Monday, May 30, 2011

mimpi pelaburan komoditi



keh keh keh.....bila ingat2 balik mimpi malam tadi gelak betul den......apataknya den telah menghadiri satu seminar pasal keewangan dan pelaburan yg dianjurkan oleh pelabur terkenal mike mellony (gambar atas) seorang pelabur yg berjaya dalam pelaburan komodity.


mungkin dalam beberapa bulan ni fikiran den terlalu tertumpu dengan komoditi hingga boleh dikatakan den akan buat kajian serta laporan2 terkini pergerakan harga komoditi terutama laporan dari si mike ni......hasilnya sampai terbawak2 dalam mimpi...


yang bestnya mike ni bersembang dengan den dan menyatakan kemungkinan harga komoditi akan mula jatuh sekitar tahun 2017......kalau ikut laporan dari pakar2 analisis ekonomi harga komoditi akan menjulang naik selepas 2011......dan kalau dengar dari ceramah2 pakar ekonomi sheikh imran hussein pula harga komoditi mungkin akan jatuh balik dizaman imam mahdi serta nabi isa memerintah dunia......


den ada juga bersembang dengan seorang kawan yg pakar main forex dan telah memnghabiskan masa serta duit dalam membeli ebook , jurnal malah forecast tentang pelaburan ni.......hasilnya beliau ada menjelaskan bahawa harga komoditi sekarang adalah dalam tahap yang mahal dan akan mencapai puncaknya seperti pusingan alam (kehendak Allah) setiap sesuatu yg naik pasti akan turun....begitulah apa yg terjadi dengan pasaran keewangan dan pelaburan sekarang....setiap yang mahal akan menjadi murah akhirnya......


den dok terfikir juga adakah teori kejatuhan harga komoditi dari mike mellony mengambarkan terjadi atau berlaku pada akhir tahun 2017 atau teori doktor mahathir yang mengatakan akan ujud kerajaan yg stabil dan makmur pada 2020 .....tahun 2017 dan 2020 adalah sangat hampir...hanya perbezaan 3 tahun sahaja. dalam pergerakan dari tahun 2010 ke 2020 memakan masa 10 tahun yang kita boleh perhatikan perubahan politik dunia serta sistem keewangan antara bangsa. apakah manusia akan lebih makmur dihujung abad 2020 nanti......kita lihat dan tunggu sekiranya dipanjangkan umur kelak.......adakah kita bakal menyaksikan kemunculan dajjal, imam mahdi, nabi isa dan peristiwa2 besar seperti yang tercatat didalam al-quran dan hadis......insyaalah.

Monday, May 23, 2011

berlatih semula


alhamdulillah mlm tadi selesai pembelajaran latihan lian padukan di tasik puteri setelah beberapa lama poteng disebabkan beberapa faktor yg tidak dapat dielakkan.......

belajar dengan guru dengan berlatih sendiri memang jauh berbeza....bila kita buat jurus atau lian sapa nak tengok?.....walaupun depan cermin.....pada pendapat kita pergerakan tu dah betul dah....tapi bila dapat teguran cfu baru kita tau fungsi pergerakan tersebut semasa menghasilkan buah........cantik lian cantik lah buah......jadi latihan lian ini adalah untuk melatih pergerakan kita spontan dan sejajar dengan kehendak pergerakan buah nanti.....

dah seminggu den amik kerja part time disebuah tapak pembinaan sebelah mutiara damansara.....kerja disana memang mencabar....almaklum ramai pekerja asing dan pekerja tanpa permit terdiri dari vietnam, bangla, indonesia ,china dan pelbagai lagi.....bekerja dalam suasanan yg panas terik dan serba tertekan untuk menyiapkan projek.......harap dijauhkan segala bala bencana dan perkara yg tidak dingini......tetapi setiapkali kaki melangkah seperti ada sesuatu gerak rasa yng menjanakan tahap siap siaga yang amat kuat perlu diambil berat........

walaubagaimanapun apa yg telah dan akan berlaku den pasrah je......kita hanya penerima sebab dan asbab perlu reda dengan apa juga ketentuan........kerana iktikad den tiada bergerak sesuatu zarahpun melainkan dengan izin Allah belaka......

Thursday, May 19, 2011

alam baru



baru- baru ni den dah cuba2 berjinak dengan satu alam baru......alam melihat lilin2 diwaktu malam....he he (candellistik , chart , graf) memang alam ni memberi satu perasaan dan kelainan......seronok.....geram.....berdebar......teruja dan macam2 lagi.......hanya dengan melihat graf itu turun dan naik sahaja......sedar tak sedar sampai pagi.....dahsyat sungguh penangan khayalam alam ni.......


ramai kengkawan yg syak den dah masyuk alam forex.......memang den berminat betul dengan alam ni ......tetapi atas nasihat dari seorang sahabat den pun cuba melupakan dahulu alam tu sementara waktu kerana den dapat jugak merasai kepalsuan disebalik tirai skrin dan graf2 yang memukau. walaubagaimana pun alam tu masih lagi memanggil den dari kejauhan.......


dengan berbekalkan ilmu yg den cari sendiri dari alam maya ni jugak den bermain juga dengan sedara alam forex tetapi dalam bentuk fizikal atau secara zahir orang kata....ha ha. den dulu ada jugak himpit2 ngan tok ketua lanun mintak diturunkan ilmu membaca lilin2 diwaktu malam......oleh kerana tok ketualanun memberi syarat2 yg amat berat lagi mustahil den pun terpaksa menuntut sendiri dengan bertapa didalam gua google dan gua yahoo......hu hu .hasil dari ilham yg ada den pun membuat keputusan dengan bermain alam khayal (accaunt demo) sahaja alam forex ni. nak main betul2 den tak brani lagi almaklum den ni jenis suka banyak blaja tapi tak khatam2.......he he


untuk lebih selamat den cuba applykan permainan zahir sahaja......sekurang2nya kalau jatuhpun den masih ada lagi benda yg boleh dipegang.......


ok kengkawan den tau alam ni hanya memikat mengikut musim sahaja.....esok lusa den rasa den akan boring juga dengan alam ni.........bila sampai satu musim lain maka kecenderungan kearah permainan lain pula..........den serah segala urusan den pada Allah.......untung rugi den tak tau.......bijak pandai pun den tak tau.....den hanya pemain yg bermain didalam satu permainan yg telah ditentukan ..........