Thursday, December 27, 2012

berdongeng sambil mendaki bukit tabuh


gambar hiasan pemandangan dari bawah bukit tabuh bahagian timur

dah lama aku mengidam nk mendaki bukit tabuh nie......rasanya lebih puluh tahun....he he.....almaklum seringkali ke rumah kakak di gombak akan kelihatan bukit tabuh disebelah kiri jalan mrr2........puncaknya nampak cukup jelas dari bawah......kadang2 aku bagitahu pada anak2 sambil tak jemu2 mengulangi kenangan semasa sekolah dahulu mendaki bukit tersebut......aku panggil bukit nie sebagai bukit dinasour je......ye lah kalau dilihat secara kasar bukit ni begitu curam dan seolah2 berbonggol2 macam belakang dinosaour t-rex dan sewaktu dgnnya......

entah macamana sedang aku belek2 google map dgn menggunakan hp samsung nie....tiba2 nampak jln nk menuju ke ampangan klang gate.......so inilah yg aku cari2 selama nie....jln menuju pintu air klang gate.....kalau dapat jumpa pintu klang gate bermakna aku dah boleh start mendaki esok.....dan mlm tu juga aku mula rikkie (betul ke tidak ejaannya) ke kaki bukit .......sampai je kat pintu dam aku terus bertanya pada pengawal didalam office tersebut dan pakcik tu terus menunjuk tembok yg biasa dinaikki oleh pendaki2 ke puncak....cantek esok dah mula panjang kata ku dalam hati dgn kepuasan.....

mlmnya aku dah mula rasa sesuatu yg lain...ada satu rasa seram2 sejuk seperti sesuatu kehadiran makhluk......aku pedulikan sahaja perasaan nie......maklumlah aku dah aggap semua rasa dan deria dipulangkan kembali kepada hak.......semuanya perlu diserahkkan kembali kepada pandangan makrifat tanpa melihat makhluk.....terus melihat tanpa nampak akan bayang........dan mlmnya aku berpeluang bertemu dgn puteri2 puncak bukit tersebut......dekat 4-5 orang semuanya...dgn baju jarang yg mereka pakai....cantik2 belaka....he heh tak banyak yg aku dapat sembang dgn mereka......hanya mereka merupakan diri sahaja memperkenalkan diri agaknya setiap puncak tersebut memang ada puterinya fikir ku......

esok sebelum mendaki dgn ke dua anak ku syahirah dan saiful....aku bawa sekali cincin yg batunya memang berasal dari bukit tersebut.....tetapi batunya terdiri dari jenis badal besi warna coklat yg jarang terdapat di puncak tersebut......

sebelum kami mendaki terlebih dahulu aku mengingatkan anak2 untuk membaca beberapa ayat suci buat syarat dan syariat........kalau ikut fahaman aku nie nk ingat allah tk semestinya kene baca2 ayat2 al quran....tetapi utk anak2 nie.....kene jugak didik cara syariat......disamping juga cerita sedikit2 fasal hakikat....muga depa dah besar nanti mencari sendiri ilmu ini kalau ada rezeki....... 
sepanjang pendakian aku mula ada rasa janggal dan gayat.....almaklum dah lama sungguh tak mendaki rasanya pendakian aku paling akhir sekitar 2009 bersama tok lanun dan kumpulan kuntau tekpi bertapa di gua sekitar puncak b gunung ledang.......perjalanan kali ini berlainan sungguh....hilang segala memory masa aku memanjat zaman sekolah dahulu dan pemandangannya pun amat berlainan.....agaknya bila dah lama tak panjat kenangan dahulu pun hilang agaknya fikir ku......

lebih kurang 1jan 15 minit kami mendaki aku memutuskan untuk berehat sahaja di puncak kedua kerana cuaca mula mendung dan seakan2 hendak hujan......sambil rehat2 tu aku mula membuka bekal dan buat jamuan sedikit sambil menghilangkan penat......aku pesan pada anak2 perhati2 sedikit kawasan sekitar kot mau terjumpa kawasan penuh batu2 permata atau emas......boleh kaya kita sahut aku.....anak aku mula bertanya ada gold bar ke atas ni abah?.....ish mana ada emas mentah nie bukan bentuk macam gold bar biasanya kalau ada pun macam serbuk dalam batuan kata ku.......anak2 nie yg biasa tengok emas pun ingat emas mentah pun macam gold bar....ha ha

entah macamana semasa membasuh tangan sebelum menjamah makanan aku lihat sekeping duit syiling sepuluh sen yg begitu lusuh dan kusam......wow dia bagi duit syiling la kat abah....kata ku pada anak2.....terus anak2 ku mengingatkan aku....aik abah kata tak boleh ambil apa2 kat kawasan nie.......aku mula menerangkan pada mereka alasan ku.....memang tk boleh ambil apa2 barang di kawasan nie....tapi barang nie bukan asal kawasan nie......asalnya dari bawah dan memang macam di tunjuk2.....so kita bawak balik dulu dan lihat.......lagipun duit syiling ni lebih baik dari wang fiat kata ku sambil mengingat kembali kepada mereka tipu muslihat wang kertas.........

sepanjang perjalanan turun hujan renyai2 mula turun dan alhamdulilah setelah kami sampai selamat di rumah hujan mula turun dgn lebatnya sekitar lembah klang.....
duit syiling yg lusuh tu aku mula simpan utk jadi ibu duit.......duit nie tk de apa2 istimewa pun hanya anggapan kita je nak jadi ibu atau bapa duit....tetapi oleh kerana dia dijumpai di puncak bukit jadi nilainya jadi istimewalah pada aku berbanding syiling yg lain yang sama nilai......he he


trip mancen dengan student

gambar nie hnya hiasan tau...he he

dah lama jugak aku tak buat trip mancen (memancing) ni....mungkin lebih kurang 1 tahun lebih juga ......banyak sebab yg menghalang aku dari meneruskan hobi dan kerja part time aku nie......dan antara sebab utama kerana menjaga orang tua yang makin uzur.....dan keadaan yg tidak mengizinkan......


ramai juga customer lama yg telefon bagai......merayu (he he) minta turus melepaskan gian mereka tetapi.....aku tetap dgn keputusan aku tanggung jawab kepada orang tua lebih diutamakan berbanding hobi dan pendapatan sampingan.......pengalaman silam telah mengajar bahawa sesuatu yg dikejar selain

dari tanggungjawab terhadap kedua orang tua adalah sia-sia........pembuktiannya tak perlu dgn kiraan matemetik yg kompleks atau dgn konsep serta falsafah .......hanya dgn pengalaman.......kerana itu aku yakin dgn ilmu berdasarkan pengalaman berbanding segala teori dlm buku......he he.

ok berbalik pasal trip nie....aku dapat lesen besar setelah memohon dgn orang tua yg tk berapa sihat sekembali dari mengerjakan hj musim lepas........dgn cerita2 yg aku sampaikan sepanjang depa belajar dibengkel....dgn gambar yg aku tunjukkan di youtube serta teknik2 yg aku beritahu menyebabkan student2 nie

makin tak sabar utk turum mancing bersama.....ha ha .......promosi dan perang saraf tersebut akhirnya memakan diri jugak setelah acap kali mereka bertanya pada aku....cikgu bila nak turun nie.......tangan dah gigil nie......sabar.....pujuk aku pada mereka....kita selesaikan dulu musim peperiksaan kita nikemudian bila dapat gaji plus bonus hujung tahun .....

lepas tu baru kita boleh mancing dgn enjoy ......aku menenangkan mereka......yeah setuju!!! sahut depa

akhirnya 22 hb dis 2012 hari sabtu lebih kurang jam 8 pagi kami turun dari jeti cendayu dgn menggunakan bot syafik yg berukuran lebih kurang 20 kaki kami menghala ke p ketam dgn menyusuri laluan selat mat zin.......aku sempat juga singgah di sungai kedua utk training dan pancingan percubaan sebelum mmemasuki kawasan sangkar......bot yg aku parking kali nie

betul2 menghadap west port......arus disini agak perlahan dgn bot dihala kearah pintu gedung oleh angin yg bertiup sederhana......lebih kurang 5 minit en ramlee menaikkan tetanda sebesar tapak tangan....riuh kali nie satu bot....sebab en ramlee terkenal sebagai pemancing amatur di kolam air tawar.....tk sangka dia juga hanyir di laut(hanyir ni gelaran bagi

pemancing yg senang dapat ikan bila memancing) seperti yg aku pernah war2kan pada student kalu turun memancing dgn aku......customer yg merokok kadang2 tk sempat nk merokok......ikan kalau tk makan dlm 5 minit memang aku akan beralih mencari lubuk baru......kami menghala pula ke sangkar utama dimana ia adalah lubuk wajib yg perlu disinggah sepanjang trip

yg aku bawak.......lubuk nie biasanya tk pernah menghampakan dan sering kali memecahkan rekod tangkapan malah pemancing2 otai seringkali menunjukkan tangkapan mereka di youtube di lubuk ini........antaranya hj syaari pernah menaikkan kertang atau bapak kerapa seberat hampir 50kg !!!!! disini dan aku sendiri sering menaikkan kurau dan senanngin sebesar lengan

anggaran 2-3 kg disini........tetapi entah macamana hari nie lubuk nie amat menghampakan......mungkin arusnya yg agak lemah membuatkan ikan2 disini amat pasif.....nak dapatkan garutan gelama atau duri pun payah....malah aku jangkakan ikan2 disini telah berpindah ke bawah sangkar kerana sonar yg aku gunakan bagi mengesan ikan2 ni menunjukkan isyarat yg kurang membrangsangkan........

bersambung insyaalah........;)

Sunday, December 2, 2012

Projek bahan api air (HHO projek)

contoh hho generator

Sekarang den dok obses dgn projek menggunakan air sebagai bahan bakar pada enjin kereta buruk den ni……sebenarnya projek ni dah lama dikomersialkan dibelah us dan eropah……seawal tahun 2006-2007 lagi malah pernah mantan perdana mentri Malaysia (pak lah) melancarkan penggunaan kereta hybrid Toyota ranger dgn menggunakan air serta minyak petrol……..den terbuka hati untuk menjalankan projek ni sebab menggangapnya begitu simple dan hnya perlu tahu asas sains dan fizik serta kimia dan tidak memerlukan teknologi yg canggih2….tetapi setelah melaksanakannya selama hampir 2-3 minggu semakin den explore rupa2nya semakin banyak yg den perlu perbaiki dan menambah baik…….setakat ilmu dari internet sahaja tidak cukup…..terpaksa Tanya pada kawan2, baca buku sains, download kertas kerja pdf dan ujikaji amali….hampir setiap hari keputusannya tidak sama…….kadang flow gas terlalu banyak hanya selama beberapa minit dan kemudian menurun…..kadang gas H yg kita mahu tak seperti yg diharapkan…walhal generator dah cukup panas…….kadang kelajuan kereta tak stabil dan rpm berubah2 semasa memanjat bukit……kadang penggunaan minyak lebih banyak berbanding tidak memakai hho generator nie…….den ada juga terbaca seorang pomen yg telah Berjaya memasarkan produk hho ni dan telah mengkajinya selama 5 tahun……den tak tahu berapa lama den sanggup mengorbankan masa dan belanja dalam develop teknologi hho ni…….kerana begitu banyak belanja yg telah dikeluarkan untuk memastikan setiap ujikaji Berjaya……..apatah lagi masa yg diperuntukkan kadang hingga pukul 12 mlm merekod dan memerhati pergerakan flow gas hho….....tambah lagi sekarang nie waktu minggu peperiksaan student2 den pulak……..dgn orang tua yg semakin uzur……semua tu pada den adalah pengorbanan dlm mencapai impian………

Doakan den Berjaya dlm projek nie………target den paling tidak penggunaan petrol hanya sekitar 50% pada penghujung tahun nie…..atau 70% - 80% penjimatan pada tahun depan( 2013)……he he

Friday, October 5, 2012

Menghantar keluarga menunaikan Haji


dalam bulan nie dah 2-3 kali aku berpeluang untuk menghantar keluarga menunaikan fardu Haji di tabung hj klana jaya........entah apa lah maknanya dan hikmahnya hanya Allah sahaja yg lebih mengetahui.........dgn melihat jemaah2 ditemani keluarga dan sanak saudara yg cukup ramai......macam tapak expo malah boleh dikatakan lebih meriah.......hebat sungguh panggilan rohani ke sana hingga ramai manusia terlibat.......aku dok pikir2 kalau ada pengisian ceramah diselang seli semasa sessi menunggu jemaah masuk ke ruang berlepas kan bagus.......sekurang2nya tk de la kene tunggu dgn bosan hingga 4-5 jam.......apatah lagi kompleks klana jaya nie dah jadi semakin sempit dek pembangunan di sekeliling....nk parking pun payah......nak tunggu tabung hj hanya menyediakan khemah ala lebih kurang je........disediakan pelantar untuk keluarga berkumpul.......memang agak sesak juga disini....dan aku mula terfikir akan kesukaran dan kesesakan yg akan bakal ditempoh oleh jemaah khsusnya keluarga ku nanti....

mula2 aku hantar orang tua ku dgn ditemani oleh abang khalid pada 13 sept lepas.......setelah parking kereta lebih kurang jarak 400m dari kompleks klana jaya......dari jauh sudah berkumandang sahutan `labbai kallah humma labbaik' .......aduh.......hati ini sudah bergetar......satu perasaan aneh meresap dalam seluruh tubuh.........`labbaikala-syarikala- kalabbaik'.....teringat kata2 seorang guru tasauf dahulu......jgn sekali2 syirik.......aku cuba amati dan hayati setiap bait panggilan hj tersebut......perasaan semakin bergetar......nafas yg selesa terus makin tak tentu arah.......hati bagai di sentuh2.....sedih, pilu, rindu, syahdu......segala rasa bagai sudah menguasai diri ini untuk aku ke sana.........kalau ikutkan hati nak sahaja aku melompat melepasi pagar yg memisahkan jemaah hj dengan pintu masuk jemaah........apa pulak kata orang nanti dikatanya aku gila pulak.......aku cuba juga mengawal diri ini sebaik mungkin.....tetapi batin ini bagai tidak sabar untuk kesana.........kerinduaan yg entah mana datangnya yg sukar sekali untuk diungkap..........

pemergian jemaah membayangkan aku kepada menuju kepada saat kematian......pulang kepada tempat asal yg kekal abadi.........perpisahan sementara yg berkiaskan perpisahan kekal.....dan dari perpisahan kepada penyatuan.............harus dilepaskan semua yg kita sayang dan kita punyai kepada yg empunya hak........kita harus belajar untuk berpisah sebelum perpisahan itu bakal terjadi........sebagaimana perpisahan yg berlaku pada arwah ibu.........dan aku mula merasakan perpisahan dan kehilangan dalam setiap detik dalam hidup........perasan sedih yg tidak dapat dielakkan dalam setiap perpisahan..........dan alangkah indahnya sekiranya dalam setiap perpisahan lahirnya perasaan syukur dan reda sentiasa menjelma dalam diri ini.

banyak pandangan yg kulihat dalam fardhu hj ini.....teringan pesan2 guru syariat, thorikat dan hakikat......semuanya tergambar jelas dalam mahkota akal........berpusing2 @ bertawaf pada bapa kepada jasad disitu........dgn kain kelambu hitamnya..........mengambarkan pusingan hidup itu kekal.......tak henti2 hingga kini...........apakah Allah duduk disitu?.......bersemayam disitu?.......soalan yg sentiasa sedia dgn jawapannya bagi penggemar ilmu hakikat.........sedangkan kita menyambung syariat yg telah diwarisi oleh nabi ismail hingga sekarang. kemudian keluar pula gambaran syariat dari bunda nabi ibrahim berlari2 mencari air...........kerana ditinggalkan oleh nabi ibrahim........kejamlah nabi ibrahim kalau diikutkan dari pandangan hukum syariat.......menginaya anak isteri bukan? membuang anak dan isteri ditengah padang pasir..........kalau lah hanya ilmu syariat sahaja pakaian orang muslim ........maka segala nabi2 tersebut harus lah dihukum dan berdosa.....maka tk hairanlah kalau orang kristian mendakwa setiap manusia itu berdosa..........sdangkan jesus itu @ nabi isa menyalibkan diri untuk membebaskan dosa orang lain........semuanya merumuskan kepada pengorbanan ......sejauhmana harus mengorbankan sesuatu yg kita sayang dan amat bernilai.......bukan setakat korban seekor lembu yg 1 bahagianya sejumlah rm 250......apalah sangat korban 1 bhgian berbanding nabi ibrahim yg dituntut Allah untuk mengorbankan anaknya nabi ismail........aku sendiri pun belum tentu sangup menyembelih anak sendiri.......sembelih kucing lagi tak sangup........isunya bukan mengenai sangup sembelih atau tidak........tetapi isunya kiasan menyembelih @ korban itu ialah melepaskan, merelakan, menyerahkan semua perkara yg kita sayang kepada yg empunya dunia ini @ Allah yg maha berkuasa atas setiap sesuatu.........

panjang pulak mood aku nk ceramah kali ini.........he he

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya maaf zahir dan batin saya ucapkan pada semua rakan2 dan pembaca setia blog ini......halalkan mana yg termakan, terminum dan sebarang kekilafan yg telah saya lakukan sepanjang perkenalan kita.......

ada masa mai ler datang kerumah........insyaalah saya ada dirumah......memang saya beraya dikundang sahaja........banyak komitmen lain yg menghadkan untuk beraya di kg........lagi pun den lahir di kl so kl dah jadi kg den......he he

Monday, August 6, 2012

kerinduan.......ibu


lebih 2 bulan ibu telah meninggalkan kami........hati ku masih sukar untuk melupakan kisah hidup bersama dan belaian ibu dahulu........semakin aku ingin melupakan semakin kuat pula gambaran dan ingatan sewaktu aku masih kecil dahulu........aduhai....ibu begitu hebat kasih sayang yg Allah kurniakan pada insan ini......agaknya ini yg dikatakan kasih sayang ibu membawa ke syurga.......

pernah aku melayani perasaan ini sewaktu meneman ibu membeli barangan keperluan dapur sewaktu berumur 5-6 tahun.......biasanya kami akan berjalan kaki sahaja dari kg pisang ke kg pandan....kadang kala kami naik bas tong fong......atau naik teksi kalau barangannya banyak..........akulah orang yg paling rajin meneman ibu kepasar utk membeli keperluan seharian....dari ikan kembong, udang longgok, sayur, cili.....dan seumur 6 tahun itu juga aku sudah mahir memilih barangan yg baik atau rosak.......atau memilih ikan yg segar dgn melihat ingsangnya yg pucat atau merah.........semua ilmu itu ditunjukkan oleh ibu dengan pracktikal terus tnpa segulung kertas pun yg perlu dibangga2 dewasa ini........

baru2 ini aku bermimpi setelah beberapa lama mengelamun dan melayani perasaan merindui kasih dan belaian ibu..........kecil hati juga apabila mendengan adik2 yg lain bermimpi apabila menemui ibu.......aku berasa seperti sudah tidak dipedulikan oleh ibu sekiranya tidak dapat berjumpa dengannya waima didalam mimpi........seringkali juga diri memujuk agar melepaskan ingatan kepada ibu.......pulangkan semuanya, serahkan semuanya pada Allah kerana ibu adalah milik Allah.........tetapi perasaan ini bukan mudah untuk dipujuk setelah hampir 42 tahun dibayangi kasih ibu........bukan mudah utk melupakan kasih sayang sejati dari insan bergelar ibu dalam masa terdekat ini.

setiap kali teringat setiapkali itulah ku hadiahkan Alfatihah utk beliau.......dan akhirnya pada malam ke 18 ramadan bersamaan hari nuzul quran Allah hadiahkan juga pertemuan antara aku dgn ibu dialam mimpi.......sewaktu ketemu ibu hati ini begitu sayu dan pilu.......kerinduan yg amat sukar utk dibayangkan.....dan seolah2 pula ada seseorang yg menemani ibu sebagai pembantu.........siapakah pembantu itu aku sukar untuk mengenalnya kerana pertemuan itu bukanlah secara nyata.......tetapi peribadi pembantu itu amat santun dan berbudi bahasa.......agaknya pembantu itulah amalan baik sewaktu ibu masih hidup dahulu............ibu hanya berpesan ..........kerana Allah........kerana Allah.......itulah nasihatnya dahulu yg sering aku dengar apabila arwah masih lagi hidup..........insyaalah ibu anakmu akan ingat pesan itu.........

dan pada ketika ini tidak ada yg lebih bernilai pada mlm ramadan tersebut melainkan dapat berjumpa dengan ibu dialam mimpi.........terima kasih pada mu ya Allah atas rahmat dan kasih sayang mu menemukan semula anak dan ibu yg telah terpisah dialam nyata tetapi tidak dihati........

Al-fatihah untuk ibu tercinta.....

Tuesday, June 26, 2012

musim turun naik

salam
tahun 2012 ni orang cina kata tahun naga......bila sibuk...sibuk sungguh ...bila lapang...nganga terus......bila sedih...sedih sungguh....bila gembira.....dah macam tak ingat dunia......semua bercampur baur.....tenang, huru-hara....suka-duka berubah sekelip mata.......selagi rasa ujud diri dan selagi masih merasa akan rasa diri begitulah kisahnya.....,

den tak boleh nak sembang banyak2 kali ni....almaklum dulu boleh update blog dari opis...kali ni sofware kat opis dah tak boleh pulak bukak aplication blog ni....bila sign in je...terus tak boleh nak baca....last2 update dari cc je la lepas nie.....geng2 management dah tak bagi atau update software yg support aplication2 untuk web......semua jadi dah macam ketinggalan zaman....almaklum alat yg ada untuk tujuan kerja bukan tujuan merapu........so terima jelah seadanya......

untuk kengkawan semua jangan lupa untuk hadir ke majlis wedding anak den nanti......


Friday, June 8, 2012

Salam terakhir ibu


Tepat jam 5.03 petang , 1hb jun 2012....ibu telah selamat kembali ke rahmatullah  setelah meninggalkan kami segala memori pahit manis hidup bersama sebagai keluarga.......akan ku kenang segala jasa mu ibu, alhamdulillah anak mu tabah dalam menghadapi pemergian mu....walaupun tangisan ini sukar kelihatan tetapi akhirnya tertumpah jua apabila menatap wajahmu buat kali terakhir.......wajah mu seperti dibuai mimpi yg lena .....hilang segala penderitaan yg dihadapi oleh mu selama ini oleh raut muka yg tenang dan damai.........anakmu hanya mampu berdoa agar engkau tergolong dikalangan kekasih2nya disana.........anak mu juga akur bahawa masa dan gilirannya juga akan tiba untuk meninggalkan sendiwara dunia ini........kita bakal bertemu disana ibu.......kita bertemu dan berpisah oleh rahmat dan kasih sayangnya juga........

ibu anak mu juga tahu bahawa kenapa pemergian mu tepat pada 1 hb jun......walhal kita adalah orang biasa.....anak mu juga telah faham mengapa tempat terakhir mu dihospital ampang walhal kita bukanlah orang berada.........dan anak mu juga sedia maklum jasad mu dikebumikan di ampang indah ......walhal kita bukanlah lahir disini......anak mu sudah maklum semua itu......biarlah rahsianya tetap tersemat dari memori renungan sayu mata mu.......

alfatihah buat ibu tercinta..........insyaalah anak mu akan cuba menjadi anak yg soleh sepertimana yg pernah anakanda ungkapkan dahulu........

Friday, April 6, 2012

mufaraqah

gambar hiasan

den ni tak suka sebenarnya cerita bab agama samaada dari segi amal ibadat atau yg bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan........pertama kerana den ni tak de tauliah dari jabatan ugama islam negeri atau tauliah dari mana2 juga institusi yg boleh mengesahkan den sebagai pendakwah @ guru @ ustaz yg layak untuk menceritakan bab tersebut.......

kedua den sediri liat untuk mengerjakan amal ibadat yg dituntut dalam syariat.......setinggi manapun pengetahuan hakikat seseorang harus kembali kepada syariat juga.......kalau bab syariat yg sering diperhatikan oleh masyarakat den tak buat macamana den boleh dikira layak untuk memperkatakan hal tersebut........malah bila den cuba bermuzakarah atau bersembang dengan rakan2 mengenai bab mengenai tauhid.......den sering kali di kutuk.....diketawakan, silap gaya difitnah kerana membawa fahaman baru atau ajaran baru @ sesat @ ajaran ayah pin....he he

den dapat ilham untuk cerita dalam laman blog ni........cerita pengalaman den mengenai mufaraqah atau mufarakah........terpulang pada pembaca beranggapan bahawa den cuba buat cerita dongeng lagi atau buat cerita merapu........hasil helah den yg sentiasa merapu menyebabkan tanggapan orang bahawa orang yg sentiasa merapu akan sentiasa merapu.......tak pe pada den biarlah catatan ini hanya bacaan ringgan .......tak perlu diubah pendirian kita atau kepercayaan kita.....hanya jadikan sebagai halwa jiwa sementara meredakan tekanan hal2 kerja atau study yg tak siap2.....he he

mufarakah bermaksud berpisah atau pisah samaada apabila kita bersembahyang berimam dan berniat untuk berpisah dengan imam kerana sebab2 tertentu.......kalau ikut pengajian bab fekah dan syariat memang berlaku mufarakah zahir dan batin....kalau cerita bab thorikat mufarakah yg dilakukan biasanya hanya melibatkan mufarakah batin.......

kisah mufarakah 1
peristiwa bermula apabila seorang kenalan menceritakan masaalah situasi apabila menghadapi sembahyang solat berjemaah 2 imam.......terdapat 2 kumpulan menyatakan jemaah mereka betul dan imam mereka saja yg betul......

den kata itu masaalah senang je........jangan la buat mufaraqah zahir tetapi lebih buat mufarakah batin....

macamana pulak tu? tanya member tadi......

apabila kamu bersembahyang berjemaah dan mendapati imam tersebut antara yg tidak disukai oleh sesetengah makmum kamu masih boleh berimamkannya selagi tidak gugur mana2 rukun iman atau rukun islam keatasnya......seperti masih islam dan sbgainya.........kamu hanya perlu mengikuti perlakuan zahirnya sahaja kerana batin kamu tidak perlu berimamkan beliau.......ada beberapa pengajian ilmu tarikat menntamsilkan kiblat zahir itu kaabah....kiblat batin itu Allah......jadi yg mengikuti segala gerak perilaku imam hanya tubuh badan dan perilaku diri yg zahir sahaja tetapi bukan diri batin......diri batin harus terus menghadap Allah....kalau diri batin masih lagi mengikuti segala bacaan dan mendengar salah betul tajwid si imam tadi makna lebih baik makmum tadi jadi pemeriksa bacaan dan pengkritik imam bukan mengadap Allah pada hakikat solat.......jawab den dengan penuh yakin.....

member tadi berdiam lama........seketika kemudian tersenyum dan ada satu kepuasan den lihat pada wajah beliau........terpulanglah ilmu Allah ini perlu disampaikan.......ilmu kifayah bab welding den boleh bagi apatah lagi ilmu fardu ain ni .....lagi terlebih wajib.....fikir den


kisah mufarakah 2
kemudian ada satu ketika tu den pernah bersembang dengan seorang tokey kilang mengenai bisnesnya.........amacam tokey bisnes ada baik ke?.....tanya den

ok lah tapi sekarang manyak penat lah......mau intertain satu customer pangkat latuk jugak ma........keluhnya

apa pasat?....tanya den lagi

haiyah.....semalam a wa kene intertain itu latuk dekat satu spa......masa tengah massage itu latuk manyak happy....tapi saya tak bleh happy lah......katanya

aik....lagi tengah massage pun tak happy ka?......sahut den

ya lah......malam tadi ah......itu happy anniversary saya sama wife.......saya punya body dekat itu spa....tapi saya punya hati dekat lumah meh.......lu jangan ingat suma olang pegi spa sama massage ada hapy tau.......itu luar nampak happy tapi a dalam hati banyak sad tau .....pukul 3 pagi baru i balik tengok itu wife sudah tido........dia punya mata ada nangis tau maybe she craying all nite.........rintihnya

he heh den tersenyum.......dan den dapat kesimpulan.............memang lah setiap perlakuan diluar belum mengambarkan yg dalam.............dalam hal sehari2 sahaja kita boleh lihat perlakuan zahir dan batin tak selari apatah lagi bab ibadah.........den teringat pesan seorang guru tasauf......

zahir tidak boleh mengambarkan yg batin.....tetapi batin boleh menggambarkan yg zahir.....

wallaualam........

Friday, March 30, 2012

ceramah politik dalam teksi



Dalam perjalanan den balik ke Kelantan selama 2-3 hari menguruskan hal anak2 den sempat mendengar luahan rasa dan perasaan berkaitan senario politik dari pandangan pemandu2 teksi bermula dari kota bharu- rantau panjang – machang sepanjang perjalanan.
Den suka menduga keprihatinan mereka tentang sosio-politik yg memang agak hangat diperkatakan sekarang almaklum demam pilihan raya ke 13 makin hampir. Den cuba mengumpan dengan kemungkinan2 parti pembangkang yg bakal menguasai kerajaan nanti. Den suka melihat dari atas pagar atau parti bebas tidak memihak mana2 parti untuk tidak berat sebelah……pada den semua parti ada silap salah…….hanya pemimpin yg bijak dan adil yg sepatutnya layak memerintah……..bukan budaya keadaan politik sekarang di mana hanya pemimpin yg licik dan pandai tipu muslihat bakal memenangi hati rakyat…..nak salahkan pemimpin tersebut pun tak boleh juga sebab rakyat juga harus disalahkan kerana tidak dapat memilih pemimpin yg adil dan ikhlas dalam memperjuangkan rakyat. Ini kerana dasar
pendidikan dan latar belakang fahaman rakyat yg pelbagai ragam termasuk berbilang kaum dan agama……….pada den fitrah manusia ni hampir sama…….mahukan keadilan dan kesaksamaan dan kesamarataan……..ada parti yg slogannya konon memperjuangkan bangsa…..walhal menjual bangsanya untuk kepentingan dirinya sendiri……ada juga slogan partinya yg konon perjuangkan agama tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri malah ada slogan yg kononnya memperjuangkan keadilan tetapi juga akhirnya untuk kepentingan diri sendiri.
Den belum nampak lagi ada pemimpin yg benar2 ikhlas untuk memperjuangkan slogan parti masing2…….mereka lebih suka memperjuangkan kepentingan diri masing2 berbanding kepentingan parti…….. Semuanya hampir sama hanya untuk kepentingan perut dan tembolok diri dan kroni ……hanya berbeza slogan, bendera dan logo parti…….agaknya inilah kelemahan sistem demokrasi yg dipaksakan ditelan oleh rakyat yg tidak nampak dengan kepincangannya……..den tak de pilihan terpaksa juga memilih atas propaganda kononnya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat……walhal undi den belum tentu dikira sebagai satu keputusan yg benar2 bijak dan adil dalam memilih calon pemerintah…….
Ok kita kembali kepada cerita asal mengenai rata2 pandangan pemandu teksi berkaitan senario politik di sepanjang perjalanan den di kelantan ni. Den perati mereka boleh dikatakan
99.5% lebih cenderung kepada parti pembangkang…….manakan tidak……segala kesusahan dan keperitan sepanjang membawa teksi terus disalahkan ke atas bahu pemerintah, dengan dasar pemerintah yg kononnya zalim , kejam, tak prihatin dengan golongan pemandu teksi………den dok pikir2 gak dalam hati mana ada pemandu teksi yg boleh kaya raya dan mewah di dalam dunia nie……carilah walau di negara mana pun memang pemandu teksi susah nak cari yg senang dan kaya raya hatta dinegara yg moden dan serba canggih dibarat atau dijepun pemandu teksi tetap berada dalam hiraki pekerjaan mereka, tetap ada kekurangan dan kelebihan…….den
pernah pesan dengan anak den kalau kau suka memandu sepanjang hidup dan dapat berjalan2 sebab bosan duduk rumah…..ko boleh pilih kerjaya sebagai pemandu teksi……tetapi ingat ko takkan dapat ketenangan kerana kerjaya boleh menghasilkan tekanan….……pemandu memang seronok sekali kala….tetapi bila dah jadi kerjaya sebagai pemandu akan menyebabkan orang tertekan…….inilah bukti ain dan nyata bila den lihat pemandu teksi sentiasa merungut….bukan bergembira dengan kerjaya mereka.……kalau kesenangan dan keselesaan menjadi impian mereka den rasa mereka dah salah pilih kerjaya……. Hatta pemandu kapal terbang juga punya tekanan kerja mereka sendiri…….dan mangsa untuk mereka menyalahkan kesusahan mereka yg paling mudah ia …..kerajaan!!!!.............he he
untuk dapat kebahagiaan dan ketenangan dan kejayaan bukan dengan kerjaya......bukan hasil kerjaya.....bukan dengan peningkatan kerjaya......bukan2 bukan semua tu mengenai kerjaya.......tetapi ada satu selain dari itu....alamak den dah keluar topik plak........nantilah den celoteh pasal ni nanti.....he he

Sunday, March 18, 2012

rasa part -3

selesai den menjurus dan makrifat berbabagai......last2 den kepenatan......terdetik hati den mengatakan bukan dengan kaedah ini cara penyelesaiannya........setiap sesuatu masaalah tidak boleh diselesaikan hanya dengan satu cara atau kaedah.......rahmat Allah ini luas ......jurus dan tekanan2 batin tidak boleh menyelesaikan semua masaalah.......den pun berhenti rehat mengambil nafas.......memberi ruang kepada pak kiyai untuk meneruskan caranya......lantas pak kiyai meminta segelas air dan membacakan ayat2 tertentu didalam alquran.......den hanya menghening diri dan membiarkan sahaja masa berlalu seadanya.......





lebih kurang dalam 10 minit pak kiyai mengarahkan pemuda tadi meminum air yg telah dibaca jampi........serta merta den merasa bahang dan berdebar2........memang sebelum itu den cuba untuk menyatukan rasa pada pemuda tadi.......apa juga rasa yg dialami oleh pemuda den cuba untuk menyelaminya juga........den terus minta pemuda itu beristigfar banyak2 dan membaca apa yg patut sebagai perlindungan dari Allah terhadap ancaman dari makhluk halus......dia akur dan terus membaca didalam hati......





seketika kemudian keadaan semakin tenang....tidak ada lagi perasaan berdebar dan kepanasan.......serasa diri seperti berada didalam tempat yg indah dan tenang....damai......den tersenyum, kehendak Allah terjadinya semua ini........niat kita untuk menolong pemuda tadi dimakbulkan Allah dengan bantuan kiyai.......agaknya kalau den terus menjalankan kerja2 dan kaedah den tadi serta berhasil memulihkannya....kemungkinan den akan menjadi bertambah riak dan lupa diri........den akan semakin hanyut kepada kelebihan dan keupayaan diri hingga melupakan kuasa Allah.........





den teringat pesan tok ketua lanun dahulu......memang ler ko tembak bila jin tak melawan....kalau ada yg melawan macamana?........memang betul cakap beliau....semakin den cuba menyelami alam ini maka cabarannya semakin hebat.......dahulu tembakan jurus tu boleh dibuat dari opis hingga kerumah.....tetapi sekarang jin2 yg den jumpa semakin high level....boleh menyerang den balik malah menanamkan rasa riak, takabur dan ujub dalam diri........rasa riak inilah yg paling sukar untuk ditepis pada setiap manusia........sehebat2 mana kebatinan seseorang apabila terkena jurus sentuhan syaitan dengan perasaan diri....seperti.....aku hebat, aku kuat, aku handal, aku gagah...aku teror.....sebenarnya diri orang tersebut telah berada diambang kekalahan.......dan tewas yg nyata kerana masih merasa diri itu ujud tanpa menyedari bahawa sebenarnya Allah sahaja yg ujud, hebat, gagah, dsbgainya......





sekian.......

Tuesday, March 13, 2012

rasa part 2

den berpeluh jugak melayan 2 alam serentak.....agaknya ini yg dikatakan keistimewaan orang2 dahulu yg boleh memasuki beberapa alam ........kemampuan minda mereka boleh melayani beberapa alam sekaligus membuktikan kemampuan mereka yg memang luar biasa.......mereka boleh minum2 santai di alam nyata dalam masa yg sama boleh berada di dimensi yg lain malah berurusan pula didimensi yg lagi satu.........ini semuanya adalah gifted kata orang jawa.......ia tidak akan dicapai dengan belajar, khalwat atau bertapa atau dengan zikir ribu2 kali ..........ia dikurniakan oleh Allah pada siapa sahaja yg ia kehendaki.......den tak kata den dikalangan orang2 tersebut......sebab baru cuba2 nak rasa alam tu den dah goyang .....dunia nyata ni pun den terumbang ambing camana nak masuk yg lagi satu?

setelah puas menahan perasaan (rasa)......masuk je rumah tuan resort den diberi penerangan sikit tentang hajat tuan rumah......biasalah dia nak selesaikan masaalah anaknya yg sering kengkadang luar kawalan dan mengelamun sendiri........den pun tak terfikir pun nak tolong.....hanya lintasan hati yg kasihan melihat anaknya dikuasai oleh makhluk halus.......den tak nak mancampuri urusan orang.......den hanya menurut rasa hati dan naluri sahaja dalam hal ini.......mungkin dengan cara ini den dapat belajar sendiri mengenai bab alam yg lagi satu almaklum den tak berguru dengan sesiapa atau dimana2 hanya redah sendiri setelah mendapat kesan dan akibat......den hanya belajar dengan pengalaman......buruk baik semua tanggung sendiri..........pada den guru yg sebaiknya adalah diri sendiri......he heh

bersama2 dengan den pak kiyai kami pun memulakan kaedah masing2.......den mula menafikan diri dahulu.......bab ni pun mengenai rasa juga......tidak ada satu pun jampi atau perkataan atau ayat yg perlu dibaca......hanya dengan menghening cipta hingga menafikan keujudan diri.......yg ujud hanya yg benar2 ujud..........ini adalah masuk kepada pengajian hakikat dan makrifat....masuk kepada pengajian asas tauhid dan pengajian rasa.........ilmu ini bukanlah tinggi tetapi telah diabaikan oleh ulama2 pengajian fekah hingga menafikan pengajian tasauf sebagai bidaah dan sesat.........zikir mereka hanya dimulut tetapi tidak sampai ke hati dan nafi/isbat. ah tinggalkan ler bab nie.......

den terus membuat jurus2 secara spontan.......ikut gerak hati.......sambil memasukkan zikir2 asmaul husna didalam jurus2 tersebut........disamping itu den terdengar anak buah cuba berinteraksi dengan makhluk halus tersebut bersama bapa pemuda tadi.......nama makhluk itu @#* sukma........berumur sekitar 3 ribu tahun lebih....memang otai dengan ramai pengikutnya terdiri dari jenis jin yg lain........dah tua lagi ada hati nak kenen orang muda gelak den sorang2.........hampir 1/2 jam sayembara berlangsung tanpa menunjukkan tanda2 menang atau kalah..........

bersambung.....

Monday, March 12, 2012

rasa part 1

ada sekali tu den pi ke kalumpang dengan anak2 n anak buah yg boleh scan.....tujuan bukan apa untuk bawa baju tambahan setelah anak no 2 sibuk tel mengatakan bajunya hanya 2-3 helai je yg boleh dipakai semasa berkerja disana....anak den ni tengah tunggu result spm...jadi sementara tu dia keje la apa yg patut bagi meluangkan masa menunggu keputusan peperiksaannya tu.

sampai disana bila bertemu dengan anak tokey....anak buah dah cakap ade suatu bayang putih melekap pada badan dan mengikut sahaja kemana dia [pergi......den yg belum apa2 terfikir dan terniat untuk menolong pemuda yg juga anak tokey tadi dari diganggu makhluk berupa seperti pontianak atau langsuir pada pandangan anak buah.......memang den merasakan satu perasaan gelisah dan panas bila berhadapan dengan anak buah tadi walaupun tidak ada perkara yg menjadi kesan pada perasaan bila berkomunikasi dengannya....

setelah makan2 ......den bersembang dengan tokey tersebut dan dia menyuarakan hasratnya untuk den membantu menyelesaikan masaalah anaknya yg sering mengelamun dan suka bersendirian melayan perasaan sendiri......den kata den tak pandai...masaalah den pun kadang den mintak tolong orang lain......den tak reti dan den hanya boleh sangka2 sahaja berbanding anak buah yg boleh melihat jin2 tersebut secara nyata tegas den......dia bersungguh2 juga meminta bantuan den dan seorang pekerja yg di panggil bapak kiyai disitu untuk melaksanakan tugasan tersebut.....den kata tunggu petang sikit kasi orang reda dan kita buat secara sembunyi didalam rumah....bukan apa den takut kalau sayembara nanti melibatkan aksi2 yg tidak boleh dikawal yg akan mendatangkan ketakutan pada pengunjung......tokey nya bersetuju dengan cadangan den.

sementara menunggu anak den mandi dan menanti masa perlawanan persahabatan den dah rasa aura2 panas serta seperti suatu sayembara telah pun dimulai oleh pihak lawan.......sedang den bersembang dengan satu pengunjung yang rancak menceritakan masaalah politik.......den sedang melayani tolakan2 dan bahang2 panas dari makhluk tersebut......ini yg den katakan bab rasa........ianya tidak kelihatan pada pandangan mata sebab den ni bukan jenis terbuka hijab untuk melihat alam makhluk halus tetapi serangan2 tadi terasa benar pada diri batin......sambil sembang2 tu den mengumpul nafas dan tenaga cuba untuk mengawal keadaan .......diri dalam sudah merasa seperti tolakan ombak tetapi berarus panas........den belum boleh kawal diri untuk membalas serangan disebabkan den tak dapat lagi ilham untuk membalas serangan melainkan dengan isyarat pergerakan tubuh badan.......kalau ikut pengajian ilmu lam dulu .......serangan2 macam ni hanya diuruskan dengan penarikan nafas dan mengunci tenaga tersebut dalam makam istana iblis ......tempat2 tertentu dalam angota tubuh geng2 tarikat naqsyabandi menyerang istana iblis dengan zikir kalimah allah hu atau hu allah.

tapi tools yg dulu den dapat kuasai dah hilang......banyak sebab.....mula2 den kecewa jugak bila hilang.....lama2 den reda bahawa semuanya adalah pemberian allah....bukan milik kita......kita tiada hak untuk mengklaim itu adalah milik kita.......kalau allah nak beri ....terima....kalau allah nak ambil....reda...syukur dengan apa yg ada......

bersambung untuk sayembara aksi2 ala dongeng tahap gaban selepas ini........he he

Alam- faham-rasa

beberapa hari ni den sering berfikir dan cuba memahami sesuatu......tentang ilmu yg dipelajari.....pengalaman hidup......dan analisa peribadi.......banyak kata, banyak baca, banyak angap, banyak tanya......belum tentu mendapat jawapan selagi tidak diberi dari dia.....

orang kata pengalaman hidup lebih berharga dari ilmu didalam buku......entah lah....tapi bila den kaji dan teliti.......ilmu didalam buku hanya menerangkan contoh dan kisah.....tidak dapat menyampaikan rasa.......rupanya ilmu rasa ini ilmu yg tidak ternilai......

den cuba memahami dan menyelami ilmu rasa......selama ni den beranggapan ilmu rasa hanyalah perasaan was2, waham dan keliru....rupanya bukan

ilmu rasa sukar diceritakan kecuali dengan contoh, kias, misal, tamsil, bidalan ....sebutkan apa sahaja tidak akan dapat mengambarkan rasa kepada orang yg sedang merasa......

insyaalah akan den cuba untuk berkongsi rasa pada pembaca blog akan kelentong den akan datang.......

Saturday, March 3, 2012

petua pilih menantu


gambar hiasan menyembelih ayam

den teringat satu teknik orang dulu2 memilih menantu, salah satunya dengan menyuruh anaknya menghantar ayam untuk disembelih oleh bakal menantu......kalau ada 3 calon maka 3 ekor ayam ler yg bakal korban .....kalau 100 pegh mau 100 ekor jugak ayam bakal disembelih......banyak modal tu....

jadi kenapa dengan ayam?......apa keistemewaannya ayam untuk dipilih dalam memilih dan menilai serta menilik bakal menantu?.....

biasanya ayam tersebut akan dihantar oleh anak2 lelaki kepada bakal menantu......setelah bakal menantu menyembelih ayam tadi akan dibawa kembali kepada bakal bapa mertua untuk dilihat organ dalaman.......den ada juga belajar cara dan kaedah menyembelih mengikut syariat yg betul ditambah dengan kaedah jalan thorikat dengan menghantar dan niat utk mengembalikan roh ayam tadi mengikut perjalanan nafas turun dan naik.........

setelah ayam tadi disembelih, kalau ikut syarat dan petua ayam tadi harus akan terbaring mengadap kiblat tanda cara sembelihan sempurna dan sah, kedua organ dalaman ayam tadi akan diperiksa .......sekiranya ada tanda2 dalaman organ ayam tadi penuh najis dan kotor makna ia mewakili sipeyembelih ....begitu juga kalau didapati organ dalaman ayam tadi bersih ia juga memberi gambaran bahawa dalaman (yakni hati) penyembelih bersih dan baik.

kerana itu juga orang dahulu nak makan ayam akan bawa ayam mereka kepada ustaz atau imam untuk disembelih.....orang sekarang tak berpeluang sebegitu rupa........jadi ada kurang dan lebihnya dulu dan sekarang ......

begitu juga sekiranya penyembelih tadi mempelajari ilmu2 dalaman samaada kebatinan atau pelajaran thorikat dan pengajian hakikat boleh dilihat dengan jelas melalui organ dalaman ayam yg telah disembelih. wallahualam

sampai sekarang den tak pernah lagi berpeluang untuk melihat organ dalaman ayam yg den dah sembelih sebab tak de peluang...he he pada den itu hanya satu kaedah dalam menilik cara orang dulu2 seperti juga teknik memotong limau dan melihat urat daun sirih........

layan...................

Thursday, February 23, 2012

hikmat cincin badal besi



contoh cincin badal besi

den nak kongsi pengalaman menggunakan cincin yg kononnya mempunyai keistimewaan tertentu seperti kebal dan mempunyai keupayaan mistik......




ada satu cincin milik den ni pernah dijurus dan dibuang khadamnya oleh seorang kawan di tempat kerja kerana syirik katanya memakai pakaian atau cincin berkhadam(berjin)....den hanya beriktikad bahawa semuanya ini hanyalah alat dan mempunyai khasiat seperti kesan makan ubat panadol je.......panadol tak memberi sihat tetapi salah satu ubat meredakan kesakitan........tengok pulak berapa sakit yg kita deritai.....takat makan 2 biji mana cukup......dah makan 20 biji pun belum tentu sembuh......bab sembuh bukan kuasa kita....tu iktiqad den.





den biasa pakai cincin nie bila menghadapi saat2 atau peristiwa2 yg den anggap penting serta mencabar........biasanya apabila melibatkan perkara2 seperti menghadapi pertempuran atau merasakan diri kita dalam bahaya..........selepas habis urusan tersebut jari2 den akan lenguh2 dan rasa rimas pulak bila dipakai.......so memang cincin ni tak suka den pakai semasa dalam keadaan aman dan selesa....ia lebih kepada dalam keadaan darurat dan zon merah...he he




ada satu hari tu den letak bawah bantal dan niatkan dalam diri untuk dapat melihat gambaran apa didalam mimpi tentang keistimewaan batu tersebut........mlm lepas dengar mengaji ayat2 surah albaqarah dalam mp3 den pun dibawa ke sebuah ruang dan masa sewaktu rumah den menghadapi ancaman toyol2 dulu.........dalam keadaan den yg tak tentu arah den seolah2 hanyut dibawa ke dalam sebuah kenderaan untuk dikorbankan dalam ritual dan agenda sebuah kumpulan yg den tak suka.........entah macammana ada satu cahaya yg keluar dari cincin yg dipakai oleh den memberikan den satu kekuatan yg luar biasa...........dengan cahaya dan kekuatan tersebut den menarik nafas dan menghasilkan satu jurus gelombang yg maha dasyat............denyutan gelombang itu menghancurkan aura kumpulan mereka seperti serpihan2 kaca...........makhluk tersebut den tengok seperti gambaran seekor naga yg kemudiannya kembali masuk ke dalam cincin itu kembali.........dengan kekuatan aura itu tadi telah menyebabkan kumpulan mereka lumpuh dan langsung tidak dapat berbuat apa2.......pegh dasyat betul penangan aura cincin nie........dah macam cerita dragon ball pulak.......esoknya den terbangun awal dan alhamdulillah dapat menyelesaikan perkara 2 serta kesulitan yg dihadapi ...........

maleh nak sambung........he he

Monday, February 20, 2012

Sayembara gila dikuantan

den buat hal lagi....kali ini dikuantan plak...den maleh atau tak suka buat hal....tapi kali ini dah terpaksa.....geruh dah sampai kata orang pahang memang tak boleh mengelak....kali ini den tak nak bertahan den kene menyerang walau pun ditempat orang.......bukan nak tunjuk gagah tapi demi keadilan dan maruah diri serta kaum kerabat....

baru2 nie den dapat berita.....anak buah kene pukau n kene tipu dengan kenalan di FB....fb nie kalau cari mende baik dapat baik....kalau nak menggatal itulah padahnya......last2 kene tipu.....bila sedara tau kita ni ada blaja skit2 ...kita jugak yg kene panggil mintak tolong....nyesal pulak blaja ilmu mempertahankan diri ni.......tak pasal2 kita kene panggil....he he

selama 2 minggu den cari masa sesuai.....begitu banyak petua den cuba .....tunggu bulan kecik atau bulan gelap....sebab ikut risikan budak ni bukan calang2.......casanova , bijak jampi serapah dan dipayungi oleh sebuah badan kongsi fat coy yg terkenal.....tetapi bukan yg register punyer......dah banyak den fikir baik buruk....kalau den kedalam, mati ke, cedera ke.....menang-kalah semua den dah fikir.......sampai den delay n drag lagi time tu ke masa kecederaan ...den bagi psikologi lagi supaya dia serahkan duit tu balik ke anak buah.....dia degil jugak......

pagi ahad den gerak ke kuantan dengan ambil petua melangkah.....chek nafas kiri kanan....semua ok, tinggal hati berdebar2 tak tau nak cakap....den susah hati jugak sebab jantung den nie laju lain macam....kalau penyakit jantung den nie datang balik susah ler nak buat kerja......belum bertarung den dah terbuntang dalam hospital......keh keh

sampai kuantan den rikie tempat kerja budak tu.........den dapat maklumat dan aktiviti budak tu dalam FB jugak...beberapa hari den pantau aktiviti budak nie melalui laman tu.....memang dia nie jiwang n ramai kenalan pompuan untuk jadi mangsanya........dia nie tak de lah hebat sangat tetapi mendakwa dirinya kebal sebab sudah joint pertubuhan kongsi fat choy......kalau ikut hati den nak tangkap masa tu jugak......tapi bila memikirkan ramai orang dan dia dijaga oleh ramai geng2 dia den usha dari jauh je.......setiap kali den dekat dgn budak nie memang perasaan berdebar2 tak dapat dielakkan.....den tak boleh terburu2 sebab den bersorangan dalam hal nie......dan den tak suka hal2 nie melibatkan orang lain......kalau perkara nie sampai ke pihak polis biar den sorang je kedalam......bak kata pepatah buah pukul...tamat belajar buah pukul nie samaada dalam penjara atau dipintu masjid......dan dah beberapa lama jugak den latih lian untuk mantapkan gerak........kalau terpaksa bertempur dengan beberapa orang den rasa seni ni yg paling sesuai.......dan den teringat pula pesan guru makrifat....jangan bergantung selain dari allah......hanya kepada allah sahaja tempat kita memohon pertolongan tak kira berapa besar ancaman dan ujian yg datang.

malamnya den buat report polis dulu.....kalau apa2 jadi senang.....den bagi tahu kat polis tu budak yg pukau anak buah den dah jumpa di bandar kuantan....polis mintak den bertenang dan jangan buat tindakan sendiri.....den diam je bila dengar camtu....dalam hati...siap kau budak......he he

den dapat maklumat budak tu start keja jam 10 pagi....pukul 9 pagi den dah ronda2 kawasan tu......sampai pukul 11 pagi pun budak tu tak de....celaka mana pulak dia pegi ....rupa2nya bila masa dan keletihan menyebabkan seseorang menjadi kurang warah bila bertindak....den dapat kongsi pengalaman nie dari seorang polis yg penat menunggu penjenayah keluar......bila dia dapat tangkap penjenayah tu memang depa kasi kaw2 punya....atas sebab.....penant giler tunggu mangsa keluar.......den tunggu lagi mamat tu.........takkan dia dapat maklumat yg den tengah cari dia di tempat kerja......ramai kengkawan dia depan pusat shoping complex nie ......den tilik satu2 tak de pulak yg macam dia.......sehingga jam 3 petang baru nampak kelibatnya macam mengintai2 dari dalam.....celaka rupa2 dia tahu den datang nak cari dia.....den terpaksa memendekkan cerita sayembara ni dengan hati yg geram bercampur marah, takut, kecut dan serba salah......

den masuk ke dalam kedai tu dengan menyapanya dan memaut bahu dia.......den cakap meh ikut den keluar kejap sebab ada urusan.......tokeynya dan beberapa kawannya kehairanan dengan tindakan den......ok...ok pakcik saya ikut pak cik tapi saya nak beritahu dulu dengan bos saya...katanya......tak payah!!! bentak den.....kemudian beberapa kawannya datang cuba untuk bertanya......eh apasal nie?.......den cakap korang jangan masuk campur.....ini urusan aku dengan budak nie.......den cuba buat tunjuk lagak gengster abih.......giler......semuanya jadi spontan tanpa dirancang.......budak tu berpura2 nak ikut kemudian bila sampai dipintu kereta dia cuba nak lari plak.......sambil tangan den paut kat bahu tu den terus buat kuncian dilehernya.....kawan2 dia semua dah kepung den didepan kompleks......abih la den kali nie....bisik den dalam hati.......entah macamana den keluarkan salinan report polis dalam poket dan serah pada tokey dia sambil jerit2.....korang jangan masuk campur......aku nak tangkap budak ni serah pada polis.....tak puas hati tengok report polis.......bila den cakap macam tu yg lain semua cuak......dalam pada tu den tengok budak tu makin lemah......den tebas kaki dia bagi dia melutut pulak......bub jatuh.....den sendal plak badan dia dengan lutut den......dan fikir macamana nak lepaskan budak nie kalau kawan2 dia mula nak serang........komdia sorang kawan dia datang...sabar2 bang...bawak bertenang....abang nak bawak budak nie ke balai polis.......sila kan......ok kalau aku bawak dan dia lari amacam.......tak pe bang saya ikut...kata sorang kawannya memberi jaminan......betul ni?.......den cuba dapat kepastian dan mengira muslihat mereka sambil control garang dalam kecut....he he

dalam sadar tak sedar drama yg den buat nie dirakam oleh beberapa orang kawannya dan pengunjung kompleks beli belah tu....abih la cam nie kalau gambar den dimuat naik dalam youtube........tak habis kes tendang ayam kfc silap gaya keluar plak demo jerut leher di kuantan.....

bersambung........





Tuesday, February 7, 2012

hidup itu ujian



hidup itu ujian......mati itu ketenangan......


apabila lupa maka hidup itu punya berbagai rasa


pabila mati....rasa itu tiada


hidup itu ujud......samaada rasa ujud diri


sedang mati itu tiada.....yg hanya ujud pencipta


selagi rasa ujud diri.....maka tiadalah rasa ujudnya pencipta


hidup diri penuh rasa- suka- duka- pahit- manis berbagainya


sedang aku masih melatih diri untuk menyerahkan hidup kepada yg sebenar hidup


(tengah musim meroyan ler nie.....ha ha)


Sunday, January 29, 2012

catatan tahyul


Baru2 ni ada seorang sahabat den bertemu dan berbincang
mengenai coretan dan pengalaman pada blog den. Perjumpaan yg bermula dengan
minum2 petang menjadi hampir serius dek kerana tanggapan teman sekerja den ni
yg hampir percaya dengan dongengan dan khayalan dari garapan tahyul cerita den…….agaknya
kalau den buat filem cerita tahyul kalau masuk panggung mahu meletup kot……sebabnya
dah ada orang nak percaya dengan kelentong den….ha ha
Den dah banyak kali tekankan bahawa apa yg den ceritakan di
dalam blog ini adalah cerita santai biasa dan hasil dari khayalan den sendiri…….tidak
bermaksud untuk mempengaruhi orang lain atau mencari nama dan pengikut……den
suka tambah2 cerita bagi menghiburkan diri sendiri bukan untuk kepentingan untuk
mendapat jumlah pembaca yg ramai atau pengikut blog yg ramai……..jadi den
tekankan lagi berulang kali bahawa cerita den di dalam ini tidak ada kene
mengena dengan orang yg hidup atau yg telah mati apatah lagi dengan orang2 yg
pembaca kenal atau sangka2…….ianya hanya catatan hiburan den sendiri untuk
menulis selagi ujudnya blog ini di alam siber……..dan kadang2 den rasa terhibur
untuk membacanya kembali sambil mengingatkan kejadian yg sebenar berlaku……..
nasi yg kita makan sebenarnya sama….Cuma den hanya tambah ramuan2 yg lebih kelihatan
kelainan untuk menaikkan mood membaca……..so den berharap agar pembaca tidak
terpengaruh dengan catatan blog den ini kerana ia hanyalah imaginasi den sendiri……..
Sekian terima kasih kepada pembaca setia blog den dan
diharap terhibur kembali dengan kelentong2 den pada masa akan datang……….
He he……

Tuesday, January 24, 2012

Rezeki berziarah @ bertandang

baru2 ni den bertandang ke rumah guru silat pulut di wangsa maju......dah lama dah tergerak hati nak pegi...tapi ada sahaja aral melintang.....entahmacamana bila cuti panjang ni den pun sms cfu bagi tau nak singgah sambil bayar duit untuk 3 bilah pisau yg den ambil hari tu.....cfu cakap ok je ....mlmnya setelah den selesai hantar orang tua balik dari mancing di kundang den sms sekali lagi pada cfu tapi tak berbalas......tak pa lah den singgah je lah sekejap kalau tak de den terus balik rumah je la bisik hati den.


sampai di rumah cfu dia tersenyum bila tengok den terkial2 cuba parking depan rumah coz masa cuti raya cina banyak kereta parking sebab kawasan perumahan dia penuh jiran2 cina.......den sampai sambil berbual kosong berkaitan masaalah perpecahan aliran2 silat dan hikmah kejadian tersebut........cfu maklum dengan perkara tersebut sambil berpesan pada den blaja lah apa juga jenis silat dan kalau boleh biar sampai tamat dan hormatilah guru2 tersebut......den terdiam je bila dengar amanat dari cfu ni.


rupa2nya mlm tu cfu ada temujanji dengan sorang lagi anak murid untuk memperkemaskan lagi langkah........den rasa serba salah juga kerana mungkin den dah ganggu temujanjji mereka.....tetapi cfu cepat2 bagitau yg mlm tu memang dah rezeki den untuk turut sama bermain........den pada mula nya malas nak atur langkas sebab dah lama bercuti dan tak aktif bersama kumpulan ni dan ditambah dengan fahaman den yg segala gerak semua darinya den duduk je jadi pemerhati.....lebih kurang 1/2 jam bermain cfu panggil juga den untuk memperkemaskan buah dan cuba untuk main berlapis.......setiap kuncian ada lapis mengikut arah mata angin atau tapak 4 begitu pesan cfu.......bukaan kunci ni samaada sebelum, semasa dan selepas kuncian mengikut turutan jenis kuncian....istimewanya permainan kunci silat ni selagi mata berkerdip atau lidah boleh bergerak selagi itu kunci boleh dibuka.......sukar untuk den menghafal semua jenis kuncian kerana ada beberapa jenis kuncian yg den tak pelajari sebelum ini. Mlm tu segala permainan kunci taraf guru telah di tunjuk tetapi oleh kerana den ni masih biginner jadi segala lapis kuncian hanya menjadi tontonan buat den sahaja kerana belum betul2 menguasai permainan tersebut.


cfu ada juga berpesan yg langkah den ini banyak langkah buah curi....langkah buah pukul mungkin dah sebati dengan permainan den.....dan permainan melapis hasil dari tunjuk ajar cfu ha menjadi gerak faberet den........langkah buah curi ni boleh dibaca oleh mereka2 yg bertaraf guru bila melihat kaki kita bertapak dimana berat badan kita ditampung oleh kaki dibelakang berbanding kaki didepan.


lebih kurang jam 1 pagi den makin mengantuk dan cfu mula bercerita bab2 kebatinan......dengan amalan ayat2 tertentu....bila sampai bab ni mata den makin mengantuk dan hati den seolah bagi isyarat bahawa ini dah masuk urusan antara cfu dan seorang lagi murid beliau.....den segera minta diri untuk pulang ke kundang......sambil den bersiap2 untuk balik cfu ada juga pesan untuk rajin2 datang untuk mengasah lagi permainan kuncian.....den mengiayakan sahaja tetapi tak berani untuk berjanji kerana den ni jenis blaja ikut mood jugak.........kadang2 tu rasa hairan juga den sikap diri den yg langsung tak nak ambil peluang untuk belajar dengan mereka2 yg hebat ni.........tak kira dari aliran buah pukul, lian padukan atau silat pulut malah kuntau tekpi semua mempunyai keistimewaan tersendiri........den je yg maleh ambil peluang......agaknya kalau den blaja dengan bersungguh2 dan istiqamah dari dulu mau jadi cfu sekarang....hu hu ......disebabkan den blaja bukan nak jadi cfu dan sekadar amik tau.....maka ni lah yg terjadi......sampai sekarang tak pandai2.......he he

Sunday, January 8, 2012

Berehat dikalumpang resort

foto pinjam orang punyer daaaa......

sementara pelatih tak masuk lagi 2-3 hari ni....dan ler den tulis merapu2 dalam blog.....esok lusa bila student dah ada payah plak nak nulih2 nie......he hek
den nak cerita pengalaman den sekeluarga berehat dan bermalam beberapa hari dikalumpang.......kerap juga kami buat hari keluarga disana.......almaklum milik adik ipar.......bila dia pelawa2 ayam apa lagi kami serbu lah satu keluarga dan memang kali ni nak menemani emak yang baru lepas menjalani pembedahan tempohari....sambil mengirup udara segar disana......tempatnya memang sempoi dan tenang....dengan udara bersih dan pemandangan yg menenangkan hati serta minda.........kami sekeluaerga memang happy lah.......almaklum macam2 aktiviti.....sukaneka, mandi, karaoke dan yg paling utama...mandi manda.....

malam pertama dengan bbq.....makan sepuas2nya dengan diselang seli pertandingan badminton dan kareoke.......masa nak tidur tu den dah rasa satu aura negativ bergerak2 sekitar bilek.....ish kata hati den takan dah sampai sini nak main tembah dan jurus berbagai......niat nak datang sini bukan untuk sayembara tapi nak berehat....sambil nak lelapkan mata den kata2 jugak dalam hati lantak korang lah nak ngusik ke hapa......sebab den dengan ko tak de beza.......last2 lelap sampai ke subuh gak........
pagi tu dah mula sibuk dari golongan kanak2 hingga mak bapak......kena masuk acara sukanneka.......sebelah tengaharinya pula makan nasik dan lauk pauk yg tak kurang enaknya dan dijamu pula dengan durian beli dikebun sebelah......lepas makan2 tu badan den rasa panas semacam....almaklum dekat 2 biji setengah gak den bedal walaupun dah beberapa kali dileteri oleh mini........bila dah panas2 tu den bukak baju dan terus terjun sungai........pegh memang best dah lama tak mandi sungai macam zaman kanak2 dulu....puas mandi den capai goggle menyelam milik abang ipar.....den teroka hampir semua lubuk2 sekitar beberapa ratus meter area resort pasir putih. ada sampai satu lubuk tu bila den menyelam tak nampak apa......dari atas nampak airnya agak menyeramkan dengan berwarna hijau gelap dan berarus pusar.........detik hati den cuba nak mencabar diri menyelam dalam lubuk tu sambil intai2 samaada terdapat ikan tengas atau ikan kelah bersembunyi.

selaman kali pertama den tak nampak apa....hanya kelihatan buih2 putih sedalam 2 meter manakala arusnya yg berpusar boleh menyebabkan mereka yg panik lemas dek gulungan air yg sentiasa menekan kebawah.....agaknya keadaan ini yg menyebakan ramai pegunjung yg tidak tahu keadaan air mati lemas disebabkan ditekan arus apabila cuba berenang kepermukaan air.........den cuba mengambil nafas dalam2 dan membuat selaman kali kedua........kali ini den dapat menyelam melepasi kawasan berbuih tadi......satu kawasan berarus makin menekan kedalam.......kawasan semakin gelap dan den cuba menunggu beberapa ketika membiarkan mata melihat apa yg ada didasar lubuk tersebut......serta-merta satu perasaan takut dan gerun menguasai den......dan serta merta pula den mengiktikadkan bahawa setiap apa yg den lihat tak ujud...melainkan ujud bayangan semata-mata.......keadaan semakin tenang dan den masuk lebih dalam sambil dapat melihat beberapa ekor ikan kelah dan tengas bersaiz 2-3 jari bersembunyi dibalik batu2........didalam lubuk ini terdapat beberapa ruangan seolah2 bilik atau pintu atau chamber....ada terdapat lebih 3 pintu didalam lubuk ini....dan salah satu bilik tersebut boleh memuat 1 orang untuk duduk atau bersila dan lebih menghairan kan lagi arus dikawasan bilik2 ini hampir tiada dan tenang........beberapa ketika den berulangkali menyelam dan mengambil nafas den pun mengambil keputusan untuk balik ke resort setelah badan mulai rasa sejuk dan menggigil.


mlmnya selepas den menang acara kareoke dengan menyannyikan lagu pantun budi .....den pun masuk tidur dan terlelap........kemudian bermimpi menyelam dan memasuki kembali jeram yg teroka pada siangnya.........rupa2nya kawasan bilik2 yg tak berarus itu memang benar adalah pintu bagi alam yg satu lagi dan den dijemput untuk memasuki rumah mereka dan dilayan dengan cara penuh budi bahasa oleh penghuni tersebut.....den tak dapat pastikan apakah agama mereka tetapi rupa mereka tidak seperti manusia biasa.....almaklum mereka berada dialam air.........dan den sukar pula mengingati perbicaraan den dialam sana.....yg pastinya sambutan mereka pada den cukup luar biasa........
layanzzzz........dongeng den kali ini....he he

logo illuminiti simbol kebenaran

logo pupular golongan illimuniti mata satu berlatar belakang piramid dibelakang atau dikelilingi segitiga
dalam blog saya ini penulisan saya lebih kepada hal2 yang remeh dan santai....saya tak suka isu2 yg berat dan serius....kalau perkara itu serius pun saya akan membawa jalan cerita kepada dongeng atau khayalan.......he he

kali ini saya mahu mengutarakan teori yg agak serius.......berkaitan logo golongan illuminiti atau golongan yg didakwa sebagai penyokong dajjal akhir zaman......pandangan saya pula adalah berlainan........kita boleh melihat sesuatu perkara dari berbagai pandangan dan perspektif berbeza dengan syarat kita harus terbuka atau fikiran kita bisa untuk memahami sesuatu perkara itu dahulu.......saya pernah berkongsi pendapat dengan seorang sahabat yg mana dunia ini adalah sama yg berbeza alam ialah tentang pemahaman dan perbezaan pandangan menyebabkan kita boleh memasuki beberapa alam....yg dimaksudkan alam ialah pandangan dan pemahaman kita pada sesuatu ilmu atau tafsiran kita pada mesej yg diterima.......sukar untuk difahami.....ha ha terpulang....blog ini adalah luahan hati saya ....dan untuk saya......kalau ada orang lain yg baca serta tidak dapat memahami....saya tak dapat bantu....he heh

pendapat saya berkaitan simbol atau logo puak illuminity ini yg terkenal dengan satu mata dan ada segi tiga seperti piramid itu adalah simbol asas bagi puak ini yg didakwa sebagai pengikut dajal dan yg akan menghancurkan dunia......adakah benar?.........apabila saya melihat dari konsep ketuhanan.......sekali lagi saya tekankan bahawa ini adalah pandangan saya sendiri tidak merujuk dgn mana2 hadis atau firman atau fakta dari mana2 buku dan kajian saintifik secara ilmiah........saya melihat bahawa lukisan mata itu adalah simbol kepada melihat....memandang......atau musyahadah ,melihat atau penyaksian ....@ naik saksi.....dengan pandangan batin dengan mentauhidkan bahawa hanya ujud Allah semata2........kias kepada kisah nabi musa ingin melihat wujud Allah dengan sebenar2nya........dan bentuk 3 segi itu bukanlah pyramid melainkan bukit tursina .........sila baca dahulu tentang kisah nabi musa berkata2 dengan allah untuk dapat melihat Allah bagi membuktikan pada kaumnya tentang ujud Allah dengan sebenarnya........kesimpulannya pada logo tersebut.........peristiwa musa(aku) melihat Allah dibukit thursina....

bukit thursina di mesir

saya yidak mahu menghuraikan dengan lebih detail kisah nabi musa dan bukit thursina.....kerana pandangan kita mungkin berbeza.........tetapi saya lebih tertarik dengan puak2 ini yg menimbulkan simbol ini diakhir zaman dan dengan begitu banyak fitnah yg mengatakan mereka adalah pengikut dajjjal.....persoalannya ......adakah benar? sekiranya bukan bagaimana?...........saya mula kagum dengan mesej yg cuba disampaikan oleh puak2 ini hampir beribu tahun lamanya dengan mengenang kembali peristiwa nabi musa dan bukit thursina.....inilah ilmu tingkat tinggi dan asas ilmu tauhid bagi pencari2 kebenaran.....dan intipati perbahasan kalangan peminat ilmu tasauf.........dan kemungkinan juga ia adalah ilmu yg digunakan untuk keduniaan.........hingga kini para saintis tidak dapat menghuraikan teknologi dan keupayaan pembuatan pyramid di mesir..........dan kita hanya disogokan dengan tafsiran mereka pada simbol2 yg dipahat didalam piramid itu ikut kefahaman mereka tanpa kita mahu untuk mentafsirkan sendiri mengikut bidang ilmu yg kita pelajari.........saya hampir merumuskan bahawa kaum yg membawa simbol ini atau panji2 mata satu ini kemungkinan terbahagi 2.......pertama ..... mereka yg membawa simbol ini yg tidak faham tentang konsep tauhid dan dibawa kearah dunia.....kedua mereka yg tahu tentang konsep tauhid pada simbol itu dan mengikut apa yg diajari oleh nabi musa........

bersambung.......(terpulang ler pada saya nak sambung ke tidak)....he he