Monday, July 11, 2011

gost buster 2 dan kg bunian....

gambaran rupa kg @istana bunian



den masih melayani alam makhluk halus ni........kadang rasa bosan juga kerana tak dapat memenuhi masa lapang dengan Fb serta tengok candlelistik chart dekat metatrade 4 atau graf kitco........tapi ni pengalaman baru dan melibatkan faktor materi kene ambil jugalah perhatian dan ada satu masa sampai mengancam nyawa mini dirumah digigit makhluk berbulu setinggi syiling .


semalam den berperang lagi......kali ni ancaman yg datang sebelum den sampai dipintu rumah lagi dimana anak sedara yg mempunyai kelebihan telah melihat hantu setinggi syiling menggigit mini......dan isteri yg tidak berkemampuan untuk berlawan dengan makhluk ghaib tersebut hanya mampu meminta bantuan dari anak kecil tadi.........beberapa minit telah berlalu dan anak buah tadi tergamam untuk memulakan tidakan kerana selama ini dia tak tahu apa2 hanya boleh melihat sahaja.......setelah beberapa lama bertarung akhirnya mereka tewas dan dimasukkan kedalam botol untuk dibuang.

semalam juga den berpeluang memerhati kg bunian dari jauh yg lokasinya dan jangkaannya tepat seperti yg den mimpi beberapa tahun dulu. hanya den menunggu masa untuk berdialog dengan mereka jika ada rezeki kelak.

dan akan tiba juga masa dimana den akan gunakan falsafah lian.......menyerang lebih baik dari bertahan........selama ni den dok bertahan je.........sampai bila?


nak percaya tak percaya layan jugak.......disamping den memerhati dari perspektif makrifat.......ini semua kerja dan afal Allah .......suka atau tidak......mahu atau tidak.....kene reda dengan apa juga ujian dan cubaan . inilah dia kehidupan, tanpanya hidup ini tidak bermakna.

4 comments:

Salwa said...

dah macam cite ghost buster.

P1E said...

entahlah sal....dalam dunia yg kita dakwa serba canggih ini sukar untuk kita percaya.......tetapi alam ciptaan Allah ni lebih luas dari yg kita jangka atau diluar jangkauan akal fikiran kita.......bagi yg menikmatinya mungkin beruntung tetapi yg tidak tahu akan mendakwa kami.....gilaaaa

Salwa said...

makhlus halus memang wujud ok. wajib percaya perkara ghaib, tak kira secanggih mane pun, ilmu manusia ni sebutir pasir je. Akal dan logik sahaja tak dapat menjelaskan sesetengah perkara. Rugi kepada yang enggan menerima.hehe.

Pak Tam Ishak said...

Assalam, sdalah sebaik-2nya kita kenal dan kaji dulu makhluk yg d panggil bunian ini, siapakah mereka yg sebenar dan dari golongan mana, adakah mereka ini yg melancarkan serangan keatas kita atau sangkatan kita saja yg mengatakan golongan tersebut yg meyerang kita, adakah makhluk yg berbulu setinggi syiling itu adalah dari golongan bunian atau dari golongan lainya........bila dah sah baru buat keputusan............dari alam nayata nak sampai ke alam jin saja dah 5 lapisan alam, belum lagi sampai ke alam malaikat....dan tiap-2 satu alam tersebut ada penghuninya.....golongan mana yg d katakan penghuni alam tersebut.......kaji-2lah