Monday, April 22, 2013

Belajar ilmu hakikat sesat?

gambar hiasan kerajaan ayah pin...he he

 Ada kawan nasihat den baru2 nie....ko kalau belajar ilmu hakikat boleh sesat......kalau tak sesat boleh jadi giler isim......ye ke?...sahut den buat2 hairan......

den pun jawab ....kalau nak sesat ni atau nak kene tuduh sesat nie bukan belajar hakikat je......tak belajar pun boleh sesat....ko boleh tengok situasi sekarang ni...dengar saja apa kata2 ulama akhir zaman sekarang......ulama nie tuduh ulama sana sesat......golongan yang ini tuduh golongan yang sana sesat....agama yang ini menuduh ugama yang sana sesat.......tengah jalan2 cari makan pakai GPS pun boleh sesat......bab sesat nie bukan kehendak kita....sapa nak sesat?  siapa nak gila......habis tu orang giler tu semua kerana belajar ilmu hakikat ke?......yang tk belajar apa2 kecik2 pun dah boleh giler.......gila dunia, giler duit, gila pompuan, gila nombor ekor, gila kuasa, gila betina, kepala gila-gila......berapa banyak gila adakah mereka nie semua kerana mereka belajar ilmu hakikat?......

di akhir zaman nie ....terlalu banyak fitnah.....celik mata fitnah, tutup mata fitnah, tengok orang fitnah, nak buat keje...kene fitnah, nak kawin ..kene fitnah....nak politik ...fitnah, nak menolong fitnah......inilah dunia akhir zaman...berapa banyak hadis dan alquran menyatakan apabila kiamat makin dekat....terlalu banyak fitnah.....dan kita bergelumang risiko fitnah yang amat tinggi.....hingga dalam kubur pun ada fitnah.......
pada den kalau tk nak ambil risiko fitnah nie...penghujung tk boleh nak buat apa......ada je yg tak kena pada pandangan masyarakat........sebenarnya masyarakat mahu kita ini dibentuk mengikut telunjuk mereka......mereka mahu kita hidup mengikut cara mereka...cara berugama, cara makan, cara pakai, cara bekeluarga, cara pendidikan, ekonomi, hiburan semua atas persetujuan mereka...hingga kita tidak dapat menentukan cara hidup sendiri........sesiapa yang akan cuba mengikut cara hidup sendiri akan di beri tekanan supaya berubah dan mengikut acuan mereka.......inilah hidup bermasyarakat......kita harus menghormati kehendak masyarakat....dan boleh di perumpamakan mereka yang dihormati masyarakat kerana pandai berpura2 mengikut rentak tari mereka dlm masa yang sama mempunyai cara hidup yg disembunyikan.....he heh

kenapa belajar ilmu hakikat terlalu banyak fitnah?.......ini kerana memang sejak dari dahulu pengajian ilmu tauhid nie mendapat tentangan......sebut sahaja peradapan apa pun sejak turunnya nabi adam ke dunia  hingga ke tiba zaman akhir ini ...ada sahaja tentangan......kalau kita perhatikan ilmu tauhid nie mengajar kita hanya bergantung kepada Allah sahaja, apa juga aspek kehidupan sehari2......dari Allah dan kepada Allah.....fahaman begini tidak boleh diterima oleh mereka2 yang mahu menguasai masyarakat......apabila ada puak, kaum atau individu yang ingin menguasai masyarakat atau dunia khususnya......golongan yang hanya mertauhidkan Allah adalah puak yang menjadi ancaman pada mereka...kerana fahaman mereka boleh memalingkan masyarakat kepada tauhid kepada Allah dan menjadi penghalang dalam penguasaan mereka terhadap dunia.......

rupanya sirah nabi tidak terhenti saat ini.........kesukaran untuk menyampaikan dan mempelajari ilmu ini tetap ada selagi ujudnya masa dan dunia........kisah2 dan tauladan didalam alquran mengambarkan begitu sukar untuk menyampaikan ilmu hakikat @ tauhid kepada masyarakat ....malah untuk diaplikasi terhadap diri sendiri juga bukan mudah........seperti ayat....masuklah kamu kepada Islam seluruhnya....bermakna dalam diri kita ada sebahagian yang belum lagi islam (menyerah) secara total......cara hidup mungkin sudah islam...tapi jiwa belum......cara ibadah sudah islam...tetapi tauhid belum........cara bermasyarakat sudah islam....tetapi iktikad belum......cara berpolitik sudah islam....tetapi perilaku belum........kita dipecah2kan dan dipisah2 kan oleh berapa banyak fahaman dalam hidup.........jadi yang bagaimana dikatakan islam keseluruhannya?

setiap nabi membawa syariat untuk kaumnya.......cara berpakaian, cara makan, cara bermasyarakat dan yg penting akidah dan tauhid.........umumnya masyarakat terlalu sibuk dgn cara pakaian dan cara hidup tanpa memperdulikan iktikad, tauhid dan makrifat........jadi kita lebih menumpukan budaya arab berbanding ilmu tauhid.........saya berani mengatakan bahawa setiap bangsa dan tamadun mereka mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang satu (esa) sebelum kedatangan pendakwah2 dari tanah arab........dan hampir setiap ugama samaada, hindu, budha, di daerah nusantara ini mempercayai adanya tuhan yg satu.......kita hanya menukar syariat dari kepercayaan nenek moyang  kepada syariat nabi muhammad yang lebih cantik dan indah.......tetapi bagaimana dgn ilmu hakikat baginda?.......tak ada?.....ustaz tak ajar?....tk disebut dalam ceramah?.......tak de dalam sukatan di universiti al azhar?..........carilah jawapannya hingga ketemu......

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Alo