Monday, February 22, 2010

sambungan thailand kemboja pt5

pemandangan di sebuah jalan di siem rieap

kami bangun agak lewat pagi tu maklumlah masing2 kepenatan......aku plak tidur lewat sebab dok bersembang dengan awek2 dari kemboja mlm tadi....... dalam dok siap2 tu aku tengok orang lama masih belum bangun lagi.....kepenatan betul......bila aku tengok ramai yg belum sedo2.....aku amik peluang untuk ambil berapa banyak foto keseluruhan kawasan tempat penginapan termasuk dorm2 yg baru dibina serta sebuah pergola yg bercirikan senibina nusantara.

lepas balik bilik tengok yg lain semua dah siap........aku pun dok bersembang dengan isteri tuan punya resort yg begitu gembira kerana mengetahui yg kami datang dari malaysia dengan kereta kecil semata2 untuk melawat tempat2 bersejarah di kemboja. dia yg terlalu ramah bercakap dalam bahasa yg begitu halus dan menggunakan nahu yg agak susah untuk difahami.......hanya kurang dari separuh sahaja aku faham dengan percakapannya.......untuk memotong percakapannya yang tanpa henti tu aku mintak mr cool untuk bercakap bahasa ingeris mengatakan kami akan mula bertolak. dan taktik tu berjaya dia dan keluarganya yang hampir tidak tahu berbahasa inggeris hanya menggangukkan kepala kepada kami yg telah bersedia menghidupkan enjin kereta. lucu juga sebab pandangan kengkawan yg lain hairan dengan sikap ramah dan mesra orang2 khemer dithailand berbanding layanan orang thailand dinegara depa. alasan aku senang je orang khemer dithailand berbangga sekiranya ada orang luar yg ingin melancong ke kemboja bagi mengetahui adat budaya berbanding negara thailand yg dunia sudah maklum sektor pelancongan mereka yg lebih maju.

kadar tambang teksi dari sempadan (aryanprethep) ke bangkok berjumlah 1900 bath atau rm190 duit kita.......

kami bergerak ke kedai muslim berhadapan pasar borong rongklue........aku dapat lokasi kedai ni pun hasil maklumat dari bongserai (kakak tokey) tadi......hasilnya kami makan sepuas2nya dengan hidangan yg memang tak kurang lazat seperti di daerah surathani......dengan nasik ayamnya serta sup daging macam ala2 bakso serta teh cina begitu juga chairon(teh tarik) ......sukar untuk dilupakan kelazatan makanan2 pure ala cina dan thai dikedai ni. tokeynya pula seorang arab muslim yg tidak tahu berbahasa ingeris dan melayu hanya boleh berbahasa thai dan arab.......

selepas makan sepuas2nya dengan masing2 menghabiskan nasik lebih 2 pinggan sorang kami bergerak ke pusat imegresen thailand.....disini timbul masaalah pertama kami kerana hasil maklumat orang2 yg mengambil upah mengisi borang ketibaan (arrival form) mengatakan kerajaan kedua negara menyekat hampir semua jenis kenderaan untuk masuk melalui pintu sempadan........abih bagaimana dengan perancangan kami yg ingin menuju ke pehnom penh dengan kereta........aku yg volunteer untuk cuba berbincang dengan pagawai imegresen thai bagi melepaskan kenderaan kami melalui pintu gagal kerana pegawai itu sendiri menegaskan bahawa kalau pihak thai melepaskan kenderaan kami kemungkinan pihak imegresen kemboja tidak melepaskan........selepas berbincang lebih kurang 1/2 jam aku akur dengan keputusan pihak imegresen kedua negara.

mesyuarat tergempar kami buat untuk memutuskan samaada meneruskan perjalanan ke kemboja melalui pengangkutan awam atau menjelajah sekitar wilayah2 thailand yg lain....akhirnya keputusan sebulat suara dicapai dimana kami bersetuju untuk bergerak ke phnom penh dengan menggunakan penggangkutan awam.......alang2 dah sampai sempadan takkan nak tengok je mercutanda kemboja dari jauh......aku tau kaki hidung belang dah tak sabar2 nak keseberang hanya kerana ingin menemui wanita2 khemer yg terkenal dengan lagak sopan dan berbudi bahasa......yg lain jangan tanya aku.....he he

kami bergerak melepasi kedua pusat imegresen tanpa masaalah dan tiba sempadan kemboja yg menawarkan khidmat bas percuma ke hentian bas terdekat.......setelah berbincang bersama org lama dan kengkawan yg lain kami memutuskan untuk menerima tawaran tersebut dan bermulalah perjalanan tak dirancang yg seolah2 masuk perangkap atau bubu pada nasib pelancong seperti kami.......

ok layan analisis aku jap ......he he

sila lihat rahang depa yg lebar dan bersegi

lihat rahang pada patung diangkor wat juga berahang lebar dan bersegi

sila lihat perbezaan muka gadis khemer dengan muka orang jawa bersama patung di angkor wat dan muka budha di candi borobudur.......ade beza? aku dok kaji2 gak yg muka org2 khemer dan org jawa hampir sama yg mungkin membezakan adalah bibir depa yg nipis sedikit dari bibir orang khemer.......kemungkinan juga mereka adalah dari ras keturunan yg sama yg membina tamadun di tenggara dan baratlaut nusantara atau ada juga yg mengatakan yg kerajaan khemer dahulu adalah srivijaya timur memandangkan pembinaan angkor wat dan borobudur hampir menggunakan konsep yg sama.

lihat juga wajah budha yg dipahat di candi borobudur dengan rahang masih bersegi atau kemungkinan yg dikatan beberapa pakar yg gautama buddha adalah seorang melayu.atau berbangsa jawa (jawi)

wajah krisdayanti yg berahang segi

wajah patung budha juga berahang lebar terpahat dicandi borobudur

2 comments:

Anonymous said...

apa yang kami cput??

hang buat camni la kalau konektion hang x power.

taip dulu kat microsoft word atau notepad.

pastu hang kopi paste. pastu baru edit. kalau hilang pun boleh kopi paste lagi.

sambunggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!

P1E said...

ok tq....advise yg baik.....tapi dah jadi macam novel plak tak best....aku suka tulis santai2.....ikut mood he he