Monday, November 21, 2011

jin kenser yg kebal

den diuji lagi .....baru-baru ini ibu dimasukkan kedalam unit rawatan rapi kerana meracau di wad biasa.....akibatnya beliau dimasukkan kembali ke icu kerana gagal dikawal oleh kakak2 yg menjaganya diwaktu mlm.......kalau tengok dari segi logik beliau baru sahaja nak pulih selepas menjalani pembedahan membuang kenser usus yg bersarang disaluran perut......baru lepas beberapa hari sahaja keadaannya menjadi kritikal balik........dan mengikut pemahaman ilmu doctor mengatakan ibu mengalami jangkitan kuman pula pada hati, paru2 dan buah pinggang........dia mengamuk mencabut semua saluran udara dan drips yg dipasang pada badannya.........mlm tu juga den bergegas ke hospital dengan ditemani anak buah........

sampai di hospital anak buah memaklumkan banyak sungguh jin kotor yg melepak di hospital ni......malas plak nak jurus depa2 ni almaklum tujuan utama nak menguruskan jin yg mengganggu pada ibu.......sampai di icu......den terus tutup tirai katil takut aksi dan gelagat nanti diperatikan oleh doctor dan juga jururawat.......anak buah dah gigil bila memandang jin bertanduk satu yg berlumuran darah dan nanah memakan organ dalaman ibu.......den yg tak berlengah cuba membuat jurus2 paling kuat dan tajam setakat ini........habis tenaga dan nafas dikumpulkan untuk membunuh atau melemahkannya ....tetapi langsung tak memberi kesan........den dah cuak....anak buah memaklumkan cahaya yg ditembak terpantul sebaik sahaja mengenai tubuh jin........astagfirullahalazim ....apa dah berlaku kenapa jadi begini.......den tak putus asa...den mula buat langkah tari bunga2 silat sekebun bunga......den cuba nak applykan gabungan jurus dan tari silat pulut ni dan untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan keampuhan tenaga kebatinan yg dihasilkan........

ruang yg terhad didalam tirai ini menghadkan pergerakan den untuk mengatur langkah den hanya membuat jurus dengan mengikut sahaja naluri hati.......bukan dengan ilmu yg dipelajari atau menuntut mana2........den cuba menafikan diri dan meniadakan keujudan antara sasaran dan punca........tembakan2 tersebut juga tak memberi kesan........lantas den berhenti kepenatan.....badan sudah mula menggigil kerana kepenatan....napas den dah mencungap2 setelah hampir 1/2 jam bertarung........kepala dah berpinau2......pandangan semakin kelam dan kelabu.........den berhenti sekejap untuk mengambil; nafas.........

sebentar kemudian setelah dapat mengatur nafas.....den rapat pada tubuh ibu.....dengan perlahan2 den azankan dan qamatkan dikedua belah telinganya.....itu sahaja cara terakhir yg den dapat buat dalam usaha cuba mengurangkan kesakitan pada ibu .........anak buah memaklumkan jin tersebut langsung tak menghiraukan segala usaha den...........den tergamam, segala jurus, langkah, tari dan gerak menjadi kaku..........den seolah2 mati akal........den dah jadi seperti tak bermakna disaat itu.........hati terus menjadi hiba, sesal, kecewa dan macam2 lagi..........kemudian den lihat adik ipar yg berpangkat datuk cuba mendoakan sesuatu pada ibu........tak sampai beberapa saat beliau muntah2 dan meninggalkan ibu.........

den tahu jin ini bukan tandingan den.......bukan sebarang orang atau calang2 orang boleh menghapuskan jin kenser yg terkenal dengan kekebalannya..........den sms pada adik beradik untuk buat bacaan yassin dan doakan keselamatan ibu.........sambil bergegas pula kepasaraya berdekatan untuk cuba cari air mussofa atau air zam-zam......

bersambung untuk pertarungan selanjutnya.............
(sebab den masih lagi tercedera dalaman selepas bertarung dengan jin kenser tempohari doakan den sembuh dan selamat insyaalah)

Monday, November 7, 2011

Hari raya, Hospital dan Ibu....

alhamdulillah setelah 3 hari ibu ditahan di icu kini beliau telah dialih ke wad biasa di hospital ampang puteri.........aku mengambil keputusan untuk menjaganya pada waktu malam raya idiladha nanti.......dan aku tahu memang ramai yg sibuk waktu itu.........kene buat persiapan raya......balik kg dan berbagai lagi sebab.......disitu juga aku nampak peluang untuk jaga ibu.......dengan berteman lap top dan baju melayu mlm tu aku bersandar dibangku yg disediakan hospital........agak selesa kerana kami berpakat adik beradik untuk meminta ibu dimasukkan ke bilik perseorangan, senang tak berkongsi dek kerana ramai sangat adik beradik dan anak cucu yang akan melawat.........kene tambah sikit lah budget kerana surat jaminan pencen ayah dari TNB dulu hanya layak untuk kongsi bilik je........

sepanjang mlm tu aku pasang je takbir raya dikaca TV.........ibu pun belum sedar sepenuh lagi dek kerana ubat pelali(morfin) yg masih diberi..........sambil2 tu termenung mengingati nostalgia ketika zaman anak2 kecil dipagi raya bersama ibu.....alangkah indah waktu itu.......tiada kenal erti derita, sakit dan hiba........hanya keceriaan yg ujud dizaman kanak2.........kini takbir malam raya agak berlainan...........lain dari yang lain.........tidak hiba, tidak gembira.....dan sukar untuk diungkapkan..........takbir yg diselang seli dengan gambaran haji dan pem,andangan Makkah memberi satu perasaan rindu yg amat sangat.........alangkah bertuahnya mereka terpilih menjadi tetamu disana.......dapat menjejakkan kaki dibumi para nabi dan ambia.......dapat melihat dengan mata deria rasa bukti syariat dan syiar para kekasih Allah.........dan aku masih disini........dengan rasa rendah diri........masih mengharapkan dipilih untuk menjadi tetamunya.....yang entah akan bila........sambil memujuk hati bahawa hj aku sebenarnya disini........ bersama ibu disisi katil......yg sesekali didatangi senyum manis jururawat terlatih .............dan nostalgia indah takbir raya bersama ibu..........