Sunday, March 28, 2010

trip pancingan terbaik

trip sabtu lepas aku anggap adalah trip terbaik setakat ini sepanjang menjadi tekong sambilan apataknya aku berpesta ikan merah seberat 1 - 2 kilo seekor dgn 3 henjutan kasar.....manakala customer aku pulak kali ni berpesta duri sebesar peha yg layak dipanggil mayong atau jahan sebesar 2-3 kilo seekor.......keseluruhan tangkapan......12 ekor ikan duri atau mayong.....3 ekor merah.....1 ekor tetanda....dan berbelas ekor bebulus serta gelama .....

kalau nak diikutkan air kali ni agak besar 11 hb rabiulakhir.....air agak deras dan arus laju....ditambah dengan hujan lebat mlmnya.....apa lagi airnya keruh dengan jumlah besar hujan dari darat yg mempayaukan air di area selat kelang.....
tetapi rezeki bukan dari faktor alam tetapi ditangan Allah.....buatlah perkiraan sebijak mana mungkin tetapi kalau dah rezeki tak kemana.......kita sebagai makhluk hanya boleh berusaha......salah satu faktor kemungkinan ada pesan dari sahabat untuk membaca ayat pembukaan dan membanyakkan selawat ke atas nabi.......dan hasilnya memang cukup memberangsangkan......alhamdulillah......syukur

No comments: