Wednesday, March 30, 2011

Dinar dan Dirham lagi...

den nak kongsi artikel yg diambil dari dinarblogspot........


Dinar adalah emas dan dirham adalah perak. Dinar dan Dirham adalah matawang yang tertua di dunia. Sejak sekian lama mata wang dalam bentuk Dinar dan Dirham telah digunakan semasa melakukan muamalat di dalam pemerintahan Islam. Islam menekankan berjual beli secara telus, jujur dan halal dengan tidak melibatkan proses riba'.



Nilai matawang


Penggunaan Dinar dan Dirham tidak seperti penggunaan duit kertas cetak yang tidak membantu memartabatkan apa-apa nilai pada matawang apabila beurusan di dalam perdagangan kerana nilai pengukuhannya adalah bersifat turun dan naik dan kadang kala tidak stabil (Inflation and falling currency values). Banyak negara akan mengalami penindasan nilai mata wang kerana kejatuhan nilai di pasaran. Telah beberapa kali dan saban tahun terjadinya kemuncak krisis ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai matawang sedunia termasuklah negara maju atau dunia ketiga. Di masa ini juga ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang di atas kejadian ini. Peranan kapitalisme turut menghancurkan peradaban murni hidup manusia. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah melarat kehidupan. Penindasan terus menjadi-jadi dan sukar untuk dipulihkan. Kini kebangkitan semula penggunaan Dinar dan Dirham telah membuka mata dunia betapa pentingnya dinar dan dirham di dalam urusan perdagangan. Bahkan kedudukan Dinar dan Dirham terus melonjak naik di pasaran dan amat stabil nilainya.



Kebangkitan semula


perlancaran penggunaan matawang syariah di Kelantan pada 2 Ramadhan 1431H telah membuka mata semua pihak kerana kerajaan Kelantan telah berjaya memulakan kembali sistem jual beli menggunakan matawang Dinar dan Dirham. Insyallah dengan sistem ini juga akan memangkinkan sistem pembayaran dan pengurusan zakat terutamanya pembayaran zakat emas dan perak. Kali terakhir penggunaan dinar dan dirham ialah pada tahun 1924, semasa pemerintahan kerajaan Khalifah Othmaniyyah di Turki.



Kenapa negara penjajah Barat semasa itu mahu semua negara menggunakan mata-wang kertas yang mudah dicetak dengan mudah? Habis semua sistem jual beli berteraskan Dinar dan Dirham ini dihapuskan. Mereka bukan sahaja menjajah ngera Islam tetapi telah merubah semua sistem ekonomi, sosial dan perundangan Islam. Bencinya mereka kepada Islam amat tebal dan apa-apa yang berkaitan langsung dengan Islam akan dipadamnya di dalam 'kamus' kehidupan. Kejahilan mereka telah berjaya diserap masuk di dalam sistem kehidupan ummah Islam. Ummat Islam terus diperdaya dan tertipu oleh penjajah Barat yang mengatakan mereka membawa arus kemajuan tetapi sebaliknya memasukkan unsur penipuan di dalam berurusan dengan masyarakat. Perasan jahat ini telah melumpuhkan hampir semua sistem-sistem Islam yang suatu ketika itu amat maju dan cemerlang tanpa menindas di antara satu sama lain.



Apabila diperhatikan dengan perkembangan semasa, negara barat inilah juga yang telah mempopularkan penggunaan Dinar dan Perak. Mereka begitu aggresif melakukan pencetakan dan penjualan emas dan perak sesama mereka. Kerana mereka tahu hanya emas dan perak sahaja dapat bertahan nilainya berbanding matawang kertas. Semua syarikat pencetakan telah dikuasai oleh mereka sejak sekian lamanya seperti PAMP Suisse. "You have a choice between the natural stability of gold and the honesty and intelligence of the members of governments. And with all due respect for those gentlemen, I advice you, as long as the capitalist system lasts, vote for gold" George Bernard Shaw (1856 - 1950) Kenapakah mereka begitu aggresif mempopularkan kembali emas dan perak ketika ini?


Apakah yang memungkinkan mereka berbuat demikian?


Adakah kita sekali lagi kena belajar penggunaan emas dan perak dari mereka?


Adakah kita ummat Islam sekali lagi kena tunduk kepada sistem dagangan mereka yang mana sistem ini telah lama diamalkan oleh ummat Islam terdahulu?



Emas dan Perak Bullion


Nilai emas semasa setakat hari ini (201/11/2010) ialah GBP850/oz dan perak ialah GBP17/oz. Tetapi emas bar keluaran PAM Suisse bernilai Euro1221/oz. Emas merupakan nilai yang mudah dicairkan dan mudah diterima di semua negara berbanding perak. Namun perak amat tinggi permintaannya di negara Eropah dan pembelian perak dikenakan VAT atau tax di sini.



Semasa pemerintahan Islam nisbah dinar dan dirham adalah 1 emas boleh membeli 15 perak. Tetapi sekarang nisbahnya adalah 1 emas boleh membeli sebanyak 60 perak. Walaupun kedudukan nilai perak rendah tetapi ia tetap menjadi bahan perdagangan yang diiktiraf. Penggunaan semasa Khalifah Umar Al Khattab


Sejarah penggunaan coins emas secara fully syariah compliant dengan timbangan berat ditetapkan telah dilaksanakan oleh Umar Al Khattab RA. Matawang Islam untuk 1 Dinar bersamaan berat 4.25g. Terma "Syariah coins" adalah dikhususkan kepada Dinar dan Dirham sahaja.



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu" (An Nisa [4] : 29)



Kebangkitan Khalifah Islam - New world order


Imam Abu 'Abdullah Al-Qurtubi atau Abu 'Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr al-Ansari al-Qurtubi atau Al Qurtubi adalah seorang mufassir, muhaddith, dan ulama yang faqih yang terkenal telah merungkaikan dan menerangkan akan kepentingan bentuk matawang untuk Muslim di dalam kitabnya Al Jami' li-Ahkam Al Quran apabila beliau menerangkan ayat di dalam Al Quran dimana Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) diantara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya" ( An Nisa [4] : 59)



Beliau menyatakan bahawa ayat yang menyatakan kepatuhan kepada Sultan atau pemerintah adalah menyentuh kepada tujuh perkara:



  1. Pencetakan Dinar dan Dirham

  2. Penetapan timbangan dan berat.

  3. Legal judgments

  4. Mengerjakan haji

  5. Mengerjakan solat Jumu'ah

  6. Mengerjakan solat eid

  7. Panggilan jihad

Apabila menyentuh persoalan kekhalifahan, adakah kita mesti tunggu dahulu untuk melaksanakannya? Sudah pasti jawapannya tidak. Apa-apa perkara yang boleh dilaksanakan dan ia menyentuh kepada keperluan ummah Islam, maka semestinya didahulukan dan diberikan keutamaan (aulawiyyat). Proses penegakkan Deen yang hanif akan menyelamatkan semua manusia yang berada di dalam sistemnya.



Kitalah yang bertanggungjawab melakukannya... kalau tidak kita siapa lagi.


Tuesday, March 29, 2011

Rahsia Dajjal ditimur tengah

artikel ni den copy paste dari satu laman blog kengkawan......he he

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah Teori Konspirasi oleh Ibnuyaacob Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan. Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’. Benarkah Dajjal Perlukan Wang? Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya? Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan … “Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan” Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang 1. Imam Mahdi 2. Nabi Isa a.s. 3. Agama Islam Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal. Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia? Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak. Benarkah begitu? Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang. “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim) “Kemudian kamu akan memerangi kaum Rom dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .” (Riwayat Bukhari) Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu. Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam. Misi sebenar Dajjal ialah …. “Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam” Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s. imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa. Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi. Teori Tentang Strategi Dajjal Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi. Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu …. * Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira. * Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi. Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut : #Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. “Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim) Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein. Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia. Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah. Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi. Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku. Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah Apakah keistimewaan Mujahidin? Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal. Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi. Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi. Pernahkah kita terfikir? Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ. Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam. Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu. Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku. Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini? Adakah ianya kebetulan? #Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungny a.” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim) Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa: “Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.” Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi. Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas. Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanji an konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka. Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas. Kesimpulan Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT. Wallahu’alam.


ni pesanan den pada Dajjal.......

dalam ayat Alquran kan ada contoh......firaun bunuh anak2 lelaki dari bani israel.....tetapi anak yang menjadi ancaman padanya adalah anak yg dibela didalam istana dia sendiri........pikir2 le dajjal oi.......he he


Abu Na’im meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Umamah r.a. (bahwa Rasulullah Saw. bersabda): “Imam Mahdi itu dari anak cucuku, (dan) berusia empat puluh tahun. Wajahnya bagai Bintang Timur. Di pipi kanannya terdapat tahi lalat, dan mengenakan baju dua lapis yang sangat putih, seakan-akan ia dari kalangan Bani Israil. Ia mengeluarkan harta simpanan dan menggali harta kekayaan kaum orang-orang Musyrik.” 4)

Wednesday, March 23, 2011

Lian padukan plak


dah lama jugak den tak bergelanggang.....almaklum lepas sibuk bawa orang pi mancing sampai tak sempat pi bergelanggang kuntau tekpi di tasik putri........bila dah lama mula la maleh nak pi.......lama-lama senyap terus.

sekarang ni den ngaji plak dengan tuan Ha lurus geng forum harmoni......agak kekok juga sebab lian dan jurus dia new school sedang kan den blaja dulu old school.......keduanya memang ada beza tapi kedua2nya best.......biasa lah menda baru memang ler best....he he
camana pun den ni bukan blajau cara formal....den blajau back door.....macam under ground ler ...he he camana pun terima kasih pada tuan ha yg sudi amik den jadi anak murid.....(bodek skit)....he he


permainan ni memang best sebab dia lebih menyerang dari bertahan......konsep permainan beladiri gaya cina.....kerana tu kalau nak tau apa jugak corak pemikiran cina ni dia lebih suka attacking berbanding defend.......samaada dalam bidang berniaga, politik, ekonomi.......tu pasal depa lebih maju.....depa tak tunggu.....depa gerak dulu......nabi pun ada cakap 9/10 rezeki tu dalam perniagaan (attacking) entah ler.....he he. masa lawatan rombongan laksamana cheng ho pun depa habih buat explore hampir semua lautan (attacking)......bukan menanti..........so pada pendapat den falsafah attacking is the best defend amat bersesuaian pada apa juga aktiviti kita sehari2.......(auta je lebih).......he he

Musuh Sebenar

gambar hiasan je.....

siapa musuh sebenar kita?
ada yang kata:
iblis...
hantu syaitan...
dajjal....
yakjuj dan makjuj...
kafir...
komunis...
pembangkang...
penyokong kerajaan...
mereka yg tak sependapat dengan kita...
mereka yang tak sefahaman dengan kita...
musuh politik kita...
musuh bisnes kita...
musuh bangsa kita...
musuh agama kita...
musuh keturunan kita...
musuh saingan ditempat kerja...
musuh keluarga...
musuh jiran yang jahat...
mereka yang iri hati dengan kita...
mereka yang nak menginaya kita...
mereka yang cemburu dengan kita...
dan berapa banyak musuh yang tak dapat disenaraikan sebab tak larat nak dicatatkan.....
Nabi Muhammad bersabda......(cari ler hadis tu)......musuh yang sebenarnya adalah nafsu sendiri........
kita boleh pancung leher orang dengan mudah.......tetapi untuk pancung nafsu sendiri bukan sesuatu yg kecil.......dan perjuangannya tidak akan berakhir hingga lah kita kembali kepadanya.........

mancing lagi

ni gambo orang den tumpang tepek je.......tapi latar belakang tu betul sekitar selat mahang......he he

baru ni den turun mancen lagi....kat mana?.....mana lagi kalau tak kek pulau ketam.......nak pegi pulau manis atau (kene pulau dek kengkawan) tak larat plak.....takat ni layan pulau ketam udah ler......nak pegi jejauh pitih tak cukup.....kalau nak layan kengkawan lain macam kayuh beskal atau camera lagi ler nak modal beso.......takat mancing ni peralatan dalam rm 100 dah cukup......minyak kereta n tol pergi balik......dekat 5 ketul....kalau dapat bawak orang dalam 4 orang siap dapat upah lagi dalam 5 ketul n mancing pree......he he....tu yg menyebabkan den lebih
kemaruk bab mancing ni sambil mancing sambil tambah pendapatan, n sambil tambah kengkawan........
takat ni je dah 2-3 group jadi regular customer den......bak kata pepatah kengkawan siam.......muka tak cun tak pe janji serbis baek punyer......he he maksudnya kalau dalam bidang pemancingan ni.......ikan tak dapat tak pe janji dapat pusing bot satu malayaa.......he he
12 hb mac ari tu den turun dengan hj joran maluri.....sapa tak kenal otai ni....bukak je pancing.net musti kenal punyer ngan hj ni......den sebenonya satu kg ngan hj ni dari kg setinggan kg pisang lagi (bukan kg pisang cerita zombi tu) kecik2 lagi celik mata den dah kenal dengan dia....keluarga hj ni bukak kedai runcit di situ jadi ramai ler orang kg buat kredit ngan kedai dia......den kalau pegi kedai dia musti omak hj bagi gula2 almaklum den dulu masa kecik2 comel....he he
den maleh nak cerita lebih2 tapi ini link laporan dia.....biasanya ahli je dapat baca laporan ni......
pandangan den ikan kurang matuk ari tu kemungkinan disebabkan oleh gegaran gempa bumi di jepun......almaklum makhluk dalam air ni sensitif dengan pergerakan bumi.......lain ler manusia ni memang tak makan saman.....he he dan den pun kurang ada mood mancing ari tu sebab ada masaalah skit ngan hj......biasalah kadang kita ni bleh satu pendapat masa keje tapi bukan masa macing......kadang bleh pergi mancing sama2 tapi tak bleh tido sebantal......manusia ni banyak ragamnya....bleh ikut kita layan....tak bleh nak ikut kita angkat kaki plan2.......he heh

Monday, March 21, 2011

dinar dan dirham serta Ammagadon



setelah beberapa kajian yg den buat dan reserch yg dilakukan di internet den berpendapat ammaggadon (peperangan besar) akan berlaku tidak lama lagi.....diantara kebatilan dan kebenaran......sebelum ini peperangan ini hanya sekitar falsafah, ilmu, sistem dan pemerintahan tetapi kali ini peperangan ini akan lebih terzahir hampir melibatkan satu dunia seperti berlakunya peperangan dunia pertama, kedua dan yang akhir ketiga........


adakah peperangan dunia ke tiga adalah peperang terakhir?......sebenarnya peperangan telah berlaku berabad2 lamanya yg hampir tiada penghujung.......tetapi catatan dari kitab suci telah menjelaskan bahawa penghujung akhir zaman bakal ditamatkan dengan peperangan terakhir.........ammaggadon atau peperangan besar- besaran


antara artikel yg den baca dan ada logiknya seperti disini :

: http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#ixzz1Fsbv2VJm

Semoga dengan kehadiran artikel dan kebangkitan DINAR EMAS dari bumi agung BANGSA MELAYU ini,

Dapat meningkatkan keimanan anda kembali kepada tuhan yang 1,

Dan mengingatkan diri manusia itu,

Tentang kehadiran tanda-tanda alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kepada anda yang berbangsa MELAYU lagi mewarisi agama ISLAM,

anda merupakan umat terpilih untuk membangkit percikan PERANG DUNIA KE-3.

Kerana apa, kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang Islam.

Iaitu sistem Dinar Emas yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi YAHUDI.



peroalannya ialah.....adakah kita telah atau akan bersedia untuk peperangan tersebut.............

Thursday, March 3, 2011

masa free untuk merapu



nak merapu skit......

lepas habis kursus ni baru ada ruang sedikit untuk den bernafas dengan tenang........hidup sekarang kengkadang penuh dengan tekanan.....samaada tekanan kerja, tekanan belajar dan tekanan dari cara hidup. setiap tekanan tu pun kita yg memutuskan untuk memilihnya samaada nak cara mudah atau cara yg sukar. semuanya terpulang pada diri sendiri kalau kita rasa hidup ni penuh dengan perjuangan maka kefahaman kita sepanjang hidup adalah berjuang.....sekiranya hidup kita ini adalah untuk bergembira maka kefahaman kita sepanjang hidup ini adalah penuh dengan kegembiraan.

masyaallah ......begitu luas dan melimpah ruahnya rahmat Allah pada makhluknya......setiap manusia punya kefahaman masing2 dan mengikuti serta menganuti fahaman yg sesuai dengan pilihan mereka. kengkadang den berfikir bahawa manusia ini yang membezakan mereka bukan warna kulit atau ras serta bangsa .......yg membezakan mereka adalah kefahaman........kalau didalam alquran mengatakan yg membezakan manusia adalah iman dan takwa.......iman tidak akan datang melayang tanpa ada rasa ingin mengetahui dan menuntut ilmu........ilmu yg dimaksudkan adalah dengan mencari maklumat kebenaran.....dan dalam arus media sekarang maklumat yg didapati lebih banyak cara dan kaedah seperti surat khabar, majalah, buku, internet dan sesama masyarakat. kalau dulu dengan menuntut ilmu dengan bertemu guru2 mursyid, pesentren, sekolah agama, ke gua, dan sebagainya adalah salah satu media untuk mendapat maklumat.

kefahaman tidak akan didapati tanpa dengan adanya ilmu.....dengan ada ilmu sahaja belum cukup untuk manusia itu memahami isi dan intipati ilmu melainkan dengan merasa kemanisan ilmu tersebut.......dan rasa ilmu tidak akan dapat di nikmati tanpa perlaksanaan, praktikal, kelakuan, amali hasil dari tuntutan ilmu tersebut. terpulang pada si pengamal samaada mempraktikkan ilmu mengikut susunan dan turutan sesuatu cabang ilmu atau disiplin ilmu. hingga ada kebanyakan orang menuduh sesuatu displin ilmu sebagai ilmu sesat dan menyesatkan........pada fahaman den ini ilmu tidak ada yang sesat.......sesat atau tidak sesuatu ilmu terpulang pada keupayaan individu tersebut memikirkan keberadaan logik dalam kotak pemikiran masing2.
Jadi segala permasaalahan didunia ini sebenarnya telah ditentukan oleh penciptanya........segala niat, gerak ,laku ,cara berfikir, kefahaman, sesat, tak logik, tak relaven, keliru, adalah datang dari yang empunya sifat2 tadi. begitu banyak dalil dan nas didalah hadis dan alquran malah tak kurang juga ahli falsafah terkemuka menyatakan akan keadaaan sosio kemanusiaan dan dunia yg saling mengimbangi diantara satu sama lain.