kata-kata hikmah dari alquran dan hadis: Dan diantara nikmat tuhan mu yang mana satukah kamu dustakan......dan pada diri mu mengapakah kamu tidak perhatikan......sebaik-baik perkara adalah ditengah-tengah.......
Saturday, August 18, 2012
Selamat Hari Raya
Selamat hari raya maaf zahir dan batin saya ucapkan pada semua rakan2 dan pembaca setia blog ini......halalkan mana yg termakan, terminum dan sebarang kekilafan yg telah saya lakukan sepanjang perkenalan kita.......
ada masa mai ler datang kerumah........insyaalah saya ada dirumah......memang saya beraya dikundang sahaja........banyak komitmen lain yg menghadkan untuk beraya di kg........lagi pun den lahir di kl so kl dah jadi kg den......he he
Monday, August 6, 2012
kerinduan.......ibu
lebih 2 bulan ibu telah meninggalkan kami........hati ku masih sukar untuk melupakan kisah hidup bersama dan belaian ibu dahulu........semakin aku ingin melupakan semakin kuat pula gambaran dan ingatan sewaktu aku masih kecil dahulu........aduhai....ibu begitu hebat kasih sayang yg Allah kurniakan pada insan ini......agaknya ini yg dikatakan kasih sayang ibu membawa ke syurga.......
pernah aku melayani perasaan ini sewaktu meneman ibu membeli barangan keperluan dapur sewaktu berumur 5-6 tahun.......biasanya kami akan berjalan kaki sahaja dari kg pisang ke kg pandan....kadang kala kami naik bas tong fong......atau naik teksi kalau barangannya banyak..........akulah orang yg paling rajin meneman ibu kepasar utk membeli keperluan seharian....dari ikan kembong, udang longgok, sayur, cili.....dan seumur 6 tahun itu juga aku sudah mahir memilih barangan yg baik atau rosak.......atau memilih ikan yg segar dgn melihat ingsangnya yg pucat atau merah.........semua ilmu itu ditunjukkan oleh ibu dengan pracktikal terus tnpa segulung kertas pun yg perlu dibangga2 dewasa ini........
baru2 ini aku bermimpi setelah beberapa lama mengelamun dan melayani perasaan merindui kasih dan belaian ibu..........kecil hati juga apabila mendengan adik2 yg lain bermimpi apabila menemui ibu.......aku berasa seperti sudah tidak dipedulikan oleh ibu sekiranya tidak dapat berjumpa dengannya waima didalam mimpi........seringkali juga diri memujuk agar melepaskan ingatan kepada ibu.......pulangkan semuanya, serahkan semuanya pada Allah kerana ibu adalah milik Allah.........tetapi perasaan ini bukan mudah untuk dipujuk setelah hampir 42 tahun dibayangi kasih ibu........bukan mudah utk melupakan kasih sayang sejati dari insan bergelar ibu dalam masa terdekat ini.
setiap kali teringat setiapkali itulah ku hadiahkan Alfatihah utk beliau.......dan akhirnya pada malam ke 18 ramadan bersamaan hari nuzul quran Allah hadiahkan juga pertemuan antara aku dgn ibu dialam mimpi.......sewaktu ketemu ibu hati ini begitu sayu dan pilu.......kerinduan yg amat sukar utk dibayangkan.....dan seolah2 pula ada seseorang yg menemani ibu sebagai pembantu.........siapakah pembantu itu aku sukar untuk mengenalnya kerana pertemuan itu bukanlah secara nyata.......tetapi peribadi pembantu itu amat santun dan berbudi bahasa.......agaknya pembantu itulah amalan baik sewaktu ibu masih hidup dahulu............ibu hanya berpesan ..........kerana Allah........kerana Allah.......itulah nasihatnya dahulu yg sering aku dengar apabila arwah masih lagi hidup..........insyaalah ibu anakmu akan ingat pesan itu.........
dan pada ketika ini tidak ada yg lebih bernilai pada mlm ramadan tersebut melainkan dapat berjumpa dengan ibu dialam mimpi.........terima kasih pada mu ya Allah atas rahmat dan kasih sayang mu menemukan semula anak dan ibu yg telah terpisah dialam nyata tetapi tidak dihati........
Al-fatihah untuk ibu tercinta.....
Subscribe to:
Posts (Atom)