Thursday, December 27, 2012

berdongeng sambil mendaki bukit tabuh


gambar hiasan pemandangan dari bawah bukit tabuh bahagian timur

dah lama aku mengidam nk mendaki bukit tabuh nie......rasanya lebih puluh tahun....he he.....almaklum seringkali ke rumah kakak di gombak akan kelihatan bukit tabuh disebelah kiri jalan mrr2........puncaknya nampak cukup jelas dari bawah......kadang2 aku bagitahu pada anak2 sambil tak jemu2 mengulangi kenangan semasa sekolah dahulu mendaki bukit tersebut......aku panggil bukit nie sebagai bukit dinasour je......ye lah kalau dilihat secara kasar bukit ni begitu curam dan seolah2 berbonggol2 macam belakang dinosaour t-rex dan sewaktu dgnnya......

entah macamana sedang aku belek2 google map dgn menggunakan hp samsung nie....tiba2 nampak jln nk menuju ke ampangan klang gate.......so inilah yg aku cari2 selama nie....jln menuju pintu air klang gate.....kalau dapat jumpa pintu klang gate bermakna aku dah boleh start mendaki esok.....dan mlm tu juga aku mula rikkie (betul ke tidak ejaannya) ke kaki bukit .......sampai je kat pintu dam aku terus bertanya pada pengawal didalam office tersebut dan pakcik tu terus menunjuk tembok yg biasa dinaikki oleh pendaki2 ke puncak....cantek esok dah mula panjang kata ku dalam hati dgn kepuasan.....

mlmnya aku dah mula rasa sesuatu yg lain...ada satu rasa seram2 sejuk seperti sesuatu kehadiran makhluk......aku pedulikan sahaja perasaan nie......maklumlah aku dah aggap semua rasa dan deria dipulangkan kembali kepada hak.......semuanya perlu diserahkkan kembali kepada pandangan makrifat tanpa melihat makhluk.....terus melihat tanpa nampak akan bayang........dan mlmnya aku berpeluang bertemu dgn puteri2 puncak bukit tersebut......dekat 4-5 orang semuanya...dgn baju jarang yg mereka pakai....cantik2 belaka....he heh tak banyak yg aku dapat sembang dgn mereka......hanya mereka merupakan diri sahaja memperkenalkan diri agaknya setiap puncak tersebut memang ada puterinya fikir ku......

esok sebelum mendaki dgn ke dua anak ku syahirah dan saiful....aku bawa sekali cincin yg batunya memang berasal dari bukit tersebut.....tetapi batunya terdiri dari jenis badal besi warna coklat yg jarang terdapat di puncak tersebut......

sebelum kami mendaki terlebih dahulu aku mengingatkan anak2 untuk membaca beberapa ayat suci buat syarat dan syariat........kalau ikut fahaman aku nie nk ingat allah tk semestinya kene baca2 ayat2 al quran....tetapi utk anak2 nie.....kene jugak didik cara syariat......disamping juga cerita sedikit2 fasal hakikat....muga depa dah besar nanti mencari sendiri ilmu ini kalau ada rezeki....... 
sepanjang pendakian aku mula ada rasa janggal dan gayat.....almaklum dah lama sungguh tak mendaki rasanya pendakian aku paling akhir sekitar 2009 bersama tok lanun dan kumpulan kuntau tekpi bertapa di gua sekitar puncak b gunung ledang.......perjalanan kali ini berlainan sungguh....hilang segala memory masa aku memanjat zaman sekolah dahulu dan pemandangannya pun amat berlainan.....agaknya bila dah lama tak panjat kenangan dahulu pun hilang agaknya fikir ku......

lebih kurang 1jan 15 minit kami mendaki aku memutuskan untuk berehat sahaja di puncak kedua kerana cuaca mula mendung dan seakan2 hendak hujan......sambil rehat2 tu aku mula membuka bekal dan buat jamuan sedikit sambil menghilangkan penat......aku pesan pada anak2 perhati2 sedikit kawasan sekitar kot mau terjumpa kawasan penuh batu2 permata atau emas......boleh kaya kita sahut aku.....anak aku mula bertanya ada gold bar ke atas ni abah?.....ish mana ada emas mentah nie bukan bentuk macam gold bar biasanya kalau ada pun macam serbuk dalam batuan kata ku.......anak2 nie yg biasa tengok emas pun ingat emas mentah pun macam gold bar....ha ha

entah macamana semasa membasuh tangan sebelum menjamah makanan aku lihat sekeping duit syiling sepuluh sen yg begitu lusuh dan kusam......wow dia bagi duit syiling la kat abah....kata ku pada anak2.....terus anak2 ku mengingatkan aku....aik abah kata tak boleh ambil apa2 kat kawasan nie.......aku mula menerangkan pada mereka alasan ku.....memang tk boleh ambil apa2 barang di kawasan nie....tapi barang nie bukan asal kawasan nie......asalnya dari bawah dan memang macam di tunjuk2.....so kita bawak balik dulu dan lihat.......lagipun duit syiling ni lebih baik dari wang fiat kata ku sambil mengingat kembali kepada mereka tipu muslihat wang kertas.........

sepanjang perjalanan turun hujan renyai2 mula turun dan alhamdulilah setelah kami sampai selamat di rumah hujan mula turun dgn lebatnya sekitar lembah klang.....
duit syiling yg lusuh tu aku mula simpan utk jadi ibu duit.......duit nie tk de apa2 istimewa pun hanya anggapan kita je nak jadi ibu atau bapa duit....tetapi oleh kerana dia dijumpai di puncak bukit jadi nilainya jadi istimewalah pada aku berbanding syiling yg lain yang sama nilai......he he


trip mancen dengan student

gambar nie hnya hiasan tau...he he

dah lama jugak aku tak buat trip mancen (memancing) ni....mungkin lebih kurang 1 tahun lebih juga ......banyak sebab yg menghalang aku dari meneruskan hobi dan kerja part time aku nie......dan antara sebab utama kerana menjaga orang tua yang makin uzur.....dan keadaan yg tidak mengizinkan......


ramai juga customer lama yg telefon bagai......merayu (he he) minta turus melepaskan gian mereka tetapi.....aku tetap dgn keputusan aku tanggung jawab kepada orang tua lebih diutamakan berbanding hobi dan pendapatan sampingan.......pengalaman silam telah mengajar bahawa sesuatu yg dikejar selain

dari tanggungjawab terhadap kedua orang tua adalah sia-sia........pembuktiannya tak perlu dgn kiraan matemetik yg kompleks atau dgn konsep serta falsafah .......hanya dgn pengalaman.......kerana itu aku yakin dgn ilmu berdasarkan pengalaman berbanding segala teori dlm buku......he he.

ok berbalik pasal trip nie....aku dapat lesen besar setelah memohon dgn orang tua yg tk berapa sihat sekembali dari mengerjakan hj musim lepas........dgn cerita2 yg aku sampaikan sepanjang depa belajar dibengkel....dgn gambar yg aku tunjukkan di youtube serta teknik2 yg aku beritahu menyebabkan student2 nie

makin tak sabar utk turum mancing bersama.....ha ha .......promosi dan perang saraf tersebut akhirnya memakan diri jugak setelah acap kali mereka bertanya pada aku....cikgu bila nak turun nie.......tangan dah gigil nie......sabar.....pujuk aku pada mereka....kita selesaikan dulu musim peperiksaan kita nikemudian bila dapat gaji plus bonus hujung tahun .....

lepas tu baru kita boleh mancing dgn enjoy ......aku menenangkan mereka......yeah setuju!!! sahut depa

akhirnya 22 hb dis 2012 hari sabtu lebih kurang jam 8 pagi kami turun dari jeti cendayu dgn menggunakan bot syafik yg berukuran lebih kurang 20 kaki kami menghala ke p ketam dgn menyusuri laluan selat mat zin.......aku sempat juga singgah di sungai kedua utk training dan pancingan percubaan sebelum mmemasuki kawasan sangkar......bot yg aku parking kali nie

betul2 menghadap west port......arus disini agak perlahan dgn bot dihala kearah pintu gedung oleh angin yg bertiup sederhana......lebih kurang 5 minit en ramlee menaikkan tetanda sebesar tapak tangan....riuh kali nie satu bot....sebab en ramlee terkenal sebagai pemancing amatur di kolam air tawar.....tk sangka dia juga hanyir di laut(hanyir ni gelaran bagi

pemancing yg senang dapat ikan bila memancing) seperti yg aku pernah war2kan pada student kalu turun memancing dgn aku......customer yg merokok kadang2 tk sempat nk merokok......ikan kalau tk makan dlm 5 minit memang aku akan beralih mencari lubuk baru......kami menghala pula ke sangkar utama dimana ia adalah lubuk wajib yg perlu disinggah sepanjang trip

yg aku bawak.......lubuk nie biasanya tk pernah menghampakan dan sering kali memecahkan rekod tangkapan malah pemancing2 otai seringkali menunjukkan tangkapan mereka di youtube di lubuk ini........antaranya hj syaari pernah menaikkan kertang atau bapak kerapa seberat hampir 50kg !!!!! disini dan aku sendiri sering menaikkan kurau dan senanngin sebesar lengan

anggaran 2-3 kg disini........tetapi entah macamana hari nie lubuk nie amat menghampakan......mungkin arusnya yg agak lemah membuatkan ikan2 disini amat pasif.....nak dapatkan garutan gelama atau duri pun payah....malah aku jangkakan ikan2 disini telah berpindah ke bawah sangkar kerana sonar yg aku gunakan bagi mengesan ikan2 ni menunjukkan isyarat yg kurang membrangsangkan........

bersambung insyaalah........;)

Sunday, December 2, 2012

Projek bahan api air (HHO projek)

contoh hho generator

Sekarang den dok obses dgn projek menggunakan air sebagai bahan bakar pada enjin kereta buruk den ni……sebenarnya projek ni dah lama dikomersialkan dibelah us dan eropah……seawal tahun 2006-2007 lagi malah pernah mantan perdana mentri Malaysia (pak lah) melancarkan penggunaan kereta hybrid Toyota ranger dgn menggunakan air serta minyak petrol……..den terbuka hati untuk menjalankan projek ni sebab menggangapnya begitu simple dan hnya perlu tahu asas sains dan fizik serta kimia dan tidak memerlukan teknologi yg canggih2….tetapi setelah melaksanakannya selama hampir 2-3 minggu semakin den explore rupa2nya semakin banyak yg den perlu perbaiki dan menambah baik…….setakat ilmu dari internet sahaja tidak cukup…..terpaksa Tanya pada kawan2, baca buku sains, download kertas kerja pdf dan ujikaji amali….hampir setiap hari keputusannya tidak sama…….kadang flow gas terlalu banyak hanya selama beberapa minit dan kemudian menurun…..kadang gas H yg kita mahu tak seperti yg diharapkan…walhal generator dah cukup panas…….kadang kelajuan kereta tak stabil dan rpm berubah2 semasa memanjat bukit……kadang penggunaan minyak lebih banyak berbanding tidak memakai hho generator nie…….den ada juga terbaca seorang pomen yg telah Berjaya memasarkan produk hho ni dan telah mengkajinya selama 5 tahun……den tak tahu berapa lama den sanggup mengorbankan masa dan belanja dalam develop teknologi hho ni…….kerana begitu banyak belanja yg telah dikeluarkan untuk memastikan setiap ujikaji Berjaya……..apatah lagi masa yg diperuntukkan kadang hingga pukul 12 mlm merekod dan memerhati pergerakan flow gas hho….....tambah lagi sekarang nie waktu minggu peperiksaan student2 den pulak……..dgn orang tua yg semakin uzur……semua tu pada den adalah pengorbanan dlm mencapai impian………

Doakan den Berjaya dlm projek nie………target den paling tidak penggunaan petrol hanya sekitar 50% pada penghujung tahun nie…..atau 70% - 80% penjimatan pada tahun depan( 2013)……he he