keh keh keh.....bila ingat2 balik mimpi malam tadi gelak betul den......apataknya den telah menghadiri satu seminar pasal keewangan dan pelaburan yg dianjurkan oleh pelabur terkenal mike mellony (gambar atas) seorang pelabur yg berjaya dalam pelaburan komodity.
mungkin dalam beberapa bulan ni fikiran den terlalu tertumpu dengan komoditi hingga boleh dikatakan den akan buat kajian serta laporan2 terkini pergerakan harga komoditi terutama laporan dari si mike ni......hasilnya sampai terbawak2 dalam mimpi...
yang bestnya mike ni bersembang dengan den dan menyatakan kemungkinan harga komoditi akan mula jatuh sekitar tahun 2017......kalau ikut laporan dari pakar2 analisis ekonomi harga komoditi akan menjulang naik selepas 2011......dan kalau dengar dari ceramah2 pakar ekonomi sheikh imran hussein pula harga komoditi mungkin akan jatuh balik dizaman imam mahdi serta nabi isa memerintah dunia......
den ada juga bersembang dengan seorang kawan yg pakar main forex dan telah memnghabiskan masa serta duit dalam membeli ebook , jurnal malah forecast tentang pelaburan ni.......hasilnya beliau ada menjelaskan bahawa harga komoditi sekarang adalah dalam tahap yang mahal dan akan mencapai puncaknya seperti pusingan alam (kehendak Allah) setiap sesuatu yg naik pasti akan turun....begitulah apa yg terjadi dengan pasaran keewangan dan pelaburan sekarang....setiap yang mahal akan menjadi murah akhirnya......
den dok terfikir juga adakah teori kejatuhan harga komoditi dari mike mellony mengambarkan terjadi atau berlaku pada akhir tahun 2017 atau teori doktor mahathir yang mengatakan akan ujud kerajaan yg stabil dan makmur pada 2020 .....tahun 2017 dan 2020 adalah sangat hampir...hanya perbezaan 3 tahun sahaja. dalam pergerakan dari tahun 2010 ke 2020 memakan masa 10 tahun yang kita boleh perhatikan perubahan politik dunia serta sistem keewangan antara bangsa. apakah manusia akan lebih makmur dihujung abad 2020 nanti......kita lihat dan tunggu sekiranya dipanjangkan umur kelak.......adakah kita bakal menyaksikan kemunculan dajjal, imam mahdi, nabi isa dan peristiwa2 besar seperti yang tercatat didalam al-quran dan hadis......insyaalah.
No comments:
Post a Comment