Sunday, February 7, 2010

Pengalaman kembara Thailand- Kemboja Pt1



catatan ni aku saja garap dalam blog supaya mana tau satu hari bila dah lama tu mungkin lupa.......boleh ler baca balik pengalaman kembara berkumpulan dengan kengkawan dari kl hingga Phnom Penh kemboja.......

malam tu aku dah persiap semua alat kelengkapan kembara......baru 2 helai, seluar 2 helai, ubat2, alat peribadi macam sikat, berus gigi, cincin azimat (kononnya) dan lain2. tak la banyak tetapi aku dok bawa sekali beg daki gunung yang aku beli di komplek hiong kong sg buloh hampir 5 tahun dulu.

lebih kurang pukul 7.30 mlm aku call lin minta dia ambil di rumah, entah macamana plan terpaksa diubah sebab dia kena ambil unyil di stesen komuter rawang.......nak tak nak kenelah tel cikgu din pulak untuk ambil aku di kundang jaya dan imam bangkok di desa kundang.

orang lama din sampai dirumah aku sambil merungut2 sebab kena ambil kita orang berdua......aku maleh nak potong sebab tak nak potong mood awal kembara......kita nak jalan seronok2 bukan nak gaduh2 atau masam muka di sepanjang perjalanan nanti.......

dah tengah perjalanan nak sampai di tol rawang tetiba orang lama teringat kitab yassin yang tertinggal kiriman seorang kawan untuk dibahagikan di surau2 dan mesjid yang kami akan lewati sepanjang perjalanan nanti..........aku dok bagi nasihat ....kalau takat nak bagi kitab yassin kat sana banyak...beli n bagi ler nak bawak berat2 ni bukan apa nanti nak masuk sempadan takut kene banyak soaljawab......mungkin alasan aku ni tak kene n org lama menalifon isterinya untuk ambil kitab2 di country home......

tunggu -punya tunggu dekat 1 jam mr rieap n the group tak sampai lagi hingga jam mencecah pkl 10mlm baru nampak kelibat......kami bergerak ke bukit kayu hitam dengan perli-memperli dan seloroh mana patut.......aku ni jenis sensitif juga.....takat kutuk2 biasa tu tadak hal tapi kalu kutuk2 tu dah lebih sangat aku diam je......maleh nak bertekak mende tak de pekdah........nak enjoy dalam trip ni bagi aku kene banyak diam n ikut je......baru selamat.
kami singgah di RNR sg perak untuk lapik perut.......macamana perut aku boleh lapar sedangkan kat rumah tadi pukul 7.30 mlm baru je pekena nasik dengan lauk ikan dan sayur.......tapi tak sampai setengah perjalanan perut dah berbunyi......dah le jadi passenger bukan sebagai pilot pun.......agaknya dalam kereta aku banyak diam sambil layan kenangan2 manis masa kerja dikemboja tahun2 1990an.......rupanya dalam angan2 ni pun kene pakai banyak tenaga......he he macam `astral traveling' plak ......terpaksa top up pekena nasik sepinggan lagi dikedai baru boleh sambung tidur dalam keta...
sambil2 nak tido tu aku dengau2 ler org lama n mr cool sembang2 pasal pengalaman hidup depa dari borak pasal kereta , agama dan hingga tajuk kerajaan pattani.......sampai part ni aku terjaga betul.....almaklum aku suka sangat mengikuti blog sejarahnegarakedah......jadi aku dok dengau je ler auta yg depa cerita.......banyak sangat maklumat yg depa cerita ni tak sama dengan sejarah yg aku paham samaada dari buku...cerita mulut ke mulut.....cerita quen of langkasuka....hingga lah dakwaaan blog sejarahnegarakedah.......lantak korang ler aku tak tau maklumat mana yg betul ........janji korang ader cerita n driver tak mengantuk masa drive sudah.....

No comments: