusaha memulihkan isterinya beberapa malam.........den pun meninggalkan rumahnya dan berjumpa dengan seorang kawan lagi di matang jaya untuk berbual2 dan berbincang mengenai ilmu tasauf.......
den pun meluahkan masaalah den pada kawan tadi dengan hutang kengkawan dan perniagaan yg tak berbayar........fitnah den memelihara saka dan bala.....dengan ujian kecurian toyol mengambil duit dan barang kemas...................tapi alhamdulillah kawan tadi menasihatkan bahawa ini semua telah ditentukan..........semuanya tidak ujud kalau kita tidak melihat disebalik tabir semua bayang ....semua sifat....semua afal.....dan semua asma........semuanya telah ditentukan dalam kalam dan takdir.........pada pandangan ilmu hakikat dan makrifat........apabila telah melihat menggunakan makrifat maka semuanya akan sirna..........kalau melihat dari pandangan syariat, pandangan pendekar, pandangan hulubalang, pandangan panglima, pandangan kaki scan atau kaki jurus menjurus, pandangan peniaga, trader, .......hingga melihat dari pandangan ego seorang manusia.........takan habis sampai bila2.........dunia kita akan terhenti disitu.........tak puas hati, dendam, marah, takut rugi, kecundang dan banyak lagi.........sirnakan semua, pulangkan semua, kembalikan semuanya urusan pada Allah.....dia yg maha mengetahui....dia yg maha tahu urusan kita.......baik buruk untung rugi......kembalikan.....maka jiwa akan kembali tenang.......bagaimana akan merasa rugi kalau diri telah tiada.....bagaimana akan ujud toyol.... saka.....puaka kalau hanya Allah sahaja yg ujud?........ ....dan den pun teringat denga satu petikan ayat.....wahai jiwa yg tenang kembalilah kepada tuhan mu dengan saling reda - meredai...........amin

Sunday, June 19, 2011

dinar extream.....

kempen penggunaan dinar dan dirham memberi kesan yang sungguh mendalam pada diri hingga boleh dikatakan ketahap extream.......ada je duit lebih den beli dinar.....ada je tinggal duit skit den beli dirham hingga sampai satu masa hingga tak berbaki duit kertas dalam poket.......bini dah start bising apabila tak cukup duit untuk beli susu atau duit belanja bebudak nak pergi sekolah.........memang ler penggunaan dnd ni atas alasan support wang syariah tetapi bila dah sampai extream sangat hingga sukar untuk mencairkannya ....dan menjadi munyusahkan diri.......islam ni mudah tak nak sukarkan pengikutnya tapi dengan tindakan den yang menukar kepada wang dnd ni menyukarkan pula untuk dijual kembali kepada wang fiat.....hari ini den beli sekeping dirham dengan harga rm 30 ringgit belum tentu esok den boleh jualnya dengan harga rm 30 ringgit juga........oleh kerana penggunaan dnd masih baru dikalangan rakyat malaysia agaknya bukan mudah nak tukar duit ni........ada sekali den terpaksa bergadai baranmg kemas isteri untuk mendapatkan duit.......masaalahnya ialah bila langsung tak de duit ditangan walaupun duit tersebut diperlukan bagi melaksanakan pembayaran hutang kengkawan dan nak menggunakan sebagai modal buat kerja welding.
yang bestnya bila dah sampai step mati....akal dah penat nak pikir .........rasa dah tak berdaya dah nak cari jalan keluar ........entah macamana ada pulak orang bertanya pasal dirham ni.....den sebenarnya nak pakai duit lebih kurang dalam 1000 ringgit .......bila ada kengkawan nak beli dirham den dok pikir berapa sen sangat dirham ni boleh cover keperluan den...kalau dia beli 10 keping pun paling banyak den akan dapat dalam 300 ringgit je ....mana nak cari lagi 700 ringgit........entah macamana lepas 2-3 hari dia telpon balik nak beli 1 dinar plak........pegh den dah suka ini macam dah boleh dapat budget den dalam 1000 tu.......dan dia sanggup bayar lebih dari harga dari laman web ....dek kerana dinar kelantan ni memang hot item.......kene plak member ni orang kelantan ....sebut je berapa harga terus dia sambar......den pun malas la nak tekan sangat....sebab niat nak pakai dnd ni untuk tujuan muamalat dan elak riba....kalau dah amik untung banyak sangat tak ke riba jugak........den dok pikir tolak duit minyak n upah jaga malam2 beli dinar tu den amik ler untuk dalam 20 ringgit je.....kira baloi ler siap hantar sendiri....he he
den pun mula muhasabah diri.........ayat den kat atas tu antara petikan hadis nabi......sebaik2 perkara adalah ditengah2 macam den tak cuba amalkan.....tu ler kalau kita tau tulis tapi tak amalkan.......he he. tapi den juga ada teringat ayat 1000 dinar.......iaitu akan ada jalan keluar kalau kit bertawakal serah semua urusan pada Allah kerana dia lah pengatur semua kehidupan ini samaada baik atau buruk.

Friday, June 10, 2011

mesjid kg baru lagi

den beriktikaf di mesjid kg hulu lagi minggu ni......selepas beberapa kali berziarah ke mesjid ini kali ni ada can lagi untuk kesana sementelah membawa keluarga bercuti menjiarahi keluarga sebelah ibu mertua yg menetap diduyong .............dan untuk den mengajar akan diri dengan merasai nikmat bergelendangan dan berkelana di mesjid ........

mesjid ni ada beberapa tarikan pada diri ......pertama kerana senibinanya yg amat bercirikan nusantara.....kedua ia adalah antara mesjid tertua dia nusantara......ketiga mesjid ini dibina sekitar tahun 1450-1500 tahun silam diwaktu kegemilangan empayar melaka memerintah......keempat ianya didakwa dibina oleh arkitek, jurubina yang 100% muslim bukan macam mesjid zaman sekarang ni.......paham2 je ler.

kali ini pengalaman den kurang menyeronokkan.......antaranya kurang mengenali penziarah2 yg dulunya rancak berbicara perihal tasauf dan ilmu bab ketuhanan.........kemana agaknya tempat melepak mereka sekarang........seperti abg man........brader spy dan yg lainnya.......

yang baru2 ni den tengok lebih ramai geng mamak plak dah.......den pun senyum juga melihat telatah mereka......kalau ada tok lanun kompom bengang....he he (jangan marah tok kalau terbaca).......nak buat camana geng mamak dah mula menyerang mesjid kg hulu.......pada den biarlah mereka beribadat dan menghidupkan mesjid ini .........syirik......bidaah.......taghut ......terpulang urusan mereka dengan Allah......mungkin amalan den lebih teruk dari mereka.........kerana kali ni den tak berapa dapat melelapkan mata......sebelum ni kalau den iktikaf masa lelapkan mata memang syok btol........terus lena....kali ni mimpi pun bukan2.........agaknya banyak hal dunia yg den masih layan hingga terbawa dalam mimpi.....

lepas subuh den bangun dan balik kerumah ipar diduyong sambung tido malam tadi yg tak lena dek serangan nyamuk........dulu den kene serang jugak tapi lena....kali ni kene serang lagi langsung tak dapat melawan hu hu.......

air perigi di dalam masjid pun tak dapat digunakan kerana berlaku kebocoran dari longkang sekitar yg menyebabkan baunya membusuk dan berwarna keruh......den terpana seketika bila melihat perubahan ini........belum pernah terjadi kualiti air perigi masjid menjadi begini........apakah tanda.......apakah yg bakal berlaku pada melaka dan malaysia kelak?.......banyak persoalan yg bermain difikiran dek kerana perubahan air perigi mesjid.........untuk nak memudahkan soalan den pujuk hati bahawa ini semua dah ketentuan......sampai masa air diperigi akan tercemar kerana kawasan disekeliling mesjid dan melaka telah dimajukan........biarlah.......dan seketika pula den teringatkan masjid baitul muqaddis.......saatnya hampir tiba bentak hati lagi.........biarkanlah.......bisik hati yg lagi satu........dah sampai masanya serah sahaja pada suratan..........