Tuesday, January 24, 2012

Rezeki berziarah @ bertandang

baru2 ni den bertandang ke rumah guru silat pulut di wangsa maju......dah lama dah tergerak hati nak pegi...tapi ada sahaja aral melintang.....entahmacamana bila cuti panjang ni den pun sms cfu bagi tau nak singgah sambil bayar duit untuk 3 bilah pisau yg den ambil hari tu.....cfu cakap ok je ....mlmnya setelah den selesai hantar orang tua balik dari mancing di kundang den sms sekali lagi pada cfu tapi tak berbalas......tak pa lah den singgah je lah sekejap kalau tak de den terus balik rumah je la bisik hati den.


sampai di rumah cfu dia tersenyum bila tengok den terkial2 cuba parking depan rumah coz masa cuti raya cina banyak kereta parking sebab kawasan perumahan dia penuh jiran2 cina.......den sampai sambil berbual kosong berkaitan masaalah perpecahan aliran2 silat dan hikmah kejadian tersebut........cfu maklum dengan perkara tersebut sambil berpesan pada den blaja lah apa juga jenis silat dan kalau boleh biar sampai tamat dan hormatilah guru2 tersebut......den terdiam je bila dengar amanat dari cfu ni.


rupa2nya mlm tu cfu ada temujanji dengan sorang lagi anak murid untuk memperkemaskan lagi langkah........den rasa serba salah juga kerana mungkin den dah ganggu temujanjji mereka.....tetapi cfu cepat2 bagitau yg mlm tu memang dah rezeki den untuk turut sama bermain........den pada mula nya malas nak atur langkas sebab dah lama bercuti dan tak aktif bersama kumpulan ni dan ditambah dengan fahaman den yg segala gerak semua darinya den duduk je jadi pemerhati.....lebih kurang 1/2 jam bermain cfu panggil juga den untuk memperkemaskan buah dan cuba untuk main berlapis.......setiap kuncian ada lapis mengikut arah mata angin atau tapak 4 begitu pesan cfu.......bukaan kunci ni samaada sebelum, semasa dan selepas kuncian mengikut turutan jenis kuncian....istimewanya permainan kunci silat ni selagi mata berkerdip atau lidah boleh bergerak selagi itu kunci boleh dibuka.......sukar untuk den menghafal semua jenis kuncian kerana ada beberapa jenis kuncian yg den tak pelajari sebelum ini. Mlm tu segala permainan kunci taraf guru telah di tunjuk tetapi oleh kerana den ni masih biginner jadi segala lapis kuncian hanya menjadi tontonan buat den sahaja kerana belum betul2 menguasai permainan tersebut.


cfu ada juga berpesan yg langkah den ini banyak langkah buah curi....langkah buah pukul mungkin dah sebati dengan permainan den.....dan permainan melapis hasil dari tunjuk ajar cfu ha menjadi gerak faberet den........langkah buah curi ni boleh dibaca oleh mereka2 yg bertaraf guru bila melihat kaki kita bertapak dimana berat badan kita ditampung oleh kaki dibelakang berbanding kaki didepan.


lebih kurang jam 1 pagi den makin mengantuk dan cfu mula bercerita bab2 kebatinan......dengan amalan ayat2 tertentu....bila sampai bab ni mata den makin mengantuk dan hati den seolah bagi isyarat bahawa ini dah masuk urusan antara cfu dan seorang lagi murid beliau.....den segera minta diri untuk pulang ke kundang......sambil den bersiap2 untuk balik cfu ada juga pesan untuk rajin2 datang untuk mengasah lagi permainan kuncian.....den mengiayakan sahaja tetapi tak berani untuk berjanji kerana den ni jenis blaja ikut mood jugak.........kadang2 tu rasa hairan juga den sikap diri den yg langsung tak nak ambil peluang untuk belajar dengan mereka2 yg hebat ni.........tak kira dari aliran buah pukul, lian padukan atau silat pulut malah kuntau tekpi semua mempunyai keistimewaan tersendiri........den je yg maleh ambil peluang......agaknya kalau den blaja dengan bersungguh2 dan istiqamah dari dulu mau jadi cfu sekarang....hu hu ......disebabkan den blaja bukan nak jadi cfu dan sekadar amik tau.....maka ni lah yg terjadi......sampai sekarang tak pandai2.......he he

No comments: