Thursday, November 14, 2013

pengorbanan seorang ayah


entah macamana sewaktu den naik motor menyusuri jalan menghala ke tempat kerja diawal pagi......diikuti pula hujan turun renyai2.......angin dingin diselang seli gerimis hujan yang menyentuh kulit menusuk rasa sejuk terus kedalam tulang sum-sum.......ditambah den yang baru beberapa hari kebah dari demam menggagahkan juga diri meredah musim tengkujuh setiap tahun.........dikala itu juga tiba2 den teringat arwah bapa yg memang setiap hari mengayuh basikal ke tempat kerjanya dari kampung pandan ke ibupejabat LLN (TNB) jalan bangsar......den buat pengiraan kasar jarak dari kg pandan luar (kg pisang) ke bangsar sekitar 15km pergi balik sekitar 30km........yang den tahu arwah mengayuh basikal setiap hari tanpa kenal erti sakit, demam, penat, lenguh malah menjalankan tugas sebagai siak surau kg pisang setelah pulang ..........itulah rutin hariannya sebelum arwah berpindah ke cheras setelah rumah setinggan kami diambil alih oleh syarikat maluri sdn bhd..........den tak boleh gambarkan bagaimana kesukaran seorang ayah membesarkan anak2nya seramai 12 orang dgn hanya bekerja sebagai seorang jaga stor tnb ........den yang sekarang ini agak selesa sebagai pengajar dan hanya duduk2 atas motor kadang2 rasa bosan dgn kerja dan tendang politik didalamnya...........den suka dgn kerjaya den tetapi tak tahan dengan lakonan politik di tempat kerja..........den cuba perhatikan kesukaran kerja den berbanding arwah dulu memang jauh beza........arwah lebih cekal, kuat hati dan semangat, sanggup bersusah payah demi anak2 dan keluarga malah begitu kuat pegangan agamanya.............alfatihah buat ayahanda ku tercinta.......

No comments: