Thursday, July 28, 2011



pagi ni hujan lebat btul.......agaknya lepas subuh hujan start turun......bila makin tarik selimut makin sejuk plak.........dalam dok dengar hujan turun tu......teringat plak pesan orang tua2........masa hujan lebat ni kalau munajat apa2 doa senang makbul.......kene plak turun tu waktu pagi jumaat diakhir bulan syaaban........memang banyak keberkatannya...........wallahualam.........komdian terlintas plak .........nak mintak apa lagi........semua dah ada........mintak mende yg tak ada takut tak terpikul plak nanti.......syukur je ler.........dalam dok berangan2 tu tertido balik......keh keh........penghujung pegi kerja lambat ler jawabnya.........dekat pukul 9 baru sampai opis........komdian pagi ni ada pulak majlis tahlil sempena menyambut ketibaan pelatih baru dan bulan ramadan.........den tengok dari perspektif positif je.......lepas habis bacaan yassin ada makan2 ala2 kg.......dah lama rupanya tak makan sekali dengan member2 satu tempat keje walau opis dekat2..........ni semua rahmat Allah...........nikmatnya berlimpah ruah..........muga ketibaan bulan puasa nanti akan memberi barkah seperti yg dijanjikan. keh2 komdian terdetik plak kata hati.....ish2 tiap2 saat ada barkah ko je tak sedo2.......aduhai....padan ngan muka den........

Wednesday, July 27, 2011

kebatinan

lakaran artis wajah sabdo palon

bila den fikir2 dalam ilmu kebatinan atau ilmu2 kebolehan luar biasa atau ilmu kuno akan kembali kepada watak2 seperti sabdo palon, syeikh siti jenar, dan syeikh kali jogho.

den mula tergerak hati nak menuntut ilmu2 ni bertujuan untuk menanggani atau berhadapan dengan masaalah mende2 halus, bila nak start hati mula takut, waham , curiga sebab kalau tersalah pilih boleh terjerumus kepada pihak yg bukan sepatutnya..............dan den mula berfikir2 dipihak dan puak mana den berada........den mohon pada Allah akan letakkan den dipihak yg dia redai.........dan minat untuk belajar mende2 batin ni ditangguh dulu kerana tak lengkap lagi asas agama....... (kadang ubat segera sembuhnya memberi kesan sampingan pada jangka panjang berbanding ubat yg lambat sembuhnya kurang atau hampir tidak memberi kesan sampingan pada jangka masa panjang)..............hu hu
semalam dapat target baru........hasil dari maklumat dan risikan seorang sahabat .......n pi survey dlm pkl 6-7 petang........lepas magrib apa lagi buat operasi ler...........pegh memang lega mlm tadi.......toche cfu n arigato gozaimast......pada yg mereka2 yg terlibat dibelakang tabir......he he

Monday, July 25, 2011

ilmu dan masaalah

didalam masaalah ada tersembunyi ilmu dan dengan ilmu pula kita cuba untuk menyelesaikan masaalah.....siapa yg mahu menghadapi masaalah akan memperoleh ilmu dan siapa yg lari dari masaalah akan kehilangannya........mungkin ini yg dikatakan hikmahnya......setiap sesuatu itu ada buruk baik........balance bak kata orang jawa....

dalam menghadapi saat2 bergolak ni den dapat macam2 pengalaman baru yg kadang maleh juga nak tulis kat sini......tapi oleh kerana blog den ni telah diberi amaran bahawa ia penuh dongeng dan khayalan jadi rasanya tak salah kalau den tulis buat penyedap rasa......hu hu

antaranya den dah rasa (perasan) boleh tarik entiti walaupun dia lepak mana2 tempat......mempelbagaikan jurus ikut versi mana yg kita terfikir atau ilham sendiri.........memasukkan mende2 tu dalam botol...kasi compres...mampat dan membentuk ikut kehendak kita......n sampai satu tahap den berfikir dan membuat kesimpulan sendiri yang tenaga dalam ni dah macam formula seperti :

jurus = gerak + niat + tenaga

atau pusing2 mana2 maksud tu dia kan jadi keseimbangan formula tu sendiri.......ha ha

atau nak lagi mahir makrifat dinasihatkan rajin2 tengok kartun.....naruto, ultramen, dragon ball dan sewaktu dengannya.....keh keh keh

Friday, July 22, 2011

musim menyerang



Den sedang guna kaedah lian dalam minggu ni…….attacking is the best defend…….hu hu….…..tak
bagi can langsung………bermula dengan tampilan omak den masa kat hospital……..orang
tua berambut putih abis…..lepas ditanya tak nak jawab……terus kene henjut……zas
sekali……kasi masuk dalam botol……..lepas buat pagar den terus ke rumah bapa
angkat dicheras……..dalam 2-3 minit sesi sembang2 kosong den minta kebenaran
untuk zas……sebab anak buah dah nampak simpulan tali hitam dekat kaki mak angkat……..zass
sekali n masuk dalam botol……..kemudian tarik mana2 yang tinggal dalam sendi…….dia
dapat kaedah tarik tu masa berubat dengan sorang ustazah di tasik puteri…….komdian
dapat pulak kaedah yg diajar oleh penghulu bunian di sg serai……..ah layan je
ler.





Komdian lepas tu den periksa semua bilik banyak plak tu
almaklum 3 tingkat………anak semua dah kahwin….tinggal 2 orang je tu yg banyak yg
menumpang……..masuk bilek pertama ada nenek kebayan zass sekali masuk botol……masuk
bilek kedua ada makhluk hitam 2 ekor zass n masuk botol…….komdian masuk bilek
atas zas lagi 2 ekor….n last sekali kat bilek bawah ada rupa budak macam kene
tikam berlumuran darah agaknya ni mende yg orang dengki hantar bagi omak angkat
den tak boleh berjalan……..tak sampai hati nak zas……masukkan je dalam botol ……….dah
abih zas anak buah bagi tau kat atas syiling ada harimau putih…….tergerak hati
den untuk tak zass…….sebab mungkin saka keturunan dulu2 milik bapa angkat……….mungkin
dia nak jaga kot….tapi kalau jaga takan tak bleh settle mende ni……..ah biarkan
dia dulu……….lepas buat pagar 4 penjuru…….den minta diri untuk balik sebab anak
buah ada class tambahan mlm nanti.





Minggu kedua den ajak anak buah pergi opis den…..masa tu
staf2 ada lagi…..oleh kerana anak buah ni masih kira bawah umur den bagi pensel
color n suruh dia lukis2 kat kertas berlakon jap….he he……..ada ke dia lukis
gambar hantu kat bawah meja den……den pun buat cool je…..siap kau lepas ni……..bila
sampai pukul 5 kengkawan dah balik den siap2 untuk zass………lepas zass den tanya
apa ko buat sini….dia kata lepak2 je……mana boleh dah lama dah ko lepak sini……
siapa yang hantar!!!....dia kata ada satu mamat tu….siapa den tanya dia tak nak
jawab……ok zass lagi komdian kasi masuk dalam botol……..bila chek hampir semua meja
dibawahnya ada makhluk tu……….den dah bagi amaran sebelum tu jangan lepak tempak
den depa lepak jugak……bila pikir2 malas plak nak zass……sebab meja depa…….selama
ni pun kengkawan ni asyik buli den je……..den pun biarkan makluk2 tu lepak situ
janji jangan kacau den………masuk bilek darjah tengok ada satu makhluk besar
tinggi syiling…..den rasa selama ini yg rasa seram dan terasa ada lintasan
mungkin mamat ni…….tapi oleh sebab dia tak lepak dekat meja den den pun tak
jadi nak zass……..den kata tak pe lah buat sementara ni…….esok kalau dia buat
hal…..kita zass dia.





Lepas operasi di office den telpon kak long dikepong untuk
rawatan…….dia kata ok dah standby……sampai dirumah anak buah dah dapat kesan ada
mende tanam di dalam halaman…..den pun zass…….n masukkan mende tu dalam botol…….ada
orang tanam macam patung dan daging busuk (mende ghaib)……….komdian buat operasi
kat dalam rumah………zass……zass…..zass…….1 ekor makhluk hitam berbulu………..nenek
kebayan……anak jin dalam stor……semua dekat 5 ekor…….komdian zass plak yg
tempelan pada kakak ni…….dia ni dah lama kenek kenser …….bila lepas buat
operate bukan makin ok tapi makin teruk……gerak hati den memang kakak den ni
kene sihir……tak pe den zas ada 5 ekor lepak kat belakang……….bila nak keluarkan
dari badan anak buah ni plak tolong buat den tak reti sebab tak de rasa mende2
tu…….komdian den zass plak abang ipar den ni………mendenya hitam tinggi………tapi
bila nak tarik keluar payah plak ……..degil……2-3 kali tarik n tahan napas baru
dapat sumbat dalam botol……..Lepas minum2 petang tu kami minta diri untuk balik.





Balik rumah den puas hati walau pun penat giler banyak
keluar tenaga…….anak buah pun macam tu……kadang dia sampai pitam dok dikerjakan
mende2 tu……….alang kepalang kene sihir n ancaman makhluk halus ni den rasa biar
den amuk satu family…….apa nak jadi den tak kira……dah lama dah ancaman ni den
kene 1 family den je buat dek………..kali ni pantang den dapat maklumat ada
tempelan atau dampingan pada keluarga den kerjakan cukup2………hidup mati biar
Allah je yang uruskan……den nekad dan serah padanya.



Thursday, July 21, 2011

roh gentanyangan....

gambar hiasan je

dah hampir jadi tugas rutin plak setiap kali balik dari opis mesti kene buang entiti dan botol ke sungai setiap petang......kadang naik bosan juga tetapi tu lah setiap sesuatu tu mesti ada hikmah......

den nak cerita tentang roh gentanyangan yg terjadi semalam......bila balik mini dan anak buah dah tangkap beberapa entiti termasuk yg dalam badan......mini pulak dakwa dah boleh kesan makhluk2 ni dengan ada kejutan bila tersentuh depa.......dan anak buah ni plak bila mengamati lama2 baru boleh perasan keujudan makhluk2 tu.
ada satu makhluk tu merupakan diri seperti roh budak mati kene bunuh.....den pun cadang untuk alihkan berasingan dengan makluk2 jahat yg lain kesian plak dia bercampur skali dalam botol.......den pun minta anak2 sedekahkan alfatihah untuk budak tu dan cuba berdialog dengannya......kenapa datang sini.......siapa nama....pasal apa kene bunuh n banyak lagi.......bila sudah disedekahkan alfatihah baru dia nak bercakap........dia datang sebab tengok ramai kanak2 perempuan (anak2 den main anak patung)....dia tak tahu dari mana asal.......nama dia siti nur @@@@@ mati kene bunuh dek tiga budak india (mungkin juga kene rogol sekali)......mayatnya tak tahu kat mana......duduk diflat dan tak tahu nama flat tu......den kasihan juga dengar cerita budak tu.......anak den yg no 2 siap nangis2 lagi bila dengar.......den cakap kalau kesian hadiahkanlah alfatihah buat budak tu.......beberapa lama kami baca anak buah cakap terdapat perubahan pada budak tu.....darah dah tak de lagi pada badan dia.....dan dia minta kalau malam ni dihadiahkan bacaan yasin pada rohnya.......kami pun akur je lah.....

petang tu jugak den ambil botol2 tu untuk buang disebatang sungai di kuang.....nak hantar jauh2 dah tak larat sebab kadang kene buat sampai 2 trip melayannya. yg roh budak tadi den lepaskan ke masjid kg permata he he........den nasihat roh tu duduk lah dimasjid sementara menunggu akan ada seseorang yg akan menunjuk jalan pulang......kene reda dan terima ketentuan Allah apa yg berlaku pada diri........bila dah reda dengan ketentuan Allah maka akan mudah untuk jalan pulang........sambil cakap2 tu den macam nasihat diri den jugak...........sepanjang perjalanan tu macam2 den ceramah kat roh tu muga dia dengar nasihat den yg tak seberapa ni...........selebihnya den serahkan pada Allah untuk menentukan.......

Monday, July 18, 2011

berdialog dengan jin

blog aku ni dah jadi macam misteri nusantara.......he he layan je ler...

semalam waktu nak buang botol yg mengandungi entiti.........sempat berjumpa pula dengan seorang jin yg berpakaian seperti pahlawan melayu disungai serai.......berbaju biru, bertanjak dan berkeris......salam kami dibalas dan bermulalah dialog kami.....

-assalamualaikum tuk...

-waalaikum salam...

-tuk minta maaf kami nak tanya kenapa banyak sangat ancaman toyol disini? tidak ada ke yg menjaga di kundang ni?

-dikundang memang tidak ada.....tetapi di kg ini ada 3 orang yg menjaga....

-siapa punya angkara tuan punya toyol2 ni tok?

-kamu cari didalam ladang getah.....nama nya k........

-kalau mahu masuk perlu ada 10 orang kerana orang itu hebat, tuk tak dapat tolong kerana tok hanya diamanah kan untuk menjaga kg ini sahaja.....

-baik tuk terimakasih assalamualaikum...

-waalaikum salam

sewaktu membuang botol2 tadi kesungai anak buah tadi melihat beberapa pahlawan melayu yg setinggi pohon kelapa .........den pun bagitau anak buah untuk menyapa mereka dan bertanya beberapa soalan.

-assalamualikum tuk....

-mualaikum salam.

-tok kami minta maaf nak tanya kenapa banyak sangat ancaman toyol ditempat kami kenapa tidak ada yg menjaga dikawasan kundang ni?

- tempat kamu memang bukan kawasan kawalan kami......tetapi kalau perlu bantuan boleh panggil kami.

-bagaimana nak panggil datuk dari jauh?

-kamu #@#@#@#@#@#@#@#@@

-siapa punya angkara ni tok?

-namanya #@#@#@#@#@

-baik tok terima kasih assalamualaikum

-waalaikum salam
(jin pahlawan tersebut dikatakan setinggi pohon kelapa seramai 5 orang)

den pun dok pikir2 mengapa sampai memerlukan bantuan jin untuk menghadapi masaalah ini.......kita adalah khalifah dan sebaik2 kejadian maka kitalah perlu menghadapi semua ini.......baik masaalah dialam kita mahunpun masaalah dialam mereka......dan den teringat suatu ayat yg antara maksudnya .......ada beberapa kaum lelaki menemui beberapa kaum jin untuk meminta perlindungan .......maka ia hanya menambah kesombongan jin tersebut dan tidak memberi apa2 keuntungan pada kaum lelaki tadi......

wallahualam.

nasihat sang pendita....

baru2 ni den bercuti lagi........dan kebetulan sebenarnya family den buat majlis kenduri arwah dan menyambut bulan zulhijjah di kalumpang resort tg malim. hati den sebenarnya agak tawar juga nak kemajlis tu kerana masaalah dirumah tak selesai lagi....poket plak tengah kering dek serangan toyol yg menjadi2........tetapi oleh kerana ini adalah majlis keluarga dan kehadiran nanti akan menceriakan wajah orang tua den gerak juga kesana bersama family.....sambil2 itu dapat melupakan sebentar masaalah yg menimpa dan melihat2 serta menikmati keindahan, kehijauan hutan belantara.


rupa2nya memang ada hikmah.....disini den dapat berkenalan dengan seorang bekas kiyai yang pernah mengajar disebuah psentren jawa timur........namanya biarlah den rahsiakan........orangnya cukup merendah diri malah amat sukar kita melihatnya seperti ada ilmu jika tidak dicungkil beberapa soalan ........beliau adalah salah seorang pekerja tukang sapu diresort ini dan telah bekerja hampir 5 tahun.......dan memang menjadi tempat rujukan dalam bab2 agama pada pekerja resort yg berasal dari indonesia......


apabila ada kesempatan berbual hingga dinihari den ada juga meluahkan masaalah padanya....hanya mengumpankan soalan berkaitan cara menangkap toyol.....tetapi jawapannya beliau bukan terhadap masaalah tersebut secara khusus tetapi lebih menyeluruh kepada peribadi.........


antara nasihatnya........

pak ......sudah lama parangnya tidak diasah.......besi itu kalo sudah lama tidak disentuh dan diasah akan bisa tumpul dan mengarat........begitu jugak diri kita........harus ada usaha kearah itu.......untuk mendapatkan ikhlas juga begitu perlu usaha........semuanya perlu ada jalan usaha dan istiqomah......istiqomah dalam beramal dan jangan dicampur2 dintara air dan minyak kerana berbeda sifatnya.........nah sesuatu kejadian itu ada hikmahnya yg tersendiri........jadi ingat kembali apa yg telah dipelajari dahulu.....amalkan kerana ilmu tanpa amal sia2 pak..........

sesuatu yg halus tidak boleh ditanggani dengan cara kasar atau dijurus dsbgnya...........nasihatinya dahulu.......mereka juga butuh ketenangan dan perhatian..........menyiksa dan membunuh bukan cara kita orang islam........agama itu adalah nasihat menasihati.........maka nasihat dahulu........walaupun mereka kalangan jin dsbginya..........jika mereka menggangu juga mintalah perlindungan dengan Allah.......bukan dengan cara menjurus dan membakar..........sabarlah pak kerana sabar itu separuh dari iman.


dan bila den balik kerumah masih terngiang2 nasihat yg mendamaikan dari pak kiyai ........terima kasih pak

Thursday, July 14, 2011

mengasah jurus bersama keluarga.....

semalam entiti2 tu masuk lagi........bila dah banyak sangat masukkan juga dalam botol.......entah manaca mana ada idea untuk berlatih jurus reramai sambil tengok apa kesan pada hantu2 tu.....
kesian depa disesah beramai2 sambil melihat jurus mana yg berkesan......tapi yg heran dah kena pancung pun depa boleh cantum balik........memang parah ler.....
antara jurus yang dapat dikesan berdasarkan isim......
isim bismilah : jurus cahaya biru
isim lakadjaakum : jurus cahaya putih
isim ya hayyu ya kayyum : jurus cahaya putih + purple skit
isim hazihi jahannam : jurus cahaya putih + orenge skit

Wednesday, July 13, 2011

bila isteri dah pandai menjurus....

he he ......kisah ni makin melucukan dan mengarut sambil tersirat sesuatu yang merbahaya........memang sikap den kadang suka ambil sikap sambil lewa atau acuh dan tak acuh dengan sesuatu permasaalahan........atau senang cerita malas amik serius sangat........kalau dah faham bahawa semuanya telah dirancang didalam perancangannya......tak payah ler pening kepala walaupun kadang sakit kepala mungkin disebabkan migrain atau banyak kolestrol dalam darah hu hu.......
mende ni terjadi bila den ajar anak mini cara nak defend kalau den tak de rumah....den pun ajar le basic cara pagar rumah n jurus asas untuk attack entiti dan makhluk halus yg jahat. malam lepas isyak den suruh depa buat praktikal pagar 4 sudut rumah sebelum tido.......bayangkan anak den baru 6 tahun pun den kerah tahan napas sambil baca ayat bismillah 21 kali.....sampai semput budak tu.........den pun dah lama tak praktik mende2 ni last sekali pun den pakai masa sekitar tahun2 1997 dulu sewaktu ancaman hanturaya di mersing.....dah lama sangat dah......dan kemungkinan benar seperti kenyataan dari seorang sahabat........kalau tak jadi mende2 ni tak de la keluar balik jurus2 ni.........den pun dapat blajar skit2 je dari beberapa kenalan n komdian upgredkan dengan bacaan dari buku2 serta komik.....ya jangan tak percaya ......kadang ilham tu datang dari komik jugak.......lucu2 gak tapi ye lah.......camana nak makrifat cahaya kalau tak pernah tengok cerita dragon ball, ultraman dan lain2!!!! he he
masa den kat hospital sewaktu melawat ibu terlantar diwad ampang puteri.......isteri mengadu kakinya seperti dirantai......bila anak buah sampai katanya ada seperti simpulan tali besar pulak......dan sianak buah tadi berjaya pula merungkai serta memasukkannya didalam botol.......bila memeriksa keliling rumah terperanjat pula dia apabila melihat satu lembaga seperti ular tedung mengancam dari arah dapur........isteri cepat2 telefon den minta bantuan.....den kata cuba la apply jurus yg den dah ajar malam tadi.........apalagi dah macam cerita naruto sipunden ler........mereka berlawan cara jurus menjurus dan menagkap beberapa makluk halus dan dipindah kan kedalam botol.........dulu masa tak pandai 1 botol untuk 1 entiti.......sekarang dah pandai skit jadi dapat ler sumbat 4-5 ekor masuk dalam satu botol.......yang paling besar sekali ular tedung selar tu dapat dimasukkan dalam balang biskut coz saiznya yg panjang. bila den sampai rumah tugas den hanya tolong buang je........dalam fikiran den mini den ni makin macam2 ha ha
lepas sembahyang magrib esoknya den bincang2 dengan bini dan anak2 depa pertikai kenapa bila dah dipagar mende2 jahat ni still boleh lagi masuk?........tak cukup power ke atau kaedah yang dibuat salah........den cakap ni semua kerja Allah .......bukan kuasa kita.......kalau Allah dah perkenankan jin2 boleh masuk kita tak punya kuasa apa2........jurus 7 petala bumi ka petala langit ke...perisai besi ka......perisai cahaya ka ....tu semua serah balik pada Allah.......kalau kita fikir kita ada Kuasa........mana mungkin kita kene ujian ni semua.......ini semua hikmah untuk kita terima dan lebih terbuka dengan dunia mistik yg selama ini kita lansung tak ambil peduli.........dan sekarang kita lebih yakin bahawa makhluk2 ni semua ujud dan ancaman mereka nyata.......dan sepatutnya keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah lebih tinggi........amin

Monday, July 11, 2011

gost buster 2 dan kg bunian....

gambaran rupa kg @istana bunian



den masih melayani alam makhluk halus ni........kadang rasa bosan juga kerana tak dapat memenuhi masa lapang dengan Fb serta tengok candlelistik chart dekat metatrade 4 atau graf kitco........tapi ni pengalaman baru dan melibatkan faktor materi kene ambil jugalah perhatian dan ada satu masa sampai mengancam nyawa mini dirumah digigit makhluk berbulu setinggi syiling .


semalam den berperang lagi......kali ni ancaman yg datang sebelum den sampai dipintu rumah lagi dimana anak sedara yg mempunyai kelebihan telah melihat hantu setinggi syiling menggigit mini......dan isteri yg tidak berkemampuan untuk berlawan dengan makhluk ghaib tersebut hanya mampu meminta bantuan dari anak kecil tadi.........beberapa minit telah berlalu dan anak buah tadi tergamam untuk memulakan tidakan kerana selama ini dia tak tahu apa2 hanya boleh melihat sahaja.......setelah beberapa lama bertarung akhirnya mereka tewas dan dimasukkan kedalam botol untuk dibuang.

semalam juga den berpeluang memerhati kg bunian dari jauh yg lokasinya dan jangkaannya tepat seperti yg den mimpi beberapa tahun dulu. hanya den menunggu masa untuk berdialog dengan mereka jika ada rezeki kelak.

dan akan tiba juga masa dimana den akan gunakan falsafah lian.......menyerang lebih baik dari bertahan........selama ni den dok bertahan je.........sampai bila?


nak percaya tak percaya layan jugak.......disamping den memerhati dari perspektif makrifat.......ini semua kerja dan afal Allah .......suka atau tidak......mahu atau tidak.....kene reda dengan apa juga ujian dan cubaan . inilah dia kehidupan, tanpanya hidup ini tidak bermakna.

Sunday, July 10, 2011

operasi gost buster....

den tengah buat operasi pembasmi hantu .........antara species2 yg telah berjaya ditangkap dalam rumah bermula hari khamis hingga ahad.......




hantu gondorowo betina lebih 2 ekor 1 ekor jantan lebih tinggi sedikit....dulu den pernah dapat mimpi mamat ni kacau ingat mainan tido je.......rupa2nya memang nak mintak port n kewargenagaraan......sori beb.....dengan kastam bleh le kawtim.....dengan den sori. dihantar untuk tujuan balas dendam dan nak dapat info kemana pergi toyol tuannya yg telah menghilang





toyol dekat 5 ekor.....tinggi tak sampai 1 kaki je n warna gelap......import indon mari so bertangkal.......last2 kantoi gak kene sesah......nak kasi dia kaku sembur je dengan air yasin n ayat kursi 313 x.....yg susahnya suruh zahirkan balik duit yg dia ambil tak nak pulak dia.........walaupun dah nampak duit tu dalam alam dia.


hantu bajang ni orang punya maleh nak bela agaknya kene tangkap jugak.....jenuh gak nak kasi masuk dalam botol sebab dia ni tinggi skit n jantan......kene sesah dengan kayu tas baru dia ngalah






ular siluman antara yang paling sukar n seram nak masukkan dalam botol atau balang besar.......dihantar untuk repeat attack......berbatik hitam.....lepas kene siram dengan air yasin n rembat ngan kayu tas terus lebik........jenuh nak tarik sampai kebas tangan kanan........


entah bila den nak main2 dengan alam ni....tak tau.....pandangan den ni semua rezeki........apa yg ada hadapi je dengan reda dan syukur......n terima kasih bebanyak kepada tok lanun atas nasihat n tunjuk ajar......









































Saturday, July 9, 2011

dalam mode perang.................

Friday, July 8, 2011

toyol counter attack

gambar diatas adalah gambar sebenar yang diambil pada entiti yang disyaki mencuri duit selama ini.........den sebenarnya malas nak mengaibkan makhluk ni tetapi atas alasan makhluk tersebut telah menceroboh hak den maka terpulang pada den untuk menghukum kembali makhluk ini buat pengajaran pada makhluk2 yg berniat sama..........garisan lam terpaksa dibuat bagi memastikan makhluk tadi tidak keluar mengikut kefahaman ilmu den........selebihnya den serahkan pada Allah untuk mengadili dan diadili seadil2nya..........;D
kisahnya bermula begini.......jeng2
dalam pukul 3.30 petang mini den telefon dengan suara yg amat mencemaskan.......awak ada kat mana?......saya kat opis la nie.......ni ha saya tengan tangkap toyol dengan anik ni......katanya.....aaaaa? jawab den dengan melopong.....teror sungguh mini aku ni pandai plak tangkap toyol........mini den ni terkenal dengan kuat semangat......dan memang ada keturunan bidan belah mak dia.........kalau takat gelap2 skit dia memang tak takut.........tapi bila dia buat operasi tangkap toyol ni memang perkara yg amat melucukan dan menghairankan........tapi dia bukan buat seorang dia dibantu oleh seorang anak buah yg memang berkebolehan melihat mahkluk halus......dan dia mendapatnya dengan tidak dengan belajar......gifted ....kata orang jawa.......masa tengahari anak den ni gelisah sangat macam2 dah buat baca yasin, surah albaqarah, kursi.........last2 dia telefon anik mintak bantuan.....agaknya bila dah abis takut jadi tukar geram......ye lah dah ler duit hilang lepas tu mengacau anak plak tu........bila dah jadi macam tu dia minta anak buah kesan dimana kedudukan entiti2 tadi dan dengan sebatang kayu tas yg den beli dari seseorang mereka memaksa tayol2 tadi masuk kedalam botol.....yg kelakarnya plak nak pulak toyol tadi masuk......mungkin setelah lemah n cedera disebat dengan kayu tas n ayat2 suci.........dekat 5 botol semuanya dan dua darinya adalah dikenalpasti sebagai toyol dan 3 lagi dikenali sebagai bajang dan pengganggu budak.
setelah berjaya memaksa makhluk tadi masuk mereka pun mengumpul botol2 tadi diluar rumah......sambil menunggu kepulangan den.......dalam pukul 5.30 den pun sampai.......sepanjang perjalanan den tersenyum n kekadang rasa geli hati gak.......nak kata tak logik pun ye....nak kata macam kelakar pun ada......ye lah pemikiran den ni masih berprinsipkan fizikal lagi.........susah nak percaya mende2 halus ni..........jadi bila dah jadi macam ni layan je ler....he he
setelah berbincang dengan keluarga dan bantuan kengkawan serta cfu den mengambil keputusan untuk membuang je penceroboh2 tadi di sungai batang berjuntai......lebih kurang 10 km dari rumah dan menempuh 3 batang sungai.......ikut akal n adat rasanya mereka sukar nak kembali kerana telah merentas 3 sungai........kalau balik pun mau sesat jalan.....he heh
masa sampai tepi sungai tu den mintak anak buah tadi berkomunikasi dengan makhluk2 mangkok hayun tu......minta diserahkan kembali duit den atau den mengucapkan selamat jalan romeo.........2 minit berlalu dan tiada tindak balas........maka berlangsunglah pelupusan beramai2 disaksikan oleh seorang pemancing cina yg kehairanan........sempat juga sembang2 dengan cina tu sambil menceritakan pengalamannya menaikkan patin seberat 2-3 kilo seekor........oleh kerana hari nak lewat petang den terpaksa bergegas pulang kerana firasat den rasa tak sedap berada lama2 dikawasan tu.........banyak makhluk sejenis depa yg tak puas hati dengan tindakan den..........dan anak buah plak ada kelas malam plak ...........sepanjang perjalanan balik den berbual dengan anak buah tadi yg memang berupaya melihat makhluk2 halus seperti penjaga kuil dan hantu2 sepanjang jalan..........malah niat untuk singgah dirumah toklanun pun terpaksa dibatalkan kerana hari dah maghrib.
kesimpulannya den rasa terharu kerana bantuan Allah dengan menghantar seorang anak buah berumur 12 tahun je menangani masaalah toyol ni......walhal sebelum ni den beranggapan hanya orang2 yg arif ilmu jin je boleh menanggani ancaman makhluk halus........sambil2 tu den dapat idea gak kalau boleh buat squad tangkap hantu dengan bantuan mini dan anak buah.......mau gempak seantaro dunia.........komdian sekali cas ikut jumlah botol......1 botol rm 100 kalau 100 botol dah berapa...........pegh masyuk.........n money back guarented lagi........hu hu
semua ni pada den adalah ujian dan lumrah hidup agar lebih matang dan reda dengan apa juga yg dihadapi..........sebab tanpa semua ini tidak bermakna kehidupan.........semuanya mempunyai pengajaran dan hikmah...........ambil mana yang baik dan tinggalkan yg buruk..........dan yg bagusnya anak den lebih rajin mengaji dari sebelumnya........he heh

Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan Bersih yang belum tentu bersih


Perhimpunan bersih ini dijangka akan diadakan di kl pada 9 hb jun 2011 atau esok sabtu........den just nak ingatkan diri n kengkawan kalau boleh jangan libatkan diri dengan perhimpunan ni....kalau nak pi jugak terpulanglah.......sebab kalau dikaji ....lebih banyak buruk dari baiknya........memang kita rasa terpanggil untuk buat perubahan pada dasar dan perlaksanaan kerajaan sedia ada.......kita juga perlu ambil kira faktor risiko terhadap keselamatan awam, kesan terhadap imej negara, ekonomi, ancaman provokasi negara luar dan musuh2 negara.......semua perlu diambil kira.......jangan diikut dengan semangat perjuangan sebelum tahu matlamat dan sejarah serta latarbelakang pendokong perjuangan.........dunia tidak perlu menafikan semangat dan keberanian askar gurkha.......tetapi tanpa kebijaksanaan mereka digunakan pula oleh british untuk mengembangkan empayar mereka.......sang harimau dan singa malah gajah sendiri adalah antara haiwan yg digeruni kerana kekuatan dan kegagahannya tetapi akhirnya lemah layu hanya dengan cemeti ditangan manusia.........ingatlah hanya dengan akal yg Allah taala kurniakan mampu menjadi kekuatan yg hebat dan dianggap khalifah didunia ini.........janganlah terperangkap dengan provokasi2 asing yg memang cemburu dengan keupayaan negara kita........den bukan bercakap bagi pihak kerajaan sebab selama ni pun den tak pernah dibayar walau 1 sen pun dalam blog ni........den tak minta upah pun.....tapi atas dasar sayangkan agama, bangsa dan negara den mintak mereka2 yang diluarsana fikir 2-3 kali sebelum berhimpun kalau boleh fikir 20-30 kali he he.........jadi kan sejarah yg tersurat dan tersirat dalam tindakan kita.........bukan dengan janji2 kosong parti atau individu tertentu yg mahukan keadilan seadil2nya........perlu diingat nafsu manusia tidak pernah akan puas.......kalau dah adil dia akan nak adil lagi......dah bagi adil abih dan dia akan nak adil lagi sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai.......

bila den melihat yang bakal turun nanti adalah majoritinya adalah kalangan orang melayu........rata2 orang muda dalam parti pkr serta pas.......anggota keselamatan pula adalah kalangan orang melayu terdiri dari polis dan tentera.....sekiranya sesuatu perkara yang kurang baik berlaku apa agaknya yang terjadi?........dan kita dapat melihat pendokong2 nya dari kaum lain tersenyum sambil bertepuk tangan.......kasihan bangsa ku ini mudah benar termakan tipu muslihat.........dan sekiranya perkara ini tetap akan berlaku hamba mu ini hanya reda.......dan sekiranya ia dapat tertolak dengan doa kabulkanlah doa hamba mu ini agar bangsa ini selamat dari fitnah2 dajjal dan fitnah akhir zaman.....amin

Monday, July 4, 2011

kursus BTN


salam.....
den kene pi kursus lagi.......apa lagi kalau tak kursus btn.......bila cerita tentang btn ni ramai ler orang akan cakap......btn ni untuk doktrin parti bn......ada yg cakap btn ni untuk kepentingan politik umno, nak raih undi, nak sokongan, nak brainwash, perang saraf, pengaruh kakitangan awam diperingkat akhir saat pilihan raya dan banyak lagi........
prinsip den senang je........kalau nak diulas pada pandangan politik......jawapannya ialah benar, bagaimana pula dari pandangan dari perspektif yang lain?.......selama ini pun pandangan den dengan masaalah politik tanahair adalah negatif.......tetapi bukan den tak nak ambil tahu dan buta sejarah........den kaji dan reserch sendiri maklumat sejarah seawal kerajaan melaka dari buku hingga cerita mulut ke mulut....dari yg tersirat hingga yang tersurat........tidaklah hingga menghafal tarikh dan nama sekian2.....tujuan untuk memantapkan fakta dan berhujah.....cukup untuk memahami situasi keadaan dulu dah cukup.
gambar ilustrasi zaman melayu melaka

pada hemat den kursus btn bertujuan untuk menerapkan semangat cintakan negara bukan diterjkemahkan kepada mencintai sesuatu parti, didalam kandungan kursus ni peserta diterapkan dengan semangat kerjasama berpasukan, menyelesaikan masaalah, kepentingan organisasi berbanding kepentingan individu dan semangat setiakawan. salah ke?.......pada den tak salah.......masaalahnya kursus ni jadualnya terlalu padat.......kami ditekankan dengan cara mental, psikologi dan semangat nasionalis. semuanya baik sekiranya kita melihat dari aspek positif..........dalam keterbukaan den untuk menerima kursus ni pun den adalah antara peserta yang paling kuat melawan dan lantang bersuara.......bukan nak jadi jaguh, dah jadi sikap den pantang di provok dan dipsiko......den akan cuba provok balik orang yang menggunakan kaedah yg sama........
boleh dikatakan hampir semua jurulatih adalah jenis orang yg mempunyai pengetahuan mendalam tentang sejarah dan mempunyai kelayakan yg tinggi di bidang akademi.........malah ada juga aura ilmu kebatinan serta persilatan dalam peribadi setiap individu.........lagi best fikir den ......bleh ler nak menguji sejauh mana keupayaan mereka menangkis serangan.........den tahu kebanyakan jurulatih btn ni ramai yg mengamal persilatan melayu........gayung, cekak, lincah dsbnya kemudian pusat btn ni berada di sebelah utara yg popular dengan persatuan 3 line......he he........isu2 yg diutarakan berkisar tentang sejarah melayu dan perlembagaan 153......iaitu hak keistemewaan orang melayu.......pegh lagi ler best.....ini dah macam soalan cepu mas.....atau bola tanggung.......akhirnya jurulatih tadi jadi juruletih ler dek putar belit den.......orang muda kemudian hanya mempunyai falsafah perpaduan membabi buta........den tak lah sampai hati nak bagi dia tersungkur.......atau sampai mengaibkannya.....cukup hanya membuatkan dia berfikir kembali perjuangan untuk memartabatkan kembali perpaduan orang melayu...........setiap kejadian ada hikmah........ada baik dan buruk....den lebih suka melihat setiap sesuatu yg berlaku dalam pandangan makrifat kerana kalau dari pandangan ini tidak akan melibatkan perkauman, kenegaraan, rasis, jihad, miskin kaya, berdaulat atau hina, istimewa atau segala bentuk pemahaman atau ideologi baharu dan batal..........pada den semuanya sama.......semuanya mengenai dunia....dan selagi perjuangan mengenai dunia adalah batal.........kerana sukar mencari keikhlasan dalam mencari dunia.