kata-kata hikmah dari alquran dan hadis: Dan diantara nikmat tuhan mu yang mana satukah kamu dustakan......dan pada diri mu mengapakah kamu tidak perhatikan......sebaik-baik perkara adalah ditengah-tengah.......
Monday, May 23, 2011
berlatih semula
alhamdulillah mlm tadi selesai pembelajaran latihan lian padukan di tasik puteri setelah beberapa lama poteng disebabkan beberapa faktor yg tidak dapat dielakkan.......
belajar dengan guru dengan berlatih sendiri memang jauh berbeza....bila kita buat jurus atau lian sapa nak tengok?.....walaupun depan cermin.....pada pendapat kita pergerakan tu dah betul dah....tapi bila dapat teguran cfu baru kita tau fungsi pergerakan tersebut semasa menghasilkan buah........cantik lian cantik lah buah......jadi latihan lian ini adalah untuk melatih pergerakan kita spontan dan sejajar dengan kehendak pergerakan buah nanti.....
dah seminggu den amik kerja part time disebuah tapak pembinaan sebelah mutiara damansara.....kerja disana memang mencabar....almaklum ramai pekerja asing dan pekerja tanpa permit terdiri dari vietnam, bangla, indonesia ,china dan pelbagai lagi.....bekerja dalam suasanan yg panas terik dan serba tertekan untuk menyiapkan projek.......harap dijauhkan segala bala bencana dan perkara yg tidak dingini......tetapi setiapkali kaki melangkah seperti ada sesuatu gerak rasa yng menjanakan tahap siap siaga yang amat kuat perlu diambil berat........
walaubagaimanapun apa yg telah dan akan berlaku den pasrah je......kita hanya penerima sebab dan asbab perlu reda dengan apa juga ketentuan........kerana iktikad den tiada bergerak sesuatu zarahpun melainkan dengan izin Allah belaka......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment