Monday, July 18, 2011

nasihat sang pendita....

baru2 ni den bercuti lagi........dan kebetulan sebenarnya family den buat majlis kenduri arwah dan menyambut bulan zulhijjah di kalumpang resort tg malim. hati den sebenarnya agak tawar juga nak kemajlis tu kerana masaalah dirumah tak selesai lagi....poket plak tengah kering dek serangan toyol yg menjadi2........tetapi oleh kerana ini adalah majlis keluarga dan kehadiran nanti akan menceriakan wajah orang tua den gerak juga kesana bersama family.....sambil2 itu dapat melupakan sebentar masaalah yg menimpa dan melihat2 serta menikmati keindahan, kehijauan hutan belantara.


rupa2nya memang ada hikmah.....disini den dapat berkenalan dengan seorang bekas kiyai yang pernah mengajar disebuah psentren jawa timur........namanya biarlah den rahsiakan........orangnya cukup merendah diri malah amat sukar kita melihatnya seperti ada ilmu jika tidak dicungkil beberapa soalan ........beliau adalah salah seorang pekerja tukang sapu diresort ini dan telah bekerja hampir 5 tahun.......dan memang menjadi tempat rujukan dalam bab2 agama pada pekerja resort yg berasal dari indonesia......


apabila ada kesempatan berbual hingga dinihari den ada juga meluahkan masaalah padanya....hanya mengumpankan soalan berkaitan cara menangkap toyol.....tetapi jawapannya beliau bukan terhadap masaalah tersebut secara khusus tetapi lebih menyeluruh kepada peribadi.........


antara nasihatnya........

pak ......sudah lama parangnya tidak diasah.......besi itu kalo sudah lama tidak disentuh dan diasah akan bisa tumpul dan mengarat........begitu jugak diri kita........harus ada usaha kearah itu.......untuk mendapatkan ikhlas juga begitu perlu usaha........semuanya perlu ada jalan usaha dan istiqomah......istiqomah dalam beramal dan jangan dicampur2 dintara air dan minyak kerana berbeda sifatnya.........nah sesuatu kejadian itu ada hikmahnya yg tersendiri........jadi ingat kembali apa yg telah dipelajari dahulu.....amalkan kerana ilmu tanpa amal sia2 pak..........

sesuatu yg halus tidak boleh ditanggani dengan cara kasar atau dijurus dsbgnya...........nasihatinya dahulu.......mereka juga butuh ketenangan dan perhatian..........menyiksa dan membunuh bukan cara kita orang islam........agama itu adalah nasihat menasihati.........maka nasihat dahulu........walaupun mereka kalangan jin dsbginya..........jika mereka menggangu juga mintalah perlindungan dengan Allah.......bukan dengan cara menjurus dan membakar..........sabarlah pak kerana sabar itu separuh dari iman.


dan bila den balik kerumah masih terngiang2 nasihat yg mendamaikan dari pak kiyai ........terima kasih pak

No comments: