Thursday, March 18, 2010

samb thailand kemboja pt6

pemandangan jalanraya ke sieam rieap


ye seperti yg aku khabarkan dahulu yg dimaksudkan masuk perangkap ialah apabila kita tidak tahu bahawa kita sudah berurusan dengan ejen.......perjalanan kami menaiki bas yg kononnya percuma mengakibatkan kami dihantar ke hentian bas persendirian atau milik ejen......mahu tidak mahu kami terpaksa memilih untuk menaiki van dengan kos seorang 20 us dollar atau 140 usd utuk sebuah van......dengan alasan sekiranya kami menaiki teksi kami akan dikenakan sebanyak 4000 bath atau lebih kurang rm400 ringgit bersamaaan 100 usd....jadi kononnya kami sudah jimat 60 usd dengan menaiki van.......apa pilihan yg kami ada waktu itu.....belum lagi diprovokasi dengan kelewatan bas yg sedia ada serta kenyataan dari staf kononnya kami akan menghadapi masaalah sekiranya menggunakan perkhidmatan awam.....

mahu tak mahu van telah dinaiki......lebih kurang jam 12 tengahari kami bergerak ke sieam rieap.....sepanjang perjalanan van yg sepatutnya boleh bergerak laju hanya bergerak sekitar 40 - 50 km/s.....walhal meter menunjukkan paras 90km/s.....maklumat dari org lama mengatakan kemungkinan speedo meter telah dilaras untuk mengaburi mata pelancong kononnya kelajuan pada kadar 90 km/s walhal kelajuan yg diperkirakan hanya 50km/s sahaja.......sepanjang perjalanan tidak ada yg menarik....hanya pemandangan tandus sawah padi waktu musim panas......tidak banyak perubahan pemandangan selepas 13 tahun meninggalkan bumi kemboja. kiri kanan yg penuh sawah ....jalan raya yg lurus.....kiri kanan jalan kadang2 ditemui rumah yg diperbuat dengan atap rumbia......satu pemandangan yg daif dan boleh membuatkan kita insaf beruntungnya dilahirkan dimalaysia.

van berhenti disebuah kedai makan non muslim ...nak tak nak kami kene turun......kami tau yg driver cuba nak pow harga makanan kami......dengan selamba kami lepak2 di tepi kedai dan sembang2 dibawah panas mentari sebelah kolam......dekat 1 jam jugak dok tunggu driver ni mencekik.......dia ingat kita ni bodo agaknya nak makan dikedai tu......tak tik yg sama digunakan oleh bas2 ekspres dimalaysia untuk berhenti dimana2 hentian rehat terutamanya dibelah pantai timur.......pelanggan2 yg membeli belah disitu akan membayar dengan harga yg mahal untuk menampung makan minum driver......

selepas menyambung perjalanan kami tiba di pekan sieam rieap lebih kurang pkl 4 ptg.....van pula mula mencari2 hotel yg dijanjikan dengan ejen ....wal hal kami telah bersungguh2 untuk tidak mahu turun dengan hotel pilihannya......mahu atau tidak kami diturunkan oleh driver disatu rumah yg mempunyai banyak `lemok' (tut-tut) kenderaan seperti beca yg ditarik oleh motorsikal. mereka dengan gaya paksa meminta kami menaiki kenderaan tersebut untuk ke hotel pilihan depa.......mahu atau tidak kami terpaksa akur......sieam rieap plak bukan tempat mainan aku dulu......kalau di phenom penh boleh juga hafal sedikit jalan2nya walaupun dah 13 tahun tak pi.

No comments: