Monday, May 13, 2013

mimpi semalam


den nak berdongeng lagi setelah sekian lama asyik cerita serius je......almaklum bila berdongeng ramai pulak yang baca bila periksa dekat statistik pembaca....he he

kali nie den nak berkongsi pengalaman den bermimpi dibawa kebeberapa tempat dan lokasi....den suka menggunakan pekataan dibawa kerana mimpi den semuanya diluar kawalan....den suka jadi pemerhati...tak mahu ambil part dalam setiap babak tersebut....kalau dulu den nak je berlawan dgn jin2 syaitan ni kalau terasa kehadiran mereka.....kali nie den enggan....bukan tidak tercabar tetapi den sudah mula sedar bahawa setiap imej syaitan yg terpapar didepan mata adalah hanya bayangan sahaja......so layan je ler auta den nie.....

mula2 den dibawa kepada peristiwa perang di kemboja.....memang den pernah bertugas dinegara ni dahulu sekitar tahun 1995-1996...dah lama dah tetapi den bertugas setelah perang antara kerajaan kemboja dan khemer rouge dah tamat.......den dibawa melihat kekejaman tentera khemer menyerang kampung orang islam dgn menghantar perisik2 yg menggunakan baju ala2 tabligh......kemudian mereka akan menyerang kampung itu setelah mendapat maklumat dari perisik tadi......kekejaman mereka memang terserlah......mereka menginaya penduduk....membnunuh sesuka hati samaada orang tua juga kanak2 yg tidak berdosa......merampas makanan menodai orang perempuan serta membuli dan mendera orang lelaki.......den hanya melihat sahaja.......tidak dapat berbuat apa2.....kerana den lihat pada raut muka askar tersebut penuh dendam kesumat dan perasaan benci yg meluap2........inilah peperangan......peperangan membuat manusia tidak bersifat seperti manusia.....hilang segala sifat hati nurani.....jiwa murni dan penyayang.......perang membuatkan malapetaka pada semua


kemudian den dibawa pula menaiki sebuah puncak bukit bersama beberapa orang kawan......antara kawan tersebut juga biasa dgn den dialam siber dan alam nyata diwaktu sibuk berforum di komuniti harmoni dulu........den dapat melihat beberapa arca yg dibentuk kemudian ditambah senibenanya dan keseniannya oleh makhluk yg tidak kelihatan........setiap objek dan arca melambangkan maksud yg tertentu tetapi bukan untuk tujuan penyembahan seperti mana yg kita dakwa terdapat pada kuil2 ugama pagan......

setelah itu den diajak pula menyelam kesebuah bilik atau sebuah bangunan didalam air.......dahulu memang ada manusia yg menduduki rumah tersebut....sayangnya setelah ada beberapa ganguan berlaku rumah tersebut tidak dapat diduduki......tuan rumah menawarkan den untuk cuba menyelesaikan ganguan tersebut.....den diam sahaja.......almaklum malas dah memulakan sayembara menjurus bagai.......kerana semuanya memerlukan tenaga yg banyak dan masaalah yg berlanjutan........ruang bilik rumah ini agak besar seperti senibena rom dgn bumbungnya yang tinggi......ada lebih kurang 3 bilik dan kosong tanpa perabot.......dindingnya mungkin dipahat sedikit-demi sedikit dan sudah hampir berlumut kerana lama ditinggalkan.......den bercadang untuk naik sahaja kepermukaan kerana terlalu banyak gangguan dari penghuni baru rumah tersebut.......tanpa berlaku sayembara pertarungan yg diharapkan oleh tuan rumah....

sedar2 den dah bangun lambat....badan rasa penat sangat almaklum beberapa hari menyiapkan pelamin anak buah kahwin........den heran jugak kerana mimpi tu jelas dalam ingatan dan boleh mengingati secara terperinci setiap peristiwa yg berlaku..........layanz dongen den kali nie.......he he

Wednesday, May 8, 2013

cerita politik dan pilihanraya ke 13


orang kata demam pilihanraya belum reda lagi.......kita baru sahaja selesai menjalankan sebagai rakyat untuk mengundi pada pilihanraya yg lepas........begitu banyak spekulasi, kontoversi dan keputusan yg kurang dapat diterima oleh pengundi2........inilah namanya demokrasi, demokrasi mendakwa memenangkan yang ramai atau majority.......jadi pendapat dan keputusan yang ramai harus diterima pakai .....waima samaada benar atau salah.......baik atau buruk.......tipu atau tidak......dahsyat sungguh kuasa demokrasi hingga ramai yg terpukau dgn kuasanya........semuanya beralasankan demokrasi......atas nama demokrasi orang boleh buat apa sahaja......atas nama demokrasi manusia bergaduh sesama sendiri walaupun percaya dan bertuhan yang esa..........

apa bila menceritakan penguasaan, pemerintahan, hak, mentadbir, menguasai, dan apa juga ayat yg merujuk kepada menguasai sesuatu samaada materi, minda dan hati......manusia boleh jadi berbagai ragam.......den melihat perebutan memiliki sesuatu dari kisah Allah menjadikan nabi adam dan pergelutan antara Adam dan iblis yang bakal menguasai dunia sebagai khalifah...........cuba dilihat bagaimana dendamnya iblis dgn adam hingga menghasut nabi adam diusir ke dunia dalam keadaan yg mengaibkan dan sukar hanya semata2 kerana merebut title penguasa dunia @ khalifah.........hingga ke sirah para sahabat selepas kewafatan nabi muhammad......peperangan saudara pertama umat islam diantara penyokong saidina Ali dan muawiyah........kenapa kita tidak melihat rentetan sejarah?.......dan cuba dilihat siapakah yg memenangi dan dapat merebut jawatan tersebut bila berlaku konflik diantara mereka yg benar dan yang salah? siapakah yg paling pandai putar belit dan membuat provokasi?.......adakah mereka yg benar?......sebut sahaja sistem apakah yg kita akan guna pakai.......sistem monarki, demokrasi, khilafah....semuanya menjurus kepada ketamakan, tipu daya dan provokasi dengan nama yg lebih indah.....disebut sebagai manifesto, kempen dan aku janji..........dan den dapat melihat bahawa siapa yang ingin menang harus mahir dalam tipu muslihat serta strategi yg bijaksana serta luarbiasa.........he heh

jadi adakah den menuduh bahawa pemimpin sekarang menipu?......tak jujur dan tak amanah?........den suka kembali kepada sifat rakyat........dimana ada dakwaan mengatakan kuasa rakyat?......ha ha kita tertipu lagi dgn dakwaan kuasa rakyat dari pemimpin2 yang bermanipulasi........mana ada kuasa rakyat......itu hanya momokan demokrasi.....demokrasi hanya alasan utk memenangkan pemimpin.......dari bapa demokrasi amarika sekarang hingga ke sistem sosialis china komunis.....mana kuasa rakyat?.......adakah rakyat benar2 berkuasa di korea utara yg selesa dgn sistem komunis atau rakyat british yang marah dgn cukai terlalu tinggi utk membiayai peperangan di merata dunia.....ke2-2 sistem tersebut telah teruji.......gagal dlm memuaskan rakyat........yang akhirnya menguntungkan pemimpin juga.........pemimpin adalah mereka yg duduk diharaki yg teratas......jadi rakyat harus sedar bahawa mereka lah orang paling layak menikmati kesenangan dan kemewahan......gunalah sistem apa, pilihlah sesiapa pun, pakailah parti apa pun ......mereka layak untuk  menikmati keistimewaan tersebut.........

pada den pemimpin yang baik datang dari rakyat yang baik.........dia akana lebih merujuk kepada diri.......sesuai dgn pesan rasullulah.......ada peperangan yg lebih besar dari peperangan ini (perang uhud) kepada sahabat......apakah ada lagi peperangan yg lebih hebat ya rasullulah.....ada ...disini (sambil menunjuk kepada dada).....begitu ramai ulama2 menaksirkan bahawa rasullulah menunjukkan bahawa peperangan yang paling hebat nanti adalah selepas kewafatan rasullulah.....ada yg kata peperangan akhir zaman.....ada yg kata peperangan perang dunia ke 111.......malah ada beberapa ulama yg mendakwa bahawa isyarat menunjuk ke dada adalah pada setiap individu atau diri yg lebih merujuk kepada hawa nafsu masing2.......jadi umat akhir zaman akan menghadapi peperangan pada diri masing2.......peperangan dahulu hanya kiasan, kisah dan tauladan.......siapa pemimpin yg baik dan tentera yang bai atau sebaliknya.......begitu juga pada kita....kita la khalifah....kita jugalah pemimpin dan kita juga tentera dan rakyat.......kita menuduh pemimpin itu korup...pemimpin ini silap tanpa melihat akan pemimpin dalam diri.......kita sibuk pada peperangan diluar tanpa melihat peperangan dalam diri........

kesimpulannya pada den .........hakikatnya kesemuanya sebenarnya telah dirancang dan kita antara watak2 didalam sebuah cerita.....kita tidak tahu kesudahan cerita....tetapi hanya memainkan watak dalam satu penceritaan masing2........bawaklah watak yang telah diberi.......jgn mempertikai watak orang.....watak jahat dan baik sebenarnya hanya kisah.......sedang pada baik dan buruk sebenarnya hanya milik Allah.......