korang bandingkan harga minyak ron 91 dithailand berbanding kita dimalaysia....disana ron 91 lebih kurang rm 3.51 sen berbanding kita ron 95 hanya rm1.80 sebab ler depa berebut seludup minyak kita.....
bila dah turun dari highway aku pun suruh ler depa singgah mana2 stesyen minyak......sampai di stesyen aku pun dah jadi macam badut carik anak kehulu kehilir sibuk tanya orang.......malang sekali kebanyakan pekerja di negara ni kurang mahir berbahasa inggeris malah hampir tidak boleh membaca tulisan rumi........bila dah turun dari hghway aku ternampak ler singboard menghala ke bang kla (bukan bangla he he)......kami mengambil keputusan untuk mengikuti lebuhraya no 304 menghala ke chachoengsau (chachengsau).......
dalam dok sibuk2 mengikut papantanda 304......kereta mr riep telah ditahan lebih 1/2 jam oleh pak polisi.......penghujungnya depa kene pow 500 bath kerana cros double line.......nak buat camana dah abis rayu...kene jugak........
bila dah selesai semua perkara berkaitan dipow oleh pak polisi.......aku mengambil alih plak menjadi driver........yer le sebelum ni banyak sangat komplen dan bertukar2 map mencarik jalan.......org lama plak makin keletihan....he he letih memandu ler.......aku yg belum menjalankan tugas sebagai pak supirterpaksa la buat apa yg patut........dalam perjalanan dah nampak begitu banyak halangan yg bakal ditempoh apatah lagi kami akan menuju ke sempadan kemboja yg memang sedang panas kerana perebutan sempadan diantara thailand kemboja..........segala ayat2 amalan harian.....bismilah7......ayat lauanzalna......ayat 4 kul......ayat nabi yunus......dan macam2 ayat berkaitan ilmu selisih termasuk ler amalan bertanya dengan 4 sahabat.......(tanah ...api ...angin....air ler) bila dah ready aku sentuh pelan2 kunci n gear kereta ......hm langsung tak de getaran.......ikut rasa perjalanan kali ni insyaalah selamat.
sampai di chachengsau aku nampak satu kedai muslim....ikutkan masa dah lewat dah......pekerja direstoren tersebut dah mula kemas2........aku apa lagi dengan muka lagak sepuloh sen dan cuba berbahasa melayu untuk menandakan kami orang luar atau malaysia.......biasanya layanan dari org muslim sesama muslim di thailand lebih erat........kami pun apa lagi order apa yg ada.......nasik ayam hainan......memang best......memang ori nasik ayam hainan cina disini dan aku berkira2 kemungkinan depa ni adalah keturunan china muslim yg menetap di thailand kerana raut muka dan pakaian mereka tidak ada langsung bercirikan melayu......malah tidak boleh berbahasa melayu.........didinding kedai ditampal seorang guru atau ulama yg aku tak berapa kenal.......kemungkinan seorang guru sekolah pondok diselatan thailand..........humm....aku tersenyum sinis......kalau orang2 thai sibuk menampal gambar ketua2 sami mereka.......orang muslim disini sibuk jugak menampal gambar tok guru depa.........apa beza?........bagi aku ini dah masuk kepada taksub n jumud........ah biarkan lah.......daripada menampal dan memuja artis agaknya lebih bair tampal gambo guru2 ugama.........pemikiran lebih condong kepada kerohanian........terpulang lah masing2 punya pendirian fikir aku.....
lepas bedal nasik 2 pinggan aku sambung tugas sebagai driver menghala ke aryanprathep .........kali ini aku rasa lebih yakin sebab jalan dah mula lenggang........pemandangan drive mlm disini dan malaysia tak banyak beza yer ler gelap sama je he he........jam dah menunjukkan pkl 12 mlm......aku plak cuba bawak dengan berhati2 walaupun mata dah ngantuk giler disebabkan perut penuh diisi dengan nasik 2 pinggan!
dari chachengsau kami mengikuti hw 304 ke 359 menuju ke sakeo sampai disimpang sakeo ni berhenti sekejap untuk basuh muka begitu jugak dengan yg lain........ayahanda dah tertidur lena dah masuk alam lain hanya imam , unyil dan aku je bersembang sekejap untuk menghilangkan mengantuk.......kami singgah tak lama dlm 5 minit kemudian meneruskan kembali perjalanan........entah macamana aku tengok org lama terjaga dan seakan resah......dia meminta apa2 alat yg buat dari besi dgn mr cool yg duduk disebelah.........aku tau org lama pun bukan calang2 orang........cfu beladiri yg sedang berkembang....he he kalau dia dah mintak besi alamat dia nak support semangat dari kekuatan besi tersebut.........aku diam je.......agaknya aura aku tak ngam dengan aura dia kot......he he tu hanya angan2 atau anggapan je......tetapi memang dari chumphon aku dah rasa aku n pandangan mata dia dah jadi macam tak selesa dan tak mesra macam biasa.
sepanjang perjalanan begitu banyak sekatan dibuat oleh polis thai........aku yakin dengan amalan yg dibuat kemudian terdetik dihati kalau ada sekatan aku akan cuba bawak kereta serapat mungkin dengan kenderaan didepan untuk mengelak pegawai2 polis atau askar melihat no plat kenderaan kami yg terang2 dari malaysia .......bukan apa bila dah nampak no kenderaan asing kompom depa akan tahan........kalau tahan dan bersoal jawab selama 5-6 minit tak pa tapi yg takutnya dekat 1 jam setiap sekatan....kalau ada 5-6 sekatan tak ke dah 5-6 jam!....aku tak sangup membuang masa perjalanan hanya kerana melayani karenah pegawai2 polis thai yg cuba nak pow dan ambil kesempatan pada kami. alhamdulillah semua sekatan kami bolos dan lepas dgn menggunakan taktik yg aku buat.......mr cool pun hairan kerana kami dengan mudah melepasi sekatan tanpa ditahan.......kalau ikut logiknya perjalanan kami dalam dinihari ramai pegawai depa dah balik rumah.......bila pegawai dah tak de.......yg pangkat bawah ni pun maleh nak layan sangat atau tak perlu bodek depan pegawai.......sama je macam pegawai2 kita di malaysia tu........ha ha ha
http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=10.660608,98.986816&spn=1.209209,2.779541&z=9
kami sampai di aryanprathep dekat pukul 2 pagi.......hanya mengambil masa 2 1/2 jam je dari bangkok....walhal kami sesat didalam bangkok je dekat 4 Jam!!!. dalam pusing2 cari hotel tu aku mengambil keputusan untuk menginap disebuah hotel di jalan besar menghala ke pusat emegresen....
No comments:
Post a Comment