Monday, November 7, 2011

Hari raya, Hospital dan Ibu....

alhamdulillah setelah 3 hari ibu ditahan di icu kini beliau telah dialih ke wad biasa di hospital ampang puteri.........aku mengambil keputusan untuk menjaganya pada waktu malam raya idiladha nanti.......dan aku tahu memang ramai yg sibuk waktu itu.........kene buat persiapan raya......balik kg dan berbagai lagi sebab.......disitu juga aku nampak peluang untuk jaga ibu.......dengan berteman lap top dan baju melayu mlm tu aku bersandar dibangku yg disediakan hospital........agak selesa kerana kami berpakat adik beradik untuk meminta ibu dimasukkan ke bilik perseorangan, senang tak berkongsi dek kerana ramai sangat adik beradik dan anak cucu yang akan melawat.........kene tambah sikit lah budget kerana surat jaminan pencen ayah dari TNB dulu hanya layak untuk kongsi bilik je........

sepanjang mlm tu aku pasang je takbir raya dikaca TV.........ibu pun belum sedar sepenuh lagi dek kerana ubat pelali(morfin) yg masih diberi..........sambil2 tu termenung mengingati nostalgia ketika zaman anak2 kecil dipagi raya bersama ibu.....alangkah indah waktu itu.......tiada kenal erti derita, sakit dan hiba........hanya keceriaan yg ujud dizaman kanak2.........kini takbir malam raya agak berlainan...........lain dari yang lain.........tidak hiba, tidak gembira.....dan sukar untuk diungkapkan..........takbir yg diselang seli dengan gambaran haji dan pem,andangan Makkah memberi satu perasaan rindu yg amat sangat.........alangkah bertuahnya mereka terpilih menjadi tetamu disana.......dapat menjejakkan kaki dibumi para nabi dan ambia.......dapat melihat dengan mata deria rasa bukti syariat dan syiar para kekasih Allah.........dan aku masih disini........dengan rasa rendah diri........masih mengharapkan dipilih untuk menjadi tetamunya.....yang entah akan bila........sambil memujuk hati bahawa hj aku sebenarnya disini........ bersama ibu disisi katil......yg sesekali didatangi senyum manis jururawat terlatih .............dan nostalgia indah takbir raya bersama ibu..........

No comments: