Sunday, March 24, 2013

semalam di mersing

gambar hiasan

minggu lepas tengah den leka bawak motor tetiba hp den yg duduk di pinggan bergetar2.....ish geli pulak kalau dia bergetar lama2 nie....den pun berhenti motor di tepi jalan dan cuba jawab panggilan yg cuba masuk......ish bukan call tapi mesej rupanya......assalam.....anda dijemput untuk menghadiri majlis penikahan anak saya...XXXXXXX pada XXXXX di rumah saya.....sekian terima kasih......laaa sms dari pak mat rupanya menjemput kenduri anaknya yg bongsu......masyaalah dah lama sungguh den tak balik mersing......den istilahkan balik ke mersing kerana walaupun bertugas di mersing dahulu tak sampai 1 tahun tapi kemesraan den dgn masyarakat disana tidak ada tolok banding berbanding tempat2 lain yg den pernah bertugas.........masyarakat mereka mesra luar biasa.......keakraban, hormat-menghormati, tingkah laku malah cara mereka berfikir den boleh katakan belum lagi tercemar sifat melayu berbanding tempat2 lain yg den pergi.......mereka begitu menghormati jawatan pengajar dan pendidik  malah pekerjaan den yg mengajau sambung besi pun diiktiraf seperti guru2 yg lain........

den dok pikir2 jugak.......hujung bulan nie......ongkos pun tk berapa nk mengizinkan........tapi kalau tak pergi rasa rugi sangat.........almaklum jemputan dari pakmat seolah2 setaraf jemputan taraf VVIP.....kalau tk jengok esok lusa belum tentu dapat ketemu.......den pun bincang dgn kengkawan di tempat kerja yg menuntut dgn cfu din........walau pun den telah direject oleh kumpulan nie......tetapi den ada lesen beso sebab dijemput secara official.........yg budak2 baru menuntut pun belum tentu dijemput jadi kehadiran den depa tk boleh nak pertikai.......muafakat telah dibuat kami berkongsi kereta je bersama orang kanan din .....pian dan lin.....ckgu din pulak tak dapat hadir kerana menyambung pengajian master di batu pahat........

sampai di mersing kami pusing2 sikit pekan tu.......singgah di pantai mengadap pulau batu cawan.......den ceritakan balik pengalaman misteri den sepanjang menetap disini....mereka acuh tak acuh sahaja dgn cerita den almaklum selagi tak mengalami tak akan percaya......sebenarnya di mersing inilah den mula percaya dengan perkara2 aneh dan keujudan alam lagi satu........keujudan hantu , jin, kekuatan2 ghaib yg kita tak dapat melihat juga kisah misteri yg sukar dipercaya disebalik pantainya yg indah serta deretan pulau dan air lautnya yg membiru.........disini tersimpan 1001 misteri yg masih belum tersingkap sepenuhnya.......contohnya aktiviti mencari dan menggali emas giat dijalankan di pantai mersing sekitar tahun 2002 dahulu........sedangkan orang2 mersing telah menceritakan kisan ini pada saya mereka telah melakukan aktiviti itu secara sembunyi2 dari tahun 1960 an lagi.......malah kata mereka ibu atau jumlah emas yg paling banyak berada sekitar pulau mersing berbanding yg dijumpai di kuala sg jamaluang.......

nostalgia dimersing hampir hilang sedikit demi sedikit dgn perubahan arus pembangunan sekitar bandar dan orang2 yg dikenali berpindah ketempat lain .....seperti pengusaha keropok lekor terkenal mak itam di mersing kecik, nasi ayam pak wan di jalan awang daik......mee rebus adik cun di pejabat jkr.......kedai keropok lekor goreng di siapu dan banyak lagi........mereka dan kedai2 mereka hilang ditelan masa........

majlis berlangsung meriah....cuma den lihat pak mat dah tidak segagah dahulu........beliau agak uzur dan tidak dapat berdiri lama........beliau hanya mampu duduk dikerusi sambil menyambut tetamu yg datang dari sekitar kg dan pertubuhan2 silat sekitar mersing dan endau......malah den lihat pertubuhan lian tekpi dari endau juga dijemput membuat pertunjukan........anak buah pak mat dilarang untuk membuat pertunjukan sebab begitulah cara pak mat........beliau terlalu memegang amanah dari guru2 dahulu yg melarang mereka mempamerkan lian waima di majlis perkahwinan anak sendiri.........


Friday, March 8, 2013

hikmah pencerobohan disabah oleh sultan sulu

 bila sultan sulu (kiram) menceroboh sabah baru baru nie....kecoh 1 malaysia dibuatnya.....lebih kurang 9 feb 2013.......ramai lah yg buat spekulasi.......ada yg kata kerana rancangan umno, kerajaan Bn.....rancangan anwar n the gang......rancangan kerajaan filipina....rancangan amarika hingga ke rancangan dajjal akhir zaman.........bila berita nie makin serius dan melibatkan terkorbannya beberapa orang anngota keselamatan........media makin kecoh dan rakyat makin menumpukan perhatian di sabah khususnya dilahad datu........

den nie yang dah seminggu tk de class mengajar mula la buat reserch di laman internet......cari sejarah kesultanan sulu......tengok kat google map lokasi pulau sulu.......siapa sultan kiram,....dan yg paling menarik peristiwa sebelum kejadian pencerobohan berlaku......

contohnya kematian 10 ekor gajah di sabah pada 23 jan 2013........
http://wowberita.org/gambar-10-ekor-gajah-mati-diracun-di-sabah

berlaku pula fenomena air merah pada 5 jan 2013 yang menyebabkan 2 orang mati kerana keracunan sekitar tuaran dan papar.......
http://www.sinarharian.com.my/semasa/fenomena-air-merah-2-mati-di-sabah-1.118340


pesawat pengintip us jatuh di perairan filipina........
http://www.rimanews.com/read/20130108/87589/drone-pengintai-jatuh-di-filipina

dan sebulan sebelum serangan tentera kiram di sabah dilaporkan pada 21 jan 2013 kapal uss guardian milik amarika terkandas di terumbu karang Tubbataha sekitar laut sulu........
http://www.sinarharian.com.my/global/kapal-perang-as-salah-laluan-1.123599

tapi yg memberi hint yang kuat pada den ialah kematian 10 ekor gajah tersebut seolah memberi maksud ada perkara besar yg bakal berlaku disabah oleh tangan yg kejam.......kalau ikut pemahaman penganut budha di thai dan kemboja .....gajah merupakan haiwan suci....malah ikut kajian sains iq gajah ni lebih kurang otak budak berumur 7 tahun....lebih bijak dari anjing dan kuat ingatan.......kalau nak disimpulkan atau nak dikiaskan 10 ekor gajah tu bermaksud kemungkinan akan terjadi 10 perkara besar atau kemusnahan lengkap.........kerana sepuluh lebih kepada cukup......korban  yg akan berlaku disabah .......manakala fenomena air merah mengambarkan darah dan kemusnahan besar........

cuba layan link nie.......
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=631276

pandangan den pula siapa mahukan penderitaan dan kacau bilau........berapa ramai yg nak perang dan kematian?.......kehilangan anak bini harta benda juga nyawa?........sedang ditempat lain orangnya bersuka ria gelak ketawa?........kerana itu mana2 pemerintah dan rakyat jelata akan disuruh untuk berdoa agar kita sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera.......kalau diperhatikan dan diperincikan lagi .......apakah difinasi doa, aman, dan sejahtera?........semuanya merumuskan kepada kembali kepada hakikat empunya atau kembali kepada asal........masaalahnya kita diajar dan disuruh berdoa dgn mengambarkan harta melimpah ruah, berjoli, bermewah, senang lenang dan berbagai lagi gambaran yg menjurus kepada lupa dan lalai pada syariatnya.........adakah makmur yg tergambar pada kita semasa berdoa?.......pakaian compang camping?.......merempat dgn semangkuk tempurung di tangan....tentu tidak bukan?........jadi apakah makmur pada gambaran kita semasa berdoa?.......hakikat berdoa itu sahaja tidak dapat di fahami oleh masyarakat kebanyakan bagaimana pula mereka memahami makmur sebenarnya.........pada den yg penting ialah masa2 ingat kepada sang pencipta..........dan sang pencipta telah memprogramkan bahawa masa untuk ramai manusia yg mengingatnya dan masa ramai manusia yg lalai kepadanya........adakah masa2 akan datang akan ramai umat manusia mengingati pada Allah?........dan kebanyakan manusia lebih ingat Allah sewaktu susah berbanding waktu senang........

muga kita diberi Allah keredaan dan sentiasa mengingatinya samaada masa senang atau susah.......


Tuesday, March 5, 2013

musim demam lagi

den kene demam lagi .....kali nie agak teruk juga ....3 hari tk bleh nak bangun......makan pun boleh bubur je sesudu dua.......lepas 3 hari tak kebah pergi hospital pulak.......dekat 4 jam tunggu last2 doc cakap den kene check darah setiap hari kerana nak pantau kandungan platelette darah samaada meningkat atau menurun.......disyakki kene denggi ......tak pasal2 esoknya datang squad kementrian kesihatan sembur asap keliling taman den nie......mungkin dah banyak kes......tapi kali nie den rasa demam nie berbeza sebab sakitnya melibatkan sendi2 tangan dan lutut serta batuk yg teruk terutama belah malam......doc bagi ubat antibiotik....makan sampai habis pesannya.......den ni cukup anti dengan ubat antibiotik........almaklum banyak sangat baca artikel mengenai kesan anti biotik.......membuatkan den susah nak terima ubat nie.......tapi bila demam nie berlanjutan lebih seminggu den telan jugalah ubat nie......tawakal je le......nak mati bukan kire.......sihat sakit bukan sebab ubat atau virus...nie semua gifted atau anugerah ......telan je mana yg dikurniakan n syukur....den teringat kisah wali2 Allah dan para kekasihnya yg langsung tk mengeluh atau cuba berubat bila ditimpa sebarang penyakit.......apakah sebab?......tk nak ikhtiar ke?.......den berpendapat tahap tawakal dan syukur mereka pada tahap yg tinggi hingga apa juga perkara atau dianggap musibah pada kita akan dianggap kurniaan semuannya dari Allah.......mereka telah menyerahkan semua jiwa raga dan apa juga perkara secara mutlak kepada Allah tanpa kompromi dengan segala pendapat atau teori dari orang lain.........perhubungan mereka hanya pada Allah semata2 tanpa perlu berjumpa bomoh, doktor, ustaz atau sebagainya.........pada den inilah hakikat tauhid yg sebenar2nya dengan tidak langsung terikat dengan hukum2 teori manusia........ adakah den sudah sampai kesitu?.....pada den jauh lagi.......den masih mengeluh, merintih, merengek dengan isteri minta air segelas dua atau minta dipimpin ke bilik air.........den belum lagi benar2 rasa syukur dan ikhlas atas ketentuan sakit yg telah diberi dengan mengeluh pada doktor dan nurse bila ditanya ...........inilah sikap hipokrit atau manusia munafik pada pemahaman tasauf pada mereka2 yg telah faham hakikat tauhid..........kenapa nk mengadu pada makhluk kalau kononnya dah kenal Allah.......kenapa nk tersengih pada doktor bila dapat mc 2-3 hari....kalau dah rasa semua yg dilihat adalah dia, tiada yg lain selain dia..........kadang den suka menempelak diri sendiri yg masih tidak dapat mengawal antara kesadaran diri dan luar kesadaran diri.......sakit adalah ujian.......ujian dalam mengenal diri yg masih tak kenal2 walaupun mengaku sudah mengenal.........he he maaflah atas karutan den nie yg makin merapu .......almaklum coretan orang sakit, bukan boleh dipercaya....he he