gambar diatas adalah gambar sebenar yang diambil pada entiti yang disyaki mencuri duit selama ini.........den sebenarnya malas nak mengaibkan makhluk ni tetapi atas alasan makhluk tersebut telah menceroboh hak den maka terpulang pada den untuk menghukum kembali makhluk ini buat pengajaran pada makhluk2 yg berniat sama..........garisan lam terpaksa dibuat bagi memastikan makhluk tadi tidak keluar mengikut kefahaman ilmu den........selebihnya den serahkan pada Allah untuk mengadili dan diadili seadil2nya..........;D
kisahnya bermula begini.......jeng2
dalam pukul 3.30 petang mini den telefon dengan suara yg amat mencemaskan.......awak ada kat mana?......saya kat opis la nie.......ni ha saya tengan tangkap toyol dengan anik ni......katanya.....aaaaa? jawab den dengan melopong.....teror sungguh mini aku ni pandai plak tangkap toyol........mini den ni terkenal dengan kuat semangat......dan memang ada keturunan bidan belah mak dia.........kalau takat gelap2 skit dia memang tak takut.........tapi bila dia buat operasi tangkap toyol ni memang perkara yg amat melucukan dan menghairankan........tapi dia bukan buat seorang dia dibantu oleh seorang anak buah yg memang berkebolehan melihat mahkluk halus......dan dia mendapatnya dengan tidak dengan belajar......gifted ....kata orang jawa.......masa tengahari anak den ni gelisah sangat macam2 dah buat baca yasin, surah albaqarah, kursi.........last2 dia telefon anik mintak bantuan.....agaknya bila dah abis takut jadi tukar geram......ye lah dah ler duit hilang lepas tu mengacau anak plak tu........bila dah jadi macam tu dia minta anak buah kesan dimana kedudukan entiti2 tadi dan dengan sebatang kayu tas yg den beli dari seseorang mereka memaksa tayol2 tadi masuk kedalam botol.....yg kelakarnya plak nak pulak toyol tadi masuk......mungkin setelah lemah n cedera disebat dengan kayu tas n ayat2 suci.........dekat 5 botol semuanya dan dua darinya adalah dikenalpasti sebagai toyol dan 3 lagi dikenali sebagai bajang dan pengganggu budak.
setelah berjaya memaksa makhluk tadi masuk mereka pun mengumpul botol2 tadi diluar rumah......sambil menunggu kepulangan den.......dalam pukul 5.30 den pun sampai.......sepanjang perjalanan den tersenyum n kekadang rasa geli hati gak.......nak kata tak logik pun ye....nak kata macam kelakar pun ada......ye lah pemikiran den ni masih berprinsipkan fizikal lagi.........susah nak percaya mende2 halus ni..........jadi bila dah jadi macam ni layan je ler....he he
setelah berbincang dengan keluarga dan bantuan kengkawan serta cfu den mengambil keputusan untuk membuang je penceroboh2 tadi di sungai batang berjuntai......lebih kurang 10 km dari rumah dan menempuh 3 batang sungai.......ikut akal n adat rasanya mereka sukar nak kembali kerana telah merentas 3 sungai........kalau balik pun mau sesat jalan.....he heh
masa sampai tepi sungai tu den mintak anak buah tadi berkomunikasi dengan makhluk2 mangkok hayun tu......minta diserahkan kembali duit den atau den mengucapkan selamat jalan romeo.........2 minit berlalu dan tiada tindak balas........maka berlangsunglah pelupusan beramai2 disaksikan oleh seorang pemancing cina yg kehairanan........sempat juga sembang2 dengan cina tu sambil menceritakan pengalamannya menaikkan patin seberat 2-3 kilo seekor........oleh kerana hari nak lewat petang den terpaksa bergegas pulang kerana firasat den rasa tak sedap berada lama2 dikawasan tu.........banyak makhluk sejenis depa yg tak puas hati dengan tindakan den..........dan anak buah plak ada kelas malam plak ...........sepanjang perjalanan balik den berbual dengan anak buah tadi yg memang berupaya melihat makhluk2 halus seperti penjaga kuil dan hantu2 sepanjang jalan..........malah niat untuk singgah dirumah toklanun pun terpaksa dibatalkan kerana hari dah maghrib.
kesimpulannya den rasa terharu kerana bantuan Allah dengan menghantar seorang anak buah berumur 12 tahun je menangani masaalah toyol ni......walhal sebelum ni den beranggapan hanya orang2 yg arif ilmu jin je boleh menanggani ancaman makhluk halus........sambil2 tu den dapat idea gak kalau boleh buat squad tangkap hantu dengan bantuan mini dan anak buah.......mau gempak seantaro dunia.........komdian sekali cas ikut jumlah botol......1 botol rm 100 kalau 100 botol dah berapa...........pegh masyuk.........n money back guarented lagi........hu hu
semua ni pada den adalah ujian dan lumrah hidup agar lebih matang dan reda dengan apa juga yg dihadapi..........sebab tanpa semua ini tidak bermakna kehidupan.........semuanya mempunyai pengajaran dan hikmah...........ambil mana yang baik dan tinggalkan yg buruk..........dan yg bagusnya anak den lebih rajin mengaji dari sebelumnya........he heh
No comments:
Post a Comment