Monday, April 18, 2011

Buruh Part Time

Dah lama aku tak kerja jadi buruh kolar biru ni.......pengalaman aku terakhir jadi buruh tapak bina ni dalam tahun 1991 hingga 1992 .....tu ler kerja aku selepas tamat belajar di ikm lumut dulu......terlibat dengan pembinaan pelantar minyak seligi B dan seligi E di MSE johor..... tapi tak kisah ler tu kerja skill worker......aku dibayau sejam dekat 10-15 sejam dan bekerja selama 7 hari seminggu.....loaded betul masa tu......he he baru2 ni aku terpaksa turun lagi ke tapak binaan bangunan hospital kuala trengganu.......memang terpaksa dan boleh dikatakan kewanggan aku terdesak masa tu terpaksa la turun........ceritanya bermula apabila orang tua aku terpaksa menjalani pemeriksaan mengejut sebab seringkali lemah dan semput....setelah dibawa kehospital ampang puteri dan didapati jantungnya bloc pada salah satu saluran saluran.....aku pun mula la apply cuti selama hampir seminggu atas tujuan kononnya nak jaga orang tua dihospital. sampai hari kedua (selasa) ada plak sorang jiran ajak kerja dan teman untuk pasang tiang frame lampu bedah dihospital trengganu......macam2 pujuk rayu dan ugutan psikologi yg dia buat untuk ajak aku sama......dengan masa yg singkat waktu tu aku berbincang sekejap dengan mini untuk dapat kan kata putus....almaklum waktu tu aku kire dah sengkek sangat sebab baki duit gaji bulan tu dah -450 ....mana nak korek.....bukan le disebabkan aku ni membazir atau boros ....tetapi bonus tahun lepas telah dibatalkan dan tidak mendapat kelulusan oleh kabinet.....penghujungnya semua staf tempat kerja aku diarahkan membayar balik wang yg telah digunakan dan dipotong selama 10 bulan!!!....adoi.....kalau 4000 bahagi 10 bulan tak ke 400 sebulan ....mak oiiii parah ler juga..... nak tak nak aku terpaksa juga terima juga tawaran kawan @ jiran aku tu untuk pasang tiang lampu dihospital trengganu.......banyak gak yg aku fikir buruk baiknya......tetapi atas alasan terdesak dan selagi puncanya halal aku kuatkan juga semangat.......sebelum bertolak ke trengganu aku call dulu orang tua didalam hospital.....bertanya khabar dan meminta keizinan beliau......alhamdulillah orang tua aku izinkan tapi dengan nasihat yg mendalam juga.......hanya dua orang sahaja aku maklumkan pemergian aku ni ....satu mini dan orang tua ku yg sakit.....kadang rasa serba salah juga terpaksa meninggalkan orang tua yg sakit semata2 kerana duit. orang kata duit bila2 boleh cari tapi kasih sayang orang tua tiada galang ganti......masaalahnya orang tua aku yg sakit pun perlukan duit untuk rawatan dan sebagainya......kalau tak de duit alamat terpaksalah pergi ke hospital kerajaan dan ikut procedure appoitment 3 bulan skali......sebelum nak dapat keputusan dignostik orang tua tu dah terkejang kat rumah.....tu la masaalah birokrasi mendapat rawatan dihospital kerajaan ni......lagipun pada pengamatan aku orang tua aku ni bukan calang2.....tiada langsung tanda2 dia dalam keadaan sakit teruk atau nazak atau ikut pengamatan aku yg serba bengong ni........belum sampai masa nak balik....he heh (pepandai je) lebih 4 hari aku dihospital tu......dengan kerja yg mencabar ok nanti aku sambung balik....sibuk plak ......

No comments: