Wednesday, January 20, 2010

mimpi lagi

mlm tadi den mimpi lagi......he he kali best ada aksi fighting2 .....ala ala naruto.......den pun bukan suka sangat kartun tu tapi kalau dah tertengok den tunggu ler sampai abih.


alkisah sebelum tu pemikiran den dok sibuk pasal ceramah dari seorang misionary kristian bangsa melayu berasal dari selatan tanah air yang sibuk membincangkan kelemahan ajaran islam lantak engkau ler.........pendapat den kalau Allah nak selamatkan atau nak sesatkan orang2 bijak pandai pun bleh tumbang......

malam sebelum den tidur den menelaah skit pasal hadis nabi kitab catatan imam ghazali........banyak jugak hingga sampai pada kisah islam itu dagang dan akan kembali dagang.......bila dah ngantuk padam lampu n 2-3 minit tidor le.......mini dah tidor awal dah kerana keletihan almaklum penat mengambil dan menghantar anak2 yang bersekolah pagi n petang........ehem.....

tau2 skrin wayang mimpi den dah sampai setengah dah masa intro dia den dah lupa.........den sudah berada disatu kawasan batu2 runtuhan bangunan macam kesan perang.......(banyak tengok cerita perang kot).......den pun berlawan lah dengan pedang pada musuh2 yang pada den macam kacang je.....sekali hayun 2-3 ekor tumbang.........dalam masa berlawan tu den perasan yang terdapat 4-5 orang rakan seperjuangan yg cuba menewaskan musuh.........

tengah dok lawan2 tu tiba2 suasana terasa menyeramkan.......dan musuh yang banyak tu beransur2 kurang......rakan2 seperjuagan pun dah berhenti bertempur hanya tinggal sekor-2 je yang sibuk........keadaan terasa seperti ada aura yang begitu hebat menjelma........bayang seorang musuh yang handal semakin tiba ........den sudah terasa yang ia adalah seorang pahlawan kristian yang handal cukup handal......terasa nyawa den bila2 boleh melayang.........dia pun berkata pada den dengan bahasa hati........(lebih kurang psikik ler)......anda boleh menjadi seorang pengikut kristian yg baik atau anda akan dibunuh.........den pasrah je....disamping itu terbayang wajah2 guru2 silat serta ilmu yg diperturunkan......(aleh ilmu ngurat awek je).......kemudian sayembara pun bermula.........memang hebat sebab langsung tak nampak pergerakan hayunan pedang tu macam dalam cerita storm rider jer.........entah macamana hati den tergerak nak bermain 2 dengan 2pedang almaklum permainan buah pukul biasa bermain 2 tangan dan keduanya adalah senjata.........bila dengan 2 pedang pun tak jalan...........den pun keluar ler jurus sebijik macam aksi storm rider........walaupun tak pernah blajo..........den kumpulkan segala pedang2 yang ada disekeliling.......den gabung kannya dan melepaskan satu serangan pedang2 yg tak terkira banyaknya........penyudah sipahlawan pun tewas..........dan katanya pada den dengan telepati bahawa pertarungan belum berakhir.........dia akan cuba lagi untuk bertarung dengan den pada episod akan datang........

sedau2 kaki anak dah dah taruk kat muka.........adus.......sebab le payah nak napas.......hidung kene tutup ngan tapak kaki anak........sekian......jeng jeng.......he he

1 comment:

Unknown said...

jurus yang hang pakai tu nama dia
"Hikmat Seribu Pedang Pulang Ke Asal."

itu hikmat teringgi Pendekar Tanpa Nama.. @.@

- kj