kata-kata hikmah dari alquran dan hadis: Dan diantara nikmat tuhan mu yang mana satukah kamu dustakan......dan pada diri mu mengapakah kamu tidak perhatikan......sebaik-baik perkara adalah ditengah-tengah.......
Saturday, February 27, 2010
masaalah gengster & peras ugut
Thursday, February 25, 2010
Terbatalnya agama kristien
Entahmacamana den dapat ilham dan teori mengenai terbatalnya agama kristien.
Pertama :
Simbol agama Kristian sindiri berlambang salib +. Kalau dalam simbol matemetik + bermakna tambah, add, penambahan, add value, value added, tambah nilai, nilai tambah dan segala maksud yg merujuk kepada sesuatu yg telah ditokok tambah. Terbatalnya agama ini kerana tauhid sebenar telah ditokok tambah menjadikannya kesucian dan kemurniannya telah tercemar.
Kedua:
Lihat pada simbol + (salib) tadi yang den dapat simpulkan yang ia bermula sebegini :
Kalau ditafsirkan bahawa asal ia bermula kepada huruf alif atau 1 atau merujuk kepada esa.
I
Kemudian ditambah kepada simbol ini iaitu simbol tolak atau minus merujuk kepada ia sudah tertolak kerana telah ditambah:
-
Maka penghujungnya simbol tersebut menjadi lambang salib @ campur @ add yg telah diimani oleh semua penganut agama ini.
+
Sesuatu yg asalnya benar tertolak kerana telah ditokok tambah.
Wednesday, February 24, 2010
majlis maulud nabi
makanan thai-kemboja
nasik lauk sup daging ala cina.......kita orang bedal sampaia 2 pinggan sorang ............... harga rm 3.50 je
nasik....sup ala bakso....ulam macam daun sup atau bawang...pun kita orang bedal 2 pinggan sorang harga .... rm 4.00 hinggit je
yang ini tak sapa berani nak bedal.........tapi katanya sumber protein yg kaya bagi penduduk kemboja....makan banyak pun tak gemuk.........cengkerik goreng....tak sempat plak tanya harga..
lagu khemer - sokun nisa
memang best layan lagu ni sambil tengok2 balik gambar2 masa xpdc dulu......he he
lagu ni jugak yg sering diputar sepanjang perjalanan dengan bas atau van......layannnn
cuba tengok artis sokun nisa (penyanyi kemboja) muka macam iras kris dayanti gak.....buat mini no 2 ni ok gak...........he he
Tuesday, February 23, 2010
mimpi teori graviti
mimpi den bermula dengan keadaan diri yang berjalan kemudian keadaan terapung bila sampai satu tempat.....selepas melepasi kawasan tersebut badan jadi berat semula....den pun berpatah balik kekawasan tersebut dan mengulangi pergi balik bagi memastikan terdapat perbezaan medan graviti dikaw tersebut......
den pun terfikir bahawa memang medan graviti pada sesuatu kawasan tidak sama rupanya......begitu juga kekutuban yang terjadi kadangkala berubah mengikut masa dan tempat......
komdian den tersedo.....bila dah boleh berfikir ikut alam nyata ni den pernah terbaca dan terdengar cerita dari student2 askar ni bahawa kengkadang disatu2 tempat terutama di hutan kompas tidak dapat digunakan langsung......sebabnya medan kekutuban dikawasan tersebut telah terganggu oleh jumlah mineral samaada logam atau galian2 lain......begitu juga dengan keadaan atau kejadian air poket (betul ke ejaan)........merujuk pada tekanan udara yg berubah pada satu2 tempat.........pada pandangan den tekanan udara yg berubah juga disebabkan oleh medan graviti ..........
kalau ikut rencana yang ditayangkan oleh national geography.....fanomena aurora juga disebabkan oleh medan graviti dan tindak balas sinaran matahari.......jadi medan graviti ni tak statik...kengkadang dia berubah2 dan tak tetap......den beranggapan kemungkinan gerakan pentas benua yg menyebabkan gempa bumi boleh dikesan apabila melihat kadar medan graviti yg berubah.......cuma kita tak de alat yg boleh detect kadar graviti bumi.......kalu ade jom kita buat reserch......
pada pandangan den juga medan graviti kita berubah macam corak yg ada dimatahari tetapi tidak lah seaktif itu.......sebab aliran lahar yg tersimpan dalam kerak bumi menghasilkan medan yg berubah2.......mirip kepada pergerakan darah dalam badan kita....he he .....sapa2 yg pakar dalam bab ni harap bleh discus sebab entahmacamana den ditunjukkan dengan peristiwa dan fenomena sedemikian....... sebab dalam bumi besar ada bumi kecil.....dan dalam bumi kecil ada bumi besar......he he
Monday, February 22, 2010
sambungan thailand kemboja pt5
kami bangun agak lewat pagi tu maklumlah masing2 kepenatan......aku plak tidur lewat sebab dok bersembang dengan awek2 dari kemboja mlm tadi....... dalam dok siap2 tu aku tengok orang lama masih belum bangun lagi.....kepenatan betul......bila aku tengok ramai yg belum sedo2.....aku amik peluang untuk ambil berapa banyak foto keseluruhan kawasan tempat penginapan termasuk dorm2 yg baru dibina serta sebuah pergola yg bercirikan senibina nusantara.
lepas balik bilik tengok yg lain semua dah siap........aku pun dok bersembang dengan isteri tuan punya resort yg begitu gembira kerana mengetahui yg kami datang dari malaysia dengan kereta kecil semata2 untuk melawat tempat2 bersejarah di kemboja. dia yg terlalu ramah bercakap dalam bahasa yg begitu halus dan menggunakan nahu yg agak susah untuk difahami.......hanya kurang dari separuh sahaja aku faham dengan percakapannya.......untuk memotong percakapannya yang tanpa henti tu aku mintak mr cool untuk bercakap bahasa ingeris mengatakan kami akan mula bertolak. dan taktik tu berjaya dia dan keluarganya yang hampir tidak tahu berbahasa inggeris hanya menggangukkan kepala kepada kami yg telah bersedia menghidupkan enjin kereta. lucu juga sebab pandangan kengkawan yg lain hairan dengan sikap ramah dan mesra orang2 khemer dithailand berbanding layanan orang thailand dinegara depa. alasan aku senang je orang khemer dithailand berbangga sekiranya ada orang luar yg ingin melancong ke kemboja bagi mengetahui adat budaya berbanding negara thailand yg dunia sudah maklum sektor pelancongan mereka yg lebih maju.
kadar tambang teksi dari sempadan (aryanprethep) ke bangkok berjumlah 1900 bath atau rm190 duit kita.......
kami bergerak ke kedai muslim berhadapan pasar borong rongklue........aku dapat lokasi kedai ni pun hasil maklumat dari bongserai (kakak tokey) tadi......hasilnya kami makan sepuas2nya dengan hidangan yg memang tak kurang lazat seperti di daerah surathani......dengan nasik ayamnya serta sup daging macam ala2 bakso serta teh cina begitu juga chairon(teh tarik) ......sukar untuk dilupakan kelazatan makanan2 pure ala cina dan thai dikedai ni. tokeynya pula seorang arab muslim yg tidak tahu berbahasa ingeris dan melayu hanya boleh berbahasa thai dan arab.......
selepas makan sepuas2nya dengan masing2 menghabiskan nasik lebih 2 pinggan sorang kami bergerak ke pusat imegresen thailand.....disini timbul masaalah pertama kami kerana hasil maklumat orang2 yg mengambil upah mengisi borang ketibaan (arrival form) mengatakan kerajaan kedua negara menyekat hampir semua jenis kenderaan untuk masuk melalui pintu sempadan........abih bagaimana dengan perancangan kami yg ingin menuju ke pehnom penh dengan kereta........aku yg volunteer untuk cuba berbincang dengan pagawai imegresen thai bagi melepaskan kenderaan kami melalui pintu gagal kerana pegawai itu sendiri menegaskan bahawa kalau pihak thai melepaskan kenderaan kami kemungkinan pihak imegresen kemboja tidak melepaskan........selepas berbincang lebih kurang 1/2 jam aku akur dengan keputusan pihak imegresen kedua negara.
mesyuarat tergempar kami buat untuk memutuskan samaada meneruskan perjalanan ke kemboja melalui pengangkutan awam atau menjelajah sekitar wilayah2 thailand yg lain....akhirnya keputusan sebulat suara dicapai dimana kami bersetuju untuk bergerak ke phnom penh dengan menggunakan penggangkutan awam.......alang2 dah sampai sempadan takkan nak tengok je mercutanda kemboja dari jauh......aku tau kaki hidung belang dah tak sabar2 nak keseberang hanya kerana ingin menemui wanita2 khemer yg terkenal dengan lagak sopan dan berbudi bahasa......yg lain jangan tanya aku.....he he
kami bergerak melepasi kedua pusat imegresen tanpa masaalah dan tiba sempadan kemboja yg menawarkan khidmat bas percuma ke hentian bas terdekat.......setelah berbincang bersama org lama dan kengkawan yg lain kami memutuskan untuk menerima tawaran tersebut dan bermulalah perjalanan tak dirancang yg seolah2 masuk perangkap atau bubu pada nasib pelancong seperti kami.......
ok layan analisis aku jap ......he he
sila lihat rahang depa yg lebar dan bersegi
lihat rahang pada patung diangkor wat juga berahang lebar dan bersegi
sila lihat perbezaan muka gadis khemer dengan muka orang jawa bersama patung di angkor wat dan muka budha di candi borobudur.......ade beza? aku dok kaji2 gak yg muka org2 khemer dan org jawa hampir sama yg mungkin membezakan adalah bibir depa yg nipis sedikit dari bibir orang khemer.......kemungkinan juga mereka adalah dari ras keturunan yg sama yg membina tamadun di tenggara dan baratlaut nusantara atau ada juga yg mengatakan yg kerajaan khemer dahulu adalah srivijaya timur memandangkan pembinaan angkor wat dan borobudur hampir menggunakan konsep yg sama.
lihat juga wajah budha yg dipahat di candi borobudur dengan rahang masih bersegi atau kemungkinan yg dikatan beberapa pakar yg gautama buddha adalah seorang melayu.atau berbangsa jawa (jawi)
wajah krisdayanti yg berahang segi
wajah patung budha juga berahang lebar terpahat dicandi borobudur
Sunday, February 21, 2010
thailand kemboja pt5
dalam lepak2 tu aku tanyalah kepada dua gadis khemer tentang situasi keadaan diantara ke2 negara........mereka berdua menyatakan kekesalan dengan perebutan kawasan yg nyata dan terang2 adalah asalnya kawasan dan jajahan negara kemboja.......aku tak hairan kalau negara thailand seringkali suka menceroboh negara jirannya atas alasan dahulunya adalah wilayah takluk depa......begitu juga dengan pattani dan kedah......kalau negara jirannya lemah pasti mereka ambil peluang.....jadi tidak salah lah kalau kenyataan dari blog sejarahnegarakedah yg mengatakan mereka ni (thai) adalah dari puak suk kho tai atau dari dialek siam yg bermaksud....... puak kafir thai.........
cuba baca pautan ni......
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/11/kenapa-hikayat-merong-maha-wangsa-di.html
apatah lagi orang2 khemer disempadan thailand dianggap kuli dan status kelas bawahan dithailand.....ini kerana kebanyakan yg berada disempadan thailand hanyalah pekerja2 bawahan serta dibayar dengan gaji yg lebih murah......... walaupun mereka sama2 berugama budha tetapi status ekonomi dan taraf hidup menyebabkan terjadinya perbezaan kasta yang ketara diantara orang2 khemer dan sukhothai......
pekerja2 dari warga kemboja yang menjadi buruh kasar didaerah aryanprathep thailand.......menyorong barangan yg akan dijual dipasar borong rongklue
on....hang nih lock ai ke? (adik kedai ni jual apa) tanya ku dalam bahasa khemer pasar.....kalau nak cakap dalam bahasa khemer dengan nahu yg betul susah jadi aku pakai bahasa pasar je.....kue teo min....numpang min bong....(kue tew ada roti pun ada bang) katanya.....he he tu lah ayat yg mula2 aku keluarkan untuk bertanya selepas 13 tahun tak bercakap bahasa khemer.......aku makin bersemangat bila 2 beradik tu dapat memahami percakapan aku......kene plak muka depa ni agak manis.....seperti muka orang2 melayu zaman dahulu (kemungkinan orang melayu dikatakan berasal dari keturunan bangsa mon khemer)........aku yg memang tertarik dengan lenggok bahasa dan tuturkata yg sopan dan tertib terus melayan depa bersembang2 untuk mengasahkan lagi cara pertuturan......almaklum dapat belajau ngan pompuan he he.......a nih sait ai ni? (yg ini daging apa) tanya aku......anih sait cruk bong (yg ini daging babi bang)......katanya ........alamak serta-merta tekak aku jadi loya........masa tu aku tengok muka depa yang manis dah bertukau menjadi tawar.....he he kemudian aku tanya lagi.....sait tray ot min eh?(daging ikan tak de ke?)........som toh ot min bong (maaf bang tak ada) katanya ........dari muka tawar jadi makin payau plak....he he aku pun meminta diri balik ke hotel setelah menamatkan sessi blajau bahasa khemer dengan cepat.......sib baik ada daging babi tu....kalau tak de nak jugak aku sembang ngan awek tu sampai pagi........untuak pengetahuan korang orang2 khemer begitu menghormati orang2 malaysia yg datang ke negara depa apatah lagi boleh berbahasa khemer dan tahu adat2 mereka......layanan yg akan didapati comfirm 5 star!!.......
Thursday, February 18, 2010
sambungan thailand kemboja pt4
lepas ................adus hilang lagi catatan aku.....apa alamat ni....adakah sign untuk tidak menceritakan mende2 secret...he he....almaklum cerita dalam ni tak de lembaga penapis....sendiri tapis tu yg tak sedau tau2 dah terkeluar tulis......nanti aku baca balik n delete apa yg patut......he he jangan betulkan pc anda ye......
sampai di resort tu aku ternampak ler sebuah kedai makan bersorong berdekatan dengan hotel......aku pun apa lagi dah tak sabo mengasah ilmu bahasa khemer aku ni..........bila sampai dikedai yg dijaga 2 orang gadis adik beradik yg berasal dari kemboja dan mencari makan dengan menjaja roti dan kue tew berhampiran dengan hotel.
ok layan gambau dulu......nanti ada mood aku sambung tulis balik.......sabau ye.....
gambar didalam pos imegresen dibahagian thailand.......disini kami disekat untuk memasuki negara kemboja kerana masaalah titik genting dan keadaan berjaga2 kerana terdapat pertempuran disempadan kedua negara.......
gambar sewaktu memasuki gerbang ke negara kemboja dengan menaiki pengangkutan awam...
thailand kemboja pt4
bila dah turun dari highway aku pun suruh ler depa singgah mana2 stesyen minyak......sampai di stesyen aku pun dah jadi macam badut carik anak kehulu kehilir sibuk tanya orang.......malang sekali kebanyakan pekerja di negara ni kurang mahir berbahasa inggeris malah hampir tidak boleh membaca tulisan rumi........bila dah turun dari hghway aku ternampak ler singboard menghala ke bang kla (bukan bangla he he)......kami mengambil keputusan untuk mengikuti lebuhraya no 304 menghala ke chachoengsau (chachengsau).......
dalam dok sibuk2 mengikut papantanda 304......kereta mr riep telah ditahan lebih 1/2 jam oleh pak polisi.......penghujungnya depa kene pow 500 bath kerana cros double line.......nak buat camana dah abis rayu...kene jugak........
bila dah selesai semua perkara berkaitan dipow oleh pak polisi.......aku mengambil alih plak menjadi driver........yer le sebelum ni banyak sangat komplen dan bertukar2 map mencarik jalan.......org lama plak makin keletihan....he he letih memandu ler.......aku yg belum menjalankan tugas sebagai pak supirterpaksa la buat apa yg patut........dalam perjalanan dah nampak begitu banyak halangan yg bakal ditempoh apatah lagi kami akan menuju ke sempadan kemboja yg memang sedang panas kerana perebutan sempadan diantara thailand kemboja..........segala ayat2 amalan harian.....bismilah7......ayat lauanzalna......ayat 4 kul......ayat nabi yunus......dan macam2 ayat berkaitan ilmu selisih termasuk ler amalan bertanya dengan 4 sahabat.......(tanah ...api ...angin....air ler) bila dah ready aku sentuh pelan2 kunci n gear kereta ......hm langsung tak de getaran.......ikut rasa perjalanan kali ni insyaalah selamat.
sampai di chachengsau aku nampak satu kedai muslim....ikutkan masa dah lewat dah......pekerja direstoren tersebut dah mula kemas2........aku apa lagi dengan muka lagak sepuloh sen dan cuba berbahasa melayu untuk menandakan kami orang luar atau malaysia.......biasanya layanan dari org muslim sesama muslim di thailand lebih erat........kami pun apa lagi order apa yg ada.......nasik ayam hainan......memang best......memang ori nasik ayam hainan cina disini dan aku berkira2 kemungkinan depa ni adalah keturunan china muslim yg menetap di thailand kerana raut muka dan pakaian mereka tidak ada langsung bercirikan melayu......malah tidak boleh berbahasa melayu.........didinding kedai ditampal seorang guru atau ulama yg aku tak berapa kenal.......kemungkinan seorang guru sekolah pondok diselatan thailand..........humm....aku tersenyum sinis......kalau orang2 thai sibuk menampal gambar ketua2 sami mereka.......orang muslim disini sibuk jugak menampal gambar tok guru depa.........apa beza?........bagi aku ini dah masuk kepada taksub n jumud........ah biarkan lah.......daripada menampal dan memuja artis agaknya lebih bair tampal gambo guru2 ugama.........pemikiran lebih condong kepada kerohanian........terpulang lah masing2 punya pendirian fikir aku.....
lepas bedal nasik 2 pinggan aku sambung tugas sebagai driver menghala ke aryanprathep .........kali ini aku rasa lebih yakin sebab jalan dah mula lenggang........pemandangan drive mlm disini dan malaysia tak banyak beza yer ler gelap sama je he he........jam dah menunjukkan pkl 12 mlm......aku plak cuba bawak dengan berhati2 walaupun mata dah ngantuk giler disebabkan perut penuh diisi dengan nasik 2 pinggan!
dari chachengsau kami mengikuti hw 304 ke 359 menuju ke sakeo sampai disimpang sakeo ni berhenti sekejap untuk basuh muka begitu jugak dengan yg lain........ayahanda dah tertidur lena dah masuk alam lain hanya imam , unyil dan aku je bersembang sekejap untuk menghilangkan mengantuk.......kami singgah tak lama dlm 5 minit kemudian meneruskan kembali perjalanan........entah macamana aku tengok org lama terjaga dan seakan resah......dia meminta apa2 alat yg buat dari besi dgn mr cool yg duduk disebelah.........aku tau org lama pun bukan calang2 orang........cfu beladiri yg sedang berkembang....he he kalau dia dah mintak besi alamat dia nak support semangat dari kekuatan besi tersebut.........aku diam je.......agaknya aura aku tak ngam dengan aura dia kot......he he tu hanya angan2 atau anggapan je......tetapi memang dari chumphon aku dah rasa aku n pandangan mata dia dah jadi macam tak selesa dan tak mesra macam biasa.
sepanjang perjalanan begitu banyak sekatan dibuat oleh polis thai........aku yakin dengan amalan yg dibuat kemudian terdetik dihati kalau ada sekatan aku akan cuba bawak kereta serapat mungkin dengan kenderaan didepan untuk mengelak pegawai2 polis atau askar melihat no plat kenderaan kami yg terang2 dari malaysia .......bukan apa bila dah nampak no kenderaan asing kompom depa akan tahan........kalau tahan dan bersoal jawab selama 5-6 minit tak pa tapi yg takutnya dekat 1 jam setiap sekatan....kalau ada 5-6 sekatan tak ke dah 5-6 jam!....aku tak sangup membuang masa perjalanan hanya kerana melayani karenah pegawai2 polis thai yg cuba nak pow dan ambil kesempatan pada kami. alhamdulillah semua sekatan kami bolos dan lepas dgn menggunakan taktik yg aku buat.......mr cool pun hairan kerana kami dengan mudah melepasi sekatan tanpa ditahan.......kalau ikut logiknya perjalanan kami dalam dinihari ramai pegawai depa dah balik rumah.......bila pegawai dah tak de.......yg pangkat bawah ni pun maleh nak layan sangat atau tak perlu bodek depan pegawai.......sama je macam pegawai2 kita di malaysia tu........ha ha ha
http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=10.660608,98.986816&spn=1.209209,2.779541&z=9
kami sampai di aryanprathep dekat pukul 2 pagi.......hanya mengambil masa 2 1/2 jam je dari bangkok....walhal kami sesat didalam bangkok je dekat 4 Jam!!!. dalam pusing2 cari hotel tu aku mengambil keputusan untuk menginap disebuah hotel di jalan besar menghala ke pusat emegresen....
Wednesday, February 17, 2010
sambungan thailand kemboja pt3
selepas nego lebih kurang 1 jam pegawai tadi melepaskan kami dengan alasan walkie talkie yg dipakai berfrekuensi jarak dekat sahaja.......itu pun dah abis rayu menggunakan bahasa itik dan ayam.......bagusnya pegawai dia yg berpangkat 2 bintang langsung tak tahu bahasa inggeris........so aku rasa tahap pendidikan kita lebih baik dari thailand ni........rasanya rata2 pegawai kerajaan kita kalau tak boleh bertutur pun sekurang2nya faham bahasa inngeris.....depa?......tahap pegawai pun kantoi bahawa inggeris......itu pun sektor pelancongan depa makin berkembang maju.........bukan pelancongan......tapi lebih kepada pelencongan.....ha ha
thailand kemboja pt3
pemandangan bandaraya bangkok waktu senja.....kami sampai lebih kurang pkl 7 ptg waktu malaysia
aku sebenonya dah tawar hati nak taip banyak2 sekarang bukan apa kerja tengah banyak......bila dah taip tiba2 connection hilng...tu yg frust......tapi demi pembaca2 blog yg setia nak tau pasal perjalanan hidup ayam ni(he he) aku teruskan jugak ler........
Friday, February 12, 2010
sambungan thailand-kemboja pt2
kami meneruskan perjalanan ke chumpon destinasi atau chekpoint yg paling hampir kami kira sebelum memasuki bangkok.......ikut kata org lama nak masuk bangkok bukan calang2 kalau kali pertama masuk memang boleh sesat dlm 2-3 jam....tu standard......aku mula cuak.......maleh betul bab jem2 ni fobia pasal jem tu ler sampai aku sangup pakai moto berhujan panas utk pegi kerja.......biar demam kena hujan jangan kene jem.......
selepas melalui .............adus tention!!!!! banyak catatan aku sebelum ni dah hilang tu yg hilang mood tu.......
ok lah selepas melalui daerah surathani mengikuti jalan 41, melewati phumpin, lang suan, dan masuk ikut jalan no4.....kami tiba di bandar atau pekan chumpon lewat pukul 11 mlm.....masing2 dah kepenatan.....perut dah lapo tahap gaban dah.......paling akhir kami makan masa kat patthalung tadi........apa2 hal kami chek in di hotel sri chumpon dengan kadar 300 bth atau 30 hinggit duit kita.....aku syer bilik ngan mr cool so dapat ler cost lebih kurang sorang 15 hinggit je......
lepas check in perut dah makin berbunyi.......lepas bincang2 masing nak merayau sendiri .....almaklum mengikut fatwa dari org lama aktiviti malam adalah bebas dan masing2 punya haluan (paham2 je ler) aku ni yg dah tak sabo pakat2 ngan mr cool n ayahanda untuk cari kedai makan muslim.......lepas pinjam keta dari mr riep kami pun pusing2 ler pekan tu....dah dekat 1 jam pusing semua kedai makan tutup....kedai ayam banyak ler tapi kalau dah lapo ayam pun dah tak nampak lawa...he he......kami singgah di kedai makan kaki lima berdekatan dgn hotel......
bila sampai dari jauh dah nampak daging babi @ khinzir terpampang......bau hanyir bercampur tengik minyak goreng dia dah menusuk2 idung aku ni......terus rasa loya membuak2 dalam tekak ......aku dok kontrol je hensem jangan bagi nampak.......pengalaman setahun di kemboja dengan makan mengadap kepala babi (bukan makan tengok je yer!!) tak dapat membantu.....almaklum pengalaman aku tu masa tahun2 hujung 90 an sekarang dah 2010 an dah lama tu dekat 13 tahun aku tak jumpa kepala babi goreng atas meja!!!
bila dah lapo giler ayahanda keluarkan plak satu fatwa (banyak fatwa bila melancong negara org ni!!) kalau bulan bintang tak nampak dekat singboard tengok je bulan bintang kat langit......he he selagi ada bulan bintang kat langit......makan sambil pejam je mata......adus!!!
aku ngan mr cool tengok je ler ayahanda yg mendakwa dirinya salah seorang bekas angota
kumpulan tersurat dan tersirat dari tanahair......dari geng 01 sampai la berapa banyak geng yg dia masuk....atas alasan senang nak berurusan dengan mana2 pegawai atau gengster2 yg terdapat di dalam malaysia.......dengan gaya macho dan ala2 taiko kami tengok dia makan dengan begitu selera sekali......nasik dengan berlaukkan ikan goreng serta ulam sambal belacan......aku?......rasa loya tak dapat diubat dah.......kira dapat duduk teman dia makan tu pun dah kira baik sangat........aku lapik dengan air soya tin yang tak mampu lagi untuk periksa labelnya halal atau tidak......
gambo ni selingan je.............
lepas makan2 tu ayahanda ajak kami untuk pusing2 pekan chumpon..... member yg lain tak dapat dikesan so kami pun singgah ler dekat satu kelab mlm (rumah ayam) berdekatan dengan hotel.......aku dok syak member2 yg lain pun ada kat situ sebab depa jalan kaki je......bila sampai kami disapa oleh satu ayam tua @ ibu ayam.......hai hansome.....kata ibu ayam tu.....aku pun sambut ler salam dia......hai grandmar......yer ler muka dia je dah macam nenek aku kat kg takan aku nak kata beutiful lady.......mini aku pun aku payah nak bodek takan dgn mak ayam aku nak puji2....dia pun jemput ler kami duduk dekat satu meja luar kaki lima.....sebenonya aku lebih selesa duduk luar dari dalam bar tu.......buat nya kene bom ke hapa .......tau2 keluo dalam suratkhabar malaysia seorang pemuda dari malaysia mampui didalam bar thailand......ish tak sangup aku.....
tetapi dengan bertemankan sorang ayahanda dari malaysia ni aku rasa tak ler kekok sembang dengan mak ayam ni........aku pun tanya ler dia.....wheres the other?.......(ayam lain ler) sebab aku tenmgor bar tu lengang.......mak ayam pun menjelaskan pada kami yg ayam2 lain dah habis di booking dan kalau ade pun seko dua telah beraksi diatas dengan orang2 dari malaysia.....aku pun tanya la .......malaysia macamna?......adakah sama dengan rupa fizikal macam kawan2 aku....dia pun angguk.......he he aku terfikir dalam hati......ini ler tujuan sebeno nak bawak laju2 n taknak singah mana2 rupanya nak mengejarkan pu*&%#@ bukan nak melancong tapi nak melencong.......heiii darah aku dah mula nak menyirap.....
Wednesday, February 10, 2010
thailand kemboja pt2
he he melawan plak tu.......sib baik dia tak tau cakap melayu.......kalau tidak mau ajak balik malaysia.......awww.......tu belum setengah hari kat thailand dah mula naik miang kata member2 yg lain ler.....
jangan ketinggalan untuk mengikuti catatan dan pengalaman aku dalam siri bercakap dengan ibu ayam nanti...he he.....aku dok berangan ler kalau dijual nanti mungkin akan memecah tradisi mengalahkan jualan siri bercakap dengan jin tamar jalis.........oleh kerana aku ni suka sangat sembang dengan ibu ayam depa boleh gelar aku ni papa.....he he tak kisah ler apa pun orang nak cakap dengan aku dan aku dah bersedia dengan fitnah yg bakal diterima nanti oleh pembaca2 blog ini .......yg penting aku tak buat benda2 yang tak senonoh.......aku hanya ingin tahu disebalik penghidupan ibu2 ayam ni ade sesuatu perkara dan peristiwa yg menjadi asam garam hidup kita didunia dan menjadi iktibar dalam mencari keredaan Allah......
to be contineu.......
sabau2.....
Monday, February 8, 2010
sambungan thailand kemboja pt1
Sunday, February 7, 2010
Pengalaman kembara Thailand- Kemboja Pt1
Saturday, February 6, 2010
lain yg jemput yg lain pegi
malam tadi aku lepak2 kat gelanggang baru lian padukan dibawah c-fu ha......kebetulan minggu ni semua trip pancing aku kensel saat2 akhir jadi ada peluang ler untuk tengok gelanggang baru kengkawan. memang pada mulanya aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis penyampaian peruntukan dari yb syukur untuk pertubuhan belia dun kuang terutamanya geng2 kuntau tekpi......
lebih kurang pukul 8 mlm aku ajak le orang rumah pegi sekali......tapi tak nak plak dianya.....alasan sebab nanti penat tunggu aku sembang ngan kengkawan sedangkan dia termanggu2 dengan anak2.......oleh kerana dia tengah berisi.....(ader budak ler)he he aku pun bekejor le ke tasik puteri untuk meninjau gelanggang tuan ha dan kuntau tekpi.......dah sampai je tasik puteri baru aku perasan pakai selipar sebelah lain2......la ini mesti kes gopoh gapah tadi sampai pakai selipar sebelah tak sama species ni.......firasat aku kalu dah jadi macam ni .....alamat tak dapat pi majlis rasmi la nampak gayanya, niat ada nak pi tapi keadaan dan suasana tak mengizinkan.........so aku terus pi gelanggang tuan ha kita dengan jalan langkah sumbang n songsang....he he
bila tengok depa berlatih maleh pulak aku nak ganggu.....dengan keadaan samar2 tu teringat plak masa ambik buah 7 hari dulu.......gelap2 je......suasana penuh romantik tinggal lagi tak de lilin.......kalu ade awek cun2 blajo sama mau ramai penuntut lelaki nak joint sama........he he bebudak sekarang nak bersilat pun kene ade penyeri gak........kalu dah pandai skit bleh le tunjuk awek2 tu selangkah dua......baru ada semangat nak pegi balajo setiap kali ada latihan.......sekarang ni awek2 pun dah tak minat blaja silat.....walaupun hari2 kat paper cerita kes ragut, rompak n rogol.......depa lebih minat nak blajo camana nak perbetulkan vokal.....intonasi, vibration, dan macam2 pasal menyanyi ni.......hasil promosi luar biasa arus media eletronik dan cetak di negara yang mendakwa islam serba serbi.......nak buat camana dah masyarakat suka gitu......kang kalu semua masyarakat nak karate 24 jam susah pulak nanti....he he
Thursday, February 4, 2010
gerak rasa.......
seperti ada satu gerak rasa yang mengajak untuk aku (kami) bersatu kembali atau menguatkan kembali jemaah diantara kita..........walhal masing2 yang telah lama membawa kesibukan tersendiri........aku pula tak nak hidup dikuasai oleh gerak rasa yang aku sendiri tidak kenal pasti........bagi aku hidup lebih selesa dengan acuan dan pilihan sendiri tanpa dikuasai oleh sesuatu yang belum dipastikan letak duduknya........seperti mengajak kepada persediaan saat2 genting yang makin hampir......rasanya kengkawan yang lain pun ada rasa seperti itu atau aku sorang je yang perasan sendiri he he.......setiap hari rasa itu semakin kuat dan semakin kuat juga aku melawan.....maka semakin kuat pula dia mengingatkan ......... bersedialah ........ bersedialah .......bersedialah ......adakah aku perlu bersedia untuk saat2 kematian?.........atau kematian itu sendiri yang perlu dinantikan?....... atau persediaan untuk pengorbanan besar-besaran? pengorbanan dan peperangan diantara rohani dan jasmani?......... aku tak tahu dan aku berharap untuk dapat menempuh semuanya dengan tenang nanti......
ya Allah aku reda dengan ketentuan mu......sesungguhnya hambu ini tidak berdaya dan hanya melangkah mengikut acuan mu.........dikatakan hamba mu ini diberi pilihan...... bagaimana hamba mu ini hendak memilih sedangkan pilihan itu sendiri terlalu sulit........ sedangkan baik dan jahat terlalu sukar untuk dibezakan .......ianya terlalu halus dan mempunyai hitungan yang rasanya terlalu kompleks ........ maka kuserahkan kembali pilihan yang diberi kepada yang empunya pilih..........bukan lah aku orang yang layak untuk memilih dan aku sedar yang aku tak punya apa-apa pilihan pun..........sekiranya hambu ini diberi pilihan.......aku takut pilihan itu mendatangkan kemurkaan pada mu.......sedangkan pilihan yang sebaliknya yang dipandang buruk pada ku adalah yang terbaik buat ku........maka letakkanlah hamba mu ini dimana mengikut perancangan mu dan pilihan mu..........hamba mu ini pasrah dan berserah..........
bunga2 yang hanya menunggu waktu.........muga bunga yang semakin mekar tidak diganti dengan buah2 pahit dan berduri........
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm