Wednesday, August 28, 2013

konflik asia barat dan diri


dalam minggu2 sibuk mengajar student baru nie den sempat mengikuti perkembangan konflik di asia barat.......pembunuhan di syiria.....pembantaian terhadap rakyat oleh tentera terhadap penyokong ikhwanul muslimin .......pembangunan luar biasa di makkah dan arab saudi.......demontrasi jalanan di turki dan macam2 lagi.........

den suka memerhati dan menganalisa........kebanyakan analisa den memang ke laut........banyak merapu dan bukan2....... ditambah dgn teori dongeng dan supernatural + super auta........tetapi cerita2 merapu inilah yg akan menaikan rating pembaca.........lagi banyak auta dongeng maka makin ramailah yg akan melayan........kalau cerita macamana nak mengerjakan solat dgn betul.....mana sah mana batal lagi harus.......boring pulak .......dengar nasihat cam tu........kalau takat cerita tu baik layan video ustaz azhar idrus.....sambil belajar fekah sambil layan lawak........lawak dan karut marut tk boleh dipisahkan oleh orang melayu (termasuk ler den).......kerana itu di pawagam cerita2 yg berbau lawak + tahyul + karut dapat sambutan ramai........cerita mesti ikut sentimen penonton....macam penjual air batu tk sesuai berniaga di musim hujan......dan nak jual teh panas tk sesuai masa tengahari..........pendekatan kene ikut selera.......he he

den suka membuat kesimpulan yg tidak perlu banyak bersandarkan kepada fakta........1000 fakta belum cukup untuk menyakinkan bagi orang yg tertutup hati...........minda dan hati itu terbuka pada den bermaksud dapat menerima baik dan buruk sekali gus dlm satu pakej.........tidak berat sebelah atau memihak @ bias kepada sesuatu pihak sahaja dgn alasan pihak itu benar dan pihak ini salah.........sekiranya orang itu boleh menerima kedua2 belah pihak sebagai kehendak dan ketetapan Allah........adil dan reda dalam menerima keputusan ........itu adalah sifat keterbukaan terbuka hati pada pemahaman den........

konflik di asia barat akan merebak ke wilayah ini pada pengamatan den yg bodoh ini..........serangan dan segala agenda jahat seperti telah direncanakan dgn rapi khususnya pada orang2 arab (muslim) dan pada penganutnya islam amnya..........sebut sahaja muslim dimana2 di dunia ini akan menerima tempiasnya........terpulang pada kita untuk menerima kenyataan.......... ianya pahit tetapi harus ditelan.......adakah kita setakat bersedih atau sambil lewa melihat kekejaman yg dilakukan terhadap saudara2 kita di syiria, mesir, tunisia dan palestine?..........perumpamaan seperti sekumpulan ayam yg akan dsembelih seekor demi seekor..........terlalu banyak ayat frman dan hadis menerangkan perkara tersebut.........tetapi tidak ramai ulama yg berani menerangkannya..........kalau ramai dan popular bukanlah disebabkan oleh ilmu yg disampaikan tetapi lebih kepada populariti ulama tersebut atau kesan lawak yg disampaikan..........den tk nampak nak mengaji ilmu tauhid mesti ada lawak2.........tidak ada sirah para nabi yg diutuskan dikalangan pelawak2.......yg ada petani, pengembala, pemerintah atau penguasa, peniaga, pengamal perubatan, dll........jadi pada den nak sampai ilmu yg bermanfaat pada masyarakat dgn pendekatan lawak.......macam satu penghinaan pada ugama.......malah tidak pernah digunakan oleh mana2 ugama lain waima hindu, budha dan kristian.......penyampaian mereka dgn cara lawak........maaf ler mungkin den sendri dah terlebih menghukum pada ulama2 lawak nie......tapi bab penyampaian ugama dgn pendekatan lawak den tk boleh kompromi.......

berbalik kepada isu konflik asia barat den melihat terlalu banyak fitnah yg memang luarbiasa dan superginius..........sebab dgn fitnah2 ini disokong pula oleh mereka 2 yg bergelar ulama ternama seperti keluar fatwa wajib berjihad menentang tentera basshar assad kerana menzalimi rakyat nya yg rata2 bermazhab sunni...........hampir 95% pula ulama2 ditanah arab menyokong fatwa tersebut.......wow......hilang jihad di bumi palestine.....timbul pula satu jihad yg paling utama di syiria menentang konon2 peperangan antara syiah dan sunni...........tengelam pulak jihad di palestine yg terang2 menentang kerajaan zionis israel......

den lebih suka berpendirian dan membuat keputusan kembali kepada diri..........berfahaman dari 7 orang pemuda yg masuk ke dalam gua.......atau kisah ashabul kahfi........dekat tempat den nie mana nak cari gua......kalau takat longkang tu banyak la.......mana selesa duduk dlm longkang yg berbau kurang enak sambail tangan gatal layan FB atau kurang2 baca email serta sms...........kalau ikut fahaman orang syariat .....alamat payah ler nak cari gua tu.....salah cari sampai gua batu caves la pulak......kalau sampai gua batu caves........apa beza kita dgn puak2 hindu tu?........syariat dah macam sama.......sama2 nak masuk gua kan?...........kalau gua yg zahirlah yg dicari ........bergitulah jadinya...........kenapa tk cari gua pada diri?.........bukit, gunung, gua tu pada pemahaman hakikat adalah merujuk kepada diri.......kitalah gunung, kitalah bukit.....dan kita jugalah gua.........yg dimaksudkan juga kepada diri bukanlah diri jasad....atau diri jasmani ini.........tetapi diri yg berakal, diri yg bernafas, diri yg berperasaan .....diri yg merasakan hidup.......pemahaman den........ayat dan perkataan hanyalah simbol pada maksud...........maksud yg ingin disampaikan boleh mengunakan beribu2 ayat sebagai isyarat.........maka kalau sampailah maksud........sudah tidak bermakna ayat..........sekiranya tidak tercapai maksud........tidak berguna seribu ayat.........

he heh

No comments: