Nilai matawang
Kebangkitan semula
Kenapa negara penjajah Barat semasa itu mahu semua negara menggunakan mata-wang kertas yang mudah dicetak dengan mudah? Habis semua sistem jual beli berteraskan Dinar dan Dirham ini dihapuskan. Mereka bukan sahaja menjajah ngera Islam tetapi telah merubah semua sistem ekonomi, sosial dan perundangan Islam. Bencinya mereka kepada Islam amat tebal dan apa-apa yang berkaitan langsung dengan Islam akan dipadamnya di dalam 'kamus' kehidupan. Kejahilan mereka telah berjaya diserap masuk di dalam sistem kehidupan ummah Islam. Ummat Islam terus diperdaya dan tertipu oleh penjajah Barat yang mengatakan mereka membawa arus kemajuan tetapi sebaliknya memasukkan unsur penipuan di dalam berurusan dengan masyarakat. Perasan jahat ini telah melumpuhkan hampir semua sistem-sistem Islam yang suatu ketika itu amat maju dan cemerlang tanpa menindas di antara satu sama lain.
Apabila diperhatikan dengan perkembangan semasa, negara barat inilah juga yang telah mempopularkan penggunaan Dinar dan Perak. Mereka begitu aggresif melakukan pencetakan dan penjualan emas dan perak sesama mereka. Kerana mereka tahu hanya emas dan perak sahaja dapat bertahan nilainya berbanding matawang kertas. Semua syarikat pencetakan telah dikuasai oleh mereka sejak sekian lamanya seperti PAMP Suisse. "You have a choice between the natural stability of gold and the honesty and intelligence of the members of governments. And with all due respect for those gentlemen, I advice you, as long as the capitalist system lasts, vote for gold" George Bernard Shaw (1856 - 1950) Kenapakah mereka begitu aggresif mempopularkan kembali emas dan perak ketika ini?
Apakah yang memungkinkan mereka berbuat demikian?
Adakah kita sekali lagi kena belajar penggunaan emas dan perak dari mereka?
Adakah kita ummat Islam sekali lagi kena tunduk kepada sistem dagangan mereka yang mana sistem ini telah lama diamalkan oleh ummat Islam terdahulu?
Emas dan Perak Bullion
Semasa pemerintahan Islam nisbah dinar dan dirham adalah 1 emas boleh membeli 15 perak. Tetapi sekarang nisbahnya adalah 1 emas boleh membeli sebanyak 60 perak. Walaupun kedudukan nilai perak rendah tetapi ia tetap menjadi bahan perdagangan yang diiktiraf. Penggunaan semasa Khalifah Umar Al Khattab
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu" (An Nisa [4] : 29)
Kebangkitan Khalifah Islam - New world order
Beliau menyatakan bahawa ayat yang menyatakan kepatuhan kepada Sultan atau pemerintah adalah menyentuh kepada tujuh perkara:
- Pencetakan Dinar dan Dirham
- Penetapan timbangan dan berat.
- Legal judgments
- Mengerjakan haji
- Mengerjakan solat Jumu'ah
- Mengerjakan solat eid
- Panggilan jihad
Apabila menyentuh persoalan kekhalifahan, adakah kita mesti tunggu dahulu untuk melaksanakannya? Sudah pasti jawapannya tidak. Apa-apa perkara yang boleh dilaksanakan dan ia menyentuh kepada keperluan ummah Islam, maka semestinya didahulukan dan diberikan keutamaan (aulawiyyat). Proses penegakkan Deen yang hanif akan menyelamatkan semua manusia yang berada di dalam sistemnya.
Kitalah yang bertanggungjawab melakukannya... kalau tidak kita siapa lagi.
No comments:
Post a Comment