sementara pelatih tak masuk lagi 2-3 hari ni....dan ler den tulis merapu2 dalam blog.....esok lusa bila student dah ada payah plak nak nulih2 nie......he hek
den nak cerita pengalaman den sekeluarga berehat dan bermalam beberapa hari dikalumpang.......kerap juga kami buat hari keluarga disana.......almaklum milik adik ipar.......bila dia pelawa2 ayam apa lagi kami serbu lah satu keluarga dan memang kali ni nak menemani emak yang baru lepas menjalani pembedahan tempohari....sambil mengirup udara segar disana......tempatnya memang sempoi dan tenang....dengan udara bersih dan pemandangan yg menenangkan hati serta minda.........kami sekeluaerga memang happy lah.......almaklum macam2 aktiviti.....sukaneka, mandi, karaoke dan yg paling utama...mandi manda.....
malam pertama dengan bbq.....makan sepuas2nya dengan diselang seli pertandingan badminton dan kareoke.......masa nak tidur tu den dah rasa satu aura negativ bergerak2 sekitar bilek.....ish kata hati den takan dah sampai sini nak main tembah dan jurus berbagai......niat nak datang sini bukan untuk sayembara tapi nak berehat....sambil nak lelapkan mata den kata2 jugak dalam hati lantak korang lah nak ngusik ke hapa......sebab den dengan ko tak de beza.......last2 lelap sampai ke subuh gak........
pagi tu dah mula sibuk dari golongan kanak2 hingga mak bapak......kena masuk acara sukanneka.......sebelah tengaharinya pula makan nasik dan lauk pauk yg tak kurang enaknya dan dijamu pula dengan durian beli dikebun sebelah......lepas makan2 tu badan den rasa panas semacam....almaklum dekat 2 biji setengah gak den bedal walaupun dah beberapa kali dileteri oleh mini........bila dah panas2 tu den bukak baju dan terus terjun sungai........pegh memang best dah lama tak mandi sungai macam zaman kanak2 dulu....puas mandi den capai goggle menyelam milik abang ipar.....den teroka hampir semua lubuk2 sekitar beberapa ratus meter area resort pasir putih. ada sampai satu lubuk tu bila den menyelam tak nampak apa......dari atas nampak airnya agak menyeramkan dengan berwarna hijau gelap dan berarus pusar.........detik hati den cuba nak mencabar diri menyelam dalam lubuk tu sambil intai2 samaada terdapat ikan tengas atau ikan kelah bersembunyi.
selaman kali pertama den tak nampak apa....hanya kelihatan buih2 putih sedalam 2 meter manakala arusnya yg berpusar boleh menyebabkan mereka yg panik lemas dek gulungan air yg sentiasa menekan kebawah.....agaknya keadaan ini yg menyebakan ramai pegunjung yg tidak tahu keadaan air mati lemas disebabkan ditekan arus apabila cuba berenang kepermukaan air.........den cuba mengambil nafas dalam2 dan membuat selaman kali kedua........kali ini den dapat menyelam melepasi kawasan berbuih tadi......satu kawasan berarus makin menekan kedalam.......kawasan semakin gelap dan den cuba menunggu beberapa ketika membiarkan mata melihat apa yg ada didasar lubuk tersebut......serta-merta satu perasaan takut dan gerun menguasai den......dan serta merta pula den mengiktikadkan bahawa setiap apa yg den lihat tak ujud...melainkan ujud bayangan semata-mata.......keadaan semakin tenang dan den masuk lebih dalam sambil dapat melihat beberapa ekor ikan kelah dan tengas bersaiz 2-3 jari bersembunyi dibalik batu2........didalam lubuk ini terdapat beberapa ruangan seolah2 bilik atau pintu atau chamber....ada terdapat lebih 3 pintu didalam lubuk ini....dan salah satu bilik tersebut boleh memuat 1 orang untuk duduk atau bersila dan lebih menghairan kan lagi arus dikawasan bilik2 ini hampir tiada dan tenang........beberapa ketika den berulangkali menyelam dan mengambil nafas den pun mengambil keputusan untuk balik ke resort setelah badan mulai rasa sejuk dan menggigil.
mlmnya selepas den menang acara kareoke dengan menyannyikan lagu pantun budi .....den pun masuk tidur dan terlelap........kemudian bermimpi menyelam dan memasuki kembali jeram yg teroka pada siangnya.........rupa2nya kawasan bilik2 yg tak berarus itu memang benar adalah pintu bagi alam yg satu lagi dan den dijemput untuk memasuki rumah mereka dan dilayan dengan cara penuh budi bahasa oleh penghuni tersebut.....den tak dapat pastikan apakah agama mereka tetapi rupa mereka tidak seperti manusia biasa.....almaklum mereka berada dialam air.........dan den sukar pula mengingati perbicaraan den dialam sana.....yg pastinya sambutan mereka pada den cukup luar biasa........
layanzzzz........dongeng den kali ini....he he
No comments:
Post a Comment