Friday, June 8, 2012

Salam terakhir ibu


Tepat jam 5.03 petang , 1hb jun 2012....ibu telah selamat kembali ke rahmatullah  setelah meninggalkan kami segala memori pahit manis hidup bersama sebagai keluarga.......akan ku kenang segala jasa mu ibu, alhamdulillah anak mu tabah dalam menghadapi pemergian mu....walaupun tangisan ini sukar kelihatan tetapi akhirnya tertumpah jua apabila menatap wajahmu buat kali terakhir.......wajah mu seperti dibuai mimpi yg lena .....hilang segala penderitaan yg dihadapi oleh mu selama ini oleh raut muka yg tenang dan damai.........anakmu hanya mampu berdoa agar engkau tergolong dikalangan kekasih2nya disana.........anak mu juga akur bahawa masa dan gilirannya juga akan tiba untuk meninggalkan sendiwara dunia ini........kita bakal bertemu disana ibu.......kita bertemu dan berpisah oleh rahmat dan kasih sayangnya juga........

ibu anak mu juga tahu bahawa kenapa pemergian mu tepat pada 1 hb jun......walhal kita adalah orang biasa.....anak mu juga telah faham mengapa tempat terakhir mu dihospital ampang walhal kita bukanlah orang berada.........dan anak mu juga sedia maklum jasad mu dikebumikan di ampang indah ......walhal kita bukanlah lahir disini......anak mu sudah maklum semua itu......biarlah rahsianya tetap tersemat dari memori renungan sayu mata mu.......

alfatihah buat ibu tercinta..........insyaalah anak mu akan cuba menjadi anak yg soleh sepertimana yg pernah anakanda ungkapkan dahulu........

No comments: