Tuesday, January 12, 2010

isu politik

entah macamana hari ni aku rajin betul buat posting......mungkin disebabkan hari ni baru dapat gear macamana nak buat posting kat dalam blog......atau esok aku akan mula sibuk sebab kehadiran pelatih yang cukup ramai melebihi kuota yang sepatutnya serta melangkaui kemampuan kami yang hanya mampu menyediakan 10 biji mesin berbanding pelatih sejumlah 17 orang...itu pun kalau 10 biji boleh beroperasi...kalau 8 biji je yang ok ...makna satu mesin hanya boleh digunakan berkongsi seramai 2 orang....kalau sorang yang pakai yang sorang lagi tentu ambik angin isap rokok....kemudian melarat hilang pergi keluar atas alasan nak pergi bank atau renew apa yang patut....aku dah masak sangat dengan kerenah pelatih dewasa ni......

hari ni aku nak beri pendapat pasal isu kalimah Allah petikan akhbar utusan ni baca dulu yer....


SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.
Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.
Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.
“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.
Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.
Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.
Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.
Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.
Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).
“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.
Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.
Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.
Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.
“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.

baiklah...dari pendapat aku yang sekolah tak tinggi ni......

1. kenapa isu ni keluar dalam kekalutan parti pemerintah yang menang tipis tempohari.....apa motif?
2. Kenapa isu sensitif ni media dok sibuk sangat?......kalau benar media benar2 bebas kenapa isu ni sengaja digembar gembur untuk menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang?
3. adakah kerajaan benar2 tidak dapat mengawal isu2 berkaitan sensitiviti agama dan perlembagaan yang termaktub dalam negara?
4. apa tujuan misiniori2 yang dok sibuk nak kan jugak nama Allah di tukau dalam kitab bible mereka? atau kitab bible di arab sana tu dah lama pakai Allah? atau pasal dibarat ramai penganut yang sibuk nak masuk islam kerana telah ditukar dengan kalimah Allah?
5. Adakah isu ini benar2 besar hingga mendapat perhatian hampir semua media?
6. adakah isu ini diketengahkan untuk menutup berita tentang ketidakupayaan kerajaan dalam kekurangan keewangan yang teruk?
7. adakah dengan keluarnya isu ini negara ini akan lebih stabil dan selamat?
8. keharmonian kaum dan agama akan makin erat?
9. Pelabur2 akan makin percaya dan berminat?
10. geng2 fisabilliah buta tuli akan mengeletik tak sabo nak masuk syurga kononnya...ha ha

korang pikir le sendiri dengan berbagai andaian dan penelitian.......

tapi sebelum tu aku nak peringat.......kalau jadi peperangan dan pembunuhan.......untuk memulihkan semula satu2 negara bukan sehari dua........lepas aku balik dari kemboja negara tu baru cuba nak pulih....bayangkan sejak kemelut era polpot tahun 1970 hingga sekarang tahun 2010 negara tu masih dihimpit kemiskinan.....bermakna selama 50 tahun belum cukup bagi rakyat yang merana gara2 hasil kerja gila pemimpin yang tamak dan kejam..........ni yang dikatakan menang jadi arang kalah jadi abu........ye jadi abu atau kalau kat johor orang pangil anak abu.....dan ramai perempuan2 mereka terpaksa melacur untuk sesuap nasik.......adakah anda mahu perkara ini berlaku dinegara malaysia?......masih lagi nak sibuk asah parang? atau cucuk sana-sini bagi panas?......atau tak senang dengan orang yg memerintah sekarang nak tunggu giliran awak pula kaya raya?......atau sengaja nak kan rantau ini sentiasa panas dan mewujudkan peperangan antara kaum dan agama?.......untuk apa?.......untuk pecah dan perintah?.........atau dengan mewujudkan peperangan sesuatu kaum itu akan mendominasi dunia?........he he anda silap.......mungkin dah lupa bahawa tuhan.....@ Allah atau apa juga nama yang diberikan pada kuasa dan kudrat yang menguasai dunia ni akan mentadbir bumi ini sebaiknya......dan pada mereka2 yang mahu memusnahkan atau merosakkan kehidupan ini akan menimpa kembali balasan atas rancangan mereka.........

No comments: