Sunday, June 19, 2011

dinar extream.....

kempen penggunaan dinar dan dirham memberi kesan yang sungguh mendalam pada diri hingga boleh dikatakan ketahap extream.......ada je duit lebih den beli dinar.....ada je tinggal duit skit den beli dirham hingga sampai satu masa hingga tak berbaki duit kertas dalam poket.......bini dah start bising apabila tak cukup duit untuk beli susu atau duit belanja bebudak nak pergi sekolah.........memang ler penggunaan dnd ni atas alasan support wang syariah tetapi bila dah sampai extream sangat hingga sukar untuk mencairkannya ....dan menjadi munyusahkan diri.......islam ni mudah tak nak sukarkan pengikutnya tapi dengan tindakan den yang menukar kepada wang dnd ni menyukarkan pula untuk dijual kembali kepada wang fiat.....hari ini den beli sekeping dirham dengan harga rm 30 ringgit belum tentu esok den boleh jualnya dengan harga rm 30 ringgit juga........oleh kerana penggunaan dnd masih baru dikalangan rakyat malaysia agaknya bukan mudah nak tukar duit ni........ada sekali den terpaksa bergadai baranmg kemas isteri untuk mendapatkan duit.......masaalahnya ialah bila langsung tak de duit ditangan walaupun duit tersebut diperlukan bagi melaksanakan pembayaran hutang kengkawan dan nak menggunakan sebagai modal buat kerja welding.
yang bestnya bila dah sampai step mati....akal dah penat nak pikir .........rasa dah tak berdaya dah nak cari jalan keluar ........entah macamana ada pulak orang bertanya pasal dirham ni.....den sebenarnya nak pakai duit lebih kurang dalam 1000 ringgit .......bila ada kengkawan nak beli dirham den dok pikir berapa sen sangat dirham ni boleh cover keperluan den...kalau dia beli 10 keping pun paling banyak den akan dapat dalam 300 ringgit je ....mana nak cari lagi 700 ringgit........entah macamana lepas 2-3 hari dia telpon balik nak beli 1 dinar plak........pegh den dah suka ini macam dah boleh dapat budget den dalam 1000 tu.......dan dia sanggup bayar lebih dari harga dari laman web ....dek kerana dinar kelantan ni memang hot item.......kene plak member ni orang kelantan ....sebut je berapa harga terus dia sambar......den pun malas la nak tekan sangat....sebab niat nak pakai dnd ni untuk tujuan muamalat dan elak riba....kalau dah amik untung banyak sangat tak ke riba jugak........den dok pikir tolak duit minyak n upah jaga malam2 beli dinar tu den amik ler untuk dalam 20 ringgit je.....kira baloi ler siap hantar sendiri....he he
den pun mula muhasabah diri.........ayat den kat atas tu antara petikan hadis nabi......sebaik2 perkara adalah ditengah2 macam den tak cuba amalkan.....tu ler kalau kita tau tulis tapi tak amalkan.......he he. tapi den juga ada teringat ayat 1000 dinar.......iaitu akan ada jalan keluar kalau kit bertawakal serah semua urusan pada Allah kerana dia lah pengatur semua kehidupan ini samaada baik atau buruk.

No comments: