Wednesday, July 2, 2014

ratib dinihari

gambar hiasan

pagi jumaat 27 hb 6 den sms brother :
den:  amacam kita turun cari lauk bulan puasa mlm ahad nie....
abg: isssh ko giler ke kan ahad tu dah start posa
den : yer ler kita mancing malam bukan siang...kalau siang risiko tuang besar he he
abg: ok aku on je ajak lemas sekali...
den : roger

petang tu lepas ganti canopy den dah siap dgn segala kelengkapan memancing....yg tinggal cuma sonar ikan je sebab kali nie bateri yg telah di charge entah mana pergi....

pkl 8 mlm  kedua brother den sampai sambil disambut dgn leteran den mengatakan depa terlewat untuk keseberang sg 5 kerana air dah start surut...den kata kita tak boleh memancing lama kerana kita kene balik kepangkalan sebelum pukul 8 pagi kalau tidak bot tak boleh nak parking.

kami mula melabohkan pancing diarea kuala simpang 4 2 kilang simen....membangau dlm 1 jam tanpa usikan apa2......selepas bersahur dlm jam 10 mlm kami bergerak pula ke kapal karam ......air surut besar membuatkan batuladung dan umpan membelit satu sama lain.....tetapi disni umpan kerap dijamah ikan....gelama dan duri sebesar 4 jari tangan sentiasa sudi menjamah umpan.

setelah hampir 2 jam disitu den cadang pada 2 brother untuk beralih ke sg hantu betul2 mengadap north port.....hati den mula tk sedap tapi den buat dek je......masa nie abng den khalid dah mula lelap mata.....den pun tengok leman mula menguap......undang2 tk tertulis dalam memancing ni melarang semua pemancing tidur serentak......mesti ada seorang yg berjaga utk memastikan cuaca atau apa2 keadaan yg merbahaya bakal mengundang.......disini ikan mula berhenti mematuk umpan.....den tahu ikan area port klang akan mula pasif sekitar pkl 1 pg hingga jam 5 pagi......

bila kedua brother dah berdengkur sayup2 den mendengar suara2 seperti orang bercakap dan meratib di pulau klang.......kebetulan nama tg dan sg ni ialah sungai hantu......den dok pikir2 agaknya sebab tu lah penduduk sekitar ni memanggil kawasan nie tg hantu......banyak sangat bunyi yg menyeramkan bila dinihari....den buat dek je....sambil2 tu den buat apa2 utk kuatkan semangat dan teringat wajah2 guru2 den dan amalannya.......nak menjurus dilaut ni bukan boleh tibai semacam.....buatnya dia terbalikkan bot ni macamana pulak den nak menyerang......tapi den tahu hantu2 kawasan nie macam cuba nk menakutkan den je......almaklum kata orang tempat yg dilarang mancing tulah banyak ikan dan den masih berdegil utk lepak dikawasan tu hingga ke pagi...

hampir 2 jam den melayani bunyi2 yg menyeramkan kemudian abng leman terjaga....dia yg mamai2 cuba utk ajak den bersembang kosong dan bermuzakarah sedikit bab ilmu ketuhanan....den layan tk layan juga sambil memerhati keadaan sekeliling. kemudian setelah beberapa lama abg den mula sedar dgn suara2 seperti ada orang kg berwirid yg ayat2nya kurang jelas.....den bagi isyarat diam2 dan dengar sahaja.....terus abang den katakan apa perlu takut.....mereka dan kita sama sahaja.....ye lah sahut den sepontan....


kemudian dalam 2-3 detik keluar satu cahaya yang amat terang muncul dari atas pokok bakau dan menuju ke atas langit......cahayanya amat terang hingga menyilau pulau kelang dan sekitarnya......wah keajaiban apakah ini bisik den dlm hati......sepontan juga abg den berkata......wow hebat juga teknologi mereka.....den terus kuatkan semangat den.....walau apa terjadi den tidak akan berganjak dari tempat ini......cepat2 den sisipkan golok dari bot ke pinggang den......cahaya yg pada asalnya kecil menjadi semakin besar dan bersinar......den berkira sebesar parabola dan naik ke atas dalam kepantasan yg luar biasa......den pernah dengar cerita orang tentang hantu tuju2....tetapi cahaya ini lebih besar dan pantas dari tuju2.......  bermakna den beranggapan bahawa perkampungan jin di pulau ini memeiliki teknologi yg agak advance dan sedang mempamerkan kekuatan mereka didepan den dan brother.......

den terpaku beberapa seketika.....habis lupa segala bentuk jurus dan ayat2 suci......selepas beberapa minit den sempat mengambil gambar ufo tersebut dgn hp kemera tetapi objek tersebut telah jauh dan semakin mengecil........den beranggapan bahawa pulau kelang ini adalah pusat bandar bunian @ jin yg padat......maksud den padat sebab dari bunyi yg macam2 hingga mempunyai piring terbang adalah gambaran kepadatan penduduknya yg pelbagai......wallahualam

No comments: