den diberi ujian lagi.......selepas satu....satu hingga maleh nak kira dah.......kalau nak dikira nanti takut akan jadi berkira2.....sedang nikmat alah tu tak terkira banyaknya.........kalau tak dikira jadi macam tak ambil iktibar pula..........setiap sesuatu pasti ada hikmah disebalik kejadian yang Allah dah tentukan.
peristiwa bermula apabila isteri sering merungut kelhilangan duit........kebiasaanya dalam 50 hinggit ler.......kerap juga berlaku dan berlanjutan beberapa bulan tapi den ni maleh nak amik tau.....mungkin cicir dimana2 atau ade ler anak yg amik........kalau dah terbongkar rahsia nanti boleh la den hukum atau bertindak apa yg patut pada anak2 yg buat perangai ni......den ada juga syak pada sorang anak yg agak nakal ni tapi langsung tak de sign yg dia ni ada amik.
yang paling ketara apabila satu malam tu den dah kering abih dah....den pun mintak ler bantuan isteri kalau dia ada lagi duit buat belanja sampai hujung bulan. biasa la orang pompuan ni lebih pandai simpan duit dari kita lelaki......orang pompuan kalau minum dia bayar sendir12......jimat ler....kalau lelaki ni dia akan bayar satu group.......kalau tak ikut turn alamat budget tak sampai hujung bulan ler....he he
lepas isteri bagi 100 ringgit dengan not 50 dua keping den masukkan dalam dompet duit dan tido......esok pagi bila den buka terus tinggal sekeping je not 50.......terus den terasa ada sesuatu yg tak kena ni........kalau nak tuduh anak2 depa masih lagi diatas........habis siapa yg ambil selama ni bila ada je duit hilang 50 ringgit?......kemudian mini buat spot check dan memang mendapati duit tabung anak2 yg ada not 50 pun dah ghaib.......ni tak boleh jadi ni dan den dapat terus jawapan......tak de keje lain mesti kerja toyol ni.........terus fikiran jadi kusut......macamana nak selesaikan masaalah ni.
den mula terfikir2 mana nak cari bantuan......den bukan pandai scan2 ni kalau boleh nak je den tangkap sendiri.......dalam otak mula terbayang muka kawan2 minta bantuan.......mula2 tok ketua lanun, tok belagak n kawan2 opis......hati geram tak tau nak cerita....ye lah kita ni bukan senang sangat.......duit dapur pun cukup2 je.....nia dia kebas plak.......adoi.
semasa di tempat kerja den mula menghubungi seorang kawan yg pandai ilmu2 tangkap2 makhluk halus ni.....dia pun sembang2 dengan den dan ,mula bagi nasihat tentang diri den yg perlu diubati.....den pun diam je ler......almaklum nak minta bantuan orang tak payah ler bantah2....diam dengar udah ler....he heh
malamnya lepas isya dia dah tunggu depan taman........entahmacamana dia minta den dimandikan berserta isteri serta ditanggalkan segala ilmu dan amalan den selama ni....ish2 den pun heran juga bila pulak den ada amal mende bukan2 ni........segala ayat2, jampi2 amalan pendinding yg diamalkan selama ni telah gugur setelah dijurus oleh mereka .....komdia kerja2 memagar rumah dilakukan oleh ketua mereka.........den pun akur je lah janji dapat balik duit dan barang kemas tu fikir den........
awal sebelum subuh den terasa ada sesuatu dihujung katil.....apa pulak mende ni...macamana boleh masuk....kata dah pagar......
bila pegi kerja den sembang dengan kawan den yg cuba ikhtiarkan berubat tu.......dia kata ada lagi mende yg den simpan didalam rumah......la apa lagi pulak fikir den ni......dia pun minta den serahkan semuanya tanpa berbaki apa juga tangkal, azimat, atau ayat2 yg dicatat dalam buku yg diambil pada sesiapa sahaja........den pun teringat koleksi mani gajah konon2 buat pelaris meniaga pasar malam dulu........dia pun marah2 kata den cuba nak sembunyi sesuatu....den kata takan mani gajah boleh jadi masaalah besar....den bukan buat pukau anak dara atau susah kan orang den buat ikhtiar menyeri meniaga je........dia kata tetap tak boleh....sebab yg batal itu tetap batal....ye lah den pun akur ikut je lah kata2 kawan tadi lagipun cakap dia benar dan berfakta....
malam tu lepas den balik jamuan kawan den dah tunggu di luar rumah.......dia yg dalam keadaan tergesa2 dan tidak mahu menunjukkan kegusaran mengambil kitab den dan mengoyakkan surah2 tertentu didalam buku catatan den....betul2 macam ajen kgb n cia meredah rumah orang ....den diam je.......minyak mani gajah bertukar tangan dan dimatikan serta dijurus kemudian direndam didalam air.........kemudian den diajak oleh kawan tadi keluar atas alasan untuk minum dikuang.......
bila sampai dikuang kereta yg sepatutnya singgah dikedai membelok kearah kediaman kuaters estet dibelakang kuil besar.........sampai disebuah rumah dan kami turun..........sampai je dirumah sahabat yg cuba mengubat den kelihatan isterinya mengerang2 kesakitan........apa pula ni fikir den.........abang dah puas hati?.........nak bukti?.......tak percaya?........gertusnya bila melihat den berdiri didalam rumah.........sambil terpinga2 den duduk atas kerusi walaupun tak dijemput duduk.......leteran dan keluhan serta kekesalan keluar dari mulut perawat itu setelah cuba merawat den dan kini isterinya pula terkena kerana badi yg den bawa selama ni....den makin binggung.....
lebih kurang setengan jam dia berleter dan merungut2 dengan kata yg tak sanggup didengar sambil cuba merawat isterinya dia meminta kawan den hantar den balik dan membuang tinggalan sisa mani gajah tadi kesungai........
sampai rumah den termenung.......takanlah mani gajah yg orang buat penyeri muka n perniagaan tu boleh sebabkan bini dia menjerit2 dan tak keharuan........apa nak buat ni.....den pun cuba tenangkan diri dan bermuhasabah.....adakah semuanya ini benar salah den atau ianya antara fitnah besar yg melanda......
mlm tu juga den cuba buat sembahyang istiharah .......minta petunjuk dari Allah dan menghindarkan diri dari ujian dan fitnah yg melanda.........sambil2 nak tido den sms cfu minta dia putuskan kalau boleh khadam minyak mani gajah dari jauh......cfu jawab minyak tu tak de apa2.........barang biasa je......den pun malas nak layan pening2 ni den pun tido.........alhamdulilah lena je
paginya den cuba cari member yg mengubat den tu........tapi dia pun cuba mengelak dari berjumpa dengan den.....ish den ni ada dosa besar sangat ke?.......terpulanglah.......malamnya setelah selesai semua urusan penting dirumah den telfon pula kawan bertanya khabar tentang isteri perawat.......den kasihan pula melihat keadaannya .....disebabkan masaalah den dia pula yg kena bahana......atas rasa bersimpati dan kasihan den pun bergerak kerumah perawat tadi untuk berziarah....sebelum tu den dah sms dan telefon tetapi perawat tadi tak mahu pula menjawab......tak pe biar den pegi je terus kerumahnya.......sampai dirumah keadaannya agak gelap mungkin dah tidur....fikir den.....setelah beberapa kali memberi salam ......anak perawat tadi mengatakan bapanya tiada dirumah.....gerak hati den berat mengatakan memang perawat ada dirumah hanya enggan berjumpa dengan den.....tak pe lah mungkin dia kepenatan kerana berusaha memulihkan isterinya beberapa malam.........den pun meninggalkan rumahnya dan berjumpa dengan seorang kawan lagi di matang jaya untuk berbual2 dan berbincang mengenai ilmu tasauf.......
den pun meluahkan masaalah den pada kawan tadi dengan hutang kengkawan dan perniagaan yg tak berbayar........fitnah den memelihara saka dan bala.....dengan ujian kecurian toyol mengambil duit dan barang kemas...................tapi alhamdulillah kawan tadi menasihatkan bahawa ini semua telah ditentukan..........semuanya tidak ujud kalau kita tidak melihat disebalik tabir semua bayang ....semua sifat....semua afal.....dan semua asma........semuanya telah ditentukan dalam kalam dan takdir.........pada pandangan ilmu hakikat dan makrifat........apabila telah melihat menggunakan makrifat maka semuanya akan sirna..........kalau melihat dari pandangan syariat, pandangan pendekar, pandangan hulubalang, pandangan panglima, pandangan kaki scan atau kaki jurus menjurus, pandangan peniaga, trader, .......hingga melihat dari pandangan ego seorang manusia.........takan habis sampai bila2.........dunia kita akan terhenti disitu.........tak puas hati, dendam, marah, takut rugi, kecundang dan banyak lagi.........sirnakan semua, pulangkan semua, kembalikan semuanya urusan pada Allah.....dia yg maha mengetahui....dia yg maha tahu urusan kita.......baik buruk untung rugi......kembalikan.....maka jiwa akan kembali tenang.......bagaimana akan merasa rugi kalau diri telah tiada.....bagaimana akan ujud toyol.... saka.....puaka kalau hanya Allah sahaja yg ujud?........ ....dan den pun teringat denga satu petikan ayat.....wahai jiwa yg tenang kembalilah kepada tuhan mu dengan saling reda - meredai...........amin