Thursday, March 3, 2011

masa free untuk merapu



nak merapu skit......

lepas habis kursus ni baru ada ruang sedikit untuk den bernafas dengan tenang........hidup sekarang kengkadang penuh dengan tekanan.....samaada tekanan kerja, tekanan belajar dan tekanan dari cara hidup. setiap tekanan tu pun kita yg memutuskan untuk memilihnya samaada nak cara mudah atau cara yg sukar. semuanya terpulang pada diri sendiri kalau kita rasa hidup ni penuh dengan perjuangan maka kefahaman kita sepanjang hidup adalah berjuang.....sekiranya hidup kita ini adalah untuk bergembira maka kefahaman kita sepanjang hidup ini adalah penuh dengan kegembiraan.

masyaallah ......begitu luas dan melimpah ruahnya rahmat Allah pada makhluknya......setiap manusia punya kefahaman masing2 dan mengikuti serta menganuti fahaman yg sesuai dengan pilihan mereka. kengkadang den berfikir bahawa manusia ini yang membezakan mereka bukan warna kulit atau ras serta bangsa .......yg membezakan mereka adalah kefahaman........kalau didalam alquran mengatakan yg membezakan manusia adalah iman dan takwa.......iman tidak akan datang melayang tanpa ada rasa ingin mengetahui dan menuntut ilmu........ilmu yg dimaksudkan adalah dengan mencari maklumat kebenaran.....dan dalam arus media sekarang maklumat yg didapati lebih banyak cara dan kaedah seperti surat khabar, majalah, buku, internet dan sesama masyarakat. kalau dulu dengan menuntut ilmu dengan bertemu guru2 mursyid, pesentren, sekolah agama, ke gua, dan sebagainya adalah salah satu media untuk mendapat maklumat.

kefahaman tidak akan didapati tanpa dengan adanya ilmu.....dengan ada ilmu sahaja belum cukup untuk manusia itu memahami isi dan intipati ilmu melainkan dengan merasa kemanisan ilmu tersebut.......dan rasa ilmu tidak akan dapat di nikmati tanpa perlaksanaan, praktikal, kelakuan, amali hasil dari tuntutan ilmu tersebut. terpulang pada si pengamal samaada mempraktikkan ilmu mengikut susunan dan turutan sesuatu cabang ilmu atau disiplin ilmu. hingga ada kebanyakan orang menuduh sesuatu displin ilmu sebagai ilmu sesat dan menyesatkan........pada fahaman den ini ilmu tidak ada yang sesat.......sesat atau tidak sesuatu ilmu terpulang pada keupayaan individu tersebut memikirkan keberadaan logik dalam kotak pemikiran masing2.
Jadi segala permasaalahan didunia ini sebenarnya telah ditentukan oleh penciptanya........segala niat, gerak ,laku ,cara berfikir, kefahaman, sesat, tak logik, tak relaven, keliru, adalah datang dari yang empunya sifat2 tadi. begitu banyak dalil dan nas didalah hadis dan alquran malah tak kurang juga ahli falsafah terkemuka menyatakan akan keadaaan sosio kemanusiaan dan dunia yg saling mengimbangi diantara satu sama lain.

No comments: