Thursday, December 27, 2012

berdongeng sambil mendaki bukit tabuh


gambar hiasan pemandangan dari bawah bukit tabuh bahagian timur

dah lama aku mengidam nk mendaki bukit tabuh nie......rasanya lebih puluh tahun....he he.....almaklum seringkali ke rumah kakak di gombak akan kelihatan bukit tabuh disebelah kiri jalan mrr2........puncaknya nampak cukup jelas dari bawah......kadang2 aku bagitahu pada anak2 sambil tak jemu2 mengulangi kenangan semasa sekolah dahulu mendaki bukit tersebut......aku panggil bukit nie sebagai bukit dinasour je......ye lah kalau dilihat secara kasar bukit ni begitu curam dan seolah2 berbonggol2 macam belakang dinosaour t-rex dan sewaktu dgnnya......

entah macamana sedang aku belek2 google map dgn menggunakan hp samsung nie....tiba2 nampak jln nk menuju ke ampangan klang gate.......so inilah yg aku cari2 selama nie....jln menuju pintu air klang gate.....kalau dapat jumpa pintu klang gate bermakna aku dah boleh start mendaki esok.....dan mlm tu juga aku mula rikkie (betul ke tidak ejaannya) ke kaki bukit .......sampai je kat pintu dam aku terus bertanya pada pengawal didalam office tersebut dan pakcik tu terus menunjuk tembok yg biasa dinaikki oleh pendaki2 ke puncak....cantek esok dah mula panjang kata ku dalam hati dgn kepuasan.....

mlmnya aku dah mula rasa sesuatu yg lain...ada satu rasa seram2 sejuk seperti sesuatu kehadiran makhluk......aku pedulikan sahaja perasaan nie......maklumlah aku dah aggap semua rasa dan deria dipulangkan kembali kepada hak.......semuanya perlu diserahkkan kembali kepada pandangan makrifat tanpa melihat makhluk.....terus melihat tanpa nampak akan bayang........dan mlmnya aku berpeluang bertemu dgn puteri2 puncak bukit tersebut......dekat 4-5 orang semuanya...dgn baju jarang yg mereka pakai....cantik2 belaka....he heh tak banyak yg aku dapat sembang dgn mereka......hanya mereka merupakan diri sahaja memperkenalkan diri agaknya setiap puncak tersebut memang ada puterinya fikir ku......

esok sebelum mendaki dgn ke dua anak ku syahirah dan saiful....aku bawa sekali cincin yg batunya memang berasal dari bukit tersebut.....tetapi batunya terdiri dari jenis badal besi warna coklat yg jarang terdapat di puncak tersebut......

sebelum kami mendaki terlebih dahulu aku mengingatkan anak2 untuk membaca beberapa ayat suci buat syarat dan syariat........kalau ikut fahaman aku nie nk ingat allah tk semestinya kene baca2 ayat2 al quran....tetapi utk anak2 nie.....kene jugak didik cara syariat......disamping juga cerita sedikit2 fasal hakikat....muga depa dah besar nanti mencari sendiri ilmu ini kalau ada rezeki....... 
sepanjang pendakian aku mula ada rasa janggal dan gayat.....almaklum dah lama sungguh tak mendaki rasanya pendakian aku paling akhir sekitar 2009 bersama tok lanun dan kumpulan kuntau tekpi bertapa di gua sekitar puncak b gunung ledang.......perjalanan kali ini berlainan sungguh....hilang segala memory masa aku memanjat zaman sekolah dahulu dan pemandangannya pun amat berlainan.....agaknya bila dah lama tak panjat kenangan dahulu pun hilang agaknya fikir ku......

lebih kurang 1jan 15 minit kami mendaki aku memutuskan untuk berehat sahaja di puncak kedua kerana cuaca mula mendung dan seakan2 hendak hujan......sambil rehat2 tu aku mula membuka bekal dan buat jamuan sedikit sambil menghilangkan penat......aku pesan pada anak2 perhati2 sedikit kawasan sekitar kot mau terjumpa kawasan penuh batu2 permata atau emas......boleh kaya kita sahut aku.....anak aku mula bertanya ada gold bar ke atas ni abah?.....ish mana ada emas mentah nie bukan bentuk macam gold bar biasanya kalau ada pun macam serbuk dalam batuan kata ku.......anak2 nie yg biasa tengok emas pun ingat emas mentah pun macam gold bar....ha ha

entah macamana semasa membasuh tangan sebelum menjamah makanan aku lihat sekeping duit syiling sepuluh sen yg begitu lusuh dan kusam......wow dia bagi duit syiling la kat abah....kata ku pada anak2.....terus anak2 ku mengingatkan aku....aik abah kata tak boleh ambil apa2 kat kawasan nie.......aku mula menerangkan pada mereka alasan ku.....memang tk boleh ambil apa2 barang di kawasan nie....tapi barang nie bukan asal kawasan nie......asalnya dari bawah dan memang macam di tunjuk2.....so kita bawak balik dulu dan lihat.......lagipun duit syiling ni lebih baik dari wang fiat kata ku sambil mengingat kembali kepada mereka tipu muslihat wang kertas.........

sepanjang perjalanan turun hujan renyai2 mula turun dan alhamdulilah setelah kami sampai selamat di rumah hujan mula turun dgn lebatnya sekitar lembah klang.....
duit syiling yg lusuh tu aku mula simpan utk jadi ibu duit.......duit nie tk de apa2 istimewa pun hanya anggapan kita je nak jadi ibu atau bapa duit....tetapi oleh kerana dia dijumpai di puncak bukit jadi nilainya jadi istimewalah pada aku berbanding syiling yg lain yang sama nilai......he he


No comments: