kata-kata hikmah dari alquran dan hadis: Dan diantara nikmat tuhan mu yang mana satukah kamu dustakan......dan pada diri mu mengapakah kamu tidak perhatikan......sebaik-baik perkara adalah ditengah-tengah.......
Sunday, August 21, 2011
muzakarah makrifat
den seronok nak syare peristiwa malam ahad lepas.........dimana ramai orang bangun berusaha untuk bangun solat sunat tahajut, berzikir dan bersolat tarawih......den pula dapat bertemu dengan seorang tuan guru makrifat dan juga anak murid juga anak kepada seorang guru tauhid makrifat di sebelah kelantan yg digelar tok selehong.
untuk pengetahuan pembaca blog jangan salah paham sebab makrifat pada maksudnya adalah pengenalan atau mengenal......jadi ilmu makrifat pada pendapat den yg baru nak blaja ni ialah ilmu untuk mengenal ......untuk lebih senang biar den tulis serba ringkas berkonsepkan tulisan skrip untuk merancakkan mood den menulis......dan untuk menceritakan perbincangan den dengan diri sendiri.......kalau tak de mood nak baca tak pe....he he
nak kenal siapa?....
tentulah untuk nak mengenal Allah tuhan yang kita sanjung tinggi ini dan tuhan yg memiliki sekelian alam.
abih selama ni tak kenal ke?.......
belum .....
kalau dah kenal boleh jadi apa?....masuk syurga?
entah......ikut naluri dan gerak hati yg didalam
kalau dah kenal boleh jadi wali ke?
bukan untuk itu....
habis selama ni semayang puasa dan ibadat yg lain tu macamana?
tu semua bukan kuasa kita......kekuasaan Allah tak berkurang kalau kita buat atau tidak.
yang kau sibuk nak tulis ni buat apa?.....nak cerita kat semua orang ke konon kau ni dah kenal Allah?
aku nak tulis sebab aku nak tulis........riak, takabbur, bangga diri, nak menunjuk2, nak canang, pun bukan kuasa aku......aku tak mampu untuk melakukan semua tu....kalau tanpa kehendak Allah, aku hanya buat apa yg telah diperintahkan. inilah hakikat hamba.....buat apa yg tuannya suruh......kita semua hamba.....buat jahat buat baik, yg nak sembahyang yg tak nak sembahyang .....semua hamba.
berikut adalah perbualan dan pertanyaan saya pada guru tersebut :
+tuan hj perlu ke kita ni baiah (buat perjanjian) untuk ambil ilmu ni, ada satu naluri dan desakan dalam diri untuk baiah dengan hj ni.....
-sesungguhnya baiah ni tidak perlu.......tetapi mungkin perlu bagi sesetengah orang.........baiah yang sebenarnya ialah menyampaikan....sampaikanlah ilmu ini kepada manusia, itulah baiah yg sebenarnya......
-Tn hj apakah benar adanya rahsia di sebalik rahsia(sirru sirr....jika kita telah mengetahui rahsia ini adakah masih ada hijab terhadap ilmu mengenal ini?
+sebelum itu kamu perlu mengetahui apakah makna sir itu...rahsia itu......rahsia adalah kesempurnaan ......pakej.....rahsia negara bermakna keperluan dan persediaan negara dan diketahui oleh orang yg mengendalikannya......begitu juga rahsia diri.....hanya diri yg tahu akan dirinya.....kamu perlu sirnakan diri....lenyapkan diri keakuan....lebur, fanakan, hilangkan sifat diri dan hanya ujudkan Allah semata2........maka dikala itu dimana ujudnya rahsia.....mana ujud2 yang lain kalau dah hanya Allah sahaja yang ujud?
-Tn hj apakah maksud khusuk, zauk, fana, ikhlas dan lain2?
+ baca ayat berkaitan dengan ikhlas dan khuyuk tadi....
-sesunguhnya sembahyang itu berat kecuali pada orang yang khuyuk........dan tidak akan mendapat kusyuk kecuali pada orang yg ikhlas....
+ baik apakah ikhlas.....ikhlas itu apabila diri yang menjalankan ibadat tadi telah tiada.....siapa yg membaca kalau bukan dari Allah, siapa yang mendengar kalau bukan dari Allah, siapa yang berdiri tegak, rukuk, sujud kalau bukan dari Allah.....semuanya dari Allah.......bukan dari makhluk....makhluk ini tidak ada kuasa tidak ada daya upaya.......semuanya dari allah maka kembalikanlah kepada Allah
bersambung.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment